Tuesday, March 4, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 04 - MASJID AL BUKHARY - ALOR SETAR

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Masjid seterusnya ialah Masjid ke 4 dalam Ramadan Series 2025 ini iaitu Masjid Al Bukhary di Alor Setar.


Maklumat berikut adalah dari Laman Rasmi Masjid Albukhary:
🔵Masjid Albukhary merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman dengan jarak kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar. 

🔵Masjid ini dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary. 
🔵Masjid ini mempunyai keluasan 4.96 ekar.

🔵Majlis pecah tanah telah dilakukan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembinaan bermula pada Mac 2000. 

🔵Perasmian masjid ini disempunakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422H. 

🔵Masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama. Kubah utama terletak di tengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.  

🔵Sekeliling luar kubah ini dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Al-Hadid ayat 1-8. Manakala dalamnya pula dihiasi dengan kalimah Asma ul-Husna.

🔵Masjid ini ditadbir oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Albukhary seramai 13 orang yang terdiri dari gabungan tiga pihak iaitu pihak Yayasan Albukhary, Jawatankuasa Kariah Alor Malai dan Pegawai Masjid.


🔵Masjid Albukhary, atau Masjid Albukhary, adalah salah satu mercu tanda yang paling mengagumkan di Alor Setar, Kedah. Ia dibina oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, seorang usahawan tempatan yang berketurunan dari Yaman.




Senibina dataran khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

🔵Masjid Albukhary adalah sebahagian dari Kompleks Albukhary, sebuah pusat Islam yang luas yang merangkumi pusat perdagangan (Souq Al-Bukhary), pusat perubatan, pusat komuniti rumah anak-anak yatim dan warga emas dan pusat pengajian tinggi (Universiti Antarabangsa Al-Bukhary). Projek ini dibangunkan oleh Yayasan Albukhary. 

🔵Rekabentuk menara masjid ini dibina berdasarkan senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan ketinggian 47.92 meter dari paras tanah.


















Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, March 3, 2025

RAMADAN SERIES 2025 - MASJID & PUSAT ISLAM - MASJID 03 - MASJID AL BADR - MASJID 1000 SELAWAT - PULAU PANGKOR

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

MASJID 03 - MASJID AL BADR - MASJID 1000 SELAWAT - PULAU PANGKOR





🔵Pulau Pangkor merupakan salah satu pusat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Justeru pembinaan Masjid al-Badr ini merupakan cetusan idea daripada hasil perbincangan antara bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor bersama Datuk Abdul Latiff Mirasa, berserta pakar-pakar dan pegawai dari Yayasan Restu, yang berhasrat membina sebuah masjid ikonik untuk masyarakat Muslim tempatan di Teluk Gadong, Pangkor.

🔵Selain itu, idea ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menarik minat pengunjung dalam negara mahupun luar negara bagi melihat sendiri keunikan masjid yang berkonsepkan 1,000 selawat sebagai hiasan dalamannya.

🔵Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014, di bawah pengawasan Pejabat Daerah Manjung. 

🔵Peruntukannya pula disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak dan Pejabat Menteri Besar Perak.









🔵Pada tahun 2015, dibangunkan pula reka bentuk dalamannya, daripada kajian tentang khazanah alam yang terdapat di negeri Perak. Kemudian kajian tersebut berkembang kepada rekaan halus seni tangan anak tempatan oleh Yayasan Restu.



🔵Keluasan masjid ini mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.
🔵Ia sudah mula beroperasi pada awal Februari 2017 dan siap sepenuhnya pada Jun 2017. 
🔵Masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017.







🔵Masjid ini mengetengahkan 1,000 selawat dan identiti negeri Perak pada setiap panel hiasan dalaman pada dindingnya. 

🔵Manakala kaligrafi yang terdapat pada masjid ini telah mendapat pengesahan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti Negeri Perak. 

🔵Di samping itu, masjid ini juga adalah simbolik rasa cinta kepada Junjungan Terbesar Nabi Muhammad SAW. Diabadikan dengan seni tangan kaligrafi yang memuatkan pelbagai selawat kepada baginda SAW. 

🔵Proses ini mengambil masa beberapa tahun untuk menggabung dan menjalinkan hasil kaligrafi bersama seni rekaan halus. 

🔵Menariknya, himpunan 1,000 selawat ini turut dimuatkan ke dalam sebuah buku yang bertajuk 'Masjid al-Badr, Meneliti Keindahan 1,000 Selawat' hasil terbitan Yayasan Restu, yang turut menampilkan setiap sisi panel masjid. 










































Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.