Friday, June 22, 2018

PENANG - DAY 02 - PART 03 - MASJID KAPITAN KELING - UNESCO HERITAGE

Sudah lebih 4 jam kami jalan-jalan, it was time for lunch and a bit of rest. Dari Lebuh Armenian kami masuk ke Jalan Masjid Kapitan Keling. For a while, tercari-cari juga kami di mana nak makan tengahari. Malas dah nak jalan jauh nak cari restoran, makan je di mana ada restoran berdekatan. Ada satu gerai Nasi Kandar Masjid di depan Masjid Kapitan keling tapi ramainya orang tengah beratur. 

Lastly kami decided untuk makan di Wheat Connection Bakery. Berhawa dingin dan tengah tak ada customers. Dah lapar sangat dah kami masa tu. 

Very inviting. Nice ambience. We love it.


Yummy looking pastries and puffs. 


Comel la bangku dan meja kayu sekolah rendah tu.. hehe.


Come on in and take a load off 😊.


Saya makan roti jala.

Isteri makan nasi goreng with sate.

Indeed they were delicious. Alhamdulillah.


Also since dah masuk waktu Solat Fardhu Zohor, maka kami pun ke Masjid Kapitan Keling. Kami memang ada plan nak melawat masjid bersejarah ini. Solat dan lawat.

It's quite a grand mosque actually. Bangunan masjid yang asal dibina pada 1801 (lebih 200 tahun yang lalu) dan bangunan masjid yang sekarang ini dibina pada 1916 (lebih 100 tahun yang lalu) menggantikan yang lama. 

Saya suka betul bila ada info board macam ni! Sumber yang sahih.

Maklumat tentang Masjid Kapitan Keling. Masjid ini diberi nama sempena Caudeer Mohuddeen, pemimpin komuniti India Muslim dan seorang kapten kapal daripada India Selatan ketika itu. Beliau adalah penguasa pertama masjid ini. Beliau juga telah membawa jurubina termasuk bahan-bahan binaan dari India untuk pembinaan masjid ini. 

Entrance gate.

More information about Masjid Kapitan Keling.

Menara ini dibina ketika bangunan masjid dibina semula pada 1916.

Di pagar depan masjid ini kami nampak ada ramai orang beratur. Tak putus-putus orang datang. 

Popular gerai Nasi Kandar Masjid ni. 'Today Special' gerai ini pada hari itu ialah 'Briyani Kandar Ayam Kampung Masala'. Ada saya pergi dekat jengok ke dalam gerai ni, Oooo... baunya.... 😋.   

Let's go in shall we. Masjid ini satu ketika dahulu pernah menjadi Masjid Negeri Pulau Pinang.

Lanskap kawasan masjid ini dijaga begitu rapi. 

More info board. Dibina pada 1801, masjid ini adalah salah satu antara bukti kehadiran ramai pedagang, peniaga dan pekerja beragama Islam ke Pulau Pinang.

"In 1910, the Kapitan Keling Mosque was skillfully extended, with some parts of the original mosque walls retained within the larger building; the original minarets can still be identified. The spectacular new look of the mosque could be described as Moghul or 'Indo-Saracenic', with a fancy roof of domes and turrets, and the walls elaborately stuccoed and colored to stimulate the Moghul monuments of India, which employed different colored stones and marbles".  

Di bahagian pintu masuk masjid ini ada lagi maklumat tentang masjid ini. Yang ini lebih detail lagi. 






Suasana di ruang solat. Pada tahun 1910-an, Masjid Kapitan Keling diberi wajah baharu dalam gaya British Mughal Revival.

Asalnya masjid ini cuma boleh muat 200 jemaah sahaja. Sekarang, selepas naik taraf dan pembangunan dibuat bermula dari tahun 1909, masjid ini boleh dihadiri lebih dari 2,000 jemaah.

Seperti Masjid Melayu Lebuh Acheh yang sudah kami lawat earlier, Masjid Kapitan Keling ini juga pernah menjadi lokasi jemaah haji berkumpul untuk ke Makkah naik kapal di Pelabuhan Pulau Pinang. Masjid ini juga pernah digunakan oleh pedagang India Muslim sebagai tempat mereka berteduh dan berkumpul.

By the way, Masjid Melayu Lebuh Acheh tu jauhnya cuma 350 meter sahaja dari Masjid Kapitan Keling ini. Jadi kenapa dibuat dua masjid besar berdekatan? Ini adalah kerana pada ketika itu Khutbah di Masjid Kapitan Keling ini disampaikan di dalam bahasa Tamil.

Di ruang solat utama.

Pada tahun 1930, renovations juga dibuat pada ruang solat utama dimana siling/bumbung ditinggikan supaya pengudaraan di dalam masjid jadi lebih baik dan ruang solat jadi lebih terang.

Masa masjid ini mula-mula dibina pada 1800an, ruang solat cuma diterangi dengan pelita sahaja yang diletak pada dinding masjid terutama ketika solat-solat Maghrib, Isyak dan Subuh. Pasti cukup indah sekali ketika itu.

Ruang solat untuk wanita.



Kawasan sekeliling masjid.


Di dalam kawasan masjid ini juga ada Dewan Makam Noordin. 



Selesai bersolat dan explore Masjid Kapitan Keling, kami pun keluar dari perkarangan masjid untuk berjalan semula ke Armenian Street. Masa keluar tu, kami nampak masih ramai lagi orang tengah beratur di gerai Nasi Kandar Masjid ni. Huihh.. mesti sedap sangat ni. 

Berjalan semula ke kawasan George Town UNESCO Heritage. Ini laluan basikal. Ramai yang guna LinkBike.

Lalu semula di depan restoran Wheat Connection Bakery, tempat kami lunch tadi.

Seperti di bandar Melaka, di sini juga ada beca berhias. Cumanya beca di sini tak dipasang that super loud music macam yang di Melaka. Kami pernah naik beca yang di Melaka tu dan siap minta tukang beca off musik tu.. dia pasang lagu Boney M lagi tau... hehe. Foto kanan: retired trishaw juga boleh dijadikan tempat pokok-pokok hiasan bandar. 

Ini Choo Chay Keong Temple.

Yap Temple, 1924, Lebuh Armenian.

Di Lebuh Armenian ini juga ada Asia Camera Museum.

Masuk semula ke Lebuh Armenian, sambung balik pergi cari lukisan dinding.. hehe.


Brightly colored single seat and two seats rental bicycles. 

Sebuah kedai durian jual Musang King dan Black thorn di Lebuh Armenian. Juga ada sugar cane and coconut juices.

Tenang je masa tu di Lebuh Armenian. Tak ramai tourists. Di sebelah kanan tu ialah 'Batik Painting Museum Penang'.


Lukisan dinding seterusnya ialah 'Little Children on a Bicycle' oleh Ernest Zacharevic.  

Sebenarnya boleh tahan ramai juga pelancong masa kami di sini tapi semuanya elok je tunggu turn to take photos. 

The expressions on their adorable cheeky faces are priceless 😊.

Lukisan ini pernah beberapa kali menjadi mangsa vandalism.Why anyone would want to deface this beautiful drawing is beyond my comprehension.
Photo source: nst.com.my

Since orang pun tak ramai masa tu, so pose la one for the album... hehe.

Pada 2016, lukisan ini telah di'touch up' oleh Ernest Zacharevic sendiri. Di bawah ialah perbandingan antara sebelum dan selepas touch up. 

Ini foto yang saya ambil pada 2014.

Yang ini yang saya ambil tahun ini, 2018. Nampak tak bezanya? Ada enhancements tones pada lukisan, so it look a bit more three dimensional. Bahagian lukisan yang dah terkopek, sudah diwarna/cat semula.

These are the close up photos to see the difference before and after touch up. Rasanya sepatutnya lebih ketara lagi bezanya sebab antara 2016 (touch up done) dan 2018 (current photo) sudah dua tahun. So surely the mural was subjected to the harsh weathers and thus faded a bit from the original touch up version.

Perbezaan lain juga ada. Saya GIF kan supaya senang nak nampak perbezaannya: 
- bakul basikal dah ditukar
- handle basikal dah warna merah 
- basikal pun dah ada lampu di depan dan belakang. 
- tempat duduk basikal pun dah ditukar. Yang asal dah tercabut kot sebab selalu sangat kena duduk oleh pelancong. 
- juga dah ada plak di dinding sebelah kiri. 
- Dinding di belakang adik yang membonceng tu pun dah berkesan sampai bertukar warna sebab ramai sangat dah pelancong yang berpeluh duduk pada seat belakang basikal ini dan bersandar pada bahagian dinding itu. 
- batang rim basikal di bawah seat belakang pun dah ditegakkan balik sebab yang asal dah bengkok mungkin dah banyak kali dipijak oleh pelancong masa mereka berposing duduk di seat belakang tu. 

Ok saya pun nak 'vandalise' jugak la mural ni...hehe. Dalam foto je la tapi. Actually, I did these 'merging' back in 2014. Thought it'd be nice to repost them here.




Bersiar-siar guna motosikal letrik.

Then terjumpa pula mural besar ini. Namanya 'Skippy' atau 'Skippy Comes to Penang' atau 'Giant Cat Mural'. Ia adalah salah satu dari 12 mural kucing dan anjing yang dilukis di George Town ini sempena George Town Festival 2013. Mural ini adalah sebahagian dari satu projek bernama '101 Lost Kittens' yang diterajui oleh sekumpulan artis yang menamakan diri kumpulan mereka 'ASA' atau 'Artists for Stray Animals'. Mereka terdiri dari Tang Yeok Khang dari Bukit Mertajam, Natthaton Muangkliang dari Thailand dan Louise Low dari Kuala Lumpur. Sayangnya mural ini sekarang sudah sangat pudar.
Fokus projek '101 Lost Kittens' adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya melindungi dan sayang pada haiwan. Therefore semoga kuranglah kucing/anjing jalanan. In fact, masa kami jalan-jalan tu memang susah nak nampak kucing/anjing tidak bertuan berkeliaran.  

Since di 2018 ni dah lusuh benar rupanya, saya tampal di sini versi 2014. Ini versi masih 'fresh', baru setahun usianya. 

Dulu, in 2014, ada patung-patung kucing sedang meniti ampaian baju di sebelah 'Skippy' ni. Tapi sekarang dah tak ada dah. 

Patung-patung kucing ini dibentuk menggunakan wayar berwarna warni yang dipintal. 

More cats! Please care and bathe me. Awww.... 

Ada mural besar gambar monyet di dinding sebelah Gudang Cafe di Armenian Street ini. 

Nampak futuristic monyet ni dengan high collared cape/suit (I assume la) dia. It looked wise like a leader. May be it is from a planet where monkeys rule. And look outer-spacey gitu.. hehe.

Kalau tadi 'Skippy', mural ini pula namanya 'Love Me Like Your Fortune Cat'. Ia satu lagi lukisan kucing dalam projek '101 Lost Kittens'.  

Di Ming Xiang Tai Pastry Shop ini ada satu lagi mural menarik. 

Nama mural ini ialah 'I Want Pau!'. Cantik lukisan mural ni. Ia dilukis oleh WK Setor. Mr. Setor adalah kawan owner pastry shop. 

Children of the pastry shop owner sedang cuba nak capai pau dari steamer basket.




Beautiful splash paint art.

Ok, berikut adalah beberapa lagi lukisan dinding yang saya rakam in 2014. Thought it'd nice to share them here. 

Lukisan ini obviously tiada langsung nilai kebudayaan atau warisan yang berkaitan dengan George Town. Seni ke atau vandalisme? May be it was meant for the kids. 

Foto kanan: Sebenarnya lukisan kucing ini ada Bruce Lee sekali tengah terajang si kucing. The mural is called 'The Real Bruce Lee Would Never Do This'. Thus its 'againts animal cruelty' message. But I cropped 'Bruce Lee' off anyway sebab to me it is quite disturbing to see the poor defenceless cat being kicked mercilessly like that. I abhor all type of animal abuse. So with only the cat, boleh la I imagine the cat is joyfully jumping. Or may be it was just lazily stretching... hehe.  
Foto kiri: Little blue kitten. Comel 😊.


Ini mural 'Boy on a Bike'. Satu lagi lukisan Ernest Zacharevic yang popular.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. En Syed.. Kedai tu nama dia Nasi Kandar Beratur !! Nampak tak sign board kat atas / depan kedai tu? :)
    memang femes dan memang akan beratoq orang nak membelinya ...sedap kot .. sampai femes macam tu ...

    kalau saya.. mesti saya duduk kat kerusi sekolah rendah tu !!:)

    cantiknya dalam masjid tu ..

    kalau tandem bicycle macam tu kan .. senang ke nak balance ..? sebab dua orang .. i wonder

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... ok. Mula2 mmg saya dah nak state Nasi Kandar Beratur, tapi tgk pintu depan restoran Nasi Kandar Beratur tu tutup seperti dalam foto. So actually yg gerai tepi tu the same restoran lah ya.

      Hahaha... kecik la bangku kayu tu doc..hehehe... Kalau saya duduk habis patah kot.. hahaha...

      Indeed. Lagi cantik nampaknya bila saya tgk balik foto-foto selepas baca pasal sejarahnya.

      Ke sana nanti doc try la. Could be lots of fun.

      Delete