Wednesday, December 5, 2012

NEW DELHI, KASHMIR DAN AGRA - DAY 03 - MUGHAL GARDENS

Pada keesokan harinya kami dijadualkan pulang ke New Delhi dengan penerbangan IndiGo Airlines pada pukul 2.30 petang. Pada sebelah pagi kami dijadualkan untuk melawat 2 buah Taman Mughal yang terkenal di Kashmir: Nishat Bagh dan Shalimar Bagh. 

Sebelum bertolak sempat kami keluar houseboat kejap ambik gambar, dalam sejuk-sejuk tu.. hehehe.



Sarapan pagi yang sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah. Semua served dalam termos due to the cold weather.. hehe. 

Lepas makan masih ada masa lagi dan kami ambik lagi gambar Tasik Dal ni.



Kami pun dibawa Mr. Rasheed ke Mughals Gardens. Macam biasa saya rakam lagi Kashmiri people :).

















Dalam perjalanan ke Nishat Bagh, pemandu kami Mr. Rasheed membawa kami singgah di sebuah kampung dulu kerana dia nak membuat pembaikan kecil pada kenderaan kami.


Sambung semula perjalanan dan saya rakam lagi suasana.


Oleh kerana kami tiba awal, kedua-dua Taman Nishat Bagh dan Shalimar Bagh masih belum dibuka. Jadi Rasheed membawa kami menunggu di tepi Tasik Dal, berhadapan Taman Nishat Bagh.

Pintu depan masuk ke Heritage Mughal Garden Nishat.

Pemandangan Tasik Dal di depan Nishat Bagh.

Lagi Kashmiri people shots :).




Pemandangan Tasik Dal.

Kebetulan ada banyak pulak burung-burung di tepi tasik ni. Maka berlakulah sesi ambik gambar burung-burung :).
















Taman dah nak buka dah. Mereka tu adalah penjaja di dalam taman.


Info tentang Mughal Garden Nishat.

Taman Nishat Bagh dibina bertingkat-tingkat. Walau di musim luruh, pemandangan di taman ini sangat indah. Bayangkan betapa indahnya lagi jika berkunjung ke sini dalam musim bunga.

Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan, bapa mertua kepada Shah Jahan yang membina Taj Mahal di Agra. Asif Khan juga adalah Perdana Menteri baginda.

Ada sebuah kisah yang dikaitkan dengan Taman Nishat Bagh ini di mana Shah Jahan dikatakan sangat cemburu akan kecantikan taman ini dan sering memuji keindahannya di depan Asif Khan, dengan harapan Asif Khan akan menghadiahkan taman tersebut kepada baginda. Namun bila Asif Khan tidak mengindahkan perkara tersebut, Shah Jahan menjadi marah lalu mengarahkan bekalan air ke taman ini ditutup. Tindakan ini menyebabkan Taman Nishat Bagh tidak lagi berseri.

Asif Khan merasa sangat kecewa kerana tamannya kini tak lagi berseri. Sewaktu dia bersandar di sebatang pokok di taman ini, seorang pekerjanya yang merasa simpati kepada beliau telah bertindak berani membuka sumber air di taman tersebut. Asif terperanjat dan mengarahkan pekerja tersebut untuk menutup sumber air tersebut dengan segera kerana takut Shah Jahan menjadi murka.

Namun mujurlah Shah Jahan tidak menjadi murka selepas mendengar khabar tersebut. Baginda sebaliknya memuji kesetiaan pekerja tersebut kepada Asif Khan lalu mengarahkan supaya bekalan air ke taman tersebut kembali dipulihkan. 








Air terjun buatan yang bertingkat-tingkat.

Keindahan musim luruh di Kashmir.

Kolam air buatan yang dibina bertingkat-tingkat.

Membayangkan betapa cantiknya taman ni ketika musim bunga.

Pokok Chinar. 





Pokok Chinar yang tumbuh di merata tempat di Kashmir.




Seterusnya kami ke satu lagi taman Mughal.

Ada penjual kacang di depan pintu masuk ke taman ini.

Pintu masuk ke Heritage Mughal Garden Shalimar.

Shalimar Bagh ada lebih ramai pengunjung ketika itu berbanding Nishat Bagh.

Pancutan air di Shalimar Bagh.

Pemandangan di dalam Shalimar Bagh.


Tidak seperti Nishat Bagh yang dibina bertingkat-tingkat, Shalimar Bagh pula dibina rata. Namun konsep tamannya adalah serupa.

Ada kerja-kerja pembaikan sedang dilaksanakan di Shalimar Bagh.





Masih banyak kerja yang dilaksanakan menggunakan tenaga manusia di India.











Di sini pengunjung boleh menyewa pakaian Maharaja India untuk bergambar.

Shalimar Bagh dibina oleh Maharaja Shah Jahan untuk isterinya, Nur Jehan. Bahagian taman yang tercantik ketika itu dikatakan hanya boleh dimasuki oleh wanita-wanita Diraja.


Meninggalkan Shalimar Bagh.
















Selepas 3 hari 2 malam berada di Kashmir, kami terbang kembali ke New Delhi. 

Bersambung....
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment