Ok jom kita sambung jalan-jalan di Jejak Sisiran 1, di Presint 1, Putrajaya ni. Untuk bahagian ke 2 Jejak Sisiran 1 ni saya kongsi pula foto-foto burung-burung yang dapat saya rakam.
Ini adalah pulau-pulau buatan kecil di tengah Tasik Putrajaya Presint 1 yang menjadi santuari burung-burung di kawasan Wetland Putrajaya. They are known as the Bird Sanctuary.
Ini adalah pulau-pulau buatan kecil di tengah Tasik Putrajaya Presint 1 yang menjadi santuari burung-burung di kawasan Wetland Putrajaya. They are known as the Bird Sanctuary.
Dengan berbekalkan sebuah compact camera cap meriam, inilah foto-foto burung di santuari ini yang mampu saya rakamkan.
Untuk pengetahuan segala aktiviti dan penjagaan tasik ini sentiasa dipantau oleh Pengurusan Ekohidrologi, Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland Perbadanan Putrajaya, termasuk spesies haiwan dan tumbuhan yang berada dalam ekosistem di sekitar tasik ini.
Lebih dari 60 spesies burung telah direkodkan di kawasan ini.
Dari lebih 60 spesis burung yang ada di sini antaranya termasuk 5 spesies burung air (upeh, bangau dan pucong) yang telah menjadikan kawasan ini sebagai tempat persarangan dan pembiakan.
Mama bird and her kids.
Semasa musim pembiakan, khususnya di antara bulan Jun hingga Disember ratusan burung air boleh dilihat bersarang di pulau buatan di sini.
Antara spesis burung Pucong yang ada di kawasan ini adalah Pucong Kuak, Pucong Seriap dan Pucong Serandau. Spesis bangau pula adalah Bangau Kendi dan Bangau Kecil.
Sedang sibuk membuat/membaiki sarang.
Faktor utama kehadiran serta pembiakan burung di sini adalah kerana ekosistem yang sesuai, tahap gangguan yang minima serta persekitaran yang selamat dari ancaman pemangsa.
So nice to see them in a group like this, di atas pokok, in their natural habitat dan bukannya bertenggek di tiang-tiang lampu jalan raya seperti yang saya selalu nampak.
SubhanAllah. So beautiful.
Fauna lain yang ditemui di sini termasuklah mamalia spesies terancam secara global iaitu Memerang Bulu Licin (Lutrogate perspicillata) dan spesies biasa seperti Tupai Muncung Besar (Tupaia glis) dan Tupai Pinang (Callosciurus notatus). Halwan reptilia pula ialah Biawak Air
Jom sambung jalan lagi.
Besar sungguh pergola ni.
Government Complex Parcel D.
Laman Putra 3.
Sebuah lagi pergola besar.
Wah! 3,100 langkah!
Oh! Hello there Mr. Birdy 😊.
Such a beautiful bird. SubhanAllah.
So now kita dah sampai ke lokasi JS1g. Di sini juga ada anjung tinjau tasik dan juga empangan kecil, sama seperti anjung tinjau in my previous entry.
Lokasi JS1g ini adalah kawasan Wetland Putrajaya.
Anjung tinjau Wetland Purtajaya di Tasik Putrajaya Presint 1.
Papan Tanda Maklumat JS1g.
Jom kita baca fascinating facts tentang Wetland Putrajaya yang tercatat di Papan Tanda Maklumat di sini.
Juga ada Info Board tentang spesis burung yang ada di sini.
Pucong Kuak - Black-Crowned Night Heron.
Pucong Seriap - Green Heron.
Bangau Kendi - Cattle Egret.
Bangau Kecil - Little Egret.
Pucong Serandau - Purple Heron.
Itu Jambatan Seri Bakti. Jambatan ini adalah salah satu jambatan utama yang merentasi laluan protokol.
Jambatan ini menghubungkan jalan kedua ke kediaman Timbalan Perdana Menteri dan menghubungkan Presint Kerajaan di utara ke Presint 16 di selatan.
Panjang keseluruhan struktur jambatan ini ialah 270 meter.
Terdapat jalanraya dua hala dua lorong dan lorong pejalan kaki dan trek basikal.
Papan Tanda Maklumat JS1f.
Tentang Seri Satria - kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Aktiviti riadah berbasikal.
Papan Tanda Maklumat JS1e.
Tentang Kompleks B.
Jabatan Perdana Menteri.
Ada arca-arca tangan pula di sini. Unik. Dibuat dengan menggunakan rangka keluli yang disambung membentuk tangan.
Dengan reka bentuknya and the facts that these represent 'hands', menjadikan arca-arca ini mirip dengan design Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani Anti-Corruption Excellence Award.
Inilah Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani Anti-Corruption Excellence Award.
Moh sambung jalan lagi.
Papan Tanda Maklumat JS1d.
Maklumat tentang Tasik Putrajaya.
Papan Tanda Maklumat JS1c.
Tentang Taman Wawasan.
Jambatan Putra.
Dengan kepanjangan 435 meter, Jambatan Putra menyambungkan Presint Kerajaan ke Presint Pembangunan Bercampur dan menghubungkan Dataran Putra dengan Persiaran Perdana. Seni binanya diilhamkan daripada reka bentuk Jambatan Khaju yang terkenal di Isfahan, Iran. Tingkat atas jambatan ini adalah sebahagian daripada Persiaran Perdana. Jambatan tiga tingkat yang unik ini menyediakan akses kepada kenderaan, monorel dan pejalan kaki. Selain menjadi penghubung di antara Presint 1 dan Presint 2 di Pulau Utama, ianya di reka bentuk yang mempunyai ciri tersendiri di Putrajaya.
Sumber: www.ppj.gov.my
Dan akhirnya sampai dah di Promenad Presint 1. Maka selesailah jalan-jalan Jejak Sisiran 1 saya di Putrajaya ini. By this time dah berpeluh dan keletihan dah... hehe. Dah la tak bawak air botol.
Dah penat gitu, rasa perit nak panjat tangga ni.. hehe.
Tiba di Dataran Putra. That's the Putra Mosque.
Di Dataran Putra ini ada sebuah monument iaitu arca Sheikh Tamim Hamad Al Thani. Ia adalah replika 'Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani Anti-Corruption Excellence Award'.
Besar saiz monumen anti rasuah ni. Tingginya 12 meter. Beratnya lebih kurang 3 tan. Dibuat dari keluli tahan karat dari China.
Ia adalah lambang pengiktirafan khas daripada kerajaan Qatar kepada Malaysia atas usaha rakyat dan negara memerangi rasuah.
Cuma ada 3 sahaja monumen ini di dunia. Lagi dua ada di Vienna (2016 - 3 meter tinggi) dan Geneva (2017 - 6 meter tinggi). Jadi yang di Putrajaya ini (2018) adalah monumen yang ketiga dan yang pertama di luar Eropah.
Monumen ini direka oleh pengukir terkenal dari Iraq, Ahmed Al Bahrani merupakan hadiah kerajaan Qatar kepada Malaysia bersempena penganjuran Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa Anti Rasuah Sheikh Tamin. Anugerah ini dianjurkan oleh Rule of Law and Anti-Corruption Centre (ROLACC) dengan sokongan United Nations’ Office of Drugs and Crime (UNODC).
Sumber: www.sprm.gov.my
After met up with my wife, kami pun pergi makan tengahari. Needless to say I was super famished from all the walking and photo taking.. hehe.
Kami lunch di Restoran Salam Noodles.
My wife bawa saya ke restoran ni sebab dia pernah makan di sini. Dia kata the noodles are delicious.
The menu.
Salam Noodles. Love food. Hate waste!
Popular restoran ni.
Juga ada these wonderful photos and painting.
Free flow drinks - all-you-can-drink.
My wife had braised chicken noodles.
I had beef soup noodles.
And Xinjang chicken roasted stick and Xinjang chicken skin roasted stick.
Then later on kami ke Umai Cafe di Presint 2 untuk minum petang. Itu adalah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau Masjid Besi.
That's Millennium Monument.
Dari sumber: www.ppj.gov.my
Monumen Alaf Baru atau Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya, Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya. Di bawah tugu ini telah ditanam oleh Tun Dr Mahathir, semasa menjadi Perdana Menteri, kapsul masa yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.
Menara Tugu Milenium ini tingginya 68 m. Di pelantar tertinggi, pengunjung dapat melihat bangunan berhampiran seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Jambatan Seri Wawasan. Jalan naiknya berbentuk pelantar tinjau ala beranda yang dibahagikan kepada 4 pecahan yang bersambung iaitu bagi menggambarkan era Malaysia pra kemerdekaan (sebelum tahun 1957), pasca merdeka (1957-1970), Malaysia kini (1971-2020) dan Malaysia akan datang pada tahun 2020 dan ke atas.
Dilihat dari atas, menara ini seakan-akan membentuk bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang berwarna emas berkemilauan.
Sisir tasik di sini dipanggil Esplanade Waterfront Precint 2.
Sama macam Restoran Salam Noodles, isteri bawa saya ke Umai Cafe ini also sebab she had tried the food and they are delicious.
Menu Umai Cafe Putrajaya.
Cucur sayur yang bersangatan sedapnya.
Begitulah ceritanya jalan-jalan Putrajaya saya kali ini. Alhamdullillah dapat saya pergi ke Dataran Pahlawan Negara dan jalan-jalan di Jejak Sisiran 1, Presint 1.
Tamat.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
seriously banyak gitu burungnya !!??
ReplyDeletetak sangka !!
dah macam dekat zoo !!
and siap buat sarang dan membiak lagi !!
power sungguh lah zoom kamera cap meriam !! :)
kalau saya duduk Putrajaya memang hari hari eksesais dekat keliling tasik ni
[ says the person on the other side of the fence ... ] :))
seriuosly .. best kan kat sana ..
last year kita orang sewa basikal [ yang macam oBike yang dah ranap dikerjakan oleh the so called peoplr of the 1st world country but 3rd class mentality ni ] , ronda keliling tasik ni
tebing belah sana persiaran ni
we really enjoyed the ride and exercise
aman je
Salam !!
saya pun suka !
sedap braised beef noodle dia!!!
and kebab tu
Betul doc, byk burung2 di santuari ni. Dan yg uniknya, basically santuari ni lokasinya di tengah bandar.
DeleteYes, byk sarang with young birds. Young2 pun besar anak2 burung tu :).
Hehehe... sebab tu saya rasa sesuai sgt guna kamera ni masa bercuti-cutian :).
That's nice. Going there with family and cycling and exercising. Fun family outing! And fun photo taking too of course :).
Mmg sedap doc! Tak tahu bila lagi my wife nak bawak I ke sana. Kena pujuk dia.. hehe.