Assalamualaikum.
Kami di Klana Resort Seremban kerana isteri ada meeting. Lepas masuk bilik, kami rehat, solat dan saya makan cup noodle. Hujan pula petang itu.
Bila hujan berhenti, kami decided to go for a walk at a nearby park iaitu Taman Awam Jalan Keliling. Taman itu tidak jauh dari Klana Resort, about 600 meter.
Kelihatan dari Jalan Keliling ini bangunan Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan, Negeri Sembilan, Darul Khusus.
Wikipedia:
Akar dani, dani, udani, wudani, wedani, bidani, redani, selimpas, ceguk atau akar pontianak (nama botani: Combretum indicum) ialah spesies tumbuhan menjalar dalam keluarga Combretaceae yang menumbuhkan rumpun-rumpun bunga merah yang menarik.
Bangunan Dewan Pekerti Negeri Sembilan Darul Khusus. Dewan untuk events seperti weddings.
Taman Awam Jalan Keliling, Seremban. Taman ini dibina oleh Jabatan Landskap Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seremban.
Taman yang sangat sesuai untuk berjogging kerana ada laluan larian yang rata, menurun dan menaik for a bit of challenge.
Terdapat susunan tiang-tiang konkrit tradisional Minangkabau yang disusun dalam semi-cricle di dataran kecil ini. Terdapat juga tiang/tembok rendah merah yang dihias dengan seni ukiran plaster berwarna putih berbentuk motif tumbuh-tumbuhan.
Hmm... itu bukan kabus... I wish... hihi. Itu fogging sebenarnya. Dari jauh kami sudah terbau asap fogging tu.
Ada banyak pokok-pokok tua di taman ini yang mungkin sudah hampir 100 tahun umurnya.
Jambatan Taman Awam Jalan Keliling dengan reka bentuk ukiran tradisional Minangkabau yang sangat cantik.
Overall, kami suka sangat taman ni.
🔵Firstly ianya bersih dan dijaga baik. Itu paling penting.
🔵Landskapnya juga cantik. Ada hutan, tasik, jambatan merentasi tasik, dataran-dataran dengan lantai bermozaik, hiasan tiang-tiang konkrit dengan reka bentuk dan ukiran tradisional Minangkabau, pokok-pokok berusia dan pelbagai tumbuhan hiasan.
🔵Ia juga lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas awam dan tempat parking yang luas.
🔵Taman ini juga ada multiple entry points which makes it very convenient for visitors to enter.
🔵Laluan pejalan kaki dan larian juga in very good condition.
🔵Pemandangan-pemandangannya cantik dengan suasananya yang redup dan nyaman penuh kehijauan dan jauh dari kesesakan bandar.
Syabas kepada Jabatan Landskap Negara dan Majlis Perbandaran Seremban.
Kami pun berjalan balik ke Klana Resort.
Malam itu kami dinner di resort ini saja, at its Cascade Lobby Lounge.
Berhampiran dengan Klana Resort ini ada sebatang jalan namanya Jalan Penghulu Cantik. Tidak jauh dari resort ini juga ada Medan Selera Penghulu Cantik dan Taman Permainan Penghulu Cantik. Dalam menu restoran di resort ini ada pula Nasi Goreng Penghulu Cantik. Jadi siapakah Penghulu Cantik?
🔸Pada Kurun Masihi yang ke sebelas daerah Sungai Ujong adalah di bawah kuasa kerajaan Sriwijaya di Palembang.
🔸Setelah Sriwijaya ditakluki oleh Kerajaan Majapahit menjelang akhir Kurun Masihi yang ketiga belas, Sungai Ujong menjadi jajahan takluk Majapahit pula.
🔸Dalam syair Jawa yang bernama "Nagarakertagama" dikarang pada tahun 1365 ada menyebutkan "Sang Hyang Hujong" yang merupakan salah satu daripada daerah takluk kerajaan Majapahit di Tanah Melayu setelah kejatuhan kerajaan Palembang (Sriwijaya). "Sang Hyang Hujong" itu merujuk kepada Sungai Ujong.
🔸Penghulu Chantek atau dipanggil Penghulu Rumah Gedang adalah Penghulu Sungai Ujong yang ke enam.
🔸Anaknya, Badur menjadi Penghulu Sungai Ujong yang seterusnya dengan memakai gelaran Datuk Kelana Putera dan dikenali sebagai Datuk Kelana Badur.
🔸Selepas Penghulu Cantik, Penghulu yang memerintah di Sungai Ujong memakai gelaran Datuk Kelana Putera hinggalah sekarang.
Lepas dinner, sebelum naik ke bilik, singgah kejap di mini mart ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment