Friday, December 27, 2019

NEGERI SEMBILAN - KOMPLEKS SEJARAH PENGKALAN KEMPAS & KERAMAT SUNGAI UDANG

And off we went to the next location.

Sampai di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. 

Saya kalau tengok road signs macam ni mesti fokus pada petak yang berwarna coklat sebab those are the places of interests. When I saw this one, saya pun tanya la pada En. Zarir ada apa di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas tu. Terus dia jawab, 'Jom kita pergi tengok'. Ehh.. bagusnya.... of course saya setuju je...hehehe. Saya setuju also sebab kompleks itu tidak jauh lokasinya from where we were at that time.   


Pengkalan Kempas. 

Dah sampai ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. 

Lokasi kompleks ini adalah di Pekan Pengkalan Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kompleks ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang, Keramat Ujung Pasir atau Fort kempas.

Tapak kompleks yang menempatkan peninggalan purba ini telah diiktiraf sebagai Tapak Arkeologi Warisan Kebangsaan. Ia adalah kawasan tamadun lama yang dianggarkan berusia lebih 600 tahun.

Ada papan maklumat di kompleks ini. Let's have a closer look. 

Ada makam seorang syeikh yang dianggap wali dan batu-batu megalith.

Di sekitar Kuala Pilah direkodkan ada 3,500 batu-batu megalith yang berusia antara 200 hingga lebih 3,000 tahun. Jadi batu-batu megalith ini mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan perlulah 'diselamatkan' dari terus terbiar dan rosak. Oleh itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah memindahkan sebahagian dari peninggalan arkeologi bersejarah itu ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas ini supaya ia dapat dijaga dengan lebih baik. 

Di tapak ini ada sebuah perigi yang mungkin satu ketika dahulu digunakan oleh Syeikh Ahmad Majnun dan pengikut-pengikutnya.







Tapak Megalith Pengkalan Kempas telah didaftarkan sebagai 'Warisan Kebangsaan' di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementarian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.  

Ada je la orang-orang macam tu! 

Makam Syeikh Ahmad Majnun
Di Kompleks Sejarah Pengkalam Kempas ini juga ada sebuah makam tua serta sebatang nisan batu bersurat dan beberapa kepingan batu tua yang diukir bekas peninggalan orang zaman dahulu kala. Seperti yang tertera pada papan maklumat rasmi di situ ia adalah Makam Syeikh Ahmad Majnun. Dikatakan beliau adalah merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kubur lama ini juga dikenali sebagai Keramat Sungai Udang.

Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Maka ini juga bermakna bahawa tapak sejarah ini dianggarkan bertarikh sekitar abad 14-15 M berdasarkan pentarikhan (relatif) kubur Syeikh Ahmad Majnun itu.

Papan rasmi maklumat di kompleks ini juga mengatakan yang Syeikh Ahmad Majnun dianggap oleh pengikut-pengikutnya sahaja sebagai seorang Wali. Sumber lain mengatakan beliau adalah pendakwah terkenal zaman Kesultanan Melayu Melaka yang bertaraf wali. 

Di papan maklumat rasmi juga cuma mengatakan yang Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia semasa dalam satu perjalanan dan dimakamkan di tapak sejarah ini. Tapi sumber-sumber lain mengatakan seperti di bawah:
1- Dikatakan Syeikh Ahmad Majnun dibunuh ketika pertembungan dengan Bendahara Tun Perak dan bala tentera yang diutuskan oleh Sultan Mansur Shah, pemerintah Melaka pada zaman itu. Ia adalah kerana berpunca daripada perbezaan mazhab yang dianuti pemerintah dan masyarakat pada masa itu (iaitu Mazhab Syafie) dengan mazhab yang dianuti Syeikh Ahmad Majnun dan pengikut-pengikutnya.
2- Syeikh Ahmad Majnun terbunuh dalam pertempuran menentang tentera Sultan Mansor Shah (1457-1477) pada tahun 1467. Tiada pula dinyatakan sebab pertempuran itu.

Berikut adalah penerangan tentang makam ini:
Sumber: Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Keliling makam itu diikat dengan ketul-ketul batu empat segi berturap simen setebal dua kaki. Bahagian tengahnya tidak berturap dan ditumbuhi busut kecil.

Di kiri-kanannya terdapat dua binaan tembok batu empat segi yang digunakan sebagai meja tempat meletakkan surat-surat dan kitab-kitab. Pada bahagian kepala makam itu, terletak satu tempat bara membakar kemenyan. Di sini juga terletak sebatang tiang batu empatsegi. Tiang batu ini tingginya tiga kaki sebelas inci.

Sumber: Jabatan Warisan Negara.
Terdapat juga makam yang dikenali dengan Syeikh Ahmad Majnun. Hiasan pada batu tegak berunsur binatang kuda, ular, ikan, kala, merak, Allah dan suluran bunga melambangkan unsur prasejarah, klasik dan Islam. Berperanan sebagai tempat perbincangan masyarakat dan menjatuhkan hukuman berhubung dengan status adat.

Menurut satu sumber lagi, penjaga tempat ini mengatakan ada beberapa orang yang berkunjung ke makam ini yang mengatakan bahawa mereka adalah keturunan daripada Syeikh Ahmad Majnun. Adakalanya ada bunga rampai dan bunga-bungaan diletak di atas makam ini.


Apa pula kisah tiang berlubang ini? Dikatakan satu ketika dahulu ia digunakan untuk membuktikan jika seseorang itu berbohong atau tidak. Contohnya, seorang yang dituduh dimasukkan tangannya ke dalam lubang itu, dan disoal siasat. Jika yang dituduh itu berbohong, lubang itu akan 'mencengkam' tangan dan menyebabkan kesakitan. Kiranya macam a magically gruesome medieval lie detector apparatus that immediately punishes.
Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Terdapat batu pasir 4 persegi dengan ketinggian 1 meter diukir dengan tulisan Arab dan (Jawi Lama?). Terdapat lubang yang tidak dapat dipastikan fungsinya.


General info tentang batu megalith.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi. 
Di Malaysia sendiri, kebudayaan megalit dijumpai di Semenanjung Malaysia seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak. Ia turut dijumpai di Sabah dan Sarawak. 

Dengan taburannya yang tidak menyeluruh di Semenanjung Malaysia kecuali di Negeri Sembilan dan Melaka, serta penemuan dalam jumlah yang kecil di Perak menyebabkan pengetahuan atau pemahaman masyarakat mengenai kebudayaan megalit juga agak terbatas.

Di Negeri Sembilan khususnya di Lembah Terachi terdapat lebih daripada 300 tapak megalitik yang dikesan semasa survei dilakukan pada tahun 1990 (Muhamad Mahfuz 1997). Kebanyakan tapak megalitik yang ditemui terdapat dalam tanah adat milik masyarakat Minangkabau yang mana terkenal dengan adat.

Para penyelidik membahagikan megalit kepada tiga lokasi mengikut kedudukan di mana ianya ditanam di tepi-tepi sawah, ditanam di lereng-lereng bukit dan ditanam di tanah-tanah lapang. Tapak megalitik yang ditemui di tepi-tepi sawah adalah merupakan tanah adat milik warisan turun temurun malah setiap pemilik tanah mempunyai satu tapak megalitik yang ditanam oleh mereka.

Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Budaya megalith penanaman batu secara berpasang-pasang dipercayai dibawa oleh orang-orang Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu melalui 3 muara sungai dan membina penempatan. Kawasan penempatan megalith merupakan kawasan yang mendukung Adat.

Batu megalith di Negeri Sembilan dan Melaka dipercayai wujud sezaman, zaman islam di Melaka. Meskipun tiada pentarikhan secara saintifik.

Terdapat 3 jenis batu Megalith yang ditemui di Malaysia iaitu.
1. “Kubur Kepingan Batu” yang ditemui di lembah Bernam dan Sungkai Perak. Tidak ditemui Sebarang rangka di dalamnya. Hanya terdapat pecahan porselin.
2. “Menhir” iaitu jenis Megalith berdiri tegak yang terdapat di Melaka dan Negeri Sembilan.
3. Dolmen - Sejenis batu berbentuk seakan meja batu yang terdapat di Sarawak.

Pemusatan batu-batu megalith. 
Jadi kenapa batu-batu megalith dipindahkan dan dikumpulkan tapak Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas ini? Kerana nilai sejarahnya yang tinggi maka ia perlulah dilindungi dari kerosakan terdedah pada cuaca. Moreover, lokasi batu-batu ini berselerak di banyak tempat jadi sudah untuk dijaga. 

Sebab lain saya rasa specifically batu-batu megalith ini dipilih untuk diletakkan di sini adalah kerana batu-batu megalith ini adalah unik. Unik kerana ianya adalah satu-satunya megalit yang diukir dan dipahat, in this case, dengan bentuk binatang, matahari/bulan dan terdapat perkataan Arab iaitu “Allah”.  Megalitik di tempat lain tiada mempunyai sebarang motif.

Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Isu berkaitan dengan pemusatan tapak megalitik di Negeri Sembilan menimbulkan pelbagai konflik dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Berkaitan dengan pemindahan batu megalit di sekitar Negeri Sembilan ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Port Dickson menjadi isu perdebatan masyarakat. Walaupun pemindahan ini dilakukan bagi memelihara batu berkenaan yang mana mempunyai nilai sejarah yang tinggi, namun ianya menjadi isu sensitif kerana masyarakat mempercayai bahawa tapak megalitik merupakan kubur nenek moyang mereka jadi tidak hairan jika ramai yang tidak bersetuju dengan pemindahan batu megalitik tersebut ke Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas di Port Dickson.

Tentang batu megalith.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Morfologi megalit yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan adalah unik kerana ianya mempunyai megalitik berbentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Kesemua imej ini asasnya dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungkait dengan adat yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Hal ini kerana megalit yang terdapat di Pengkalan Kempas adalah satu-satunya megalit yang diukir dan dipahat dengan bentuk binatang, matahari/bulan dan terdapat perkataan Arab iaitu “Allah” dalam huruf jawi. 

Sumber: Jabatan Warisan Negara.
Hubungan antara Megalitik dan kesenian dapat dilihat berdasarkan kepada peninggalan batu hidup yang wujud di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. la dapat dibahagi kepada dua aspek utama, iaitu pertama, Megalitik yang mempunyai bentuk kemudi, sudu (payung) dan pedang (keris). Kedua, pola hias atau estetika pada batu hidup ini turut dapat dibahagikan kepada dua unsur iaitu, alam dan binatang yang diwakili hidupan langit, air dan daratan. Sementara pahatan binatang pula diwakili oleh burung merak yang sedang mengembangkan sayapnya, kuda, (batu tegak kemudi), ular dan gajah (batu tegak pedang / keris). Hiasan binatang air pula seperti ikan / katak (batu tegak kemudi), hiasan yang bersifat tumbuhan pula adalah suluran bunga (batu tegak kemudi).

Kesemua aspek ini asasnya dapat dikaitkan dengan kepimpinan yang diwujudkan dalam bentuk perlambangan dan jelas menunjukkan bagaimana pola hias ini mempunyai hubungan dengan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan. Pada waktu yang sama terdapat juga pola hias yang mewakili zaman berlainan berdasarkan kepada ragam keseniannya, sebagai contoh pada batu hidup berbentuk pedang terdapat hiasan yang mewakili zaman Klasik iaitu kala. la dalam pengertian ikonografi berperanan sebagai pengusir dan mengawal daripada gangguan kuasa jahat. Pada bahagian atasnya pula mempunyai kalimah Allah yang jelas menunjukkan penerimaan Islam telah dikenali oleh masyarakat semasa pembuatannya dengan tidak melepaskan unsur-unsur sebelumnya. Justeru, keberadaan batu hidup, kuburan Syeikh Ahmad Majnun dan batu bersurat menggambarkan peranan tempat ini yang sememangnya sesuai dengan konsep sakral. Terdapat tiga batu tegak yang berbentuk kemudi, sudu dan pedang. Terdapat batu persegi empat di hadapannya sebagai batu duduk.

Sumber: Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Megalith paling unik di Malaysia terletak di Pengkalan Kempas, Linggi yang menyerupai Pedang, sudu dan kemudi. Di ukir dengan motif bintang, matahari bulan dan ukiran tulisan kalimah Allah.

Kepercayaan masyarakat.
Sumber: Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal (SPAJ) - Jurnal Arkeologi.
Hasil kajian mendapati wujud pelbagai perspektif masyarakat berkaitan dengan batu megalit atau batu hidup. Antaranya ialah konsep batu hidup dikaitkan dengan andaian ia ada ‘roh’, seolah-olah ia hidup.  Namun realitinya, konsep ‘batu hidup’ yang dimaksudkan adalah wujudnya pelbagai upacara ritual, sajian, penyembahan atau semah, kepercayaan adanya kuasa luar biasa atau super natural, rasa penghormatan dan sebagainya yang melingkari kehidupan masyarakat pada masa tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung telah menyebabkan tradisi batu megalit atau batu hidup terus berkembang dalam kalangan masyarakat.

Kebanyakan masyarakat percaya bahawa megalit merupakan kubur-kubur nenek moyang, khususnya masyarakat Minangkabau di Negeri Sembilan. Hal ini kerana mereka mengaitkan tokoh-tokoh sejarah tempatan dengan penubuhan Negeri Sembilan. Antaranya Dato Patah, Dato Ahmad, Tok Saleh, dan sebagainya (Muhamad Mahfuz 1997). Perubahan budaya, sosial dan ekonomi masyarakat daripada semasa ke semasa turut membuatkan masyarakat menukarkan fungsi batu megalit dengan menggunakan serpih batu sebagai batu nisan serta peralatan harian.

Masyarakat percaya bahawa batu megalit yang berada di kawasan mereka adalah sebagai kubur nenek moyang. Batu megalit ini juga dikenali sebagai “batu hidup” dan dipercayai semakin tinggi dari masa ke semasa. Hal ini kerana masyarakat melihat perubahan saiz batu megalitik yang semakin meninggi dan menganggap batu tersebut hidup dan semakin meninggi. Selain itu, tapak megalitik juga dianggap sebagai keramat dan suatu ketika dahulu masyarakat setempat telah membuat ritual pada batu megalitik dengan membakar kemenyan serta membaca jampi. Namun begitu, masyarakat percaya bahawa tapak megalitik merupakan tanah kubur nenek moyang. Hal ini kerana amalan menandakan kubur bagi orang yang telah meninggal dunia dengan batu adalah amalan biasa dalam kalangan masyarakat kampung. 

Megalith dan Kepercayaan Masyarakat Tempatan.
1. Dianggap sebagai kubur nenek moyang.
2. Dikenali sebagai “Batu Hidup” dipercayai semakin tinggi dari masa ke semasa.
3. Setiap tapak megalith mempunyai nama. Contoh:
Datuk Tua, Datuk Nisan Tinggi, Datuk Serban Kuning, Datuk Mata, Fatimah Bunga Tanjung dan sebagainya.
4. Dianggap sebagai Keramat, pada waktu tertentu masyarakat lama membakar kemenyan dan membaca jampi di pangkal batu yang besar.
5. Tidak boleh melakukan sesuatu yang melanggar pantang larang keatas Batu Hidup nanti akan di timpa musibah.
6. Adanya keyakinan membesarnya batu menguatkan lagi kepercayaan kepada perkara luar biasa. Adakalanya mereka datang ke batu tersebut untuk membayar nazar, meminta keselamatan dalam perjalanan dan membuka tanah. 

Upacara Mendoa Benih.
Upacara mendoa benih sering kali dilakukan oleh masyarakat dahulu. Upacara ini dilakukan pada setiap kali musim menanam padi. 

Benih akan diletakkan dikeliling ‘ibu batu’ dan upacara tahlil dan doa selamat dan solat sunat dilakukan dikawasan tersebut.

Benih yang telah didoakan akan disemai. Semasa proses semaian dilakukan terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi antaranya seseorang tidak dibenarkan menghalau ayam atau binatang lain yang memakan benih tersebut untuk tempoh 2 minggu. Selepas dari tempoh itu benih akan diubah ke petak sawah.


Di kawasan kompleks ini juga ada Galeri Megalith Negeri Sembilan. I was excited to find out more about the megalith. Unfortunately, galeri ini tutup masa tu. Jadi saya carilah maklumat di internet, seperti yang kongsikan di atas tu.

Jadi kenapa mesti kumpulkan dan dilindungi batu-batu megalith ini? Selain supaya terpelihara dari kerosakan, usaha melindunginya adalah salah satu cara untuk mengekalkan peninggalan warisan-warisan negara, yang mana-mana masih lagi ada sebelum musnah tidak dijaga. 

Seperti tinggalan sejarah lain, batu-batu megalith ini juga adalah rekod purba tanahair yang penting yang perlu dikaji. Dan bila dah dikumpulkan di satu tempat, maka selain memudahkan batu-batu megalith ini dijaga, ia juga mudah dilawati oleh rakyat dalam usaha memperkenalkan sejarah ini. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Salam Tuan. Boleh dapatkan e-mel Tuan

    ReplyDelete
  2. syeikh ahmad majnun adalah seorg wali ALLAH yg hebat ..seorg yg tenang dlam memberi sesuatu pandangan ...ilmu dunia akhirat nya amat tinggi dan nasihatnya menyentuh jiwa...syeikh majnun telah berada di kempas sebelom melaka dibuka oleh parameswara lagi ...korin nya pernah bagi tahu sya ada segelintar pelawat yg dtang ke pusaranya mintak nombol ekor tapi pakaian mereka itu nampak alim...korinya tidak suka manusia mcm itu

    ReplyDelete