Wednesday, June 27, 2018

PENANG - DAY 03 - PART 01 - PENANG HILL PART 01

Ok, moh sambung cerita. Saya suka kalau jalan-jalan program dipelbagaikan. Tapi kalau di Penang ni tak perlu nak buat conscious efforts to do so sebab Penang offers many variety of places and things to do thus making it thoroughly enjoyable for us. 

So today kami nak ke Penang Hill. Di sana boleh experience naik funicular, tengok views Penang yang awesome from lookout points, enjoy the beautiful greenery, naik buggy ke kawasan atas bukit tu dan masuk ke The Habitat yang nature walk nya sangat la best. 

Itu baru di Penang Hill dah macam-macam aktiviti. Lepas tu kami planned nak lihat kubu British lama di Fort Cornwallis. Then nak ke Spice Garden pula. Dan last sekali nak ke pantai. Ye la, kan Penang terkenal dengan pantai-pantainya, so elok la stop by at least at one of them.

So for Day 03 kami di Penang, there were nature walks atop a hill, historical visit to an old fort, spicing it up at a spice garden and a walk on a beach. Pretty pelbagai for me la.. hehe.

Ambil gambar out off our hotel windows dulu.

Amazing blue hues.



Besar sungguh area yang they plan to reclaim.


Penang sunrise.



Absolutely gorgeous. SubhanAllah.

Isi perut dahulu lah.

Best juga breakfast spread hotel ni. 

Lepas breakfast kami ke Travel Desk di hotel ini to arrange taxi pick-up untuk bawa kami ke Stesen Keretapi Butterworth esok. Sebab esok nak balik KL dah. Keretapi ETS ke Kuala Lumpur esok departs at 8.40 am. 

Selesai urusan dengan Travel Desk, kami pun berjalan ke Plaza Gurney untuk ke Perhentian Pertama Penang HOHO Bus.

Stop kejap ambil gambar planned reclaimed land di Gurney Drive ini.




It was yet another beautiful sunny day in Penang. Alhamdulillah.

Untuk ke Penang Hill kami naik Penang HOHO Bus 'City Route'. 

We took the first bus. Penumpang lain semua duduk di atas on the open deck.

Menuju ke Penang Hill. Dengan cuaca langit cantik biru cerah macam ini kami berharap jelaslah views dari atas Penang Hill itu nanti.

Arulmigu Balathandayuthapani Temple.

Tiba di ke Bukit Bendera / Penang Hill. 

Pemandangan Bukit Bendera. Bukit Bendera adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia. Nama Bukit Bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen keretapi bukit yang terletak di ketinggian 735 m atas aras laut. Tempat ini digelar Flagstaff Hill oleh British, sebab di sinilah bendera British dikibarkan sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel.

So tadi dari The Gurney Resort Hotel and Residences kami berjalan ke Gurney Plaza. Lepas tu naik bas HOHO ke Bukit Bendera. 

Tiba di Perhentian bas HOHO Penang Hill.

Ada la beberapa kedai and seatings/tables di bangunan ini.

Tempat stop Bas HOHO di Bukit Bendera.

Entrance ke Penang Hill.

Info tentang Bukit Bendera.

Fascinating facts about 'Doolies', rumah agam banglo dan funikular. 

Lihat (pemandangan indah), Sentuh (flora dan fauna) dan Nikmat (suasana dingin)

Teroka (rizab alam semulajadi). Semua dah nicely mapped out untuk anda. Pilih saja yang mana sesuai. 


Tempat-tempat menarik di Bukit Bendera.


Beli tiket funikular untuk naik ke puncak Bukit Bendera. Tiket pergi-balik for Malaysian ialah RM9.00. Kalau ramai orang dan sesak, boleh beli Fast Lane Ticket tapi harganya RM40.00 lah. Tak payah la beratur lama nak naik funikular tu.

Masa kami di sini it was on Monday dan bukan time cuti sekolah. So tengok la, tak ada orang queue pun. Di bahagian dalam ada queue tapi pendek je. Jadi kalau malas nak berasak-asak dan beratur lama dan tak nak bayar RM40 for fast lane, datanglah masa macam ni. 

Dan mestilah ada this photography set up. Tak pe, pose je. Tak dimestikan beli foto yang mereka ambil. Tapi if it turns out ok, why not buy it. As long as the prize is reasonable that is. 

Laluan nak naik funikular ini adalah panjang dan berpusing-pusing. Memang dibuat gitu sebab during peak seasons memang ramai pengunjung. Ada bahagian tak berhawa dingin, ada air-conditioned, ada with benches, ada without. Masa ni kosong.

Foto-foto siang dan malam pemandangan panorama dari Bukit Bendera di ketinggian 830 meter above sea level. 

Juga ada dipamer model-model funikular lama yang digunakan satu ketika dulu.

Di bahagian sini baru ada orang beratur. Ni dah nak dekat sampai pintu masuk funikular dah. Dalam foto kiri di bawah ni, the group bawah TV tu ialah group yang guna fast lane. 

Sampai ke platform dan masuk ke dalam funikular. Kereta api biru dan putih buatan Switzerland ini boleh muat 100 orang dalam satu masa. Ia juga menggunakan landasan baru. 

Suasana dalam funikular.

Platform funikular.

Off we went up Penang Hill. 

Laju juga funikular ni. Funikular yang digunakan pada hari ini adalah dari generasi yang keempat. Generasi pertama digunakan pada zaman British dulu.

Pemandangan bandar di kaki bukit.

Pemandangan dari funikular.

Funikular generasi keempat ini memang laju. Lebih kurang 5 minit perjalanan, dah sampai ke atas. Sistem funikular ini yang bergerak 1,996 meter dalam masa 5 minit adalah sistem funikular yang paling laju, tercuram dan terpanjang di rantau ini. Sistem keretapi bukit yang lama memerlukan masa 30 minit untuk sampai ke atas.

Wonderful view shot from inside the funicular.


Saja pilih untuk berada di bahagian belakang funikular sebab nak ambil gambar arah ke bawah.


Melalui celah-celah bukit dan jurang.

Ada juga melalui beberapa middle stations. Stesen Tengah ini termasuklah Claremont, Moniot Road dan Viaduct. Sebelum penggunaan funikular baru ini, sistem keretapi bukit yang lama perlu buat perhentian di middle stations ini di mana penumpang perlu menukar tren. Dengan funikular baru, no stops, terus sampai puncak in one trip.

Berselisih dengan funikular lain yang sedang turun ke bawah.


Funicular generasi ketiga yang sengaja ditinggalkan di sini untuk dipamerkan pada generasi kini.

Juga melalui Terowong Funikular Bukit Bendera. 

Terowong ini panjangnya 70 meter, lebarnya 3 meter dan kecuramannya 27.9; adalah merupakan landasan tercuram di dunia.


Pemandangan bandar dari funikular.


Selamat tiba di upper station.
The Penang funicular train system has achieved several firsts in the Malaysian Book of Records, namely the Longest Funicular Track in Asia, First Funicular Train On The Slope and the Longest Single Coach.
Source: www.penanghill.gov.my

Yes, stesen ni agak curam/condong. The stairs are quite steep.

Beautiful greenery atop Penang Hill. Udara pun nyaman je di atas ni.


Boleh nampak Penang Bridge.

Fortunately cuaca cerah dan tiada jerebu.

Crossing over the funicular.


Tarikan dan kemudahan yang ada di Penang Hill.

Souvenirs shops.

Jom ke Sky Walk tengok pemandangan dari atas bukit ini.

Ada jambatan ke menara Sky Walk.

Menara Sky Walk.


Laluan masuk ke Sky Walk.

Plak perasmian Sky Walk.

Very nice. Cuaca pun bagus pagi tu.

Anjung Sky Walk dan bandar George Town.

Selamat datang ke Bukit Bendera. Pada foto besar bandar George Town ini ada ditunjuk lokasi Penang City Hall, For Cornwallis, Bandar Butterworth, UNESCO World Heritage Site, Ferry Terminal, Komtar, Clan Jetty, Penang City Stadium dan Penang Mosque.

Laluan jambatan ke menara Sky Walk.

Pemandangan dari Sky Walk.

Lokasi Bukit Bendera, George Town dan Butterworth.

Dari Sky Walk di Bukit Bendera pengunjung boleh nampak George Town dan Butterworth.


Mujur la tak ramai orang masa ni.

Peta Bukit Bendera. 

Pengunjung boleh memilih 3 Nature Walks di Penang Hill ini. 
Jejak 'Nature Walk 1' - Upper Tunnel Road West - 2.5 km - 45 minit
Jejak 'Nature Walk 2' - Lower Tunner Road West - 5.0 km - 90 minit
Jejak 'Nature Walk 3' - Viaduct Road West - 7.0 km - 120 minit


Seterusnya kami jalan di "Laluan EL' dari Sky Walk ke Astaka/Dataran.

Di Laluan EL ini pengunjung boleh enjoy wonderful scenery. Di laluan ini diindahkan lagi dengan tanaman poko-pokok bunga.


Kelihatan juga Gurney Drive yang sedang dalam proses tebus tanah. 

Pintu masuk ke Little Village. Di Little Village ini ada Gerbang Cinta, Kampung Kerdil, Taman Arnab dan persekitaran yang menghijau. Tapi kami tak masuk.

Teropong juga ada untuk tengok bandar George Town dengan lebih dekat.

Ada 'Wishing Pavillion' di bawah sana.

Mungkin patung-patung Snow White's dwarfs ni adalah part of the Little Village's Kampung Kerdil. Tak tau kenapa pulak letak atas pagar.

David Brown's Strawberry Hill. Sebuah restoran yang bercirikan bangunan kolonial British yang terletak di Strawberry Hill. The Highest Restaurant in Penang - Dinner.Wedding.Party.Hi-Tea.

Gerbang Cinta di Little Village.

Street musician and caricaturist. 

Gambar kami yang diambil di Lower Station tadi boleh dibeli di sini. 

Harganya RM35.00.  

Inilah foto kami. I know, di cut and paste, kononnya kami bergambar dengan latarbelakang sunset di atas Bukit Bendera ni...hehehe. Dulu kami tak pernah nak beli foto-foto macam ni, tapi sejak rajin memblog ni, beli la jugak buat tampal di sini as kenangan.. hehe.

Terus berjalan ke arah Dataran Bukit Bendera.

Eh... ada anjing ke?

Suasana di atas bukit ni sangat hijau.

Ada signage yang lengkap sebagai panduan. Ada masjid, hotel, stesen polis dan klinik. 

There are lots of beautiful flowers.

Di Dataran Bukit Bendera.

Ada gerai henna dan face painting.

Di Astaka Bukit Bendera ada Cliff Cafe dan Owl Museum. Di Dataran Bukit Bendera ini juga ada Information Center.

Stop kejap ambil gambar bunga-bunga.. hehe.



Jarak Bukit Bendera dari bandar-bandar dunia. Tapi dah faded.

Beautiful gardens.

Memandangkan yang trek walks di sini agak jauh, hari pula panas dan juga sebab nak save time, maka kami pun decided untuk menyewa sebuah buggy untuk bersiar-siar di Penang Hill. Kos sewa satu buggy ini ialah RM30.00, bukan ikut jumlah penumpang. This was our buggy and driver yang juga merangkap tour guide. Operated by 'Penang Hill Buggy Service'. 

Leaving Dataran Bukit Bendera melalui Jalan Tuanku Yahya Petra to explore Penang Hill. Tak lama, cuma dalam 25 ke 30 minit sahaja, so tak de explore jauh ke dalam.

Ini koc keretapi generasi kedua. More of this later.

Love lock pun ada. 

Penang Hill dibuka oleh Captain Francis Light pada tahun 1788 untuk dijadikan ladang strawberi. Bukit ini kemudian dikenali sebagai Bukit Bendera sempena sebuah bendera Union Jack yang dikibarkan di depan rumah kediaman Gabenor Pulau Pinang yang bernama Bel Retiro. 

Masa buggy ride ini, kami dapat lihat banyak Banglo Warisan Bersejarah. Kata driver buggy kami, kebanyakkannya tidak didiami, cuma digunakan as a 'summer home' atau 'holiday home' sahaja oleh owners. Yang ada tinggal di situ cuma penjaga rumah yang samada duduk jaga di banglo atau occasionally datang to clean the bungalow. Dan banglo-banglo ini bernilai berjuta-juta.

Kepada pengunjung yang memilih untuk berjalan kaki, di tepi jalan ada disediakan gazebo dan kerusi untuk berehat dan menikmati keindahan alam di sini.

Bel Retiro di atas bukit ini pernah menjadi kediaman Gabenor British. Bendera yang dipasang di depan rumah inilah yang memberikan nama dalam Bahasa Melayu 'Bukit Bendera' kepada Penang Hill.

Bukit Bendera juga menjadi tempat istirahat bagi pegawai-pegawai British yang bertugas di Pulau Pinang. Disebabkan cuaca yang panas di bawah sana, ramai pegawai British dan keluarga mereka diserang penyakit malaria. Orang-orang British yang sakit ini sering dibawa ke Bukit Bendera yang cuacanya lebih sejuk untuk menjalani proses pemulihan.

Rumah-rumah agam di Bukit Bendera banyak didirikan oleh orang-orang British pada masa dahulu. Kini kebanyakannya dimiliki oleh orang tempatan.

Pakcik driver buggy tunjuk pada kami sebuah 'Peti Surat Warisan Bersejarah' iaitu peti surat British yang masih ada di sini. Pada peti surat merah ini tertera singkatan 'VR' yang bermaksud Victoria Regina. Jelas ia didirikan di zaman pemerintahan Queen Victoria (1837 - 1901) di Britain. Ia adalah salah satu peti surat tertua di Pulau Pinang. 

Beautiful purple flowers menghiasi sisi jalan di Bukit Bendera.

Then we passed by The Habitat, one of the major attractions at Penang Hill. Di dalamnya ada jambatan gantung berbentuk bulat dengan pemandangan seluruh Pulau Pinang. Akan saya cerita in my coming blog entry.

Beberapa lagi kediaman mewah di Bukit Bendera.


Berselisih dengan buggy lain.

Kalau anda nak ke tinggal dalam rumah macam ni di atas bukit ini? 

Kami sampai ke Taman Pokok Periuk Kera yang dipenuhi dengan pokok-pokok Periuk Kera di dalamnya. Perjalanan buggy kami berakhir di Taman Monkey Cup ini. Kata Pakcik driver buggy, tak boleh meneruskan perjalanan lebih jauh lagi kerana kawasan tersebut adalah kawasan larangan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Ini peta perjalanan buggy ride kami yang bermula dari Dataran Bukit Bendera hingga ke Monkey Cup melalui Jalan Tuanku Yahya Petra. 

Pakcik driver buggy juga tunjuk pada kami sebuah kafetaria yang bernama Kopi Hutan. Kafe ini kata dia menghidangkan Kopi Arabica yang sangat sedap.


Ada mural pula di sini. 

Pakcik driver buggy buat U turn di sini untuk pusing balik ke Dataran Bukit Bendera.

Berpatah balik ke Dataran Bukit Bendera. Ramai juga joggers and cyclists yang kami nampak. 

Pakcik driver buggy juga ada beritahu kami dulu British ada bawa satu spesis pokok dari Burma (Myanmar) dan tanam di Bukit Bendera ini. Kalau tak silap, inilah spesis pokoknya. Dah lupa nama pokok ini.

Berselisih dengan sebuah buggy lain.

The Habitat.

Ke yang ini spesis pokok dari Myanmanr yang dibawa British tu?

Selesai dah short buggy trip kami. Overall, it was a nice ride with lots to see. Dan yang paling best ialah pakcik driver buggy yang sangat informative kongsi dengan kami banyak maklumat dan cerita tentang bukit bersejarah ini.

Turun dari buggy ambil gambar bunga pulak.. hehe. 



Caught taking photos of flowers.. hahaha.

Lovely. 



Cliff Cafe dan The Owl Museum.

Tempat Love Locks. 






Kemudian kita melawat pula gerabak funikular generasi kedua yang diletakkan di sini dengan lebih dekat. Mengikut keterangan yang diberi, funikular ini beroperasi selama 50 tahun dari tahun 1923 sehingga 1977.

Sejarahnya.




Ruang dalam funikular.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya macam rasa ada naik funicular generasi ke dua tu kot ..tahun 1977 sata 7 tahun .. ada pergi Bukit bendera masa kecik kecik dulu .. omai God .. hahhaha tuanya aku !! hahahaa

    kan.. cut and paste aje
    tak semenggah lak tu .. nampak sangat kontrast dengan back ground ..
    masa kat Singapura dulu . depan depan mata dia cut and paste .. tak cantik lak tu .. terus kami melarikan diri .. siapa suruh print !!? tak mintak pun !! :))

    kalau buat time lapse masa naik turun bukit tu cun !!

    saya kenal Bunga Raya , Seri pagi , Marigold/ taik Ayam , Heliconia .. hehhehe

    astaka solat hajat ??!! apakah ??!! tak yah lah tulis solat hajat .. astaka hajat ke .. astaka doa ke ..astaka berangan ke ....
    dan love locks .. hahahha sungguh tak paham .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You tua? I lagi la tua docccc.. hehehe.

      Itu la. They could at least make it a bit more believable, make an effort la sikit.

      Hmm.. it would be... tak terfikir pulak.

      But of course you do doc :). Saya kenal bunga raya :).

      Kan. Mcm tak sesuai dan terpesong. Tu mesti mereka dok buat literal translation dari 'prayer' jadi 'solat'.

      Love Locks tu.. i think it's there just because tourists like to do it. It is a touristy thing. A trend. As evident from the thousands that are locked there.

      Delete