Assalamualaikum.
Isteri terima jemputan untuk hadir ke Majlis Konvokesyen UIAM ke-39 yang berlangsung di IIUM Cultural Centre, Gombak Campus.
Tempat parking penuh sehingga ada yang park kenderaan di tepi-tepi jalan. Mujurlah ada disediakan tempat parking untuk tetamu jemputan. Sampai saja, kami terus cari tempat makan untuk makan tengahari dulu sebab isteri akan hadir untuk Sidang 9 pada pukul 2 petang of the convocation.
Ada beberapa kafe dan restoran di kampus ini. Mostly penuh especially yang berdekatan dengan dewan di mana konvokesyen diadakan. Fortunately ada yang jauh sikit, di bangunan sebelah.
Kami pilih Kafe Paparonis ini for our lunch. Selesa di sini sebab tidak sesak dan tak ada queue macam kafe yang di bawah. Also sini banyak tempat kosong unlike at the earlier kafe yang langsung tiada seats/tables available.
UIAM dibina dalam kawasan aliran 3 sungai iaitu sungai Pusu, sungai Batang Pusu dan sungai Anak Pusu. Dalam foto di bawah ini ialah sungai Pusu.
IIUM Gombak Campus map with river infographic. Dalam peta ini kita boleh lihat lokasi/aliran ketiga-tiga sungai: Pusu, Batang Pusu dan Anak Pusu.
Di IIUM ini ada program River of Life (ROL).
Program River of Life Public Outreach Programme (ROL-POP) ialah program kerajaan untuk memupuk perkongsian dan meningkatkan sikap dan tingkah laku kumpulan sasar untuk mengurangkan pencemaran di Sungai Klang, Malaysia. Objektifnya adalah untuk menjana bukti penambahbaikan dalam sikap dan tingkah laku kumpulan sasar dalam Kawasan Projek terhadap penjagaan dan pemeliharaan sungai untuk meningkatkan kualiti air dan mengurangkan pencemaran dalam kawasan projek.
Kelihatan begitu ramai ahli keluarga, pasangan, saudara mara dan rakan handai para graduan yang hadir ke konvokesyen UIA ini.
Pemandangan dari kedua-dua belah River Bridge IIUM.
Kelihatan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.
Disiapkan pada tahun 1997, masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang pada tahun 2000. Masjid ini dinamakan sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Constitutional Head of the University.
Bangunan-bangunan di sekitar dataran depan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.
Masjid ini boleh memuatkan sehingga 9,000 jemaah pada bila-bila masa.
Ini pula satu lagi dataran masjid, located on the other side of the mosque.
Terletak di sekitar blok akademik dan pentadbiran, masjid ini dihubungkan secara strategik dengan pelbagai kemudahan pusat, perpustakaan dan bilik kuliah melalui laluan pejalan kaki koridor dan halaman dalam. Oleh itu, bangunan masjid dan kawasannya mempunyai beberapa pintu/jalan masuk termasuk di bahagian dinding kiblat yang menghubungkan ke anjung masjid dan plaza terbuka.
Dilapisi dengan jubin kaca biru dan kemasan semburan konkrit berwarna coklat, keistimewaan reka bentuk masjid ini terserlah indah. Kubah biru dengan bentuknya yang diilhamkan dari Masjid Nabawi dan menara kembar yang diilhamkan oleh Uthmaniyyah telah menjadikan masjid ini mercu tanda tersendiri. Dari jauh, kedudukan masjid ini mudah dikenali dengan ciri-ciri ini.
Ruang wuduk luar, yang terletak di hadapan pintu masuk timur masjid, dibina dalam bentuk astaka dan mempunyai kubah yang menyerupai kubah utama. Ruang solat utama juga mempunyai ruang solat tambahan dan koridor laluan pejalan kaki di sekelilingnya. Sebahagiannya, jeriji bingkai corak geometri dan kaca berwarna berwarna digunakan untuk menutup gerbang runcing laluan pejalan kaki.
Kubah utama di dalam dewan solat utama ini dibina terletak di atas interpritasi moden squinch (yang dapat dilihat di Timur Tengah dan Rom purba sekitar abad ke-5 Masihi, dan sering digunakan dalam seni bina Islam dan Byzantine awal), dengan enam tiang utama, yang membentuk gerbang besar. Ruang solat atas dibina pada setiap sisi, kecuali pada dinding kiblat.
Masjid Sultan Haji Ahmad Shah adalah contoh yang baik bagaimana masjid universiti direka bentuk dan diletakkan dalam reka bentuk kampus Islam. Ia terletak di tengah-tengah kampus induk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, Selangor. Sebagai salah satu Universiti Islam pertama di negara ini, masjid ini adalah sebahagian daripada etos universiti sebagai pusat pembelajaran komprehensif untuk pengajian Islam dan duniawi yang dianggap tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Di kubah utama tergantung beberapa candelier. Di hadapan dan belakang dewan solat utama dipasang dua kipas besar yang sangat menyamankan suasana dalaman masjid ini. Dibentuk oleh tiga gerbang runcing, mihrabnya dihias indah dengan ukiran plaster yang teliti. Di kanan mihrab terdapat platform mimbar kayu yang menyerlahkan seni reka bentuk Melayu.
Duduk berehat sementara menunggu masuknya waktu solat Zohor.
Setelah selesai solat, isteri pun masuk ke dewan konvokesyen Pusat Kebudayaan UIAM (IIUM Cultural Centre (ICC)). Saya pula, sementara menunggu isteri, decided untuk jalan-jalan di sekitar cultural centre ini dan ambil gambar kerana cantik juga rupanya kawasan dalam universiti ini.
Ada banyak sungguh graduation bouquets yang dijual di sini. In fact, earlier kami nampak banyak gerai-gerai di tepi-tepi jalan menjual jambangan tamat pengajian ini di luar kawasan universiti ini, berhampiran dengan the main entrance.
They were absolutely adorable.
Khemah-khemah khas untuk menjual graduation bouquets. Harganya, kalau tak silap paling murah adalah RM 20.00. The bigger the plush toys, the more chocolates there are and the bigger and more colorful flower arrangement, maka tentulah lagi mahal.
IIUM Convocation Ceremony 2023 at IIUM Cultural Centre, Gombak Campus.
Dan tentulah tidak semua yang hadir dapat masuk ke dewan.
Ok, berikut adalah beberapa foto Majlis Konvokesyen UIAM Ke-39 di dalam dewan yang sempat isteri saya rakam.
Di padang depan IIUM Cultural Centre, Gombak Campus ini kelihatan para graduan bergambar kenangan bersama ahli keluarga, pasangan, saudara mara atau rakan handai.
IIUM Cultural Centre, Gombak Campus.
LEADING THE WAY
Khalifah . Amanah . Iqra' . Rahmatan Lil-'Alamin
🕌Tagline of IIUM leadership: Khilafah (Stewardship), Amanah (Trust), Iqra' (Knowledge), and Rahmatan Lil 'Alamin (Mercy for the world).
🕌The essence of education is to profoundly grasp and implement the concept of mercy, compassion, and benevolence to all people and the whole universe, an attribute described in the Qur’an as Rahmatan Lil 'Alamin (Mercy to all).
School of Architecture building.
Kalau berpakaian jubah konvokesyen dengan hood warna kuning seperti ini, maknanya graduan itu adalah dari Kulliyyah of Economics and Management Sciences. Kalau hood warna oren itu dari Kulliyyah of Sciences. Semua ada 17 warna hood representing different kulliyyah.
The joy and happiness |
Main entrance of the IIUM Cultural Centre.
Memandangkan masih lagi ada masa, setelah selesai merakam serba sedikit suasana konvokesyen, saya pun decided untuk jalan-jalan menyusuri sungai Pusu ini sambil merakam landskapnya.
Ini satu lagi jambatan yang dibina menyeberangi sungai Putus. Jambatan berbumbung ini menyambungkan bangunan-bangunan di kedua-dua belah sungai.
Airnya bersih dan jernih.
Jambatan River Bridge yang kami lalui earlier untuk ke Masjid Sultan Haji Ahmad Shah.
River Bridge IIUM.
Bangunan 2 tingkat rentas sungai. Di tingkat 1 itulah lokasi Kafe Paparonis, where we had our lunch earlier.
Terus ke food court terhampir untuk minum-minum.
Ok, itu je la cerita kali ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment