Friday, November 8, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 06 - GALERI METEOR

Selepas spent time di Muzium Rakyat, Muzium Layang-Layang dan Muzium Kecantikan, last sekali saya ke Galeri Meteor. Honestly saya tak tahu pun ada galeri ini di sini, let alone sebuah galeri tentang meteor. How exciting lah. 

Masuk ke Galeri Meteor. I had never seen a meteor before so this 'discovery' was pretty much a huge bonus for me. 
Pameran ini diadakan untuk mewujudkan kesedaran dan memberi maklumat mengenai batu dan mineral dari galaksi yang kurang dikenali.

Masuk je ada selonggok batu-batu meteor di atas meja ini! At first I thought batu-batu biasa but then again why put normal rocks kan.. hehe. 

So there I stood for like 5 minutes just staring at these rocks from the sky in amazement. SubhanAllah. Masa ni mula la saya fikir macam-macam. Like, ada ke radioactivity emanating from these meteor? You know, like in the movies. If so, wouldn't it be dangerous to be standing so close to them? Like, I was genuinely concern. But then I thought tak kan la mereka display begini kalau merbahaya kan. Surely kalau bahaya they put these meteors in some sort of glass encasement. 


As I look at these meteors in wonderment, Puan Nor yang bertugas di galeri ni approached me and informed that these are indeed meteors. 

Lepas tu you would not believe the amount of questions I asked her.. hehehe; like asking her to reaffirm that these are actually meteors and that I am in no danger being around them.. hehe. 

Puan Nor yang sudah biasa dengan soalan-soalan begini kata tak perlu risau sebab meteors ni dah lama, jadi sudah lama terdedah pada atmosfera kita so there are harmless. 

Fyi, Puan Nor adalah sangat knowledgeable tentang meteor and I like the way she explained to me dengan cara dan bahasa yang saya mudah faham. This is so helpful to me sebab saya tak tahu banyak tentang meteors.   


Ok, macam biasa saya letak foto-foto info seperti di bawah. Fascinating read indeed.

Alam semesta terbentuk.

Saya suka galeri ini. Semua barang pameran are nicely displayed, the gallery is well lit dan air-conditioning bagus. Sungguh selesa.  

Galeri ini kecil saiznya berbanding dengan saiz sebuah muzium jadi ia lebih intimate and I really like that. Ruang-ruang pamerannya pula disusun mudah untuk pengunjung follow the flow with fascinating facts being revealed seamlessly.

The texts displays pula menggunakan font saiz mudah baca dan diletak pada paras eye level. Fakta-fakta pada texts display pula dibuat brief and terse so tak la jenuh nak membacanya or overwhelmed by the text volume.

The Big Bang theory.

Misteri batu meteor.


Perbentukan planet-planet.


Wah! Ada NASA space suit.  

Titik mula era dominasi jisim 300,000 tahu dahulu.


Maklumat tentang Keris Meteor. Kata Puan Nor, kita orang Melayu kenal meteor dengan nama 'tahi bintang'. Tahi bintang ini ada digunakan untuk senjata tradisional Melayu seperti keris, mata tombak dan lain-lain.



Ini keris-keris yang yang dibuat dari gabungan logam bumi dan logam atmosfera. Teruja betul saya melihatnya. 

Saya pun bertanya boleh ke logam bumi dan tahi bintang digabung? I know la boleh, like duh, kan dan ada bukti keris-keris ni depan mata.. hehehe. But I just got to ask sebab to me it is such a fascinating fact that I need to be reaffirmed.. hehe. Boleh kata Puan Nor tapi prosesnya sangat susah since tahap melebur kedua-dua logam itu adalah berlainan. Suhu lebur meteor adalah sangat tinggi. And therefore to me to combined both metals at the right temperature seemed like an impossibility.  

Kata Puan Nor, kalau kita lihat dekat-dekat akan nampak bahagian yang berkilau warna silver, yang itu la logam meteor. Fascinating!

Tambah Puan Nor lagi, meteorit yang mengandung zat besi dan mineral lain adalah sukar dipotong. Ia hanya boleh dipotong menggunakan alat pemotong khas. 



Kelahiran bintang dan galaksi.

Ini iron meteorite seberat 260 kg dari Russia.



Asteroid.


Iron meteorite dari China seberat 165 kg. 





Surah-surah Al-Quran yang berkaitan dengan meteorit.


Jenis-jenis meteorit.






Di bahagian dinosaur.











Macam-macam soalan saya tanya Puan Nor. Kebetulan masa tu tak ada pengunjung lain. 

Then Puan Nor kata cubalah angkat kepingan tahi bintang ni. So I did.. uwahhh... berat betul, tak padan dengan saiznya! Rasa macam meteor ni padat mampat and super heavy for its size. Definitely tak macam batu biasa di luar sana. 

Puan Nor beritahu lagi, batu meteorit kena dijaga supaya bentuk asalnya kekal. Ini kerana kandungan besi di dalamnya mungkin berkarat jika terdedah kepada kelembapan.

Puan Nor sedang memberi penerangan. 

Puan Nor juga bercerita tentang pengasas Galeri Meteor ini dan pemilik semua meteor-meteor yang ada di galeri ini iaitu Dato' Jaafar Jamaludin. Dato' Jaafar selepas bersara dari berniaga batu permata di Australia, beliau pulang ke Malaysia pada tahun 2003 membawa masuk lebih kurang tiga tan batu meteor yang dianggarkan bernilai RM500,000 (nilai semasa pada ketika itu). 

Tambah Puan Nor lagi Dato' mengumpul batu meteorit dari seluruh dunia selama 10 tahun. Batu meteorit yang terbesar dalam koleksinya adalah batu separuh tan dari Argentina. Sekarang sudah susah untuk mendapatkan batu meteorit sebab ada negara-negara anggap batu meteorit yang jatuh dalam negara mereka sebagai warisan kebangsaan dan oleh itu tidak boleh dijual. 

Kejadian kawah meteor.


Next Puan Nor buat demo menunjukkan batu meteor bertindak balas atau melekat dengan magnet (besi berani).

Then Puan Nor suruh saya gosok-gosok batu meteor ini. Saya pun gosok la. Ada tak rasa apa-apa, tanya Puan Nor. Tak ada pulak kata saya. Haa.. kata Puan Nor kalau rub long enough akan ada rasa macam satu energy pada tapak tangan. Ada pengunjung yang beritahu dia rasa sampai ke pangkal lengan. 

Ehh.. ada souvenir. Saya tanya Puan Nor adakah souvenir tu dibuat dari batu meteor? She said yes. And they are for sale! Terus saya cuba ingat ada berapa RM dalam wallet saya.. hehehe. 

Puan Nor kata nilai batu meteor sangat mahal, about RM10k untuk 1 kg meteor mentah. Jadi tentu la tak ramai orang boleh memilikinya. Jadi Dato' pun buat pelbagai produk dari batu meteor supaya ramai yang mampu beli seperti barang perhiasan cincin, loket dan keris yang dijual pada harga RM300 hingga RM3,000. 

Masih harga tak terjangkau pada anda? Jangan risau sebab ada lagi produk lain bentuk sovenir dijual di galeri ini seperti key chain (RM12), minyak panas (RM10) dan minyak wangi (RM30). 

Dalam cincin-cincin ini semua ada batu meteorit.

Sebagai bukti cincin ini melekat pada magnet menunjukkan di dalamnya ada batu meteorit. 

Kalau mahukan saiz yang lebih besar, bolehlah beli kepingan-kepingan batu meteorit ini. Yang berat 60 gram harganya RM3,000. Yang 35 gram harganya RM1,750. Nak yang berat 180 gram dan 210 gram pun ada juga.

Ini Perfume Haruman Muslim jenis roll-on. Lupa pulak saya nak tanya Puan Nor macam mana buat minyak panas dan minyak wangi guna batu meteor. Mungkin botolnya kot. 


Saya beli yang ini. A piece of batu meteorit berharga RM12. 

A very small piece actually. Saiznya lagi kecil dari duit syiling 5 sen kita. See below for comparison. Jadi la buat kenangan. 


Bersama batu meteorit kecil ini ada sekali sijil kesahihannya. Teruja saya baca 'About Meteorites' di bawah ni.

A few close up shots of my meteorite. 'My meteorite'... never thought I would ever say that... ever... hehe. 





Really, it was quite unexpected that I'd be visiting Galeri Meteor ini. Honestly, saya tak tahu pun ada galeri ni di sini. Tak pernah jangka akan sentuh tahi bintang. Lagi la tak sangka dapat beli sekeping meteor kecil dengan harga cuma RM12 sahaja pulak tu. 

So yeah, like I stated earlier it was a huge bonus for me dalam program 'Jalan-jalan Muzium Melaka" saya ini.

Alhamdulillah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. hahhahahaha...
    nak gelak dulu
    dah agak dah!
    you are such a worrier !!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed! Hahahaha... I admit I felt quite silly after that actually.. hehehe.

      Delete
  2. tak sempat nengok video ni lagi
    park kat sini dulu
    https://www.islamicity.org/16637/the-big-bang-in-the-quran/

    ReplyDelete
  3. ini muzium yang first saya akan masuk bila pergi Banda Hilir nanti !
    imagine holding in your hands a million , may be billion years old meteor!!
    i wish i have psychometry ! so I can visualise the momemt of it flying tru space and the moment of impact !
    hehhehehe... drama kan... ?
    i am a astronomy junkie :))

    berapa rm cincin yang paling murah
    nak beli lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. I knew you are going to like this gallery! In fact, masa saya masuk and saw all those meteors, I can imagine how bijik mata you will be besar bulat in awe tgk the stones.. hehe.

      Hehehe... there you go, membayangkan the meteor rocketing through the sky, just like I did when I visited the gallery.. hehe. But then when I imagine the impact... Nauzubillah min zalik.

      Lawat galeri ini juga buat saya teringat Melaka Planetarium yg dah tutup 10 tahun tu.. urgghhh... :(.

      Kalau tak silap cincin yg ada batu meteor tu harganya around RM300. I think ikut saiz batu tu.

      Delete
  4. Assalamualaikum dan selamat pagi.
    Wsk sy 0109211413

    ReplyDelete
  5. Kebanyakan yg ada dlm galeri tu bkn meteorite terutamanya key chain. Tu hematite atau bijih besi. Yg besi bergaris2 tu yes meteorite. Dan batu2 besar dlm bilik tu x pasti ianya meteorite sbb xde sample widsmanstaten. Cincin2 tu pun x pasti sbb besinya hitam. Besi iron meteorite putih mcm stainless steel atau putih perak.

    ReplyDelete