Wednesday, April 18, 2018

KERALA INDIA - DAY 03 - PART 07 - COCHIN TOUR - KATHAKALI MAKE UP AND KATHAKALI SHOW

Ok, sambung cerita. Kathakali Show dah nak start at 6 pm. Jom masuk dewan. Besar juga dewan berhawa dingin ni, boleh muat 200 orang. 

Kerala Kathakali Centre ini adalah tempat yang paling popular dan terkenal untuk menonton Kathakali di Kochi. Persembahan popular di teater ini adalah oleh graduan Kerala Kalamandalam yang terkenal. Kerala Kalamandalam is among the foremost centres for Kathakali training in the traditional way. 

Tapi sebelum tu penonton diperlihatkan proses mekap untuk persembahan ini oleh salah seorang dari the performers. Warna-warna mekap yang digunakan adalah sangat vivid. Ada 5 jenis vesham (mekap) iaitu Pacha, Kathi, Thadi, Kari dan Minukku.


Keseluruhan proses mekap dan memakai costumes serta headgear ambil masa 2 jam. 




Penonton adalah dijemput untuk ke depan stage untuk melihat dengan lebih dekat. 





Alat mekap dan pewarna yang digunakan.


Mekapnya adalah sangat precise. 





Lukisan Chinese fishing net pada dinding dewan.

Proses mekap masih belum selesai. Sekarang performer baring dan mekap disiapkan oleh juru mekap.


Amazing!


Wajah aktor dimekap untuk kelihatan seolah-olah dia memakai topeng. Bibir, bulu mata dan kening dimekap untuk kelihatan menonjol. Campuran pes beras dan limau turut digunakan.




Kathakali adalah salah satu bentuk utama tarian India klasik. Ia adalah "seni drama" dalam genre seni, tetapi yang dibezakan oleh pakaian, kostum dan mekap yang sangat berwarna-warni. Kathakali terutamanya digiatkan sebagai seni persembahan Hindu di wilayah barat daya India yang berbahasa Malayalam (Kerala).

Persembahan dimulakan dengan tarian Mohiniyattam - 'Dance of an Enchantress'.
Mohiniyattam, also spelled Mohiniattam, is one of two classical dances of India that developed and remain popular in the state of Kerala. The other classical dance form from Kerala is Kathakali. Mohiniyattam dance gets its name from the word Mohini – a mythical enchantress avatar of the Hindu god Vishnu, who helps the good prevail over evil by deploying her feminine powers.


Persembahan tarian ini, seperti semua seni tarian klasik India, menyatukan muzik, persembahan vokal, koreografi, gerak tangan dan ekspresi wajah untuk menyampaikan maksud.






Ini video persembahannya.



Sebelum persembahan Kathakli, salah seorang dari performer tarian itu membuat beberapa demonstrations.


Demonstration yang dipertontonkan ialah facial expressions.

Kebolehan ini memerlukan latihan mata, bibir, pipi, mulut dan leher. Dalam seni tari India, 'abhinaya' atau ekspresi muka adalah sama pentingnya dengan 'nritya' atau tarian dan 'geetham' atau nyanyian.  

Dalam persembahan Kathakali, the actors do not speak, but mime their thoughts and speeches through gesture. Ia disertai dengan musik dan nyanyian iringan.




Setiap getaran bibir, kelipatan mata dan pergerakan jari-jari, mempunyai makna yang besar.

Kesedihan.

Pelakon Kathakali menyampaikan mesejnya melalui 'mudra'. 'Mudra' adalah bahasa isyarat yang digunakan untuk menggambarkan idea, situasi atau keadaan. Untuk ini, pelakon mengikuti bahasa isyarat sistematik berdasarkan 'Hastalakshana Deepika', risalah mengenai bahasa gerak isyarat tangan.


Kathakali orchestra is formed of two varieties of drums - the maddalam and chenda; the chengila which is a bell metal gong and the ilathalam or cymbals.

Agaknya ni ekspresi takut campur bimbang.


Muka manusia ada 43 jenis otot. Tentunya aktor ini menggunakan semua otot-otot muka dia untuk convey semua jenis facial expressions dalam seni tari Kathakali. Memerlukan antara 10 ke 12 tahun belajar to master this skill.  


Pelakon perlu menyampaikan 9 jenis ekspresi wajah yang dikenali sebagai 9 Tastes atau Navarasas. Ini meliputi semua ekspresi dari kemarahan dan ketakutan hingga kecintaan (batted eyelashes) dan jijik (hidung berkedut).





Ini video demo-nya.

Tema tradisional Kathakali adalah mitologi rakyat, legenda agama dan gagasan rohani dari epik Hindu dan Puranas. Persembahan vokal secara tradisionalnya dilakukan dalam bahasa Malayalam Sanskrit.

Tema persembahan cerita dongeng ini adalah dari kisah berdasarkan Mahabharata iaitu pembunuhan demon Keechaka oleh Bhima. 

Kebanggaan dan kemegahan Kathakali sebahagiannya adalah pada pakaian dan aksesorinya seperti kireetam (hiasan besar kepala) dan kanchukam (jaket besar), dan juga a long skirt worn over a thick padding of cushions.


Pacha Vesham atau mekap hijau menggambarkan protagonis yang mulia.



Aktor memakai kireetam (head gear) yang besar dan nampaknya berat.

Semasa sepanjang persembahan, muka watak ini memang serious je.

Mujur la karektor ini tidak banyak pergerakan lincah jadi boleh la zoom in ketat-ketat dan dapat imej yang fokus sampai nampak bintik-bintik peluh bawah hidung... hehe.


Persembahan diiring dengan nyanyian uncle ni bersama live music.

Watak Minikku.
Female (Minikku) Minikku: The female character (who the hero and villain are usually fighting over).

Watak Pacha Katti.
Pacha Katti (Pure- Green face) Represents good, divinity, The gods and heroic Characters.e.g: Lord Krishna, Lord Rama, Arjuna, Bhima and King Nala.


Lepas tu tetiba Minikku menjerit dan jadi ganas dan mula menyerang Pacha. Siap keluar taring lagi. Langsung Pacha keluar parang dia letak pada leher Minukku. Lagi menjerit-jeritlah si Minikku. Cemas sungguh adegan ni.

Saya suspect si Minikku tadi sebenarnya ialah Keechaka yang menjelma jadi Minikku dan cuba menggoda Pacha. Bila Pacha tak layan godaannya, maka dia jadi frust dan dirinya yang sebenar menjelma. Tu yang Pacha keluar parang tu.




Sampai terjelir lidah! Sengsara sungguh!



And this is the video.

Gitulah kisahnya persembahan ini. Of course ini cuma secebis dari kisah yang asal. Still it gave us a very nice preview of the drama-dance-play.

Ok, dah jom balik ke hotel. 


Dinner kami yang disediakan oleh pihak hotel. Sedap semuanya. Alhamdulillah.



Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. ha!! this is what i was waiting for !!!tenkiuuuuu...
    such vivid florescence colours!!
    pity the pores on the face!! hahhahahaa.. mesti berusaha keras nak keluarkan the sewats drops sebab totally tersumbat sebab tebal sangat! but the .. the sweats drops tang en syed nampak tu dari mana pulak eh ..? haaa. from the nostrils !! hahahaha
    merapu lak ...

    baru nak tanya lelaki ke perempuan yang dalam video first tu .. dah jum[a jawapannya..

    rolling eyes lak apa maksudnya ?? ' duhh' kot ? :))
    siap cebik-cebik nak nangis !! hahhahaa! thanks ! really enjoyed the videos !!

    lidah terjelir yang tak tahan tu!! hahhahaaa..the facial expression msa tu sacred yet funny lak kita nengok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Me too actually. Masa memblog cerita Kerala ni I was so looking forward to doing this particular entry.
      Kan. Vibrant color which totally make it that much more awesome and such a feast to the eyes.
      I know right. Like other form of performances macam Chinese Opera actors kan pakai makep tebal juga. And exactly sebab peluh lah maka mekapnya mesti tahan peluh. If not habis la meleleh-leleh.

      Lelaki tu. In this performance that character boleh dibawa oleh both lelaki dan perempuan.

      Hehehe... rolling eyes tu mungkin nak tunjuk kebosanan.. hahaha.
      Fascinating kan. Tu sebab saya kena rakam video supaya boleh nampak kehebatan skill actor tu.

      Overall I think it was such an interesting show. Lain dan tak pernah tgk sebelum ni. Then when I read more about it dan apparently setiap expressions ada makna, maka jadi lagi la interesting to me :).

      Delete