Friday, December 14, 2018

EGYPT - DAY 07 - PART 03 - QAITBAY CITADEL

Seterusnya kami ke Qaitbay Citadel yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-15 yang terletak di pantai Laut Mediterranean, di Alexandria, Mesir. Ia dibina pada 1477 AD (882 H) oleh Sultan Al-Ashraf Sayf al-Din Qa'it untuk mempertahankan Alexandria dari penaklukan Empayar Uthmaniyyah dan memastikan keselamatan laluan kapal-kapal di pelabuhan.

It was almost noon masa tu. Dan suhunya nyaman. Bagus la sebab we'll be outdoor for some parts of the visit to the fortress.

Citadel of Qaitbay. Inilah kubu lama yang paling menarik yang pernah kami lawat. We were excited of course. Very impressive sight indeed. Macam movie set pulak. 

Though I have no idea the first thing about restoration of historic buildings tapi dari apa yang saya nampak, they did a very good job. 

Pada 882 H (1477 AD), Sultan Qaitbay melawat tapak Lighthouse of Alexandria di Alexandria dan memerintahkan sebuah kubu pertahanan dibina di atas foundationnya. Pembinaan itu ambil masa sekitar 2 tahun, dan dikatakan bahawa Sultan Qaitbay membelanjakan lebih dari seratus ribu Dinar untuk membina Citadel ini.

Jadi kubu ini telah dibina di tapak Lighthouse of Alexandria yang merupakan salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World. Rumah api ini terus berfungsi sehingga masa penaklukan Arab di mana beberapa bencana berlaku. Pemulihan bermula pada zaman Ahmed Ibn Tulun (sekitar 880 M). 

Semasa abad ke-11 terjadi gempa bumi, menyebabkan kerosakan yang teruk. Hanya bahagian bawahnya bertahan dan sejak itu berfungsi hanya sebagai menara pengawal. Kemudian sebuah masjid kecil dibina di atas. Pada abad ke-14 berlaku lagi gempa bumi sehingga seluruh bangunannya musnah.

Qaitbay Citadel terletak di sebelah timur Pulau Pharos di jalan masuk ke Eastern Harbour.

Ini adalah dinding 'The Outer Fences' kubu ini dan merupakan bahagian kubu yang paling tua yang tidak pernah dibina semula sebelumnya sehingga kerja baikpulih dilakukan baru-baru ini. 

Terdapat tingkap-tingkap kecil (embrasure) yang digunakan untuk meninjau kemaraan dan untuk menembak musuh. 

Tak ramai pelawat pada masa itu jadi bas kami boleh menurunkan kami hampir dengan kubu ini.


Posing kejap 😊.

Pintu masuk ke Qaitbay Citadel. Ada pemeriksaan sekuriti di sini.

Tiket masuk ke Citadel of Qaitbay.

Yes, kena lalu walk through metal detector. 

Antara dinding pertahanan luar dan dalam ada taman.

Info tentang dinding pertahanan luar. Sultan El Ghoury mendirikan tembok kedua ini di sekeliling tembok yang pertama untuk mengukuhkan lagi pertahanan. Pada Outer Fences in juga dibina 4 menara pertahanan. 

Sebahagian dari tembok pertahanan Qaitbay Citadel dibina dari batu-batu tembok Lighthouse of Alexandria yang telah runtuh. Pintu masuk pelawat ini juga dikatakan adalah sebenarnya pintu masuk ke Rumah Api lama ini.

Melalui Inner Fences/tembok pertahanan kedua.

Ada inscriptions di atas gerbang masuk pada Inner Fences ini. Ia adalah perintah dari Sultan El Ghoury melarang sesiapa dari membawa keluar sebarang senjata dari kubu ini. Perintah in dikeluarkan kerana pada masa itu dijangka akan ada serangan oleh pihak Ottoman.
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ "In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful".
"A decree by the order of our master, the noble rank, King Al-Ashraf Abou El-Naser Qansoh El-Ghoury, May God eternalise his reign, that no body should take Makahel weapon, gun powder, tools, or any other thing from the noble tower in Alexandria: and any one of the tower party, whether Mameluke, Slaves or Zarad Kashia, who breaks this (decree) and leaves the tower with something will be hanged at the gate of the tower, deserving the curse of God." Dated Rabei Alawal 907 H.
- Wikipedia

Gerbang masuk ke courtyard melalui Inner Fences.

Maklumat tentang Inner Fences.

Pada tembok pertahanan di bahagian dalam ini ada 40 bilik-bilik kecil digunakan sebagai berek polis dan depot senjata. 

Qaitbay Citadel's Outer Fences and Inner Fences.

Pemandangan Qaitbay Citadel dari courtyard. Ini bukanlah bentuk asal kubu ini kerana telah banyak dibaikpulih oleh beberapa pemerintah yang lalu. Citadel ini terus berfungsi pada zaman-zaman pemerintahan Mamluk dan Uthmaniyyah di mana ia dikekalkan dengan baik oleh semua pemerintah yang berkuasa selepas Qaitbay. Tetapi ia rosak teruk selepas pengeboman oleh British semasa pemberontakan nasionalis terhadap British pada tahun 1882.

Beginilah rupa kubu ini pada awal tahun 1904 sebelum pemuliharaan. 

Pelan restorasi kubu ini.

Pelan dan binaan yang masih tinggal merged.

Dan beginilah rupanya kubu ini selepas restorations oleh Egyptian Counsel of Antiquities. Kubu itu sudah lama tidak mempunyai sebarang fungsi ketenteraan. Hari ini ia menempatkan sebuah muzium (Qaitbay Maritime Museum) dan merupakan salah satu tempat yang paling ramai dilawati di Alexandria.

Sebelum dan selepas restoration.

Pelan Qaitbay Citadel sekarang selepas dibaikpulih.
Today, the fortress looks as follows: the square set keep, with four circular turrets, is located in the north-eastern part of a vast courtyard. Around the perimeter, the site is protected by a polygonal double defensive wall, against which are built some 40 small chambers that served as barracks. To the north, facing the open sea, the walls are fortified by blockhouses that once housed cannons on two levels, underground and upon an open-air platform. - www.cealex.org

Bendera Mesir kini berkibar di kubu ini.

Antara Inner Fences dan bangunan kubu ada courtyards and palm gardens.

Di kiri kanan laluan utama ke bangunan kubu pula ada deretan meriam-meriam lama. 

Pada 1805 ketika kubu ini diubahsuai dan dibaikpulih oleh Muhammad Ali Pasha (pemerintah Mesir ketika itu), beliau juga telah melengkapi kubu pertahanan ini dengan senjata paling moden pada zaman itu, iaitu meriam-meridian (coastal cannons).

Palm gardens di courtyard.

Pada tembok pertahanan dalam ini juga dibina berek tentera dan bilik senjata.



Citadel of Saladin yang sudah kami lawati tempohari dibina selain untuk pertahanan juga dibina sebagai tempat kediaman. Manakala Qaitbay Citadel dibina semata-mata sebagai kubu pertahanan. 

Pintu masuk ke bangunan utama kubu ini.

Di pintu masuk ini ada emblem pada 2 bucu atas. 

Ini adalah Sultan Qaitbay's emblem.

Qaitbay Citadel's Main Tower.

Main Tower ini tingginya 17 meter dan lebarnya 80 meter. Ia ada 3 tingkat: 1st floor - Citadel's Mosque; 2nd floor - galleries and chambers for military residence; 3rd floor - stores for weapon and commander cabinet

Pemandangan ke arah courtyard dari pintu Main Tower.

Pintu masuk ini dibuat dari kayu. Look very old and sturdy.

Di ruang depan pintu masuk with very high ceiling.

Di siling ruang ini ada satu lobang besar (juga dipanggil ‘murder-holes’) di mana melaluinya dicurah minyak panas ke atas musuh yang masuk untuk menghalang kemaraan mereka. Bahan lain yang dipanaskan yang juga digunakan ialah air, pasir, resin dan lemak haiwan.

Corong besar dari ground floor hingga ke tingkat 3. Mungkin untuk pengudaraan dalam kubu.


The room of the grind. Di ground floor ini juga ditempatkan bilik mengisar bijirin.


Memang sejuk nyaman dalam kubu ini kerana siling-siling di hampir setiap bilik dan lorong-lorong adalah tinggi-tinggi belaka. Also, agaknya dibuat tinggi sebab orang dulu-dulu tinggi-tinggi kot.

Di tingkat 1 ini juga ada sebuah telaga bagi membekal keperluan air untuk the fortress' inhabitants.





Dari earlier foto hitam putih i.e foto bangunan ini sebelum restoration, some parts of the building yang still intact adalah sebahagian dari ground floor ini. I wonder how much of it yang asal dan yang restored. 

Seterusnya kami ke bahagian masjid. 

Information on the Qaitbay Citadel's Mosque. Lebih dari separuh lantai satu ini adalah masjid.

Pemandangan di dalam masjid. Ini bahagian mihrab. 

Masjid ini adalah masjid kedua tertua di Alexandria.

Ada bilik-bilik tempat tinggal sheikh dan untuk menyimpan barang seperti buku. 

Lantai masjid ini juga sangat cantik. 

Fyi, pelawat tidak dibenarkan masuk ke bahagian masjid ini tapi ianya dapat dilihat dengan jelas dari belakang hadangan.

Ruang solat yang diterangi oleh cahaya langit.


Kami teruskan lagi exploration.

Walaupun boleh rasa agak sempit ruang-ruang dalam kubu ini tapi sebaliknya rasa luas sebab ruang atasnya yang tinggi. 

Sempat saya ambil gambar tandas dalam kubu ini.. hehe. I wonder how the sewerage system is.

Seterusnya kami naik ke tingkat 2.

Agak tinggi dan curam juga la tangga-tangga dalam kubu ini. Bagi group members yang tak kuat lutut memang kepayahan sikit.

Saya ambil gambar wife, dia ambil gambar her husband 😊.

Kena letak foto-foto sebegini sebab pada saya menarik sangat!

Saya baca tangga-tangga dalam kubu ini dibina in such a way that ia akan mengelirukan penceroboh di mana di satu landing tangga, akan bercabang jadi 2 tangga. Dan pada next landing, ia akan bercabang lagi. Jadi susahlah si penceroboh untuk mencari di mana lokasi atau bilik Sultan. So sementara assassins tu tengah celaru boleh la mereka samada dibunuh dan/atau sempat la Sultan exit the fortress safely. Cakap pasal escaping, kubu ini juga ada laluan rahsia untuk Sultan menyelamatkan diri. Pastinya ini semua part of military architecture.


Information about the second floor.

Walaupun ini bahagian yang restored, tapi ia dibina seperti bangunan asal. Kelihatan jelas the uneven surfaces, lobang-lobang kecil, batu batanya, garis-garis dan lekuk-lekuk. Nampak macam authentic. 

Di tingkat 2 ini koridornya lebih luas. 

Di bahagian ini juga ada tingkap-tingkap besar yang mengadap ke arah Laut Mediterranean. Nice bergambar di sini.

Tingkap besar ini dibuat berbentuk corong mengecil ke arah muka tingkap. Mungkin ini adalah salah satu strategi pertahanan sebuah kubu. Dalam military architecture, rasanya tingkap begini dipanggil 'embrasure'.  

Tingkap yang digunakan oleh tentera di kubu ini untuk meninjau kedatangan kapal-kapal musuh.

Fortress windows secured with wrought iron.


Pemandangan luar tingkap dari tingkat 2 di Main Tower of Qaitbay Citadel.

Di kiri benteng tu ialah Laut Mediterranean. Di belah kanannya ialah the Eastern harbor (Al Mina' ash Sharqiyah).

Sebahagian dari bandar Alexandria juga kelihatan di horizon.

Sambung exploring.



Seronok ambil gambar masa tak de orang macam ni. 

Seronok juga dapat ambil koridor-koridor dengan arches macam ni.


Kerana ini adalah sebuah kubu pertahanan, maka tidak ada sebarang embelishments seperti ukiran, cornice, hiasan plaster dan lain-lain decoration.


Sebuah tingkap kecil yang searas dengan lantai. Mungkin untuk team penembak. Side note: Ada je la orang yang nak menconteng dinding dalam kubu ni! Why la?

Kalau suasana kosong pun tak best jugak. So saya minta Ustaz Toyyeb posing kejap.. hehe. He the very sporting one 😊.


Tengah sibuk ambil gambar. Ye la kan, bukan senang kami nak dapat peluang melawat sebuah kubu medieval macam ni. Alhamdulillah.

Bergambar kenangan. Photos taken by wife 😊.

Pemandangan luar diambil dari tingkap mengadap ke arah courtyard yang kami lalui tadi.

Sebahagian dari binaan Inner Fences yang menempatkan berek tentera dan stor senjata.


Kena la juga ada foto berdua 😊.

Haaa... inilah corong di mana minyak panas dicurahkan ke atas musuh yang menceroboh masuk. Minyak panas ini dipanggil thermal weapon, lebih untuk melambatkan kemaraan dengan melecurkan musuh dan menyusahkan pergerakan masuk kerana lantai licin. 

Pandangan ke bawah, ke ruang masuk dari pintu utama Main Tower ini. Pastinya lobang ini bukan semata-mata dibina untuk mencurah thermal weapons ke atas musuh tapi juga digunakan untuk menurunkan senjata kepada tentera di bawah semasa berlaku pengepungan atau semasa pertempuran dengan pihak musuh.

Di satu sudut di tingkat 2 ini ada model miniature Qaitbay Citadel ini.

The maquette, miniature of the fortress' original design.

Beginilah rupa sebenar Qaitbay Citadel according to the Egyptian Counsel of Antiquities. Ada menara tinggi di tengahnya.

Saya tukar latarbelakangnya 😊.

View dari atas.


Jadi sebenarnya ada 2 menara di kubu ini.

The Inner and Outer Fences. Double fortifications. Pada Outer Fences dibina sekali menara-menara pertahanan. Dan pada Inner Fences pula dibina berek tentera dan stor senjata.

Tapak di mana dibina 2 bangunan yang epik iaitu Lighthouse of Alexandria dan Qaitbay Citadel. 

Lighthouse of Alexandria dan Qaitbay Citadel. 


Tangganya besar dan agak tinggi. Payah la sikit untuk orang kaki pendek macam saya ni. Mengah kejap.. hehe. 

Naik ke tingkat 3. Di lantai ini ada 28 bilik-bilik untuk memantau kemasukkan kapal-kapal musuh. Juga digunakan sebagai stor senjata dan lain-lain peralatan perang.


Di ruang dapur. Ini stoves agaknya.

Bilik Sultan Iwan untuk memantau latihan tentera.

Tinggi aras tingkap ni. Betul la agaknya orang-orang dulu memang tinggi-tinggi.

Though the ceiling is simple in design and look a bit haphazard (the arrangements of the bricks), I thought overall it look rather exquisite.

Ada tingkap di bahagian tengah bangunan. 

Rasanya ni mesti untuk ventilation.

Pemandangan ke arah bawah dari tingkap tengah ini.

Pemandangan arah ke atas.

More rooms, nooks and crevices. 

Again, I can't help but be fascinated by the ceiling.. hehe. Makin lama tengok makin cantik pulak. Disebabkan permukaan siling ni tak rata, maka sususan batu bata padanya nampak macam bergelombang. 

Salah satu tingkap kecil di hujung koridor. I think how the natural light floods this corridor is quite brilliant really.

Nak la jugak posing gini 😊.

Kombinasi natural and artificial lights yang menarik.

Di tingkat 3 ni, kami keluar seketika dari Main Tower building untuk masuk ke menara pertahanan.


Ruang kecil antara bangunan Main Tower dan menara pertahanan.

Tangga naik ke menara pertahanan.

Di dalam menara pertahanan. Nampak tak betapa tebalnya dinding menara ini. Kena bedil dengan peluru meriam berpuluh or even beratus bijik baru boleh tembus menara ni agaknya. Imagine la bagaimana tentera laut British berjaya meruntuhkan kubu ini pada 1882. Imagine their firepower! The epic destructions! The deaths!

Pemandangan laut dapat dilihat dari salah satu tingkap tinjau di menara ini.


Pemandangan laut arah ke Eastern harbor.

Di kiri benteng tu ialah Laut Mediterranean. Di belah kanannya ialah the Eastern harbor (Al Mina' ash Sharqiyah).

Di Eastern harbor ni dibuat benteng pemecah ombak untuk mengelak kesan hakisan ombak laut pada Corniche. In fact, ada bahagian kecil di base bangunan kubu ini yang mengadap laut yang pernah runtuh dan berlobang besar disebabkan oleh hakisan. Selain dibaikpulih, kerajaan Mesir juga merancang untuk meletak benteng pemecah ombak untuk elak further erosion to the fortress. 

Ruang kecil tadi, antara bangunan Main Tower dan menara pertahanan.

Selesai exploring the Main Tower, kami pun keluar dan ke The Cistern. Ini di bahagian kiri di luar bangunan Main Tower. 

Tembok pertahanan yang mengadap Laut Mediterranean. 

Di bahagian Qaitbay Citadel ini pelawat boleh further explore 2 more sections: The Cistern and The Coastal Passages.

Jom kita masuk ke The Cistern dulu. 

Menuruni tangga untuk ke bahagian cistern kubu ini.

Pemandangan di dalam cistern/tangki air di Qaitbay Citadel. 

Ia tempat menyimpan air yang sumbernya dari sungai Nil.

Air dari cistern adalah untuk kegunaan harian tentera di kubu ini. 

Dan di sinilah juga sumber air disimpan bagi kegunaan tentera di kubu ini ketika berlaku pengepongan dan terputus sumber air dari luar.

Air dari tangki bawah tanah ini dicedok naik ke atas melalui telaga ini.



Bergambar kenangan dalam cistern.

Sekejap je kami di dalam cistern tu. Naik semula ke atas dan kami nampak telaga ini. Inilah telaga yang digunakan untuk mencedok air dari dalam cistern tadi.


Seterusnya kami masuk ke Coastal Passages pula.

Maklumatnya.

Berjalan masuk ke bahagian Coastal Passages.


Di salah satu lorong/laluan di Coastal Passage ini ada dipamerkan meriam lama. According to history, apabila Muhammad Ali Pasha menjadi pemerintah Mesir pada tahun 1805, beliau telah mengubahsuai benteng lama dan membaik pulih benteng luarnya. 

Muhammad Ali Pasha juga telah melengkapi kubu pertahanan ini dengan senjata paling moden pada zaman itu, terutamanya meriam-meridian (coastal cannons) iaitu meriam-meriam yang diposisikan di tepi laut yang boleh digunakan untuk membedil kapal-kapal musuh dari darat ketika menghadapi serangan dari arah laut. Jadi boleh dikatakan pemerintahan Mohammed Ali sebagai era keemasan untuk Citadel ini.

Di bahagian Coastal Passages juga ada banyak tingkap/bukaan untuk penembak meriam dan senjata lain seperti senapang. Dan kerana ini adalah benteng pertahanan, maka dindingnya juga sangat tebal (see the window).

Di sinilah pertahanan 'tersembunyi' yang sangat penting untuk kubu ini. 

Ini laluan tadi yang kami guna untuk masuk ke bahagian Coastal Passages ini.


Koridor di Coastal Passages.

Beautiful lighting. 


Looking out one of the window tak ada la kapal musuh, cuma ada orang tengah memancing. 

Selesai di Coastal Passages, kami naik ke bahagian atasnya.

Berjalan naik ramp ni. 

Pemandangan di atas Coastal Passages, di luar belah kiri Main Tower.


View Main Tower, courtyard dan Inner Fences.

View courtyard dan Inner Fences/berek tentera/stor senjata.


Di courtyard inilah dilakukan latihan tentera Sultan Qaitbay dan  tentera pemerintah-pemerintah lain.




Kuat angin masa ni 😊.

Di sebelah utara, menghadap ke laut terbuka ini, tembok kubu ini diperkuat dengan blok yang digunakan untuk menempatkan meriam-meriam (coastal cannons - meriam yang sangat power, yang boleh tembak kapal dari darat) di dua tingkat; di bawah tanah (di Coastal Passages tadi) dan di atas platform terbuka ini.

Pemandangan Laut Mediterranean yang cukup la indahnya. SubhanAllah. Tidak lagi menjadi medan perang, kawasan perairan ini sekarang aman dan menjadi tempat beriadah. 

Berwefie with significant other di atas bot di Laut Mediterranean. How romantic 😊. 


Cuaca cukup baik sekali pada hari tu. In fact, the weather was nice during our entire trip. Syukur Alhamdulillah.


Pemandangan bandar Alexandria dari Qaitbay Citadel. Di tengah tu ialah Eastern harbor (Al Mina' ash Sharqiyah).

Bandar Alexandria, wilayah El Gomrouk.



Kami juga perasan besi melengkong di lantai platform ni. Rupanya ini adalah landasan untuk meriam supaya meriam boleh digerakkan mengikut sudut-sudut tembakan.


Dengan itu maka selesailah lawatan kami di Qaitbay Citadel ini. 

Passed by the courtyard again on the way out.

As a summary, memang la kami berdua cukup seronok dapat melawat kubu medieval ini. Sangat jarang kami dapat peluang seperti ini. In retrospect, selain dari Citadel of Saladin yang kami lawat tempohari, seingat saya actually kami tak pernah pun melawat sebuah kubu pertahanan seperti ini dalam percutian kami sebelum ini. Dan dengan lawatan ke kubu ini ia juga mempelbagaikan program percutian kami ke Mesir. And fyi, I read quite a lot about this fortress. So much fascinating facts yang tentunya kalau saya kongsikan semuanya di sini sampai esok lusa pun tak habis di baca.. hehe. 

Berjalan keluar dari kawasan citadel.

Seperti biasa, di tempat ramai pelancong mesti la ada penjual-penjual barangan sovenir. 

Let's have a look apa yang mereka jual.

Macam-macam ada.

Penjual kain tenunan. Fyi, peniaga di sini ok je, tak pushy or rude. Rasanya mereka ni peniaga berlesen, kalau tak, mesti tempat ni dah penuh sesak dengan peniaga. So it seemed plausible mesti mereka ni dah diberitahu to be polite dan not to annoy the tourists demi menjaga imej negara, especially bila kerajaan Mesir telah membelanjakan jutaan pound untuk restoration Qaitbay Citadel. 

Ukiran tulisan Ø§Ù„Ù„ّٰÙ‡ dan Ù…حمد dijual semeja bersama patung-patung dewa zaman firaun dan binatang. Draw la your own conclusion. 

My wife nak beli beg tapi tak jadi sebab semuanya ada gambar pharaoh macam ni. 








Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. keciknya lubang kat toilet tu.. susah nak aim!!!!! :)
    lantai masjid yang cantik tu carpet atau jubin ?
    saya da baca..kalau kat tower, the spiral staircase tu akan dibuat lawan arah jam .. so kalau penyerang tak boleh menyerang kalau pakai pedang / parang / tombak.. depa tak boleh hayun sebab ada dinding belakang depa . kalau kidal ok tapi .. sebab boleh hayun belah kiri :)

    sleek and elegant nya kucing kucing pharaoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... gitu pulak.. hahaha.. I tak terfikir cam tu pulak.. hehe.
      Lantai masjid tu jubin, Nampak macam carpet kan.
      Ooo like that. Saya tak tau pulak macam tu disebalik pembinaan menara tu. Nice info doc! Thanks for sharing.

      Delete
    2. Indeed, very sleek kan kucing2 tu. Macam limber dan lithe.

      Delete
  2. Good day from emad ELHOMARY
    Tour Guide and Tour operator Emad packages Tours
    We ve the pleasure to let you kraw that my silf and my company will assest you and your campany to I mprove whats your Sitesean is and ours the same
    We would like to start co operation befweer each other boath Campanys on names of sileseer Guiding bas es hotels cruses and we send you an simple Example of what we have
    Or Egypt also if you sale Egypt with which campany might we coutaite you these programs with which campany might we coutaile you these programs with a very profesionale Guideing trors potation whichs our sister in work Campany with that year model of bases
    Besaide we ve commitment on the hotels at caoro Alxandria sharm ELSharikh st Cathrine Hurgada Dahab Luxor Aswan and niel Cruses hotels
    Hotels stars 3 stars 4 stars 5 stars
    Also we ve a dreat Deats with most of the Rstaurant at many traditoanal Restaurants on Egypt Might visit our inks to im prove what we re whats aur Experoanc
    Whats our programs who deal with our licens of toursm work the past Experience and we re horest cost we ve licence to wort nat like the resedans students who try to break the Rouls of the moresty of toursm those Resealant students are not a profisional withat license no Experience make the guest un happy and on risk cose ead no
    Permtion Gwiding and had no permtian for the siteseen Also thoserasdance students had not stady our Egyptiolegest history noright information
    Nationality: Egyptian
    Address: Giza -Cairo, Egypt.
    Cell phone: (+2) 01001493807 or (+2) 01212843226
    Email: emadelhomary@gmail.com

    ReplyDelete