Wednesday, December 26, 2018

EGYPT - DAY 08 - PART 02 - GIZA PYRAMID COMPLEX PANORAMA

Ok, saya sambung cerita. Masih tengok piramid. 

Seterusnya kami naik semula bas dan dibawa ke satu lokasi panorama piramid Giza ni. Perjalanan ke sana dari Pyramid of Khufu tak jauh, cuma about 10 minutes. 

Kami manfaatkan perjalanan ini dengan merakam desert landscapes Giza yang indah beralun-alun, lengkap dengan unta-unta. 


Unta dan kereta kuda di padang pasir dengan Kota Kaherah di horizon.

Seronok dapat shot ni sebab kononnya macam dalam painting di bawah tu.. hehe. Pretend like they are not tourists tapi kononnya Bedouins 😊.


Kalau berminat, ada banyak masa dan tak gayat naik unta macam saya, boleh la tunggang unta dibawa guide ke tengah padang pasir macam tourists ni. Surely the desert and the pyramid panoramic views are absolutely awesome, seen from their camel riding paths. 

And the guide will take your photos for you. And surely the guides know the best spots to have your photos taken. 


Macam kesian pulak tengok guide tu jalan kaki je. Ye la kan, better like that kot, being on the ground, supaya boleh easily control the camels in case they suddenly go bonkers. Tak pun may be guide tu cuma ada 2 ekor unta.



Pelancong sedang berbincang pakej tunggang unta. Can't help but thought of the scams. While I'm sure there are many honest Egyptians/Guides here just trying to make a living, tapi ada je yang lain yang ambik kesempatan nak scam the tourists. Kalau google je, macam-macam cerita tourists kena scam di sini boleh dibaca. 

Dan ada banyak juga gerai-gerai di sini tapi tak la sampai sesak macam pasar. Mungkin jumlah peniaga di sini dihadkan dan dipantau. 

Ini sahaja sebaris gerai-gerai yang ada di spot panorama popular dalam Giza Pyramid Complex ni.

Tu dia pemandangan panoramanya.

Ok la, masa tu tak la terlalu sesak dengan pelancong.

And here are the amazing view of the 3 pyramids. 

Dari kiri: Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre dan Pyramid of Menkaure. Yang kanan sekali tu, the smaller pyramids are the Pyramid of Menkaure's 3 satellite pyramids. 

Pemandangan ketiga-tiga Pyramid of Khufu, Pyramid of Khafre, Pyramid of Menkaure dan juga lokasi benteng panorama.

Epik sungguh rasanya berada di sini.

Berdebu kasut kami. So elok jangan pakai open toe shoes atau selipar. 

Di sinilah lokasi untuk panorama piramid di Giza Pyramid Complex.

Surah Al Qasas (28): Ayat 38-39: 
[38] Dia Firaun berkata, “Wahai para pembesar kaumku! Aku tidak mengetahui ada Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarkanlah tanah liat untukku wahai Haman (untuk membuat batu bata), kemudian buatkanlah bangunan yang tinggi untukku agar aku dapat naik melihat Tuhannya Musa, dan aku yakin bahawa dia termasuk pendusta”.
[39] Dan dia (Firaun) dan bala tenteranya berlaku sombong, di bumi tanpa alasan yang benar, dan mereka mengira bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Surah Yunus (10): Ayat 88-89: 
[88] Dan Musa berkata, "Ya Tuhan kami, Engkau telah memberikan Firaun dan para pemuka kaumnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia. Ya Tuhan kami, (akibatnya) mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Mu. Ya Tuhan, binasakanlah harta mereka, dan kuncilah hati mereka, sehingga mereka tidak beriman sampai mereka melihat azab yang pedih." 
[89] Dia (Allah) berfirman, "Sungguh, telah diperkenankan doa kamu berdua, sebab itu tetaplah kamu berdua pada jalan yang lurus dan jangan sekali-sekali kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui."

Pyramid of Khufu and Pyramid of Khafre. 

Pyramid of Menkaure and its 3 satellite pyramids atau Queens Pyramids.

Kuat angin masa tu.

Bergambar kenangan.


Berlakon kejap.. hehe.

Suka foto yang my wife ambik ni 😊.

A romantic ride among the ancient pyramids.

Pelancong dari Brazil. Fly ke Mesir ni dari Brazil ambil masa 13 jam. Dari KL, 10 jam. 

Seorang guide sedang menunggu customers. Bila tengok guide macam ni saya rasa kesian pula. Fikir baik je la that he is not one of those scammers, dan doakan yang baik-baik untuk dia, semoga murah rezeki dan dapat sara keluarga. Kalau baca stats Mesir ni, ada ramai rakyatnya yang live in poverty.

A guide bawa seorang tourists jalan-jalan di padang pasir di Giza. I keep imaging what's the view from there is like. I'd probably gasps agaknya if I was there.

Pastinya guide tu memasukkan sekali all the 3 pyramids dalam framing photo yang dia ambil as background. Nice!

Apparently tourists can also go for a walk tanpa perlu menunggang unta.

Seekor unta sedang berehat and having his/her meal. Pemandangan begini sangat menyenangkan hati saya kerana unta ini nampaknya dijaga dengan baik and not overworked. If true, saya doakan semoga tuan dia dilimpahkan rezeki.

Bila nampak binatang tunggangan begini being well treated, teringat saya bagaimana operator kereta kuda di Neuschwanstein Castle, Germany bukan sahaja menjaga kesihatan fizikal kuda-kuda mereka (siap ada regular medical checkup, 2 bulan cuti kerja setahun etc) tapi juga kesihatan mental kuda-kuda mereka turut dijaga. 

I guess, being in the vastness of the beautiful desert landscape can be quite an incredible experience.

Negara-negara berpadang pasir yang pernah kami berdua pergi bercuti. 









Sedang bersiap sedia untuk menunggangg unta.

Begini caranya unta nak naik berdiri bila penunggang dah duduk.




Kereta kuda juga boleh disewa bersama khidmat pemandu.


Ada jalan laluan khas untuk kenderaan beroda disediakan oleh pihak berwajib untuk keselamatan dan keselesaan pelawat dan bagi mengelak pencemaran. I think kalau betul-betul nak elak pencemaran, elok stop atau hadkan pengunaan kenderaan bermotor dalam kawasan kompleks. 



I guess I'd be like this guy la sibuk ambik gambar masa tunggang unta. Kalau saya tunggang la.. hehe.


Bila saya nampak tourists lain bawa camera dslr dan big lenses mereka, saya senyum je. Been there, done that. And what did it do to me? Sakit bahu dan pinggang.. hehe. Dah usia gini kena la lessen the loads, so using compact camera is a much welcomed solution. 

A few of our group members decided untuk tunggang unta-unta beramai-ramai. Tak takut kena scam ke? Ustaz Faiz, Ustaz Toyyeb dan Thoha (our local guide) bantu mereka bincang dengan the guides. The charges are fixed actually, kalau tak silap LE 140 (RM 35) sejamDengan bantuan Thoha dan Ustaz Toyyeb, dapat jugalah mereka negotiate bergambar dan naik unta sekitar 20 minit dengan bayaran LE 70 (RM 18). Yang merisaukan kami ialah jika mereka demand for tips on top of the fixed charges. Mujur ada ustaz dan Thoha.

And yes, saya gayat nak tunggang binatang. Jadi kami tak join the group tunggang unta. 

Bermula rasa takut dan gayat tu masa kena naik kuda di Kashmir. Woooii... ketaq pak cik masa tu! Dah la jalan licin (snowing) dan cuaca di situ masa tu sejuk. Lepas tu tobat tak akan tunggang apa-apa binatang lagi. Di Bromo saya menolak dari tunggang kuda. Masa dulu di Negeri Sembilan lagi la when offered saya tak mau naik ostrich! Hahaha...


Jadi kami naik kereta kuda.. hehe. 

Kejap je, bayar LE 70 untuk selama 20 minit.


Just a short ride menuju ke tempat di mana group kami yang naik unta tadi stop for photoshoot. 

Yang tunggang unta.

Yang naik kereta kuda.

Yang gayat/takut naik unta. Saya la, my wife ok je dia.. hehe.

Bergambar dalam kereta kuda dengan pemandangan piramid Khufu dan Khafre sebagai background.

Bergambar kenangan. 



Ride back to the starting point.


Tengah gedebak gedebuk dalam kereta kuda sempat lagi rakam barisan piramid-piramid tu.. hehe.

Pyramids and camels.


Lepas turun dari kereta kuda, kami just walked around the area a bit and took more photos while waiting for the camel riding group members selesai. 

Ini big group orang putih berkereta kuda. Pakej mereka bawa mereka berkereta kuda dekat dengan piramid. Besar kawasan yang mereka cover. 


Group kami.

Selesai di lokasi panorama Giza Pyramid Complex, kami bertolak ke tempat lawatan seterusnya iaitu the Sphinx (blognya in next entry). Masa ni belum noon time dan suhu nyaman.

Seterusnya, ini foto-foto yang kami rakam dari dalam bas menuju ke The Sphinx.

Nice pulak pemandangan ke arah depan bas ni.






Berselisih dengan kereta-kereta kuda.












Aerial view piramid dan Kota Kaherah.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. Wah hebatnya gambar2 tuan ni..sangat menarik..sungguh Negara Mesir ni luar biasa Allah cipta untuk Dunia lihat keajiaban alam di sana..terima kasih share banyak gambar ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih for your kind words Etuza. Mesir mmg menarik. Saya harap satu hari nanti you juga akan dapat menyaksikan keindahannya. Ke dah pernah ke sana dah?

      Iye, saya suka letak byk foto.. hehe. It helps to tell the story.

      Delete
  2. dah baca
    esok komen tapi
    tak sempat .. hehhehe

    ReplyDelete
  3. dekat sini lah ya yang saya forward kat en syed yang bas kena bom baru baru ni tu ya?

    gayat.. hehhehe
    me gayat sikit lah..
    lepas naik kuda kat bromo tu.. sebab depan mata ada orang dan kuda jatuh masa turun bromo..\\the 3 pyralids view are so awesome !!!
    thank youuuu !!

    semua lah ohsem..
    yang pyramid denga kereta kuda
    yang pyramid dengan benteng

    kannn..
    dah serik dah nak bawak dslr
    ntah ke mana dslr saya ntah .. hahhaha
    mirrorless ni pun macam dah malas
    sebab camera kat phone saya dah cantik benor gambarnya !
    kat siam hari tu pun semua nya pakai ifon aje..
    what a big relief kan...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan. Yg dibom tu di jalan luar dari kompleks piramid ni. Saya baca laluan yg diguna oleh kenderaan tu sebenarnya bukanlah laluan rasmi/selamat untuk ke kompleks Giza ni. Entah kenapa kenderaan tu lalu jalan tu. Mungkin nak elak traffic jam di jalan yg sepatutnya selamat mereka lalu.

      Gayattt!! Masih teringat2 lagi nih! Hehehehe..

      Awesome kan! To me there are certain photo yg tak perlu dicaption cause it just speaks for itself. But you know me, suka nak letak komen. Bukan apa, agar aku tidak lupa.. eheheheee..

      A few day ago I check my dslr. Cover plastik tutup lubang tepi camera dah reput. Tempat nak hand held dah berlengas. Maka sibuk la saya mencuci. Mujur tak de fungus. Sayang camera tu sebab byk berjasa.
      Betul tu, yr photos from handphone mmg cantik sgt. I suka yg bokeh melampau tu.. cantik sgt!

      Delete