Monday, December 24, 2018

EGYPT - DAY 08 - PART 01 - GIZA PYRAMID COMPLEX

Pada hari ke 8 barulah kami pergi tengok piramid. Dari day 01 hingga day 07, kami dibawa jalan-jalan dulu di Kaherah, Semenanjung Sinai dan Alexandria. Hari ke 8 ni ke Giza to see the pyramids and sphinx. Esoknya pada hari ke 9, ke Fayoum dan Tasik Qarun pula. 

Seperti biasa sarapan dulu.

Egg, bread, chicken and beef slices, chicken balls and potatoes. Tu dia.. heavy! Tapi gula mesti 'diet sugar zero calories'.. hehe.  


And of course ubat.

Amarante Pyramids Hotel, Cairo.

Giza Pyramid Complex buka pukul 8.30 pagi. Since hotel kami cuma 5 km jauhnya dari kompleks tu, maka tak perlulah bertolak terlalu awal.

Bas dan pemandu bas kami Mr. Ashraf. Ada sorang akak dalam group kami kata muka driver ni macam hero Bollywood Jackie Shroff.. hehe. 

Ashraf and Jackie Shroff 😊. Uncanny! They could be brothers if not twinsies.. hehe.

Pagi-pagi adik-adik ni dah hisap shisha. Bukan main feel lagi adik bersweater 'A True Love Story Never Ends' tu. 

Kami bertolak lebih kurang pukul 8 pagi .

Hmm... adik-adik ni elok je gi sekolah. So it was a school day. So apa buat adik-adik shisha tadi tu? 

Tahun lepas, 2017, Kementerian Pendidikan Mesir mengumumkan pada 2 tahun lepas seramai 55,000 kanak-kanak di Mesir tidak hadir ke sekolah kerana faktor kemiskinan. Dalam tempoh 4 tahun selepas Revolusi 2011 tambahan 2.3 juta rakyat Mesir dikategorikan sebagai miskin, menaikkan kadar kemiskinan keseluruhan negara kepada 27.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk Mesir. Ibu bapa paling sering tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana mereka tidak mampu membayar kos yang berkaitan dengan pendidikan - seperti pengangkutan, pakaian dan makanan - atau kerana mereka mahu anak-anak mereka bekerja untuk membantu keluarga. Satu kajian 2014 oleh UNICEF menyatakan kira-kira 1.6 juta kanak-kanak di Mesir terlibat dalam kerja buruh.

Kereta kuda di tengah bandar Kaherah. Kerajaan Mesir sedang cuba to phase out this mode of transportation sebagai salah satu usaha menaiktaraf imej negara.

Di Kaherah ni saya perhatikan pekerja bandaraya mereka bukan sahaja menyapu dan mengutip sampah tapi juga menyodok pasir dan debu/habuk seperti di dalam foto-foto di bawah ni. Peralatan yang digunakan juga adalah tidak proper, mungkin mereka tidak diberikan perkakas yang sesuai untuk kerja pembersihan seperti ini.

Seorang wanita menjunjung roti. Apa la salahnya ditutup dengan kain/plastik roti-roti tu.

Bukan sahaja mereka seperti mak cik tadi biarkan je roti-roti terdedah, kedai roti ni pun sama je. Agaknya mereka dah tak kisah dah. Kalau customer beli roti dan ianya berdebu, tepuk-tepuk je la roti tu dan ngap terus. 

Awal lagi, jalan lengang.

Ustaz kata tengok simbol farmasi ni, shape ular membelit bekas air. Kata Ustaz Faiz, simbol ini asalnya digunakan oleh tukang-tukang ubat yang kebanyakan mereka adalah ahli-ahli sihir pada zaman Firaun. Saya baca explanation lain kata cawan tu bermaksud drug. Ular pula bermaksud health. Kombinasi kedua-duanya bermakna healthy drugs.
Atau Wikipedia kata ianya 'Bowl of Hygieia' - one of the symbols of pharmacy. Hygieia was the Greek goddess of hygiene, and the daughter of Asclepius. Asclepius' symbol is his rod, with a snake twined around it; correspondingly, Hygieia's symbol is a cup or chalice with a snake twined around its stem and poised above it.


Van putih ni adalah salah satu public transportation di Kaherah.

Customers tengah tunggu bank buka. 'Misr' merujuk kepada: Misr, nama Arab yang diromankan untuk Mesir.

وزارة الداخلىة امان للمنتجات الغذالءىت المنا فذ المتحركة
Ministry of the Interior Aman Food Products. 

Egypt's Co-operation Petroleum Company (COOP).

Restoran ayam popular Al Baik.

Menuju ke Giza Pyramids.

Tu dah nampak dah puncak piramid.

2 dari 3 piramid besar yang ada di Giza Pyramid Complex.


Memasuki kawasan Giza Pyramid Complex.

Tak sempat-sempat nak ambik gambar.. hehe. Tak turun bas lagi ni.. haha. Dikatakan puncak piramid ni flat sebab runtuh kerana pernah berlaku gempa bumi.

Huu.. ada giant lightning rod di puncak piramid tu. Selalu kena panah petir agaknya piramid ni. But then it hardly ever rain di Kaherah ni. Atau adakah orang zaman firaun dulu-dulu lagi dah jumpa cara nak harness the power of lightning by using a similar method? And use it like we use electricity macam hari ini. Huwaa.. hahaha... mula dah teori-teori mengarut.. hehe.. fun though.. 😊.

Ini piramid yang terbesar di kompleks ini.

Dah ramai pelancong yang dah tiba pada masa ni.

The Great Pyramid of Giza adalah salah satu dari Seven Wonders of the Ancient World. 

Masih kosong lagi tempat parking bas. Awal kami dah sampai. Elok la, sebelum panas terik. Masa ni kami sedang menunggu Ustaz beli tiket untuk masuk ke Giza Pyramid Complex ini.

Berjalan masuk ke kawasan piramid.

Di pintu masuk.

Tak la jauh nak jalan ke piramid ni. Plus, ada pejalan kaki yang elok disediakan untuk pelawat which is wheelchair friendly.

My first proper pyramid shot. Syukur Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah swt kepada kami (kali kedua untuk isteri saya) untuk menyaksikan sendiri kesan peninggalan seorang manusia sangat angkuh yang mengaku dirinya tuhan. 
Angkuhnya firaun sehinggakan dia mengaku tuhan, dan Iblis yang mendengar pengakuan Firaun bahawa dialah tuhan terus jatuh pengsan kerana takutkan kemurkaan Allah swt selepas mengakunya Firaun sebagai tuhan. Iblis sendiri naik hairan dengan Firaun, sedangkan dirinya sendiri tidak berani mengaku tuhan. - sumber

Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.

`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar. Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa). Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru, – Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. 
(Surah An-Naziat: Ayat 19-24)

Jadi adakah piramid yang kami lihat ini dibina oleh firaun yang dimaksud dalam ayat Al Quran di atas?  

Pyramid of Khufu ini dikatakan dibina oleh Khufu, pharaoh ke 2 dari Dinasti ke 4 yang memerintah Egypt dari 2613–2589 BC. 
Greek form: Cheops and Suphis. Built the Great pyramid of Giza. Khufu is depicted as a cruel tyrant by ancient Greek authors, Ancient Egyptian sources however describe him as a generous and pious ruler. He is the main protagonist of the famous Westcar Papyrus. The first imprinted papyri originate from Khufu's reign, which may have made ancient Greek authors believe that Khufu wrote books in attempt to praise the gods. - Wikipedia

Tetapi firaun yang dimaksudkan dalam ayat Al Quran di atas merujuk kepada Ramses II, pharaoh ke 3 dari dinasti ke 19. Ini berdasarkan dari hujah-hujah yang dibentangkan oleh penulis artikel ini. Sila la baca, menarik. 

Puncak Pyramid of Khafre. Tinggi asalnya ialah 136.4 meter. Di puncaknya masih ada casing putih limestone asal piramid ni dan the rest dah tertanggal dan runtuh.

Ini perbandingan Pyramid of Khufu dengan bangunan-bangunan moden. Dari zaman ancient world, piramid ni adalah binaan manusia yang paling tinggi yang masih survive hingga ke hari ni. 
Sumber imej: Wikipedia.
Sebelum Menara Eiffel dibina di Paris pada tahun 1887, piramid ini adalah bangunan binaan manusia yang tertinggi di dunia. Since ia dibina sebelum zaman Masehi lagi, maknanya rekod bangunan tertinggi di dunia ini dipegang oleh piramid ini berabad-abad lamanya.

Bila cakap pasal bangunan macam piramid ni yang sampai sekarang masih ujud, saya teringat pula kesan penempatan kaum Nabi Saleh a.s iaitu kaum Thamud di tapak arkeologi pra-Islam purba di Arab Saudi iaitu di Al Hijr atau Madain Saleh yang sampai sekarang masih lagi ujud. Ini semua Allah swt kekalkan supaya menjadi peringatan kepada kita pada hari ini tentang azab yang Allah swt timpakan kepada kaum yang mungkar dan angkuh. 
Madain Saleh: tempat ini telah disebutkan dalam Al-Quran dengan merujuk kepada Nabi Saleh a.s. Al-Quran menyatakan bahawa, rakyat Thamud telah ditimpa azab oleh Allah SWT kerana mereka menolak seruan Nabi Saleh a.s untuk mentaati Tuhan SWT selepas mereka menyembelih unta betina yang telah dihantar kepada mereka sebagai tanda kebesaran Allah SWT. Kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.
Blog saya tentang Madain Saleh ini boleh dibaca di sini

Dan Allah berfirman:
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik".
(Ar-Ruum 30:42)

Ada info board di sini. Nice! 

Peta Giza Pyramid Complex menunjukkan lokasi Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre, Pyramid of Menkaure dan Sphinx.

Peta yang lebih jelas. As you can see ada sangat banyak tempat-tempat yang boleh di lawat dalam kawsan Giza Pyramid Complex ini. Bukan la saja the 3 pyramids and Sphinx. Ada cemeteries, tombs, mastabas and temples. Rasanya it'll take a fews days kalau nak betul-betul explore kompleks ni.

Peta 3D Giza Pyramid Complex. 
3 piramid, 3 firaun, 3 generasi. Tiga piramid utama di dataran Giza ini dibina sepanjang tiga generasi firaun iaitu Khufu, Khafre dan Menkaure. Khafre adalah anak Khufu. Menkaure adalah anak Khafre dan cucu Khufu. Setiap piramid adalah kompleks makam firaun dan kuil.
Art Works by Mark Millmore

Ini keratan rentas Pyramid of Khufu. Di dalamnya ada lorong menaik dan menurun dan bilik-bilik makam.

Looking at this map yang ada pada info board ni really helped us in giving us a clear bearing. The entire complex is huge! 

Pemandangan kota Kaherah dari Giza Pyramid Complex.

Pelawat ke kompleks ini boleh menunggang kuda (juga unta) untuk bersiar-siar di kawasan padang pasir di sekitar piramid-piramid dan lain-lain binaan bersejarah di sini bersama guide.

Dari lokasi kami ketika itu, di sebelah kanan Pyramid Of Khufu ialah kawasan Western Cemetery. 

Pemakaman di sebelah barat Great Pyramid ini adalah yang terbesar di tanah perkuburan Old Kingdom di Giza dan mengandungi banyak mortuary chapels pegawai tinggi Dinasti IV Egypt. Nekropolis barat ini didominasi oleh mastaba yang besar, yang tidak dideskripsikan tetapi nampaknya telah dibina untuk mereka yang berpangkat tinggi ketika pemerintahan Khufu atau Khafre. Perkuburan barat ini dibentuk oleh jalan-jalan panjang mastabas yang dipintas oleh jalan-jalan lain seperti blok bandar moden.

Mastaba adalah makam-makam Mesir purba yang terdiri daripada ruang pengebumian bawah tanah dengan bilik-bilik di atasnya untuk menyimpan barangan persembahan.

Ini Pyramid of Khufu atau Pyramid of Cheops atau lebih dikenali sebagai 'The Great Pyramid of Giza'. Dari ke semua tujuh 'Seven Wonders of the Ancient World', piramid inilah yang paling tua sekali dan yang masih ada sampai sekarang.

The other 6 of the 'Seven Wonders of the Ancient World'.

Curious apa pulak lobang pada dinding piramid ni. Pintu masuk ke dalam piramid ni rupanya.  

Ini adalah pintu masuk ke Pyramid of Khufu yang mengadap arah Utara. 

Menurut Egyptologists, Great Pyramid ini mungkin telah mengambil masa selama 2 dekad untuk disiapkan. Semasa pembinaannya diselesaikan di sekitar 2560 SM, piramid itu berdiri sebagai struktur buatan manusia tertinggi di dunia selama lebih daripada 3,800 tahun.

Bergambar kenangan.

Piramid Besar Giza ini asalnya dilapisi sepenuhnya dengan batu kapur putih yang digilap. Anggaran menunjukkan bahawa piramid ini terdiri daripada kira-kira 2.3 juta blok batu. Blok batu kapur Tura yang digunakan seperti plaster menutupi seluruh piramid ini diambil dari kuari berdekatan, di seberang sungai Nil. Walau bagaimanapun, beberapa batu granit terbesar, seperti yang terdapat dalam King's chamber, dibawa dari Aswan, yang lebih daripada 500 batu jauhnya. Batu granit yang paling berat dianggar boleh sampai 80 tan.

Untuk menutupi piramid besar ini sepenuhnya, dianggar kira-kira 5.5 juta tan batu kapur tempatan dan sebanyak 8,000 tan granit yang dibawa dari Aswan telah digunakan. Ditambah pada bahan-bahan ini ialah 500,000 tan mortar yang diperlukan dalam pembinaan piramid. Dan bila batu kapur yang menjadi casing piramid ini digilap maka dikatakan overall piramid in nampak putih dan indah, berada di tengah kawasan padang pasir.

Pembina-pembina purba ketika itu perlu memotong batu-batu kapur putih itu dengan sangat berhati-hati supaya ianya sesuai dan muat dengan tepat. Apabila potongan batu-batu kapur itu telah ditambah kepada binaan piramid dan ruang kosong dipenuhi dengan gypsum plaster, pada peringkat akhir pembinaannya, batu-batu litupan itu menjadikan permukaan piramid ini rata dan licin bergilap, tidaklah seperti yang kita lihat hari ini. Jadi asalnya permukaan piramid ini putih rata bukannya bertangga-tangga macam yang kita boleh lihat sekarang.

Agaknya beginilah rupa piramid sebenar bila dilitupi dengan limestones putih. Should be a lot smoother la dari interpritasi saya ni.. hehehe.

Selain menunggang kuda dan unta, pelancong juga boleh menaiki kereta kuda seperti ini. Ada disediakan laluan proper untuk kereta-kereta kuda yang beroperasi di sini. 

Sebenarnya memang bagus idea naik kereta kuda ini sebab ia akan memberi pelancong pemandangan piramid-piramid di sini dari sudut-sudut berlainan. 


Kita mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi pada the limestone casing tu? Jawapan kepada soalan ini membawa kita kembali ke masa lampau, ke 1303 AD, ketika piramid besar ini terselamat dari kejadian gempa bumi yang besar. Walaupun ia tidak runtuh, banyak batu sarung luar piramid ini dilonggarkan oleh gegaran gempa bumi itu.

Selepas itu, sejumlah batu kapur itu telah diangkut oleh An-Nasir Badr ad-Din Hasan ibn Muhammad ibn Qalawun, pada tahun 1356, untuk digunakan sebagai bahan untuk membina masjid dan kubu di Kaherah. Di samping itu, lebih banyak lagi batu-batu ini diambil oleh Muhammad Ali Pasha pada awal abad ke-19 dan digunakan semula sebagai bahan untuk Masjid Alabasternya, juga di Kaherah.

Seterusnya kami berjalan menghampiri Pyramid of Khufu ni to have a closer look. 

It was quite nice really, sebab masih tidak ada terlalu ramai pelawat. Mungkin masa tu masih awal pagi. Tak la terlalu crowded.


Rasa macam surreal je masa ni sebab selama ni saya cuma dapat tengok piramid dalam foto-foto sahaja.

Pada dinding piramid yang mengadap Utara ni ada 2 pintu. Pintu masuk asal piramid ini ialah pada nombor 1 dan tidak dibuka untuk pelancong. Yang dibenarkan masuk ialah melalui pintu 2 yang dipanggil 'robber's tunnel' yang dikatakan dibuat sekitar 820 AD oleh pekerja Caliph al-Ma'mun menggunakan penukul.

Pada abad ke 9 gabenor Arab Kaherah, yang dikenali sebagai Khalifah al Ma'mun, memutuskan untuk melihat sendiri apa yang ada di dalam piramid besar ini. Kerana pintu masuk piramid disembunyikan dan lokasinya tidak diketahui, para pekerjanya mula menggali terowong melalui blok casing batu kapur dan teras utama, dengan tukul dan pahat. Tanpa disedari kerja-kerja menggali mereka telah menyebabkan gegaran kuat pada struktur piramid sehingga batu kapur runtuh di penghujung ascending passage. Runtuhan itu didengari oleh pekerja yang kemudiannya menggali ke arah runtuhan itu dan dengan tidak sengaja menjumpai bukan sahaja the descending passage tetapi juga the ascending passage dan semua upper chambers.



As you can see, blok-blok batu piramid ini sangat besar, setinggi paras bahu.

Nampaknya laluan memanjat di piramid ini bermula dengan laluan naik di sebelah kiri 'Robbers' Tunnel' dan turun di sebelah kanannya.

Ada info board tentang Pyramid of Khufu.

Gambaran lengkap bahagian dalam piramid ini dan di sekitarnya. 

Ada banyak teori bagaimana piramid dibina termasuklah tenaga kerja yang diperlukan untuk membina struktur ini. Penemuan sebuah bandar untuk pekerja di selatan dataran tinggi ini telah menawarkan beberapa jawapan. Berkemungkinan workforce untuk membina piramid ini adalah terdiri dari sekelompok tukang dan pembina yang mahir yang dibantu oleh lebih kurang 2,000 pekerja bermusim iaitu para petani. Krew pekerja ini dibahagikan kepada kumpulan 200 orang, dengan setiap kumpulan dibahagikan kepada 20 pasukan. Eksperimen menunjukkan bahawa kumpulan 20 lelaki ini boleh mengangkut blok 2.5 tan dari kuari ke piramid dalam masa kira-kira 20 minit, dengan laluan mereka dipermudahkan dengan menjadikan permukaan laluan dilincirkan dengan lumpur basah. Anggaran 340 batu mampu dibawa setiap hari dari kuari ke tapak pembinaan, terutamanya bila anggapan dibuat bahawa banyak blok-blok batu khususnya yang di bahagian atas piramid adalah jauh lebih kecil.

Mungkin beginilah antara cara-cara piramid dibina.


Dari sudut pandangan ini jelas kelihatan piramid ini sangat tinggi.

Pemandangan di ground level.

Blog kawan saya, DrSingaDotCom dah pun sampai ke The Great Pyramid of Giza 😊. Tuan punya blog shall be here too soon, insyaAllah.

Besar batu piramid ni, setinggi bahu saya.

Ok, jom kita panjat. Ada tangga dibuat untuk memudahkan pelawat naik ke atas.

Agak gayat juga sebab tidak ada stair handrail. In fact, ada pelawat yang baru naik half way, cepat-cepat turun sebab gayat. For example the lady yang pakai seluar jeans pendek dalam foto bawah ni. 

Dah nak dekat noon time. Still suasana masih nyaman lagi.

View ke bawah masa half way.

Dari atas ni batu-batu piramid ni nampak macam lebih massive pulak.

Ustaz Faiz dan Ustaz Toyyeb hanya menunggu kami di bawah sahaja. Agaknya mereka dah banyak kali dah panjat piramid ni.

Pemandangan Kota Kaherah dari level panjatan halfway piramid. 

Tu ha sorang lagi kegayatan. Memang la kebanyakkan pelawat yang saya nampak mereka ok je memanjat but we must never take lightly pada orang yang benar-benar rasa gayat. Kesian mereka.

Bergambar sekejap di entrance 'Robbers' Tunnel'.

Kalau nak masuk tengok dalam piramid ni melalui 'Robbers' Tunnel', pelawat kena bayar harga tiket berasingan i.e tak termasuk harga tiket masuk ke Giza Pyramid Complex ini tadi. Harganya LE 140 (RM 35). Tapi ada had bilangan pengunjung yang dibenarkan masuk ke dalam piramid ini, cuma 100 orang sahaja pada setiap hari. Kami tak masuk sebab saya claustrophobic. Plus dalam tu udaranya nipis. Moreover, photography is not allowed in there.

Sebelum turun, ambil dulu gambar dari atas ni.

Tangga turun adalah di sebelah kanan pintu masuk 'Robbers' Tunnel'.


Kelihatannya batu-batu piramid ni are with rough edges. Mungkin sudah terlalu lama exposed to the harsh desert climate especially bila limestone casing sudah lama tertanggal. Tentunya ribut pasir dan angin kuat menyebabkan berlaku hakisan pada permukaan batu-batu ini.


DrSingaDotCom juga kami bawa ke bahagian paling tinggi yang dibenarkan panjat di piramid ini 😊. Or rather more like setakat level ketinggian yang saya berani panjat lah.. hehe. Siap ada bayangan batu piramid lagi tau.. hehe.

Juga kelihatan rekahan antara batu-batu yang dahulunya were filled with gypsum plaster yang kini sudah terhakis.

Moh kita turun. 

Dari sudut pandangan ini kita boleh bayangan betapa banyak dan tebalnya batu-batu kapur yang digunakan untuk menutup blok-blok batu besar ini sehingga semua permukaan piramid ini jadi rata dan licin.

Pemandangan dari arah tangga turun.

Masa explorer Barat mula-mula tiba di tapak piramid besar Giza ini, mereka melaporkan terdapatnya banyak longgokan batu-batu kapur akibat runtuhan berterusan piramid ini. Longgokan ini kemudiannya dibersihkan bila kerja-kerja penggalian di tapak ini dimulakan. Walau bagaimanapun, sisa-sisa batu kapur yang asalnya adalah penutup piramid ini masih boleh didapati di sini.

Peraturan melawat di Giza Pyramid Complex.

Kadang kala memang kena tutup hidung sebab angin kuat berdebu.

Seterusnya Ustaz Faiz bawa kami ke satu sudut piramid ini, yang di sebelah bucu kiri dari pintu 'Robbers' Tunnel'.

Berhenti sekejap untuk bergambar kenangan.

Kelihatan makin ramai operator kereta kuda di kawasan ni.

Dan juga unta-unta untuk tunggangan pelawat.

Inilah sudut pandangan Pyramid of Khufu yang mengadap Kota Kaherah. 

Memang nice sudut pandangan ni.

Puncaknya.

View ke belah kanan.

View ke belah kiri.

Masa bergambar kena la buka penutup muka... hehe.


Walaupun peraturan kata tak boleh memanjat, tapi ada je la yang panjat. 

View Bandar Cairo. 

Ehhh.. ada pulak unta menjengok.. hehe..


Ada taman/padang hijau yang besar di bawah tu. 

Rasanya itu adalah golf course Mena House Marriott Hotel.

Mena House Marriott Hotel.

Indeed it was very dusty. Harus tutup hidung.

So adorable 😊.



Western Cemetery.



Western Cemetery and the Pyramid of Khafre.

Pyramid of Khufu (depan) dan Pyramid of Khafre (belakang).

Seterusnya kami naik bas menuju ke lokasi 'Giza Pyramid Panorama'. 

Pyramid of Khufu and Pyramid of Khafre.

Sebahagian dari Western Cemetery.

Ini Pyramid of Khafre. Piramid Khafre atau Chephren adalah Piramid Mesir Giza yang kedua tertinggi dan kedua terbesar dan merupakan tempat makam Firaun Khafre (Khufu’s second son) dari Dinasti ke 4, yang memerintah dari 2558 hingga 2532 SM. 

Tetapi sehingga kini masih lagi tiada dijumpai sebarang bukti kukuh bahawa Khafre pernah dikebumikan dalam piramid ini, walaupun terdapat sarchophagus. Juga tidak ada inskripsi di dalam monumen ini.

Piramid Khafre mempunyai panjang tapak 215.5 meter dengan ketinggian 136.4 meter. Piramid ini dibuat dari blok batu kapur seberat lebih daripada 2 tan setiap satu. Piramid ini juga adalah lebih curam berbanding dengan Piramid Khufu dan Piramid Menkaure dan terletak di atas dasar batuan 10 meter lebih tinggi daripada Piramid Khufu, yang menjadikannya kelihatan lebih tinggi.

Dikatakan bahawa piramid ini pertama kali diceroboh oleh perompak kubur semasa First Intermediate Period dan pelapisan batu kapurnya pula diambil semasa Dinasti ke-18 (the New Kingdom) untuk membina sebuah kuil di Heliopolis untuk Ramesses II.

Pyramid of Khafre (left) and Pyramid of Menkaure (right).

Piramid Menkaure pula adalah yang terkecil daripada tiga Piramid utama Giza. Ia dikatakan dibina untuk menjadi makam firaun dari dinasti keempat Mesir iaitu Menkaure.

King Menkaure.

Piramid Menkaure mempunyai ketinggian asal 65.5 meter dan merupakan yang terkecil daripada tiga piramid utama di Giza Necropolis ini. Sekarang ia berada pada ketinggian 61 m.

Bahagian atas piramid ini asalnya telah juga dilitupi dengan batu kapur Tura manakala sebahagian besar daripada batu granitnya terbiar terdedah. Projek-projek yang tidak siap seperti piramid ini banyak membantu archaeologists memahami kaedah yang digunakan untuk membina piramid.

Sekali pandang mesti perasan lobang besar empat segi tepat menegak pada dinding piramid ni. Betul-betul bawah lobang ini ada pintu masuk bertangga yang dibina untuk pelawat masuk. Jadi kenapa pulak ada lobang besar tu? Besar sungguh pulak tu. 

Begini ceritanya. 

Pada akhir abad kedua belas, al-Malek al-Aziz Othman ben Yusuf, anak lelaki dan waris Sultan Saladin, cuba merobohkan piramid-piramid Giza ini, bermula dengan Piramid Menkaure. Ini kerana pada ketika itu piramid dilihat sebagai "instrumen penyembahan berhala" bila terdapat kaum Sabaeans yang datang membuat pilgrimage/ziarah ke piramid dan Sphinx untuk memberi penghormatan kepada dewa Hermes Trismegistus dan Seth. 

Selama 8 bulan para pekerja berada di lokasi cuba merobohkan Piramid Menkaure tapi ternyata kos meroboh adalah hampir sama mahalnya dengan kos membina piramid ini. Mereka hanya mampu mengeluarkan satu atau dua batu yang beratnya bertan-tan setiap hari. Sesetengah mereka menggunakan baji dan tuas untuk menggerakkan batu, sementara yang lain menggunakan tali untuk menarik batu-batu ke bawah. Apabila jatuh ke bawah, batu-batu itu terbenam ke dalam pasir kerana terlalu berat dan ini memerlukan usaha luar biasa untuk mengeluarkannya. Kemudian alat tukul pemecah batu digunakan untuk memecahkan batu-batu itu menjadi saiz-saiz kecil supaya senang dibawa ke tempat pengumpulan. 

Oleh kerana berdepan dengan keadaan-keadaan ini, mereka hanya mampu merosakkan piramid ini di bahagian lobang besar segi empat ini.

Masa dalam bas tu sempat juga snap satu frame unta-unta dengan background piramid 😊.

Seorang tourist policeman duduk atas unta memantau laluan pelawat dalam Giza Pyramid Complex ini. 

Di bahagian selatan piramid Menkaure ini ada tiga piramid satelit yang masing-masing mempunyai kuil dan struktur bawah tanah. 

Piramid kecil yang kiri tu adalah yang terbesar dan merupakan piramid yang sebenar kerana sebahagiannya masih dilitupi batu kapur, sama seperti piramid-piramid yang besar di situ. Di kelilingnya juga terdapat longgokkan batu-batu kapur yang runtuh kerana gempa bumi. Manakala pembinaan piramid satelit yang dua lagi tidak siap sepenuhnya, cuma sampai tahap pembinaan teras utama dalaman sahaja. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. hhehehhehee...
    thank you En Syed!!!!


    jap lagi datang lagi nak hadam betul betul entri ni !!


    really appreciate it !!

    ReplyDelete
  2. At last !!!!!!
    [ dah boleh turunkan placard] hahaha

    ubat apa ? metformin ? glucovance ? :)
    pastinya terkawal kan!!

    fevret actor saya ialah Aamir Khan ! suka sangat movies dia! 3 Idiots .. Dangal .. Tara Zameen Par..
    Jackie Shrof saya tak kenal .. hehehhe

    lightning rod tu baru dipasang masa zaman sekarang atau dah ada semejnaj zaman Firaun lagi ?

    2 of the ancient 7 wonders ada di Egypt .. amazing kan their ancient technologies!!

    Firaun yang kejar nabi Musa lah kan yang kata diri dia tu Tuhan? nanti saya baca link tu . very interesinng !! nak ngomen kat sini dulu ..

    unta , kereta kuda tu .. semuanya pakar scam tu ! kalau nak naik kena deal denag guide dulu. jangan terus deal dengan depa .. masak kena tipu nanti..

    mula-mula bina pyramid .. then salut dengan batu kapur ..
    banyaknya kerja! ramainya buruh binaan yang kena kerah ..
    ada banyak teori tentang pembinaan pyramid ni kan.. ada satu yang saya baca.. dulu-dulu sungai Nil mengalir dekat je dengan tapak pembinaan ni .. so batu yang bertan tan di dibawa dekat tapak dengan bot dari kawasan kuari yang jauh dari sini . dah sampai baru dialihkan oleh pekejka-pekerja manually ..
    interesting theories.. saya akan terpegun tak bergerak kalau ada documentary pasal pyramids ni
    sebab kagum dengan architectural abilities mereka , technology , their astronomical knowledge ..
    tau kan .. the 3 pyramids are aligned directly with the al mintaka , al nitak and al nilam di 3 stars of the belt of Orion during summer solstice [ if i am not mistaken ] . most ancient structures has this similarity during the summer solstice .. new grange in ireland , angkor wat , stone henge , to name a few. i wonder what is the importance of summer solstice ni to the ancient people ..
    eh.. panjang nho lak... hahahahhaa

    i wonder apa yang ada dalam pyramid tu kan ? semestinya kosong .. tapi best kalau dapat masuk ..
    100 orang sehari .. ya lah.. kalau ramai ramai .. all the cCO@ emitted can cause bit by bit destruction nanti . not to mention ada lak tangan yang gatal conteng sana sini pulak ..

    besarnya batu tu! takat bahu eEn Syed??!! kalau saya .. separuh batu tu kot .. saya tak tinggi .. hehhehe

    comel lah unta tu !!tapi kesian sebab kena angkut orang tengah tengah panas tu ..

    kenapalah nak dirobohkan pyramid tu .. halang / halau lah yang datang nak menyembah pyramid tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. I know right! I pun tak sabar nak buat entry piramid ni tapi apa kan daya terpaksa la ikut chronology.. hehe. If not nanti tak flow like river la.

      Haha.. it's Glumet DC dari Klinik Kesihatan Ampang. I never leave home without them :).

      Kan. Kita ni doc boleh la kira dah stage vintage (actually more me than you) tapi tak la vintage sangat. Sebab tu tak kenal sapa Jackie Shrof tu. Yang sebut Jackie Shrof tu pun akak satu bas dgn kami. Bollywod star tu more dia punya era.. hehe.

      Lightning rod yg nampak tu dipasang pada zaman moden ni doc. Piramid ni walau pun nampak teguh dan kukuh, tapi usianya dah ribuan tahun. So I'm guessing rod/conductor perlu la di pasang. Kot kena panah petir kang runtuh lagi piramid tu.

      Betul. Maknanya para ilmuan purba mereka hebat. Juga para pemerintah masa tu jenis yg encourage development dan kasi fund to build all the monuments. Also they love art hence the many amazing buildings.

      Yes indeed, according to penulis article tu. He presented very compelling proof. I like it.

      Betul, tu pasal la masa dalam bas lagi Ustaz Faiz dah beritahu kami to let Ustaz Toyyeb dan Thoha yg talk to the operators.

      Betul docccc... byk betul teorinya. Sampai penat saya baca. Tapi interesting sgt! Even yg pelik2 kata aliens yg tolong bina.. hehe. There is something mystifying about the pyramids kan. Perhaps due to all the mysteries about the monuments, the pharoahs, the references to religious books. And that much of them still remain unsolved makes them even more alluring. Meanwhile we have to be satisfied with the existing theories and let the dedicated experts unravel the mysteries.

      Ye ada saya baca pasal reference to astronomy tu tapi saya tak berapa faham. I think I need to read further cause it definitely sounds fascinating. It does make sense astronomy comes into play since for sea navigation pun mereka guna bintang utk tunjuk arah, juga peredaran musim for their crops activities.

      I think mostly dalam chambers tu kosong sebab kalau ada artifak dan dibiarkan dalam chambers tu akan menyebabkan artifak berharga dan bersejarah tu rosak due to pencemaran dan humidity. Lagi pun better artifak tu simpan dan display di muzium supaya lebih senang dan lebih ramai orang dapat tgk.

      Haa.. kan. Ada je marker pen dlm poket nak conteng sana conteng sini. Kena curse baru tau.. hahaha.

      Hehehe.. pakai la kasut tinggi sikit.. :)

      Unta tu main cak-cak.. hehe... comel indeed. Ye betul kesian tapi saya notice unta-unta situ nampaknya sihat dan well cared for. May be this is true. Or may be it was my wishful thinking. Anyway, kan kerajaan Mesir nak improve their image so kena make sure operators guna unta2 yg sihat maka perlu dijaga dgn baik. Kalau guna yg kurus dan stressed out camels, ini memberi imej buruk. Also camels are desert animal dan dah mmg boleh adapt well di padang pasir. Rasanya kerja bawak tourists ni jauh lebih mudah dari, say, kerja di ladang atau tarik barang. Unless of course they are overworked, not given enough rest, water and food.

      Extreme agaknya tu doc. Atau dia dah fed up sgt lepas dah tegur dan dakwah stil mereka buat jugak.

      Delete