Monday, November 18, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 10 - MUZIUM SEJARAH, ETHNOGRAFI & SASTERA

Ok, sambung semula entry lawatan saya ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera bahagian ke 2.  

Saya memang la suka sangat kalau ada diorama. Dan dalam muzium ini ada banyak diorama yang semuanya awesome belaka!











Bukan sahaja ada banyak diorama, tapi juga banyak lukisan-lukisan yang menggambarkan detik-detik bersejarah Melaka.




Ini pemandangan Dataran Belanda dilihat dari tingkat 1 Bangunan Stadhuys.

Tak pernah saya sebelum ini dapat merakam foto dataran ini dari sudut atas begini. 
















































Enam abad kota Melaka.

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar 1400 Masihi. Pada 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula dari tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan.
















Selepas itu, Tanah melayu jatuh ketangan Belanda pada 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada 1824 melalui Perjanjian Inggeris Belanda.




















PANGLIMA AWANG MAGELLAN MELAYU
Panglima Awang merupakan watak protagonis novel Panglima Awang karya Harun Aminurrashid (1964). Watak patriotik hasil imaginasi Harun Aminurrashid ini tertangkap ketika memimpin gerakan menentang Portugis lalu dipindahkan keluar dari dunia Melayu ke Portugal. Pembuangan itu dapat dianggap sebagai permulaan bagi pengembaraan Panglima Awang (Enrique) mengelilingi dunia apabila sampai semula ke Melaka setelah terlibat mengikuti ekspidesi Kapten Fernado (Ferdinand de Magellan) kemudiannya dalam mencari laluan ke kepulauan rempah. Ekspedisi tajaan Sepanyol, diusahakan setelah Magellan belot meninggalkan Portugal apabila mendapati dirinya terancam di negara sendiri. Laluan bertentangan menghala ke barat merentasi Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik dengan mengelilingi benua Amerika Selatan diambil memandangkan laluan mengelilingi Tanjung Pengharapan ke timur dikuasai oleh Portugis. Setelah menempuh pelbagai dugaan dan bahaya termasuk pemberontakan, fenomena cuaca, kebuluran dan penyakit selama berbulan-bulan mereka sampai ke Cebu, Filipina. Apabila Magellan terbunuh dan terjadinya peristiwa jamuan kematian, Panglima Awang berjaya memisahkan diri dari kumpulan ekspedisi tersebut lalu pulang ke Melaka menyambung perjuangan yang tertangguh serta dapat menemui semula tunangannya, Tun Gayah.
Dalam realiti sejarah sebenar pelayaran Ferdinand de Magellan, tokoh Melayu ini muncul pertama kalinya dalam cacatan Antonio L. Pigafetta, jurutulis ekspedisi ketika mereka sampai di Cebu pada pagi Khamis 28 Mac 1521 apabila bertindak menjadi jurubahasa. Dia mampu berbicara dengan peribumi tempatan menerusi bahasa Melayu memandangkan bahasa itu merupakan lingua franca dan secara tidak langsung menandakan dia telah berada semula di wilayah asalnya.

Enrique, Henrich atau lebih dikenali dalam sejarah sebagai Enrique of Melaka sebenarnya adalah seorang hamba kepunyaan Magellan yang dibeli di Melaka selepas kejatuhan negara-kota itu pada tahun 1511. Budak yang tidak diketahui asal usul dan namanya itu berusia 12 tahun lalu dikristiankan dan diberi nama Enrique. Apabila Magellan diperintahkan pulang oleh Albuquerque, sebagai hamba, Enrique mengikut sama ke Portugal dan seterusnya sentiasa berada di sisi tuannya ke mana sahaja sehingga menjadi orang yang amat dipercayai kerana kesetiaannya.

Di Portugal, Magellan mengalami nasib malang apabila dipinggirkan Raja Manuel. Kecewa kerana jasanya tidak dihargai, Magellan belot lalu berhijrah ke Sepanyol, musuh tradisi Portugal. Di Sepanyol, Magellan berjaya meyakinkan Raja Charles V lalu diberi peluang mengetuai ekspedisi mencari laluan ke kepulauan rempah, Maluku bagi menyaingi kejayaan Portugis. Magellan mati di Mactan sebelum tugasnya terlaksana tetapi ekspedisi itu diteruskan oleh mereka yang terselamat. Akhirnya, hanya kapal Victoria sahaja yang berjaya pulang ke Sepanyol pada 7 September 1522 dipimpin Juan Sebastian Elcano dengan 18 orang pelaut sarat dengan bekalan cengkeh dari Ternate, Maluku.

Sebaliknya, arah haluan Enrique tidak dapat dipastikan terutama selepas peristiwa penyembelihan di 'jamuan kematian' itu. Kemungkinan, dia menetap dan bermastautin serta berkeluarga di Cebu memandangkan keselamatannya terancam oleh Portugis di Melaka dan lebih-lebih lagi orang yang ditaatinya, Magellan telah mati. Satu hal yang dikagumi, Enrique terselamat dalam mengharungi pelayaran yang penuh pancaroba itu. Kejayaan itu pastinya kerana dirinya seorang Melayu yang merupakan sebahagian daripada warga maritim yang telah biasa dengan kehidupan di laut.

Tanpa disedari Enrique, dia adalah manusia merdeka, bebas dari status hamba berdasarkan surat wasiat Magellan pada 24 Ogos 1519 dan diperuntukan wang saraan 10,000 maravedis jika terjadi sebarang kecelakan termasuk kematian kepada Magellan ketika pelayaran dalam ekspedisi ke kepulauan rempah. Pastinya, Panglima Awang @ Enrique of Melaka merupakan Magellan Melayu kerana dialah sebenarnya manusia pertama mengelilingi dunia setelah mendahului yang lain dalam melengkapkan pusingan berbanding Ferdinand de Magellan yang dinobatkan Barat. Walaupun, secara pasti Enrique tidak kembali semula ke titik permulaannya di Melaka tetapi yang pentingnya dia sampai semula ke wilayah Melayunya.


Laksamana Cheng Ho. 




Selain Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera ini, pelawat juga boleh melawat Muzium Sastera Melaka, Muzium Yang Di-Pertua Negeri dan Muzium Pemerintahan Demokrasi menggunakan tiket yang sama dibeli masa masuk ke Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera. 


Rasanya ini adalah tangga batu yang asal. Jika betul, very likely these are laterite stones.

Muzium Sastera. 

Muzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka. 

Jalan ke Muzium Pendidikan.

Ada murals. Syed Sheikh Al Hadi dan Datuk A Samad Said.

Tun Sri Lanang dan Munshi Abdullah.

Pengunjung juga boleh melawat ke Muzium Seni Bina Malaysia dan Muzium Islam Melaka.

Maka dengan itu selesailah sudah lawatan-lawatan saya dalam diri program 'Jalan-jalan Muzium Melaka'. Muzium dan Galeri yang saya sempat lawat adalah:
🌓 Muzium Dunia Melayu Dunia Islam.
🌗 Muzium Rakyat
🌓 Muzium Layang-Layang
🌗 Muzium Kecantikan
🌓 Galeri Meteor
🌗 Casababa Gallery
🌓 Malaqa House
🌗 Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera

Alhamdulillah.

Malam tu kami makan di hotel sahaja.



Bersambung... 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. diorama !! saya pun suka!
    dan saya suka bayangkan malam-malam dia gerak2!! hahahhaha

    senang-senang je berbunuhan kan orang dulu-dulu !!
    fitnah ni, dari dulu sampai sekarang ada je selagi bernama manusia

    saya ada nampak Nisan tu di Muzium Negara
    kalau bentuk gitu , nisan Acheh namanya
    Untuk Sultan , pembesar , orang have-have

    Zheng He tu saya ada baca
    Mula-mula budak suruhan Maharaja . baik , rajin . Maharaja dan Maharani suka
    Panggil tinggal dalam istana
    Tapi takut berpaling tadah , etc , di castratekan
    Maka jadi lagi setia
    Mengembara , peluk Islam
    Pelayar, utusan Raja China yang bagus .
    Bukan untuk berperang , tapi untuk meluaskan pengaruh China
    Armada dia memang impressive . Larger dan banyak sangat berbanding dengan orang-orang putih punya masa tu.
    Nanti saya cari gambarnya , somewhere dalam fon/ blog

    So , Panglima Awang ni orang betul atau fiksyen ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lurrrvvveee dioramas! Like I love old black and white photos of historical places and events. Yg bestnya dioramas are in 3D.
      Ehhh... jgn la gerak2.. serammmmmm!

      Kan. Sometimes I wonder, berlaku ke provakasi? Atau perang mulut, showing disrespect, cabar mencabar etc yg triggered and fueled the situation sampai tahap marah nak membunuh. Tak kan la raja2/royalties dulu tak tahu yg tanggungjawab mereka adalah melindungi rakyat bukannya membunuh mereka? Bukan saya nak backing sapa2 tapi bila kita baca 'sejarah' mcm ni, terasa mcm susah nak terima. Dari mana sumbernya? Ada rekod ke? Atau dari mulut ke mulut? Entah la, I was just wondering...

      Fitnah akan sentiasa ada selagi hati manusia dipenuhi dgn syaitan.

      Yes, nisan Acheh.
      'Orang have-have'.. hehehehehe...

      Menariknya cerita pasal Zheng He tu. Peluk Islam.. Allah swt beri hidayah pada dia...

      Tak tau doc saya ttg Panglima Awang tu. Kalau saya tanya soalan yg sama, I do not know how to go about finding out if he is indeed a real person or a fiction. May be boleh baca published findings done by expert researchers.

      Delete