Monday, November 25, 2019

PUTRAJAYA - DATARAN PAHLAWAN NEGARA

My previous jalan-jalan di Putrajaya adalah pada tahun 2014 dan 2015 (Royal Floria Putrajaya). So it had been a while. Jadi bila wife kata dia ada a weekend event di Putrajaya, saya pun ikut sama la. She went to the said event and I made my own jalan-jalan plans. 

She dropped me off di Dataran Pahlawan Negara,  Presint 1. Selalu dah lalu depan dataran ni tapi tak pernah singgah. 

Dataran Pahlawan Negara yang terletak di Presint 1 dengan keluasan 12 ekar ini dibina bagi menggantikan Tugu Peringatan sedia ada di Kuala Lumpur yang merupakan lokasi bagi upacara memperingati pejuang-pejuang negara yang terkorban demi mempertahankan kedaulatan negara.

Dataran ini juga berfungsi sebagai lokasi utama bagi Majlis Perarakan Panji-Panji Di-Raja sempena Hari Keputeraan DYMM Yang DiPertuan Agong. Dataran Pahlawan Negara juga menjadi tapak alternatif bagi majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi negara.
Dataran Pahlawan Negara merangkumi dataran kawad, galeri pahlawan, lanskap dan beberapa kemudahan lain termasuk pentas Di Raja, tempat duduk VIP dan orang awam, bilik VIP, tempat letak kereta dan pejabat pengurusan.

Berkonsepkan sebuah 'Kota Pertahanan' (fort) yang teguh, reka bentuk keseluruhannya menampilkan ciri-ciri senibina modern minimalis dengan tambahan kubah di bahagian atas tengah bangunan. Warna putih mendominasi keseluruhan bangunan bagi mengambarkan ketulusan hati dan pengorbanan murni para pejuang demi tanahair tercinta.

Dari Wikipedia:
Dataran Pahlawan Negara menjadi lokasi sambutan Hari Pahlawan yang diadakan setiap tahun pada 31 Julai sempena memperingati jasa perajurit yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. Pembinaan dataran baru ini adalah selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1998 dan yang terbaru April 2009.

Pada 31 Mac 2010, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi setuju memindahkan lokasi sambutan Hari Pahlawan yang sering diadakan di Tugu Negara pada setiap 31 Julai ke Putrajaya. Ini kerana patung menyerupai manusia tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 21 hingga 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera. Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.
File:Tugu Negara.jpg

Tiada lagi kalungan bunga dan bertafakur seperti di Tugu Negara. Sekarang majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat dibuat sempena Sambutan Hari Pahlawan di peringkat Persekutuan pada tahun ini 2019 di Masjid Negara

Pada diri saya yang paling mengesankan di dataran ini adalah Pavilion Memorial Peringatan Perang (Malaysian War Memorial Pavilion). Di setiap tiang-tiang di laluan ke dataran ada plak menceritakan kejadian serangan, pertempuran dan operasi yang berlaku pada anggota-anggota keselamatan dan pertahanan negara kita.

Berikut adalah catatan-catatan peristiwa serangan, pertempuran dan operasi pada plak-plak di Pavilion Memorial Peringatan Perang, Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

Serangan Balai Polis Kuala Krau, Pahang 26 Jun 1948.

Perang Dunia Kedua Pertempuran di Bukit Chandu, Singapura (1941 - 1945).


Darurat Pertama Pertempuran Hutan Simpan Trolak (1948 - 1960).

Serangan Balai polis Bukit Kepong, Muar, Johor 23 Februari 1950.

Serangan Balai Polis Kambau, Johor 28 Jun 1950.

Konfrontasi : Pertempuran Kalabakan (1963 - 1966).

Gerbang Dataran Pahlawan Negara.

Seranga hendap di Kroh Bentong 17 Jun 1968.


Pertempuran di Perairan Pulau St. John 24 Julai 1964.

Pertempuran di Ladang Lada Hitam, Sibu, Sarawak 6 April 1975.

11 Pegawai Tentera gugur di Gubir 26 April 1976.

Operasi Gubir II : Pertempuran di Hutan Simpan Ulu, Muda, Gubir 15 Julai 1976.

Pertempuran Op Bamboo 4 September 1975.

Serang hendap di Keramat Pulai, Ipoh, Perak 3 Jun 1976.

Serang hendap di Lebuh Raya Grik-Jeli 15 Ogos 1977.

Pertempuran di Bakara Market Mogadishu, Somalia 3 Oktober 1993.

Op Daulat 5 Mac 2013

Ini adalah Dataran Pahlawan Negara di mana sambutan Hari Pahlawan dibuat setiap tahun. Di sini juga adalah lokasi Muzium Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (Malaysian Armed Forces and Police Museum).

Sambutan Hari Pahlawan setiap tahun negara kita dibuat untuk meraikan perajurit-perajurit negara yang banyak berkorban demi negara dan memperingati jasa perajurit yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan tanah air. 31 Julai 1960, telah diiystiharkan sebagai Hari Pahlawan sempena tamatnya darurat pada tarikh tersebut. Ia menjadi platform bagi mensyukuri keamanan yang dikecapi negara sehingga membolehkan kemajuan dan pembangunan negara berjalan lancar tanpa sebarang ancaman daripada anasir-anasir luar yang tidak bertanggungjawab yang ingin menghuru-harakan kemakmuran.

Kebiasaannya acara-acara sambutan Hari Pahlawan termasuk Istiadat Perbarisan, Pemeriksaan Kawalan Kehormat Utama, tiupan 'Paluan Akhir', bacaan Sajak Pahlawan, Persembahan Pantomim bertajuk 'Pengisahan Sejarah Pejuang-pejuang Negara' dan Tiupan 'Paluan Fajar'. Kemudian diikuti dengan Jalur Gemilang dinaikkan, simbolik kepada semangat bangkit melawan pasukan keselamatan sebelum sesuatu operasi dilancarkan dan seterusnya disusuli dengan bacaan doa sebagai tanda majlis berakhir.

21 das tembakan juga dilepaskan. Sesi tembakan meriam dikendali sepenuhnya oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Taman Putra Perdana di Tapak Meriam berhampiran Hotel Shangri La.

Yang terlibat dalam Istiadat Sambutan Hari Pahlawan adalah Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Persatuan Pesara Polis Diraja Malaysia. Sejak 1968, acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM.

Pemandangan Pavilion Memorial Peringatan Perang (Malaysian War Memorial Pavilion) dari dataran.

Muzium Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (Malaysian Armed Forces and Police Museum).




Di depan muzium ini ada deretan air pancut yang menenangkan.


Di koridor luar muzium ini ada senarai anggota-anggota keselamatan dan pertahanan yang berkhidmat since as early as 1948.












Masa saya di Muzium Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ini ia masih lagi belum dibuka untuk lawatan orang awam kerana masih lagi belum siap pamerannya.  

Pemandangan di belakang Muzium Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.

Dari muzium ini juga pengunjung boleh turun tangga ini untuk ke Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail)  

Di Jejak Sisiran 1 (Putrajaya City Trail) itu ada tasik Wetland Putrajaya yang punca airnya adalah dari Sungai Chuau dan Sungai Bisa. 

Begitulah catatan yang dapat saya kongsikan di sini dari lawatan saya ke Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. 

Sebagai kata-kata penutup blog entry ini, adalah penting kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengenang jasa-jasa perajurit-perajurit yang telah berjasa dan berkorban demi negara bukan sahaja ketika sambutan Hari Pahlawan tetapi pada setiap hari kerana tanpa keselamatan dan kesejahteraan yang dikurniakan oleh Allah SWT, negara kita tentu sukar menjadi sebuah negara yang berjaya. Maka wajar sangatlah kita sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT dan jasa anggota-anggota keselamatan negara kita dihargai dan dikenang selalu. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. baru tahu ada tempat ni
    parkir kat mana en syed?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Park kat tepi jln at the entrance. Tapi masa weekdays penuh yg amat sebab hari kerja.
      Saya hari tu my wife dropped me off.

      Delete
  2. menarik! saya orang putrajaya pun tidak tahu tempat ni. boleh cuba pergi harap2 pameran sudah siap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. I also harap dah siap semua pameran. Pasti menarik!

      Delete
  3. Pameran dalaman melibatkan kepahlawanan ATM dan PDRM terdapat dalam 2 galeri di aras 1 iaitu Galeri Kepahlawanan ATM dan Galeri Kepahlawanan PDRM. Pada masa sekarang masih lagi di peringkat kerja2 pengisian bahan pameran yang signifikan dan belum dibuka kepada umum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan for the info. Appreciate it.

      Delete
    2. semalam pergi sini..tapi tak dapat masuk bahagian galeri..guard cakap tak boleh masuk..jadi tengok bahagian luar je lh..https://www.youtube.com/watch?v=xsWy8P09cnY

      Delete
    3. Thank you for the info tuan.

      Delete