Friday, June 15, 2018

PENANG - DAY 01 - PART 04 - PENANG HOP ON HOP OFF - CITY ROUTE

Selepas check-in di Gurney Resort Hotel & Residences, bersolat dan berehat sekejap, kami pergi sight-seeing dengan bas Penang Hop On Hop Off (HOHO). Antara sebab kami menginap di Gurney Resort Hotel tu ialah kerana lokasi Perhentian Pertama Penang HOHO (yang juga lokasi untuk pertukaran 'Beach Route' dan 'City Route') adalah within walking distance dari Gurney Hotel tu. Petang tu kami nak go for the 'City Route' sight-seeing.

Berjalan dari Gurney Resort Hotel & Residences ke Penang HOHO Stop No. 01. Alhamdulillah cuaca baik, albeit a bit hot.

Penang's LinkBike.



Sebuah rumah lama di Persiaran Gurney. Di belah tepi rumah ini petang-petang ada jual ice cream, pancakes and savouries. 

Rumah bernombor 77B ini masih lagi mempunyai ciri-ciri rumah tradisional seperti tangga batu dan daun tingkap kayu.  

Dan tentunya Persiaran Gurney ini is littered with high rise hotels and residences. 

Sebelum jalan-jalan dengan HOHO Bus tu, kami singgah dulu di Kompleks Makanan Persiaran Gurney ini for lunch.


Haaa.. ada pun mee sotong! Memang teringin nak makan mee ni. Dulu saya ke Pulau Pinang ni pernah dah rasa mee tu di Padang Kota Lama. Sedap sungguh. Tu yang nak try lagi. 

A much needed refreshment on a hot day like that day.

Oooo.... mee sotong!

Banyak sungguh sotongnya. Alhamdulillah, dapat juga saya merasa mee ni sekali lagi 😊.

Lepas lunch sambung jalan. Jarak dari Gurney Hotel ke Stop pertama Penang HOHO tu ada la dalam 20 minit jalan kaki.

Persisiran Persiaran Gurney yang sedang ditebusguna. 

Ini foto Persiaran Gurney yang saya rakam pada tahun 2014.

Persiaran Gurney, 2014.

Persiaran Gurney, 2014.

Ok sambung lagi jalan. Ini Gurney Paragon - is a residential-cum-retail complex in George Town.


Sampai di Plaza Gurney. 

Sinilah Perhentian No. 01 Penang HOHO bus. 

Nama stop ni ialah 'Gurney Drive', Stop No. 01. It is an interchange stop between 'Beach Route' and 'City Route'.

Like other HOHO bus, ada open seat di tingkat atas. Di atas tu section berhawa dingin pun ada juga.

Ok, bas HOHO ni start dari 9:00 pagi sampai 8:00 malam. Last trip pukul 7:00 malam. Ada 2 routes, Beach Route dan City Route. Boleh turun naik di stops along the route. Untuk City Route, bas HOHO ni lalu setiap 20-30 minit. Kalau Beach Route ada setiap 1 jam 15 minit.  

Pakej tiket Bas HOHO ni ada untuk Single Trip, 24 Jam, 48 Jam dan 3 Hari. Tiket boleh dibeli di dalam bas ini sendiri dan juga secara online. Untuk warganegara Malaysia harganya lagi murah dari untuk pelancong. 

Untuk sight-seeing kami petang tu, kami beli tiket untuk single trip, tanpa turun/naik bagi City Route. RM10 je seorang. Saja kami ambil single trip ni dulu untuk kenal the route, know where the stops are and decided later mana kami akan turun untuk jalan-jalan esoknya. 

Free seating. Hari panas, so kami pilih untuk duduk di tingkat bawah je. 

Touring starts.

Pamphlet Penang HOHO. Yang biru tu Beach Route. City Route, yang merah.

Ini peta City Route, keliling bandaraya George Town. City Route ini ada 13 stops untuk hop off dan hop on.

Sebuah kuil di Waterfall Road.


Tiba di Stop no. 2 HOHO City Route iaitu Botanical Garden. 



Jabatan Taman Botani Pulau Pinang.



Masjid Negeri Pulau Pinang. 

Heong Giam Si Temple.

Penang old mansions. Ada yang dah restored and used. Ada yang masih terbiar.

Sampai di Perhentian no.3 - Penang Hill. Bas HOHO akan stop di sini for 10 minutes for toilet break. 

Dari dalam bas HOHO ini boleh nampak funicular naik ke Penang Hill. 

Paras di puncak bukit ini ialah at 830 meters, highest in Penang.

Ramai juga pengunjung masa ni.

Ini 'Memorial to the Penang Chinese Transportation Volunteers and the Penang Chinese killed during the war' / 'Tugu Peringatan Perang untuk Sukarelawan Pengangkutan China dan Mangsa-mangsa Terkorban di Pulau Pinang'.

Sebuah lagi kuil.

This used to be the Ayer Itam Estate Office. 

Beautiful original stained glass and floor tiles.

Beautifully maintained/restored. 

Kek Lok Si Temple adalah salah satu tourist attraction di Pulau Pinang. Passing by Annex Pasar Air Itam.

Melalui Jalan Pasar, Pekan Ayer Itam. Ramai penjual durian di jalan ni.


Ini Perhentian no. 04 - Kek Lok Si. Bas HOHO ni tidak berhenti betul-betul depan Kek Lok Si Temple, jadi kena jalan kaki ke dalam sikit di Jalan Balik Pulau menuju ke kuil itu.

Since bas HOHO ni stop kejap di perhentian ni, maka dapat la kami ambil beberapa foto temple tu dari jauh ni. 



Ok, sambung lagi tour George Town. Ini Risen Christ Catholic Church di Jalan Air Itam.

Memorial to the Penang Chinese Transportation Volunteers and the Penang Chinese killed during the war.

Rumah-rumah dan bangunan lama di George Town.




Chung Ling High School.

Pejabat Polis Daerah.

Blok bangunan lama.

Bangunan-bangunan lama di Jalan Dato Keramat.





Kedai Kopi Lok Yen. Bangunan ini dibina pada tahun 1921. The old and the new.

Penang Times Square. Ada 2 patung besar robot transformer di dataran ni.

Kalau tak silap these are Bumblebee and Optimus Prime.

Asalnya bangunan di Jalan Dato Keramat ini adalah bangunan Birch House yang dibina pada 1908. Lebih kurang 100 tahun kemudian ia dah jadi restoran McDonald's. 
Rumah Birch di Penang Times Square di pusat bandar George Town adalah rumah agam kolonial yang pernah menjadi pejabat Eastern Smelting, sebuah firma peleburan bijih timah. Ia telah dipulihkan dan kini menempatkan restoran McDonald's.

Rumah itu dinamakan sempena Sir Ernest Woodford Birch, Residen Inggeris Kesultanan Perak. Beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan industri peleburan timah di Pulau Pinang.

Sri Kamatchi Amman Temple. Ia adalah sebuah kuil komuniti India Patthar. Patthars adalah kasta orang India yang kebanyakannya adalah tukang emas. 

Kuil ini didedikasikan kepada dewi mereka iaitu dewi Sri Kamatchi Amman. Kuil ini bermula sebagai sebuah shrine pada tahun 1914. Pada awal tahun 1923, dua rumah kedai di Jalan Dato Keramat dibeli untuk dijadikan kuil. 

Jalan Dato Keramat menjadi pilihan kerana ramai Patthars mempunyai perniagaan mereka di sekitar kawasan tersebut.

Ini beberapa lagi contoh rumah kedai di Jalan Dato' Keramat yang telah dibaikpulih dengan baik. 

Suka tengok the original facade bangunan ini dikekalkan.

Beautiful.

Komtar (Kompleks Tun Abdul Razak). Nampak tu Jambatan Kaca Rainbow Walk. Ada Taman Tema Dinasour Terbesar? Saya tak tau pun... hehe. 

Di Komtar ini adalah Perhentian no. 06 for the Penang HOHO Bus.

Sambung lagi perjalanan. Di George Town ni ada banyak kami nampak wrought iron caricatures. This one was by cartoonist Lefty, bertajuk 'Happy Hour'.
Sculpture 'Happy Hour' ini memperingati penamaan 'Transfer Road' sempena pemindahan 1867 pentadbiran Negeri-negeri Selat dari British East India Company (EIC) yang beribu pejabat di Madras, India, ke Crown Office yang beribu pejabat di Singapura. Perpindahan ini telah mengurangkan birokrasi (red tape) dan peningkatan kecekapan dan keuntungan. Ini berlaku di bawah rentetan ekonomi tempatan yang didorong oleh bijih timah pada masa itu.

Ternampak satu lagi wrought iron caricature. Ini karikatur 'Five-foot-way'. Artwork by Tang Mun Kian.
Ini kata-kata yang ada pada karikatur ini:
"Five-foot-way were meant to protect pedestrians from the hot tropical sun as well as rain. However, with the influx of immigrants, work became increasingly difficult to find. Many of the old and unemployed thus began using these corridors to set up small businesses instead. The Hokkiens began calling gho kha ki or 'five-foot way' trades".

Kami juga ternampak dua orang uncle pengayuh beca roda tiga ini sedang berehat. Beca yang dahulu merupakan salah satu kenderaan pengangkutan yang penting, kini masih lagi beroperasi tapi lebih kepada untuk pelancong. Pada tahun 1950an ada beribu beca di Pulau Pinang. Sekarang tinggal cuma lebih kurang 200 dan penggunaannya kini adalah terbatas di kawasan dalam bandar sahaja. Biasanya uncles pengayuh beca roda tiga ini juga berperanan sebagai pemandu pelancong. Bilangan penarik beca ini makin berkurangan dengan peningkatan taraf hidup. Ramai yang dah berusia dan generasi muda pula tidak berminat membuat pekerjaan mengayuh beca.  

Ada bazaar.

Di tepi jalan dan bucu jalan selalu ada street vendor menjual pelbagai jenis snek. Street seller ni jual jagung dan kacang rebus.

Yang ini pula menjual buah berangan. Sedap agaknya Khabilu Penang Famous Muruku tu!

Sekarang kami dah sampai ke Perhentian no.7 iaitu Chowrasta. Banyak kedai jual pelbagai jenis jeruk di sini. Bas HOHO ni stop lama sikit di sini for toilet break. Bagus betul!

Hmmm.... jeruuukkkk... 😋.

Sambung tour lagi. Sebelah bangunan Pasar Chowrasta ada kedai jeruk popular, kedai Jeruk Madu Pak Ali. 


Komtar Walk.

I wonder adakah itu patung tiang asal bangunan ini atau ditambah? Kalau yang asal, tak saya nampak bangunan bersejarah lain di George Town ni yang ada elaborate deco pada facade bangunan macam ini.

Ternampak satu lagi wrought iron caricatures oleh Tang Mun Kian di Carnarvon Street.
Kata-kata pada wrought iron caricatures ini: "Oi, you call this limousine? This was the place to go for Chinese books, stationery, coffins and paper effigies. All the pleasures of the material world, can be reproduced in paper and burnt as gifts for the hereafter".

Pesta Berlian. I would have thought Habib's stores to be a lot bigger.


Sebuah kedai emas. Nampak dah bergenerasi lamanya.

Seterusnya bas HOHO ni masuk ke kawasan UNESCO Heritage. Bandaraya George Town bersama-sama Bandaraya Melaka telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO Heritage Site pada tahun 2008. 

Ini Masjid Kapitan Keling. Kami ada plan nak ke masjid ini later on. 

Jalan Masjid Kapitan Keling.

Masjid yang ada sekarang ini telah dibina pada 1916 dan merupakan masjid tertua di Georgetown, Pulau Pinang.

Satu lagi welded iron wall caricature di Lebuh Chulia bertajuk 'The Main Street'. Artwork by Lefty. 
"The Main Street" celebrate morfologi lebuh Chulia, sejak masa itu merupakan jalan utama untuk komuniti India Selatan, ketika Francis Light menubuhkan koloni British, sehingga hari ini, setelah ia berkembang menjadi backpacker haven.


Artwork yang ini pula bertajuk 'Double Role'. Ia menggambarkan seorang lelaki Punjabi yang keliru bila diberi peranan sebagai anggota polis dan sebagai ahli bomba. Artwork by Tang Mun Kian.
"Up until 1909, the police doubled as George Town's firefighters".

Yang ini pula bertajuk 'Property'. Artwork by Lefty.
Artwork "Property" ini celebrates perluasan garis pantai dari Beach Street ke Weld Quay, mewujudkan ruang tambahan pembinaan gudang, kedai dan harta komersil yang lain. Ia juga berfungsi sebagai peringatan bahawa projek penambakan tanah telah berlaku di Pulau Pinang sejak akhir abad ke-19 lagi.

Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai.  

Next Perhentian no.9 di Clan Jetties. Jeti-jeti ini terletak tidak jauh dari Terminal Feri ke Butterworth. Clan Jetties adalah sebenarnya perkampungan atas air yang dibina oleh pendatang-pendatang dari Tanah Besar China pada masa dahulu. Ada 6 buah Clan Jetty yang boleh dilawat di sini dan setiap satunya dimiliki oleh keluarga atau clan (yang juga dipanggil "kongsi") yang berbeza. 

Terminal Feri ke Butterworth. 

Tanjung City Marina Penang.

Persinggahan No.10 dinamakan 'Cruise' kerana ia terletak berhampiran Swettenham Pier yang merupakan terminal pelabuhan kapal cruise. Ia juga adalah perhentian HOHO bagi penumpang yang ingin pergi ke pusat penjaja makanan Padang Kota dan kota bersejarah Fort Cornwallis.

Bangunan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang.

Ini Bangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Agaknya sengaja tak diplaster bahagian dinding tu to show the original bricks of this heritage building. 


Queen Victoria Memorial Clock Tower dan Pinang Fountain. 


Fort Cornwallis.

Food court 'Esplanade Park'.

Padang Kota.

St. George Church, Lebuh Farquhar. Ini adalah lokasi Perhentian No.11 bas HOHO.

Kompleks Mahkamah Pulau Pinang.

Sampai ke Perhentian No.12 dinamakan 'Blue Mansion'. Di sini ada Old Protestant Cemetery yang juga dikenali sebagai Northam Road Cemetery. Ia adalah tanah perkuburan Kristian yang tidak lagi digunakan di George Town. Selepas terabai lebih daripada satu abad, ia kini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Kelas 1 dan dijaga oleh Trust Heritage Penang.

Ujud sejak tahun 1786, tanah perkuburan ini mempunyai kepentingan sejarah: ia lebih tua dari beberapa tempat perkuburan lama yang lebih terkenal seperti Père Lachaise di Paris, PowÄ…zki di Warsaw, Zentralfriedhof di Vienna, dan Highgate Cemetery di London. Ia juga 35 tahun lebih tua daripada Tanah Perkuburan Protestan Lama di Macau. 

Gleneagles Hospital.

Perhentian terakhir HOHO City Route sebelum kembali ke Gurney Drive adalah di hadapan sebuah Wat Thai di Jalan Kelawei yang terkenal dengan patung Sleeping Buddhanya. Kuil Buddha Thai ini terletak bersebelahan dengan sebuah Kuil Buddha Burma (Myanmar).



Saya suka jalan ini kerana ada deretan kolonial mansions yang telah dibaikpulih dan occupied. Ini adalah Lorong Bangkok. Very nice lorong. 


Sebuah lagi residential building lama (dated 1918) restored.



Maka selesailah tour 'City Route' kami naik bas HOHO. Overall, it was a very pleasant and informative tour giving us an quick overview of the locations of interesting places we can visit in George Town and its outskirt.

Kehausan, kami pun berjalan ke Gurney Plaza. Tetiba kami teringin nak makan ais krim. Panas cuaca di Penang hari tu.  

Malangnya tak de kedai ais krim yang affordable dalam mall ni. Baskin Robbins yang mahal tu ada le.. hehe. Kami pun bertanya la pada a few ladies yang bekerja di kiosk di mall ni di mana ada kedai ais krim. Kena la tanya sebab mall ni besar dan kami tak familiar with it. Saya sebut le kot ada kedai cendol ke. Terus mereka suggested kami ke satu kedai di basement mall ni. Owner kedai tu kata mereka adalah the same owner of the gerai chendol yang popular di Penang Road tu. Terus kami excited.. hehe.

Inilah kedai chendol tu. 

Famous Penang Road Teochew Chendul.


Saya memang suka cendol. Dan memang ada niat nak ke Penang Road tu nak makan cendol sedap tu. Years ago saya pernah pergi ke sana dan saya masih ingat lagi punya la ramai orang beratur masa tu nak beli cendol. Dan panas masa tu. So bila dapat makan cendol tu in the comfort of a mall with proper sitting macam ni, uwaa... memang la nice.. hehe.

Kami suka yang original. Kurang suka yang ada macam-macam condiments yang, pada pendapat kami, akan merosakkan rasa asli cendol tu.

Here it is! 😋


Ok ni saya share foto-foto masa makan cendol ni di gerai di Penang Road pada tahun 2014 yang lalu. 


Selesai menghirup habis cendol, maka kami pun leisurely walked to our hotel. 

Sambil ambil gambar lagi.. hehe.


Sampai ke bilik.

Sebab keletihan kami tak larat dah nak pergi keluar makan. Jadi makan di Gurney Hotel ni saja. Maklum je la, awal pagi tadi lagi kami dah keluar rumah.  

My wife ordered nasi lemak dan saya char kway teow. Both of us agree makanan hotel ni sedap. Betul la kata orang, makan di Penang ni memang sedap. Bukan di restoran/gerai saja, di hotel pun sedap. 


Before calling it a day, took a few more photos lah.. hehe.





Bersambung.....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. kannn....
    makan kat Pulau Pinang memang best!!!

    * cekak pinggang *
    ' kalau tak silap ???!!'
    tak nengok Transformer ke !!??
    kan masa kecik kecik lagi dah ada kartun tu ??!!
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa...mmg la sedap doc! Apa je yg kami try masa di sana, sedap2 belaka!

      Hahaha... I should know right.. hehe... dah confuse dah which one sebab byk sangat robotnya.
      Kalau Thundercats saya kenal lah.. hehehe.

      Delete
  2. Assalamualaikum, bulan 12 ni saya bercuti di Penang juga, naik ets juga. Saya menginap di Cititel Express Penang. Agak2 Bas HOHO lalu tak area hotel saya menginap? Nak jalan2 naik HOHO juga hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Cik Linda. Naik ETS juga. Ok jgn lupa minum teh tarik dan makan snek dlm tren tu.. hehe.
      Ok, pick up point HOHO yg paling dekat dgn Cititel Express Penang ialah Komtar. Jalan kaki about 10 minutes. Kalau saya akan ambil masa 30 minit sebab on the way tu mesti nak stop sana sini ambil gambar :).

      Have an amazing trip!

      Delete