Friday, June 1, 2018

IPOH - DAY 03 - PART 01 - ART OF OLDTOWN

Baik, saya teruskan dengan catatan jalan-jalan Ipoh hari ketiga saya. 

Sarapan heavy sikit sebab it'll be another day of exploring on foot.


Lepas sarapan naik semula ke bilik. Jengok luar tingkap, nampak mendung sikit. 

Masa ni dah pukul 9:40 pagi. Still nampak mendung. Hmm... rileks la.. terus landing atas katil dan Zzzzz.... hehe.

Terbangun lebih kurang pukul 11:00 am. Langit dah clear. Jom jalan-jalan! Resah dok je dalam bilik hotel. Berbekalkan compact camera dan sebotol air mineral, saya pun mulakan program jalan-jalan Ipoh pada hari itu. Dan of course lah dengan diiring dengan bacaan doa. Minta hotel panggilkan teksi. So off I went, excitedly wondering what I'll be 'discovering' that day.

Pagi tu saya merancang nak cari the famous Ipoh murals arts, hence the title of this entry which is 'Art of Oldtown'. Lepas sembang dengan pemandu teksi, Chen, tentang tujuan saya nak ke bandar Ipoh, dia pun suggested saya mula dengan wall mural di bangunan Ho Yan Hor Museum di Jalan Bijeh Timah and then work my way around the vicinity to find the other murals. Semalam it was Man, and today Chen pula bantu saya dalam merealisasikan program jalan-jalan Ipoh saya. Bagus betul la taxi drivers di Ipoh! Very friendly and super helpful!

About 'Art of Oldtown':
OLDTOWN White Coffee has teamed up with Ernest Zacharevic, a renowned Lithuanian artist to create the ‘Art of OLDTOWN’ as a celebration of the heritage and history shared between Ipoh, Old Town and OLDTOWN White Coffee. OLDTOWN is the leading white coffee manufacturer in Malaysia and in conjunction with this collaboration, Zacharevic will use his unique artistic creativity to paint 8 murals to celebrate Ipoh, Old Town, the birthplace of white coffee.
www.ipoh-city.com/attraction/art_of_oldtown/

Kami pun sampai di Muzium Ho Yan Hor di Jalan Bijeh Timah. Huaa... besarnya mural di dinding bangunan ni! Ada signature 'ZACH' pada bottom left mural ini which I think this mural was by Ernest Zacharevic, the Lithuanian artist yang juga melukis murals di Georgetown, Pulau Pinang. Yang menariknya pada saya ialah mural ini ada sentuhan Chinese-style painted mural.

What an amazing mural! Menggambarkan suasana kawasan perlombongan bijih timah suatu ketika dulu.

Tadi ada Chen beritahu kalau nak tahu lokasi murals yang lain, refer lah pada peta murals yang ada pada satu plak di dinding ini. Super helpful, right! Saya sendiri pun tak tau ada peta tu. Inilah peta murals yang dimaksudkan oleh Chen. Excellent! Senang la saya nak cari lokasi murals yang lain. Apparently boleh dapatkan pamphlet 'Art of Oldtown' dari pejabat Tourism yang ada maklumat lengkap.

Mural di dinding bangunan Ho Yan Hor Museum ini namanya 'Evolution'. Ia adalah mural yang ke lima pada peta Art of Oldtown ni.

Moh cari murals yang lain. 

Tak jauh dari mural 'Evolution' di Jalan Panglima ada mural 'Hummingbird' ini.  


Upon closer look, nampak dah pudar dah lukisan ni. 

Kalau tidak dipadam atau painted over by the building owner pun, lukisan ni sendiri akan hilang dalam masa beberapa tahun being exposed pada cuaca hujan dan panas di Malaysia. 


Next di Jalan Tun Sambathan ada lukisan 'Kopi “O” atau 'A Bag of Kopi-O' ini. Hampir saya tak nampak. Mundar mandir saya di jalan ini mencari rupanya lukisan ini ada di dinding yang dihadang dengan temporary construction zinc wall/barriers. 

Ia dilukis on a blue-and-white metal gate. 

Dikatakan juga lukisan ini ada kaitan dengan Ipoh being the birth place of the famous white coffee.


Since tengah cerita pasal lukisan kopi di Ipoh Oldtown ni, saya add in juga lukisan ‘Kopi’ Break ni. Saya tak jumpa lukisan ni. Jenuh cari.. hehehe. 
Photo source: www.trover.com

Panas masa ni so kena la kejap-kejap stop dan minum air mineral yang dibawa. 


Seterusnya ke Concubine Lane 3. Ada satu lagi mural di sini iaitu mural 'Trishaw'. Also described as 'Old Town Relives Nostalgia With Trishaw'. 

Ada trishaw metal frame pada lukisan ini. So macam 3D art lah.

An uncle collecting recyclable items which includes paper boxes.

Trishaw with stacks of folded paper boxes underneath piles of big black plastic bags full with collected recyclable items.



Lepas tu saya ke Jalan Sheikh Adam pula. Tinggi di dinding bangunan ini ada satu lagi lukisan bertajuk 'Paper Plane'. 


Children playing with a big paper plane.

Budak baju kuning nampaknya begitu engrossed piloting the plane. Pipi dia nampak kembung, mesti tengah buat bunyi enjin kapal terbang.. hehe.

While his co-pilot busy hand-goggling himself.. hehe. Skillful budak ni sebab bukan senang nak lentuk tangan macam tu... hehe.

Off they went on yet another exhilarating adventure I'm sure 😊. The joy of being a kid.

Ini pula bangunan Residence & Law Office of the Seenivasagam Brothers di Jalan S.P. Seenivasagam.
Located on the southern edge of Ipoh Padang, this row of pre-war townhouses housed many legal and professional firms including the Seenivasagam Brothers at No.7. The brothers also founded the Perak Progressive Party, a prominent political party in Ipoh in 1953.


Ini bangunan Ipoh Information Center di Jalan Tun Sambanthan.

Di depan Pusat Penerangan Pelancung tu ada mural seterusnya iaitu mural 'Old Uncle With Coffee Cup'. Lokasinya dekat dengan restoran OldTown White Coffee.




Satu lagi mural yang saya tak jumpa ialah mural bertajuk 'Girl' di Jalan Bandar Timah. Rupanya the mural was painted over by the building owner. Ernest Zacharevic tak marah pun lukisan dia dipadam malah berterima kasih pada building owner tu sebab masa dia nak mula melukis dulu ramai building owners yang tak benarkan bangunan mereka dilukis. Lagi pun dia dah bersetuju yang pemilik bangunan berhak untuk memadam mural yang dilukis jika lukisan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak, mengganggu perniagaan mereka atau telah pudar sehingga didapati lukisan itu sudah pudar teruk dan tidak lagi menarik. 
Here's a photo of the mural. Photo source: www.malaymail.com

Padang Ipoh.


Restoran Yew Ming di Jalan Bandar Timah ini dah ada sejak lebih dari 70 tahun yang lalu. A 3rd generation-run restaurant, ia masih lagi beroperasi hingga hari ini.

Ini Hale Lane.

Info on Hale Lane.

A mural 'Fruit Seller' di lorong ini. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. mural Old Uncle tu dulu ada yang cakap macam muka Chin Peng
    a big hu ha..
    last-last the former mayor confirmed tha uncle tu adalah jiran zack.. siap bukti bergambar lagi..
    ya lah .. siapa nak gambar chin peng terpampang besar gitu ..

    masa ni En Syed berjalan kaki ke from one place to one place?
    atau naik kereta?
    kita orang jalan kaki je dulu..
    punyalah melengas .. tapi best !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Ada2 je la mereka ni. Sampai pelukis terpaksa bagi bukti bagai. I guess I understand as it can be quite a sensitive matter.

      Saya jalan kaki doc. Mundar mandir sorang2 cari lukisan2 ni.. hehe.
      Same le. Panas, berpeluh, rimas... you name it.. hehehehe. And yes indeed ma'am... mmg seronok :)

      Delete