Monday, June 4, 2018

IPOH - DAY 03 - PART 02 - HO YAN HOR MUSEUM

Selalunya saya cuba pelbagaikan program jalan-jalan saya. Jadi bila jalan-jalan di bandar seperti di Ipoh ini, saya kena plan dan pilih mana nak pergi dan apa nak buat sebab banyak tempat-tempat lawatan yang menarik di Ipoh ni. Moreover, saya cuma ada 2 full days saja to explore. Setakat ini saya sudah ke riverfront, gua batu kapur, taman gunung, galeri miniature, menjejak warisan dan mencari mural arts. And since di Ipoh ini juga ada banyak muzium, maka saya rasa elok juga if I visit one. 

Dan saya decided to visit two instead of one museums sebab both of the museums are right next to one another. Untuk entry ini saya cerita dulu lawatan ke muzium pertama iaitu Ho Yan Hor Museum di Jalan Bijeh Timah. Bagus jugak plan ni sebab selepas berpanasan jalan-jalan cari murals earlier, it was nice to be in an air-conditioned building.. hehe.

Ho Yan Hor Museum ini sebenarnya dah saya tahu lokasinya sebab di bangunan muzium inilah ada the first wall mural bertajuk 'Evolution' yang saya jumpa di Ipoh Oldtown ni. 

Ho Yan Hor Museum is right next to another museum, the Han Chin Pet Soo Museum. 

Sebagai sebahagian daripada sejarah Ipoh sejak tahun 1941, bangunan pre-war ini telah diubahsuai menjadi Muzium Ho Yan Hor untuk memperingati pencapaian Dr Ho. Pengunjung ke muzium ini akan dapat mengetahui sejarah Ipoh dan Ho Yan Hor dari tahun 1940-an dan bagaimana ia berkembang menjadi sebuah syarikat farmaseutikal global, yang kini dikenali sebagai Hovid Bhd.

Di depan muzium ini ada satu replika gerai teh herba Ho Kai Cheong yang pertama, diletak betul-betul pada spot where it used to be back in the 1940s. Teh herba itu kini telah menjadi salah satu jenama herbal yang paling tua dan paling dipercayai di negara ini.

Pamphlet Ho Yan Hor Museum.

Bangunan pre-war ini dicat biru, dipercayai warna aslinya, dan telah dipulihkan berdasarkan pada foto-foto lama dan penyelidikan terperinci, serta dari ingatan keturunan Dr. Ho Kai Cheong sendiri, khususnya anak sulungnya, David Ho. Dahulu bangunan ini pernah diduduki tidak kurang dari lima keluarga pada satu-satu masa.

Ok, mari kita masuk ke dalam. Yang paling saya suka tentang muzium ini ialah kurator muzium ini telah memastikan ada banyak informasi yang boleh dibaca oleh pengunjung dan info tu ada dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris dan Cina. Ini adalah info on Dr. Ho Kai Cheong. Hidup di zaman peperangan dan serba miskin, Dr. Ho pernah bekerja sebagai pembantu kedai, askar, petani dan pakar perubatan. 

Di ruang utama muzium ini juga ada cardboard cut-out Mr. Ho ketika beliau mula menjual teh herba ramuan yang dibuatnya sendiri.

Juga ada mural 3D ini yang menggambarkan Mr. Ho sedang melayan pelanggan di gerai teh herba beliau yang pertama.  

Di bahagian reception ini juga herbal tea bar di mana pengunjung boleh enjoy a cup of the herbal tea and buy some.

Sebelum masuk ke ruang pameran, pengunjung akan diberikan pengenalan ringkas oleh kakitangan muzium. Lepas tu bebas untuk explore the museum sendiri tanpa perlu guided tour kerana bukan sahaja ruang pameran muzium ini luas dan selesa tapi ia juga padat dengan pelbagai maklumat (dalam tiga bahasa) tentang barangan pameran. 

Di ruang pameran. Oh ya, as you can see, photography is allowed. Saya ambil gambar information as much as I could because obviously ada terlalu banyak interesting information yang nak dibaca. Ok, saya share di sini. 









Ramuan herba yang sudah kering selepas proses pengeringan.

Daun Mulberry. 

Teringat masa saya dan isteri ke Padang, Sumatera Indonesia di mana kami ada stop di satu tempat perusahaan kopi tradisional yang bernama Kiniko Enterprise. Di situ ada disajikan Teh Daun Murbey (Mulberry).

Teruskan lagi dengan sejarah teh Ho Yan Hor.

Bangunan Ho Yan Hor 1945.

Resipi asal.



Mr. Ho berkayuh basikal hingga ke Changlun di utara dan Batu Pahat di selatan.

Bottom: The tea stall, at 5 cent per glass, was a great success with the mining coolies enjoying the invigorating drink on their way home.

Bermacam jenis akar dan daun digunakan sebagai ramuan membuat teh herba. 

Let's have a closer look.


The 'Secret Ingredients' turut dipamerkan. Ini antara 23 ramuan tradisional yang digunakan untuk membuat teh herba asli Ho Yan Hor.










Di bahagian dapur di mana ramuan teh herba diproses.

Proses pengeringan menggunakan kuali besar and wood stove.


Proses pengeringan cara menjemur. Turut dipamerkan adalah dulang-dulang mengkuang yang digunakan semasa menjemur ramuan.

Iklan ramuan teh untuk anti-tuberculosis. 

Dapur yang terletak di tingkat bawah ini pada saya adalah the highlight of the entire exhibitions. The curator had recreated dapur ini untuk mencerminkan bagaimana keadaannya pada tahun 1940-an apabila Ho Kai Cheong menggunakannya sebagai "dapur utama" dan juga sebagai dapur sebuah rumah yang diduduki oleh tidak kurang dari lima keluarga dalam satu masa. Terdapat beberapa peralatan dapur dan peralatan memasak yang penting pada ketika itu.

Bulat mata saya tengok gerobok kayu ni!


Vintage sangat! Ada botol susu kaca. Dan mangkok tu, pattern bunga klasik. 




Wood stove digunakan.


Peralatan dapur tradisional untuk mengisar. Mak saya ada tiga-tiga alat batu ni. Masa kecik saya selalu ditugaskan menumbuk bawang dan cili kering dengan batu tumbuk tu sampai menangis. Menangis sebab pedih la bukan sebab disuruh buat dengan tanpa kerelaan.. hehe. Batu giling dan pengisar pula mak yang operate sebab berat. Kecik lagi masa tu, tak larat. I remembered how fascinated I was bila mak gunakan kedua-dua alat ini. 

Tempayan-tempayan di bawah kaunter dapur.

Sinki marmar dan rak mengetus cucian.

Klasik sungguh mangkok-mangkok ni.


Dan ada lagi satu gerobok yang penuh dengan barang-barang vintage.

Awesome sangat!

Mana la curator muzium ni cari barang-barang lama ni. For sure collectors items macam ini mahal harganya.




Dalam kabinet kayu ini pula ada beberapa tin makanan lama jenama terkenal seperti Cadburys, Bovril, Farley's dan Nestum.

Juga perkakas-perkakas dapur lain yang sangat klasik.











Ada ironing board dan seterika arang yang disangkut/simpan pada pintu kayu.

Dalam bilik air.

Ada peralatan membasuh bangku kayu kecil, besen dan papan penyental pakaian. 

Seterusnya saya naik ke tingkat satu. Pengunjung dinasihat menaiki tangga kayu ini seorang demi seorang i.e no two person on the stairs at the same time, sebab tangga kayu ini adalah tangga asal bangunan ini dan dah pun berusia lebih 80 tahun. 

Tombol-tombol suis yang klasik. 

Diteruskan lagi dengan barangan pameran.


Dr. Ho's study.




Advertising.

English tea urn.

Gerai portable teh herba Ho Yan Hor. 

Sajian teh disediakan di dalam gelas-gelas kecil bertutup. Penutup plastik tu pun vintage sungguh. Juga ada tong bekas air panas.

Menjaja dilakukan sampai malam, jadi mesti ada lampu pam ini. Juga ada gendang kecil yang dipukul bila tiba di kawasan menjaja untuk beritahu dan memanggil pelanggan. 

Kilang Ho Yan Hor. Pada 1954, kesemua operasi pengeluaran teh herba di No. 1 Jalan Treacher dipindahkan ke kilang baru yang berlokasi di Jalan Kuala Kangsar.



International expansion.

Calligraphy and couplets.

Peralatan caligrafi yang digunakan oleh Dr. Ho.


Tea urns.


Marketing.


Even masa 50an dan 60an, dah ada marketing guna celebrities untuk promote products. In Dr. Ho's case, the celebrities were penyanyi dan bintang opera Hong Kong. 


The evolution of the tea sachets. 

Dr. Ho, ahli komuniti yang aktif dan seorang yang dermawan.

Pada mula perniagaan teh herba beliau, Dr. Ho akan berbasikal dari kampung ke bandar. 




Cara moden memproses teh herba Ho Yan Hor.


Dr. Ho Kai Cheong.

Mr. David Ho Sue San, Managing Director Hovid Berhad.



Selesai melihat pameran, turun semula ke bawah dan dihidang secawan kecil teh herba Ho Yan Hor. Memang la pahit rasanya. Tapi lawatan ke sini is anything but 'bitter'. Ia akan buat pengunjung sedar bahawa yang diminum itu bukan sekadar secawan teh herba biasa tetapi teh herba yang punya sejarah yang menarik.

Muzium ini sebenarnya merupakan monumen untuk menghormati dan menghargai Dr. Ho, sebagai pengasas Ho Yan Hor, yang kini adalah pengeluar produk farmaseutikal terkemuka di Malaysia.

Secara keseluruhan cukup kalau nak spend time di sini dalam lebih kurang sejam. To some, mungkin muzium teh herba bukanlah satu tempat yang menarik untuk dilawat tapi pada saya sangat menarik bukan saja sekadar untuk saya nak pelbagaikan program jalan-jalan Ipoh saya tapi for me to gain new knowledge about herbal tea and its history (in this case Ho Yan Hor tea) and to gain insights of what life was like during the pre-war/post-war period.

Seterusnya saya nak ke muzium sebelah (Han Chin Pet Soo Museum) pula tapi person incharge di muzium tu beritahu next guided tour will start in 30 minutes. Bagus la, boleh la pergi lunch dulu.

On the way nak lunch terjumpa mural ini.  

Makan tengahari di sini. Sedap sungguh lauk ikan keli masak lemak cili padinya.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Hovid!! I know that ! tak pernah dapat sponsor ke oversea lah tapi dengan Hovid..
    5 extended families under one roof !!! imagine macamana depa berebut nak ke tandas!! :))
    arwah pak mentua sat=ya dari Kati !! tak pernah sampai lagi ke Kati tapi.. tak kenal dah sesiapa kat sana pun ..

    masa kecik kecik saya pernah jumpa tin Nestum gitu , dan tin biskut Farley gitu !!

    dia naik basikal je satu berniaga satu Semenanjung !! ? kuat betul tenaga dan semangat dia kan!!??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, imagine la berebut tandas.. hehe.

      Saya tak tau pun ada tempat nama Kati doc. Di Perak, right?

      Klasik sungguh kan barang2 tu. Suka betul saya!

      Indeed. Imagine that. Must have taken him months!

      Delete