Assalamualaikum.
Selepas selesai melawat Pasar Besar Seremban, Masjid Jamek Bandar Seremban, Masjid Sri Sendayan dan Lorong Seni Seremban, it was time for me to head on back to Klana Resort Seremban. Tapi Mr. K, my Grab driver/tour guide, ajak saya pusing-pusing Bandaraya Seremban dulu, kind of like buat city tour lah. Saya of course lah setuju 😃.
Sejarah Bandar Seremban
Bandar Seremban muncul sepertimana bandar-bandar lain di negera ini iaitu di sekitar 1870-an. Bandar ini di percayai bermula dari Rasah yang di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu Bijih Timah. Seremban juga bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga menjadi pusat perdagangan utama. Peniaga-peniaga di masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka.
Sumber: www.mbs.gov.my
Ini adalah Darul Asnaf Sri Sendayan.
🔹Darul Asnaf sebagai pusat kecemerlangan dan pembangunan anak-anak asnaf, menempatkan pelajar-pelajar daripada golongan asnaf, mualaf dan yatim piatu.
🔹Anak-anak lelaki daripada keluarga Asnaf Fakir Miskin/Yatim/Mualaf di Negeri Sembilan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan di Asrama Darul Asnaf Sri Sendayan.
🔹Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menaja sepenuhnya perbelanjaan pelajar.
🔹Terdapat dua buah lokasi yang menempatkan pelajar asnaf di bawah kendalian MAINS iaitu Darul Asnaf Sri Sendayan di Seremban dan Darul Asnaf Tanjung Ipoh di Kuala Pilah.
Ini Jalan Sungai Ujong, salah satu jalan raya di Bandaraya Seremban yang sibuk.
Asal-usul Sg. Ujong
Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong. Sg. Ujong telah wujud kurun ke 14. Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungei Ujong tertakluk kepada pemerintahan Sultan Johor pada 1760. Sungei Ujong mendapat nama daripada peristiwa penebangan pokok Merbau Tua di Rembau. Diceritakan pokok Merbau Tua tersebut sebesar sebuah kampong dan mengambil sebulan untuk di tebang. Maka setelah pokok tersebut ditebang, bahagian hujungnya jatuh di sebatang sungai dan dijadikan sebuah penempatan setelah mereka jejaki hujung pokok tersebut. Demikian sejarahnya Sungei Ujong memperolehi namanya. Di dalam pemerintahan sebelum kedatangan Inggeris, Sg Ujong merupakan daerah pentadbiran yang terbesar dan tertua yang meliputi Beranang, Pantai, Rantau, Kelawang, Paroi, Labu, Mantin, Mendun dan Linggi. Kesemua daerah ini ditadbir oleh Datuk Kelana Putera Sungei Ujong.
Sumber: www.mbs.gov.my
Sg. Ujong di era pemerintahan Inggeris
Sungei Ujong yang dikenali Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah didapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain, Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
Semasa pemerintahan Pihak Penjajah Inggeris, Pihak Penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.
Berikutan dari peristiwa di atas, maka muncul deretan kedai di sepanjang Jalan Murray (Jalan Kapitan Tam Yeong), Jalan Pasar dan jalan-jalan utama seperti di Jalan Paul (Jalan Yam Tuan) dan Jalan Birch (Jalan Dato` Bandar Tunggal) yang mana semua nama-nama jalan ini mengambil sempena nama Residen - Residen British ketika itu.
Sumber: www.mbs.gov.my
Monumen Sireh Junjung di Pesona Seremban (Fascinating Seremban). Pesona Seremban berlokasi di Taman Ast, Seremban.
Bangunan tinggi itu adalah bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cawangan Seremban.
Ini Wesley Methodist Church (TRAC), di Jalan Lintang, Bandar Seremban. Dibina pada tahun 1920, ia telah berkhidmat lebih dari 9 dekad. Bangunan gereja ini adalah merupakan salah satu bangunan bersejarah yang terkenal di Seremban.
Pada awalnya sebuah gereja kayu dan rumah paderi sahaja yang mampu dibina sehinggalah bangunan batu ini dapat dibina. Semasa Perang Dunia kedua, tentera Jepun menakluki gereja dan sekolah sebagai tempat operasi mereka. Pada tahun 1960, apabila ahli gereja bertambah, mereka memutuskan untuk membina sebuah dewan dua tingkat, yang kini dipanggil sayap timur gereja. Ia kini menjadi tempat ibadat untuk lebih 800 orang termasuk Chinese, English and Tamil services.
Bangunan Wisma Ceylonese Hall, Seremban di Bukit Nenas Hwy, Bandar Seremban. The hall is available for weddings and receptions. Ia dibina oleh Negeri Sembilan Ceylonese Association yang ditubuhkan pada tahun 1904.
Bangunan Wisma PERKESO, Jalan Sg. Ujong, Jalan Dato Bandar Tunggal, Bandar Seremban.
Tak pasti apa nama official kolam ini, tapi ada saya baca ia dipanggil Kolam Bandar Seremban. Dari perbualan dengan Mr. K dan beberapa orang pemandu Grab di Seremban ini, apparently terdapat beberapa versi tentang kisah kolam ini, termasuklah juga kisah-kisah misteri.
Deretan rumah kedai lama yang nampaknya terpelihara baik dan dijadikan premis perniagaan.
Church of the Visitation is the first French missionary church of Seremban. The church was made in 1848 on 2-acre land which is surrounded by the tranquil panorama. Inspired by Neo-catholic architecture, the church houses a historical Parochial House, Visitation Hall, and Formation Centres. The main hall is decorated with mosaics and stained glass windows replenishing sanity in the prayers.
Yayasan Negeri Sembilan bertanggungjawab memberi bantuan pendidikan dalam bentuk pinjaman kewangan kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik-politeknik dan Kolej yang diiktiraf oleh Kerajaan termasuk universiti-universiti di luar negara.
Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban.
Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).
PKNNS terlibat dalam memajukan sektor perindustrian melalui penggalakan pelaburan, menyediakan kawasan untuk zon perindustrian, melabur di dalam projek-projek perkilangan dan menerokai bidang-bidang pelaburan yang baru. Ini dilakukan secara sendiri ataupun secara usaha sama dengan sektor swasta.
Kelihatan juga Sri Balathandayuthapani Temple Seremban.
A&W ini sudah ada di Seremban sejak 1978. Sudah mendapat status "iconic landmark", kata Mr. K.
Bangunan apartment PR1MA Seremban Sentral.
Depoh EMU (Electric Multiple Unit) KTMB Seremban.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar (IPGM Raja Melewar), Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Jalan Sikamat, Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.
Maka selesailah sudah Seremban City Tour saya dibawa oleh Mr. K. Sebelum saya dihantar balik ke Klana Resort oleh Mr. K, saya ajak dia makan tengahari dulu.
Saya makan apa? Kebetulan di salah satu gerai di medan selera ini ada lauk ikan pari masak asam pedas 😋.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment