Monday, April 2, 2018

KERALA INDIA - DAY 02 - PART 06 - KERALA BACKWATER CRUISE - SUNSET CRUISE

Selepas sampan cruise kami naik semula ke houseboat dan sambung lagi dengan sunset cruise pula. 

Seperti ada dalam pakej kami ni, minum petang ada disediakan. 

Hidangan minum petang kami ialah cucur sayur dan masala chai. 

Cucur vege yang sangatlah sedap. Crispy and spicy! Jenis yang tak boleh berhenti makan.. hehe.

Masala chai yang juga sedap. Tak terlalu kuat rasa rempahnya, just nice.

Menikmati hidangan minum petang atas houseboat sambil cruising the Kerala Backwater. Antara highlights dalam percutian kami kali ini.

Dah petang. Burung-burung pulang ke sarang. It was quite a sight actually.


Ada banyak massage centers di sini. Kami diberitahu pelancong dari tanah Arab memang sangat suka ayurvedic massage ni.

More massage centers.



Juga kedai-kedai.


Memang ditunggu sampan tu alligned dengan sunlight shimmer pada permukaan tasik ni.. hehe.

Kakak dan adik sedang tunggu ayah.

Ayah dah sampai dah.

Hati-hati turun ke dalam sampan.


Moh balik.

Mencuci kain di tepi tasik di waktu petang. 


Rumah mewah di tepi tasik. Mithin kata rumah-rumah macam ni bernilai ber'crores' dan 'lakhs' jugaklah.

Ada juga jejantas pejalan kaki menyeberang terusan yang tinggi macam ni. 

Itik-itik pulang petang.


Suasana petang di tasik. 

Rasanya ini adalah sebuah sekolah.

Budak-budak bermain di tepi tasik dan sawah.

Wah adik, kungfu stance apa tu?! 

Family restaurant and ice cream parlour. 

Sivakashi Restaurant.

Banyak yang nak dicuci tu.

Sebuah bot berhenti di 'Coffee Macaw Restaurant'. 


Bot pengangkutan awam.



Seperti keretapi di India, bot ni juga ada segregation for men and women.

Kids.


Mengail ikan di petang hari oleh lakeside residents.

Backwater fishing is a flourishing industry in several parts of the state. Fishing is the main income earning way of Lake side residents. Most of the inland production is marketed domestically and consumed locally. you can see traditional fishing almost all areas of backwaters.
Source: southernbackwaters.com

Kerala is the land of rivers, harboring a rich and diversified fish fauna with many rare and endemic fish species. The high rate of rainfall and the large number of rivers make Kerala the most fertile for fish Vemabanad Lake, Ashtamudi lake and Kayamkulam lake are rich with fishes Freshwater prawns, lobsters, crabs, clams and oysters are the main fish species.
Source: southernbackwaters.com


Salah satu resort di tasik Vembanad.


Villa-villa mewah.

Sangat besar tasik Vembanad ni.



Lake Palace Resort di tasik Vembanad. Banyak betul burung-burung bertenggek di bumbung resort ni.

Ada aunite di tepi tebing tu. Let's zoom in.



Dah mula nak senja.




Ini Kettuvaloom yang terbesar dalam Kerala Backwaters Cruise. Ia mempunyai 11 buah bilik.

Banyak betul burung bangau di pokok ni. Sarang mereka agaknya.


Burung air terapung atas keladi bunting.

Kettuvaloom 11 buah bilik.

Sebuah gereja di tepi tasik.



Mithin memberhentikan bot seketika di suatu tempat di pinggir tasik. Dari sini, dapat lihat sunset di sebalik bandar Alleppey.



Santai sambil menikmati sunset di Kerala Backwater.

Cantik betul sunset golden light menyimbah ke dalam bot ini.



Sunset over Kerala Backwater/Alleppey.

Burung-burung cormorant sibuk menangkap ikan. 

Water birds flying low over the lake.

Beautiful sunset. 

Kerana teringin nak ambil gambar sunset dengan pokok-pokok kelapa di horizon (bukan bangunan) saya minta Mithin untuk berpindah lokasi bot ke tempat lain. Dia pun bawa ke sini.

A much better view I think 😊.


Kebetulan ada sebuah bot lalu dekat bot kami.



Kebetulan ada sekumpulan burung terbang entered my framing. Nice lah 😊.









Ni pelancong yang kami nampak berkayak masa sampan cruise tadi.

Gigih betul mereka berkayak.


Ni agaknya jet ski dari resort tadi.



Seterusnya bot kami berlabuh semula di Punnamada for night stop. Ini adalah tempat kami memulakan cruise pada tengahari tadi. Kami akan bermalam dalam houseboat dan esoknya go for morning cruise.

Atas perintah kerajaan, semua houseboat tidak dibenarkan belayar di waktu malam kerana penduduk kampung akan memasang jaring ikan pada waktu itu. Jadi kalau cruise akan mengganggu nelayan itu dan lagi bahaya kalau terlanggar mereka kerana gelap. Lagi pun waktu malam kalau cruise pun tak nampak apa. 




Berlabuh di Punnamada.

Malam di dalam houseboat.




Suresh dan Mithin sedang sibuk menyediakan dinner. Kami interviewed Suresh bagaimana dia boleh begitu hebat memasak. Suresh rupanya mempunyai Sijil dalam Masakan Sajian India dan Cina. Kata Suresh lagi semua tukang masak yang bekerja di dalam Houseboat perlu memiliki sijil dalam bidang masakan.

Antara hidangan makan malam kami ialah udang yang dibeli siang tadi di fish market. Dah stuffed with spices. 

Grilled. Sedap sungguh baunya!!

Nasi goreng vegetarian. Baunyaaaa!


Dinner is served 😊. At 7:30 pm.

Kecur eh!


Hidangan lain. Ada sayur dan ayam.

Ada nasi goreng vegetarian, capati dan buah-buahan. Alhamdulillah, kenyang makan dinner.

Masa yang lain dah masuk tidur, saya duduk di sofa di ruang tamu seorang diri sambil minum teh. Terasa sungguh ketenangan.....

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. so , basically depa membasuh , mandi , travel in this body of water.
    masak , minum tak lah kot ..?
    the spiced prawn looks so delicious!!

    teh tarik original dari ampang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. For drnking and cooking strictly air botol sahaja like bottled drinking water and mineral water. Lain kenot. Air sungai tu lagi la tak boleh sebab tak treated.

      So delicious doc. Rempahnya unlike I have ever tasted. Sedap sungguh!

      Hehehe... fyi, setiap kali saya pergi bercuti, saya mesti bawak teh tu. MESTI! Hehehe...

      Delete