Monday, April 23, 2018

KERALA INDIA - DAY 04 - PART 02 - COCHIN TOUR - DUTCH PALACE - JEW TOWN

Seterusnya kami ke Mattancherry. Ia adalah sekitar 9 km dari pusat bandar. 

Dikatakan perkataan cheri bermaksud 'jalan'. Dulu di sini penuh dengan penjual daging kambing iaitu 'mutton' jadi dikenali sebagai 'muttoncheri'. Makin lama dieja sebagai 'Matttancherry'. Dahulu tempat ini juga terkenal dengan perdagangan rempah dan teh. Sekarang ia adalah salah satu destinasi pelancongan dengan beberapa tempat menarik termasuk sebuah synagogue tertua di India.

Papan tanda dalam foto kanan menyenarai dan menunjukkan lokasi tempat menarik di Matancherry ini.

Kami berhenti di sini untuk ke Dutch Palace, Jew Town dan Jew Synagogue. Ketiga-tiga tempat ini within walking distance. Siap ada papan tanda to warn tourists di sini.

Ada banyak kedai-kedai souvenirs di sini. 

Di sini juga ada Kochi Tourist Boating Center. Tapi kami tak go boating sebab dah puas cruise dengan houseboat di Alappuzha tempoh hari.

Ada penjual buah berangan.

Ini poskad yang kami beli di sana menunjukkan Cochin Monuments.

Ok first sekali kami ke Mattancherry Palace atau juga dikenali sebagai Dutch Palace. 

Mattancherry Palace adalah merupakan salah satu contoh terbaik gaya senibina Kerala yang juga menerap pengaruh kolonial. 

Terletak lebih kurang 12 km dari Ernakulam, ia dibina sekitar 1545 C.E oleh Portugis sebagai hadiah kepada Raja Veera Kerala Verma dari Dinasti Kochi. 

Mattancherry Palace juga telah diisytiharkan sebagai Monumen Bersejarah oleh Kerajaan India.

Juga dikenali sebagai Dutch Palace kerana ia menjalani pembaikan besar semasa pemerintahan Belanda. 

Dari luar istana ni memang tak nampak macam istana dan tidak menarik atau gah seperti sebuah 'palace'. 

Istana ini juga merupakan rumah untuk dewa sembahan keluarga diraja, Pazhayannur Bhagavathy (Dewa Pazhayannur).

Masa kami sampai tu ada rombongan kanak-kanak sekolah yang datang melawat istana ini.

Masa kami berjalan nak ke entrance istana, a well dressed man approached us and in very fluent English politely offered his service as a tour guide. For a fee of course. Kami politely declined. 


Istana ini sebenarnya dibina oleh orang Portugis untuk Raja Kochi yang bernama Veera Kerala Varma pada tahun 1545, sebagai gantirugi kerana memusnahkan sebuah Kuil Hindu di sini.

Portugis turut membina sebuah kuil baru untuk Dewi Bhagavathy, yang disembah oleh keluarga Veera Kerala Varma.

Ada ukiran menarik pada bumbung istana ini. Itulah ukiran Dewi Bhagavathy diapit dua ekor gajah.

Istana ini terkenal dengan dewan yang panjang dan luas serta halaman tengahnya. 


Mattancherry Palace kini berfungsi sebagai sebuah muzium. Di dalamnya terdapat pameran mengenai Raja-raja Kochi yang pernah memerintah pada masa dahulu.

Sebuah archaeological museum. 

Sebagai sebahagian istana ini, Pazhayannoor Baghavathy Temple juga dibina oleh Portugis bagi menggantikan kuil yang telah mereka musnahkan. Kuil ini terletak di tingkat bawah istana ini.

Jom masuk ke dalam.

Kami rasa tangga naik ke entrance museum di tingkat satu ini adalah tangga yang original. 

Info tentang muzium ini. Sangat murah!

Kaunter jual tiket. 

Keterangan tentang Muzium Mattancherry Palace.


Fotografi adalah tidak dibenarkan di dalam muzium ini. Kalau nak ambil gambar di entrance ni boleh. Ini siling Mattancherry Palace yang dapat kami rakam. Hebat dan detail sungguh ukiran kayunya. Haa... baru la ada ciri sebuah 'palace'. 

Juga ada lukisan dewa dengan bunga-bunga pada pintu masuk muzium. Tak tahulah kalau ia ada sebarang historical importance.

Since photography is not allowed maka saya carilah di internet. Ini di ruang-ruang pameran dalam muzium. 

Ada pameran barangan dan perabot kayu berukir diraja, pedang, daggers, kapak dan berbagai ceremonial spears. Juga ada banyak maklumat tentang sejarah Dinasti Kochi, kedatangan Portugis dan Belanda serta sejarah istana ini. Juga ada pelan-pelan lama binaan bandar Kochi yang dibuat oleh Belanda. Selain itu juga ada duit-duit lama, pakaian istiadat diraja dan lain-lain peralatan dan perhiasan istana ini. 

Juga ada banyak life-size portraits of the Kings of Cochin sejak tahun 1864.

Tapi pada kami the jewel of the exhibition are the amazing murals. Lukisan-lukisan ini sangatlah detail dan menggunakan warna-warna yang sangat vibrant. 

Istana bertingkat dua ini mempunyai koleksi mural yang indah. Astonishingly preserved mural Hindu abad ke 17 yang menggambarkan seni candi di Kerala, yang bersifat keagamaan, dekoratif dan stylised.

Mural-mural di sini menggambarkan beberapa cerita epik India yang hebat seperti Ramayana dan Mahabharata bersama dengan dewa dewi yang disembah dalam agama Hindu seperti Lord Krishna dari Guruvayur Temple. 

Karya-karya hebat penyair Sanskrit Kalidasa juga telah digambarkan. 

Lukisan mural ini meliputi kawasan yang luas. Dari mural-mural ini dan barangan pameran lain, pengunjung juga dapat gambaran tentang kehidupan keluarga diraja pada masa itu.

Ini salah satu contoh mural based on kisah Ramayana.
These illustrate the Ramayana, from the beginning of the sacrifice of Dasaratha to Sita’s return from captivity in Lanka. Painted in tempera technique, every inch is covered with rich warm shades of red, yellow, black and white. The paintings in this section are the earliest in the palace, dating back to the 16th century. 
Source: www.remotetraveler.com

Banyak mural di sini adalah x-rated, so kenalah dicensor.
“Anantashayana” – Lord Vishnu reclining amidst the coils of Anantha – the serpent. A lotus emerges from his naval, on which is seated Lord Brahma (the Creator in the Hindu Pantheon).
Source: www.world-citizen-trail.net

Lord Shiva and wife, Goddess Parvathi.

Ini gambaran besar Vishnu yang duduk (Vaikuntanatha) di bawah kanopi lima Anantha-naga.


Ini foto dari poskad.

Tak besar muzium ini tapi pact dengan barangan pameran dan murals. Tak sampai sejam kami dalam muzium ni.

Berjalan keluar dari Mattancherry Palace.

Seterusnya kami menuju ke Jew Town. Just a few meters away from Mattancherry Palace.

Dahulu Jew Town ini didiami oleh orang Yahudi dari Semenanjung Iberia (negara Spain dan Portugal sekarang). Mereka digelar Sephardic Jews, diusir dari Iberia selepas kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia, oleh raja-raja Roman Katholik yang mengambilalih kuasa di sana. Mereka membawa diri ke Asia Barat dan sebahagiannya merantau lebih jauh sehingga ke sini. Bila negara Israel ditubuhkan pada tahun 1948, mereka berhijrah pula beramai-ramai ke sana.

Tak ada apa sebenarnya di town ni. Cuma penuh dengan kedai-kedai kraftangan, souvenir, barangan kesenian, antik dan spices.


Very touristy area ni.

Kedai jual hamparan.

Kedai jual incense. 


Boleh kata colorful jugak la bangunan di sini.


Di Kerala merokok di tempat awam adalah satu kesalahan. 

Ada iklan Kerala Folklore Museum.

Ini jalan menuju ke Paradesi Synagogue.



Ini rumah orang Jew di sini. Tak sure kalau penghuninya sekarang adalah orang Yahudi.

Ada 'Star Of David' pada grill tingkapnya.


Berhenti sekejap beli poskad.

Poskad yang dibeli.







Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. the peeled off paint on the walls tu ... cantik..
    so many layers ..so many stories seen by the walls ...
    good lah depa letak warning tu for the unwary tourists.

    suka lah bangunan dekat sini
    macam the old buildings in Galle
    i suppose sebab the Portuguese yang buat kan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk kes penipuan agaknya sampai kena buat notis mcm tu. Tapi kan mmg byk very nice souvenirs jual di situ.
      Yes, good thing mereka preserve those buildings.

      Delete