Assalamualaikum.
Keluar saja dari jeti Pulau Pangkor, kami 'disambut' oleh begitu ramai taxi and transportation rental (cars and motorcycles) operators. Awalnya terkejut juga kami. Mula-mula agak chaotic juga tapi bila kami beritahu kami nak teksi ke hotel, kami terus dibawa ke teksi yang sudah bersedia beratur menunggu giliran untuk mengambil passengers.
Inilah Pink Taxi (Van Sewa Pangkor) yang ikonik, transport utama di Pulau Pangkor.
🔺Ini adalah di Terminal Teksi Pulau Pangkor.
🔺Teksi pink ini juga berkhidmat sebagai "duta kecil", memperkenalkan Pulau Pangkor kepada pelancong.
🔺Pada masa ini, terdapat kira-kira 100 pemandu teksi berwarna merah jambu ini.
🔺Pada tahun 2020, ada perancangan untuk menukar pink taxi ini kepada van elektrik bagi tujuan mempromosikan Pulau Pangkor sebagai "Pulau Pelancongan Hijau dan Lestari".
🔺Pada 2023, perancangan itu telah diubah dari menukar ke van elektrik kepada menukar ke van pelepasan karbon rendah dan ia masih dalam proses pelaksanaan.
🔺Diberitakan pink taxi ini tak lama lagi akan lenyap kerana terdapatnya ramai penduduk pulau itu yang melakukan kerja kereta dan motosikal sewa haram.
Menaiki teksi ke tempat penginapan kami, Suria Beach Resort, yang terletak di Teluk Nipah. Tak jauh, cuma 6.5 km atau 12 minit perjalanan.
Peta tempat-tempat menarik di Pulau Pangkor.
Di Jalan Pasir Bogak.
Kedai makan.
Susulan langkah Kerajaan Persekutuan memberikan status bebas cukai yang berkuat kuasa 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah mencatatkan peningkatan pengunjung sebanyak 40%.
Tiba di Suria Beach Resort di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Bilik tak siap lagi, jadi kami tinggalkan beg-beg kami dan pergi lunch.
Berjalan ke arah tepi pantai. Tadi nampak ada beberapa restoran di sana.
Pulau Giam juga kita boleh nampak dari anjung tepi pantai kedai makan ini.
Selamat Datang ke Pulau Pangkor
Tinggalkan Jejak Kaki, Bukan Sampah
Welcome to Pangkor Island
Leave Behind Footprints, Not Trash
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment