Next, The Sphinx. Macam piramid, ni la pertama kali saya nak tengok Sphinx.
On the way tu nampak ada ramai tourist police. Bagus la. Safety is priority.
On the way tu nampak ada ramai tourist police. Bagus la. Safety is priority.
Tu dah nampak belakang sphinx.
The Great Sphinx of Giza (أبو الهول / abu alhawl / The Terrifying One / Father of Dread) adalah patung batu kapur seekor sphinx (makhluk mitos berbadan singa dan berkepala manusia) yang sedang duduk di Giza Pyramid Complex, Egypt. Menghadap secara langsung dari Barat ke Timur, ia terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir.
Sphinx ini berukuran 73 meter dari kaki depan ke ekor, 20.21 meter tinggi dari dasar ke bahagian atas kepala dan lebar 19 meter di bahagian lebar punggung.
Sphinx Giza ini adalah arca monumental tertua di Mesir dan dipercayai telah dibina oleh orang Mesir kuno dari zaman Old Kingdom semasa pemerintahan Firaun Khafre (sekitar 2558-2532 SM). Wajah sphinx ini umumnya dipercayai represent Firaun Khafre. Ini Sphinx dan Khafre.
Sphinx adalah salah satu patung terbesar dan tertua di dunia, tetapi fakta asas mengenainya masih tertakluk kepada perdebatan, seperti bilakah ia dibina, oleh siapa dan untuk tujuan apa.
Adalah mustahil untuk mengetahui apakah nama sebenar sphinx ini seperti yang diberikan oleh penciptanya kerana sphinx ini tidak muncul dalam mana-mana inskripsi terkenal dari zaman Old Kingdom dan tidak ada inskripsi di mana-mana menerangkan pembinaannya atau tujuan asalnya. Semasa zaman New Kingdom, sphinx ini dilihat sebagai dewa matahari Hor-em-akhet.
Sphinx juga ada digambarkan dalam ancient Egypian art. Firaun Akhenaten (dikenali sebagai Amenhotep IV semasa 5 tahun pertama pemerintahannya - dari dinasti ke 18) menyukai sphinx dan sering menggambarkan dirinya sebagai makhluk hebat - sebahagian manusia, sebahagian lagi singa. Di zaman Old Kingdom, sphinx ini mungkin dibina untuk raja mempersembahkan offerings kepada tuhan matahari. Pada zaman dinasti Mesir ke 18 pula, monumen ini telah diinterpretasikan semula sebagai tuhan matahari Horemakhet atau 'Horus in the Horizon'.
Pada masa yang tidak diketahui, Giza Necropolis ini telah terbiar, dan Sphinx akhirnya tertimbus dengan pasir hingga ke paras bahunya. Beginilah rupa sphinx sekitar tahun 1870an.
Jurutera Perancis, Emile Baraize, melakukan major excavations pada sphinx dari tahun 1926-1936.
Selain pemuliharaan yang dibuat oleh Egyptian Antiquities, sebenarnya sphinx ini sudah pernah direstorasi banyak kali sejak zaman dinasti firaun ke 18 (1400 BC) lagi.
Ok, sekarang pasal hidung dan janggut sphinx ni pulak. Kenapa missing?
Pada hidung sphinx yang lebarnya 1 meter ada kesan paluan pahat di bahagian atas batang hidung dan di bawah lubang hidungnya. Nampaknya memang ada usaha intentional untuk membuang hidung patung ini.
Satu lagi pendapat mengatakan Muhammad Sa'im al-Dahr (seorang Sufi Muslim - AD 1378) menjadi marah dan bertindak memecahkan hidung sphinx ini selepas menyaksikan petani tempatan membuat persembahan offerings kepada sphinx ini dengan harapan untuk meningkatkan hasil tuaian mereka.
Ada juga kisah hidung sphinx dah missing sebab ditembak dengan peluru meriam oleh askar Napoleon. Ada yang kata tentera British, Mamluk dan lain-lain.
Masa baca kisah Muhammad Sa'im al-Dahr di atas tu, saya teringat kepala patung burung helang yang ada pada atas pintu bekas kubur kaum Thamud di Madain Saleh juga telah ditembak musnah kerana tidak dibenarkan ada sebarang patung berbentuk kehidupan di Arab Saudi. Nampak bullet holes tu.
Atas sebab yang sama, kejadian yang sama juga berlaku di Petra, Jordan di mana patung pada dinding The Treasury di tembak untuk menghilangkan bentuknya.
Sebenarnya ada satu lagi teori macam mana hidung sphinx ni tercabut per below clip. By far this is my favourite theory! 😃
The ceremonial pharaonic beard is also missing. Ada pendapat mengatakan janggut ini ditambah pada dagu patung sphinx dan bukan sebahagian dari binaan asal patung ini. Ini kerana tiada kesan kerosakan yang teruk pada dagu patung ini ketika janggutnya samada dipecahkan atau tertanggal kerana gempa bumi. Serpihan batu kapur janggut Sphinx ini ada dipamerkan di Muzium British.
Kalau Sphinx ni ada hidung dan janggutnya, rupanya lebih kurang samalah dengan yang ada patung-patung ini. |
Ini janggutnya. The actual one. Limestone fragments of the Sphinx's beard in the British Museum, 14th Century BC.
Bagus juga bas yang bawa kami lalu jalan di tepi sphinx ni. Dengan kedudukan yang tinggi dalam bas dapat la kami rakam view sphinx dari sudut ini.
Pemandangan Sphinx, Pyramid of Khufu (kanan) dan Pyramid of Khafre.
Matahari terbenam di belakang piramid Khafre ni dan ianya sebaris dengan sphinx which suggest a strong connection to the cult of the sun god, Re.
Pemandangan sphinx dari depan dengan Pyramid of Khafre betul-betul di belakang. Nice!
Teringat yang sebelum ini saya pernah ternampak 2 sphinxes lain, yang macam sphinx la. Yang ini sphinx di depan Schönbrunn Palace di Vienna, Austria. Tapi yang ni half singa half perempuan.
Yang kedua, well, yang ni bukan la sphinx tapi natural rock formation di padang pasir Arab Saudi near area Madain Saleh yang just so happened dari sudut pandangan saya masa tu batu tu nampak mirip rupa sphinx.. hehe.
Ini laluan masuk ke kawasan The Sphinx.
Pyramid of Khufu (kanan) dan Pyramid of Khafre.
Seperti di panorama point tengok piramid tadi, di sini juga cuma ada sebaris sahaja gerai-gerai jual souvenirs. Nampaknya memang kerajaan Mesir really jaga kawasan ni dan keselesaan pelawat-pelawat dengan tidak membenarkan tempat ni sesak dengan peniaga dan gerai.
Pemandangan sphinx dan Pyramid of Khufu dan Pyramid of Khafre.
Kerusi-kerusi ini adalah tempat duduk penonton bagi Sound & Light Show yang diadakan di sini pada setiap malam.
Kami datang tadi dengan bas melalui jalan di sebelah kanan atas dalam foto ini, iaitu dari arah Pyramid of Khufu.
Zoomed in ke sphinx dari entrance.
Ustaz beritahu kami yang sphinx ni ada pada wang kertas 100 Egyptian Pound. So kami pun pinjam la kejap duit tu dari dia untuk shot bawah ni 😊.
Sphinx juga ada dalam popular culture from cartoons to movies.
Di China pun ada satu sphinx, a replica dibina dalam satu theme park (foto kiri). Tapi dah kena runtuh sebab Kerajaan Mesir tak bagi sebab nanti akan effect tourism Mesir. Seriously? Tak kan la sampai macam tu kot. Kan yang di Mesir tu yang original. Agaknya ada ramai tourists dari China ke Mesir especially nak tengok sphinx so Kerajaan Mesir takut la ramai rakyat China tak perlu lagi nak ke Mesir nak tengok sphinx sebab dah ada di China. Anyway, di Malaysia pun ada juga, di Bandar Sunway 😊. Yang ni Mesir tak object sebab ini patung singa duduk macam sphinx.
Jom kita jalan ke sphinx. Tak jauh cuma dalam 5 minit jalan kaki.
Luas juga kawasan di sphinx ni.
Alhamdulillah cuaca cukup baik masa tu. Granted that it hardly ever rain in Egypt/Giza ni. Walau pun dah nak dekat noon time, temperature was around low 20°s celcius menjadikan suasana nyaman. Jadi elok kalau nak ke Mesir around bulan Oktober ni.
Lokasi sphinx dan piramid-piramid di kompleks ini.
Sphinx dan Pyramid of Khufu. Dari foto bawah ni lokasi Pyramid of Khufu nampak macam dekat dengan sphinx tapi sebenarnya jauh. Begitulah besarnya saiz piramid tu.
Terdapat banyak pendapat yang bercanggah tentang sphinx ni.
1- Ia dikatakan ada kaitan dengan sun god. Istilah umum Mesir kuno untuk sphinx, 'shesep ankh Atum', bermaksud "imej hidup Atum," dan Atum itu mereka percaya sebagai tuhan pencipta dan matahari terbenam.
2- Ia dibina oleh Pharaoh Djedefre ikut rupa bapak dia, Pharaoh Khufu.
3- It represent the Pharaoh Khafre.
4 - Ia diinterpretasikan semula sebagai tuhan matahari Horemakhet atau 'Horus in the Horizon'.
5 - Pharaoh Thutmose IV specifically referred to it as such in his "Dream Stele".
The Great Sphinx of Giza ni juga dikenali sebagai أبو الهول (ʼabu alhōl), The Terrifying One, Father of Dread, Sphinx of Giza atau pendeknya just Sphinx. Actually nama sebenar sphinx ini yang diberikan oleh pencipta/pembinanya sendiri tidak diketahui.
Untuk melihat sphinx ni dari depan, kami melalui satu lorong di depan sebuah kuil.
Di bawah sphinx ada sebuah kuil Mesir Purba dipanggil Temple of the Sphinx yang digunakan untuk mengawet mayat firaun yang hendak disemadikan di dalam piramid.
Egyptologists suggested that usia sphinx ni sebenarnya lebih tua dari ketiga-tiga Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure kerana ada inscription pada 'Dream stela' yang mengatakan Pharoah Khafre pernah melakukan excavations pada sphinx ini. Maknanya sphinx ni dah memang lama ada di kawasan ini, sebelum ketiga-tiga piramid tu dibina.
Perkataan Inggeris 'sphinx' berasal dari satu perkataan kata kerja bahasa Yunani kuno bermaksud 'to squeeze' yang berkaitan dengan Greek sphinx yang mencekik sesiapa yang gagal menjawab teka-tekinya. Sebab itu juga ada mitos kata sphinx Mesir ni buat benda yang sama.
Menurut ceritanya sambil dia menjaga piramid, sphinx gemar memberi teka-teki kepada pengembara di padang pasir. Mana-mana pengembara yang tak dapat meneka dengan betul akan dicekik mati oleh sphinx.
Perbandaingan sphinx ketika akhir 1800an dan sekarang.
Pada tahun 1931 jurutera kerajaan Mesir membaiki kepala sphinx ini. Sebahagian daripada headdress sphinx ini telah runtuh pada tahun 1926 akibat hakisan. Turut terhakis teruk ialah bahagian lehernya.
Pembaikan yang kontrovesi ini dilakukan dengan menambah kolar konkrit antara headdress dan leher, yang telah mengubah profil patung ini.
Satu ketika dulu, seluruh binaan Sphinx pernah tertimbus di dalam tanah. Bila ditemui semula, pakar-pakar arkeologi turut menemui peralatan-peralatan pembinaan di sekitarnya yang menunjukkan pembinaan Sphinx belum selesai sewaktu ia ditinggalkan.
Then kami walked a bit away from the sphinx to get a better view of all the ancient monuments.
Bergambar kenangan dengan background Sphinx, Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure.
Tengah kami bergambar, tiba-tiba ternampak seorang model, her entourage dan camera crew. I bet it was super hard walking in heels on desert sand... hehe. But we can see she is a professional.
Nampaknya macam nak buat photoshoot.
The model had on a glorious golden frock that moves effortlessly caressed by the desert wind.
Applying the finishing touches.
The dress needs to be presented perfectly of course.
Kalau sphinx tu ialah Firaun Akhenaten (dikenali juga sebagai Amenhotep IV) maka this vision of beauty mesti la Queen dia, Nefertiti 😊.
Channeling her inner Nefertiti.
Then she saw us, my wife observing, me gawking.. hehehehe. And unexpectedly she waved at us and we waved back of course. So nice of her lah 😊.
Ratu Mesir yang terkenal dengan kecantikannya, Nefertiti, memerintah bersama suaminya, Firaun Akhenaten, pada pertengahan 1300-an B.C.
Pharaoh Akhenaten and Queen Nefertiti.
The king and his head queen seem to be inseparable in reliefs, often shown riding in chariots together and even kissing in public. It has been stated that the couple may have had a genuine romantic connection, a dynamic not generally seen in depictions of ancient pharaohs. - Source |
Pharaoh Akhenaten dan Queen Nefertiti, dahulu.
Pharaoh Akhenaten dan Queen Nefertiti, sekarang 😊.
Queen Nefertiti sedang mengadap ancient Egyptian gods Hathor dan Amon depicted dalam Egyptian Scroll ini. Fun stuff really 😊.
Ok dah, time to walk back to the bus and proceed to the next destination.
Maka selesailah lawatan kami di Giza ini. Giza Pyramid Complex dan area The Sphinx ni memang sangat besar. Understandably so because all the 4 major monuments are huge: Sphinx, Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure. Sungguh pun ada banyak lagi cemeteries, tombs, mastabas and temples yang kami tak lawat, dah cukup puas hati dah dapat saksikan the 4 major monuments.
Berjalan ke tempat parking bas dan bergerak ke tempat lawatan seterusnya.
Ini pintu masuk ke Sound & Light Show yang diadakan setiap malam.
Ok, saya akhiri entry pasal sphinx dengan this funny story 😃.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Tak penah terlepas satu pun entry berkenaan egypt..sgt2 menarik...
ReplyDeleteBerkenaan dengan tempat pengawetan mumia, ianya dibuka kepada umum untuk masuk dan melihat sendri tinggalan yang ada di dalamnya atau ianya ditutup kepada umum? Lagi satu nak tanya, possible ke nak explore egypt without travel agent?
terima kasih
Terima kasih Amalin.
DeleteTemple of Sphinx dibuka untuk lawatan umum. Di dalam tu cuma ada empty chambers yang open air sebab sudah tidak lagi berbumbung.
Yes it is possible tapi saya tak recommend sebab ada risiko being taken advantage of. Jadi paling tidak pun saya suggest dapatkan a trusted guide yang boleh berbahasa Arab dan yang tahu tempat2 yg Amalin nak explore tu.
thank you en syed for bringing me here!! :)
ReplyDeleteMesir tak mintak ke pulangkan balik janggut tu ? i wonder ...
see..
the ancient people were obsessed with equinoxes and solstices kan..
and they have very good knowledge and astronomical calculations about sun alignments etc..
without modern equipments and calculations they managed to calculate accurately ..
100 EP = berapa RM?
gawking!! hahahhaa
me myself pun gawking tadi
so beautiful her facial features!!
nefertiti , the ancient and the model cantik sungguh lah..
You are most welcome doc!
DeleteI wonder that too. In fact there are countries yang ada their own Egyptian Museum yg dlmnya of course byk artifak dari Mesir which was looted pada zaman dulu. Saya baca ada yg pulangkan pada Mesir selepas dah di restore sebaik-baiknya. Yg tidak tu I guess benda2 tu dah jadi hakmilik of the current countries kot sebab some of the artifacts semmgnya diberi/jual/exchange secara suka rela pada masa dulu tu. Entah la I pun tak tau apa law apply in this situation. Tapi bila I fikir balik kalau semua artifacts tu dikembalikan pada Mesir, mampu ke Mesir nak jaga barang2 tu? Yg ada tu pun macam dlm Egyptian Museum di Cairo tu pun nampak macam tak terurus dan byk disimpan je dlm stor.
Advance kan pengetahuan mereka.
100 EGP = RM23
Indeed I was... padahal bini kat sebelah.. hehe...
Yes she was/is pretty. Flawless and ethereal.