Wednesday, November 23, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA

We had such an amazing time at the Mirror House but it was time to proceed to the next place in the itinerary. We're going to a park! Yes, a park right in the middle of Kuwait City. My friend suggested it a day before we departed to Kuwait. For us lagi variety itinerary, lagi la kami suka 😁. 

Like always, mesti terus snapping photos. Actually, I must say, some of the more interesting photos that we managed to capture were while on the way ke tempat-tempat lawatan. Like this photo below captured masa lampu merah di traffic light. Comelnya anjing tu. We were told that this is a normal thing 😃. 

Juga bila dapat shoot sunset di Kuwait City ni. Kebetulan both sunset dan Liberation Tower tu were aligned from where we were masa on the road dalam kereta. 

Macam yang kita tahu, bandar-bandar negara Arab belah-belah sini memang banyak bangunan tinggi mereka. Yang paling kanan tu ialah Al-Tijaria Tower.

Shot ini juga sempat saya ambil dari dalam kereta. Curious, saya pun carilah nama-nama bangunan-bangunan ini. Al Hamra tu adalah bangunan tertinggi di Kuwait.

Dan kami pun tiba di Al Shaheed Park. We thought it was such a nice idea suggested by my friend, for us to have a nice walk (and photography of course 😄) pada petang tu lepas dah sejak pagi tadi jalan-jalan. 
Ini peta Al Shaheed Park. Al Shaheed Park adalah projek yang dibangunkan oleh Al Diwan Al Amiri dan diuruskan oleh LOYAC (Lothan Youth Achievement Center).

Besar sungguh taman ni terbahagi kepada 4 zon keseluruhannya bersaiz 230 ekar. Ada taman-taman botani yang indah (Oasis Garden, Museum Garden, Seasonal Garden dan lain-lain taman), 2 muzium, pusat pelawat, tasik, laluan pejalan kaki dan trek jogging, menjadikannya taman bandar yang terbesar di Kuwait. Al Shaheed Park bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar dan cara-cara melindungi alam. 

Beginilah indahnya pemandangan Al Shaheed Park ni. Ada clear unobstructed view of Kuwait City's cityscape.

Spinkled with beautiful flower plants. 

Foto by my wife.. hehe.

Taman baru dibuka kepada orang ramai pada tahun lepas. Bila pokok-pokok tu dah besar rendang, sure la redup nyaman taman ni.

Tanaman di taman ni adalah dari spesies yang sesuai untuk iklim panas yang mencecah 50°C terdiri daripada pokok renek, rumput, dan pokok berbunga seperti Euphorbias, bunga kertas, plumeria, lantana dan tananam penutup bumi dan palmettos (small palm trees). Pokok kaktus pun ada juga.

Pokok bunga lalang ni juga ada mengindahkan lagi landskap taman ini.

Dari peta di bawah, memang la kedudukan taman ini memberikan pelawat pemandangan Kuwait City yang jelas dan cantik. As you can see the park's location is very close to Kuwait's skyscrapers.

Pemandangan Kuwait's buildings siap dengan nama-nama towers. Jenuh jugak la nak cari nama-nama bangunan-bangunan ni.. hehe.

Aaa... saya suka betul landskap dengan lampu-lampu kecil ni!


Taman yang sesuai bawa keluarga jalan-jalan 😊.

Memang la saya tak sangka ada pemandangan macam ni di Kuwait 😊.


Dari taman ni boleh nampak jelas bangunan-bangunan di Kuwait City. Ini bangunan berpintal Al Tijaria. Tak sabar nak tunggu malam. Sure cantik bangunan ni.. hehe.

Ini Liberation Tower. 
Nama asal bangunan ni ialah Kuwait telecommunication Tower. Masa Iraq ceroboh Kuwait, ia baru half way siap. Bila Iraq dah diusir, pembinaan diteruskan dan namanya ditukar ke Liberation Tower sempena pembebasan Kuwait dari pengkhianatan Iraq. 

Ini pula Al Hamra Tower. Ada Business Tower dan Luxury Center.
Merupakan bangunan tertinggi di Kuwait dan yang ke 23 tertinggi di dunia. Tingginya 414 meter dan ada 80 tingkat. Ada 43 elevators. Ada shopping mall 5 tingkat.

Ini pula adalah actually 2 separate building. Yang depan tu ialah National bank of Kuwait Tower dan yang tinggi di belakang tu ialah Arraya Tower.

Bandingan bangunan-bangunan di Kuwait.


Dan tentunya selit satu.. hehehe.

Petang-petang di bulan October kalau di Kuwait ni memang nyaman le suasana. I'm sure more visitors will come to this park in November when it is cooler.

Di Habitat Zone.

Pemandangan-pemandangan dari Habitat Zone. 





Peta Al Shaheed Park.

Hari dah mula gelap dan lampu-lampu mula menyala transforming the park. Cantik sungguh! 


Liberation Tower.

Kami berhenti sebentar di surau ni untuk solat Maghrib. 

Selesai solat, kami jalan-jalan lagi. Uwahhh... cantik la sangat view malam cityscape Kuwait City ni! MasyaAllah.

Bangunan Al Tijaria.

Di taman ni juga ada disediakan sebuah masjid untuk kegunaan orang ramai.

Seterusnya kami berjalan lagi menuju ke Celebration Zone di mana terletaknya Constitution Garden. Di sini ada fountain yang cantik. 

It is a musical fountain actually, tapi masa tu tak de pulak musiknya.. hehe. Tapi memang cantik la air pancut ni. Berwarna warni. 

Also memang sejuk nyaman masa lalu di tepi fountain ni. Tak la sampai ada percikan air.. hehe. 

Saya pulak tak bawak tripod. Shoot handheld pakai dslr, blur-blur pulak. Jadi shoot je dengan handphone. Haa... cantik pulak.  
Foto-foto fountain ni saya ambik menggunakan mobile phone cap Samsung model Galaxy Note 3. Betul tu, model yang dah discontinued dah agaknya.. hehehe. Apa-apa pun asal resultsnya memuaskan hati, jadi la. Btw, I also shot these images using the wide angle lens yang disepit pada handphone tu. 




Jalan lagi dan jumpa monumen ini. Garden ni dinamakan Constitution Garden sebab di sinilah didirikan Kuwait's Constitution Monument. 
Projek Constitution Garden/Monument ini dibuat untuk meraikan ulang tahun ke-50 Perlembagaan Kuwait. Al Amiri Diwan, sebuah agensi kerajaan Kuwait, memutuskan untuk membina sebuah taman di Kuwait City untuk menjadi tempat tugu Perlembagaan 'The Constitution' yang menunjukkan jalan ke arah demokrasi di negera Kuwait.

Kedua-dua portal besar ini berukran 15x9 meter tinggi dan dibuat dari tembaga dan titanium.


Ini adalah salah satu pintu masuk utama ke Al Shaheed Park ni. 

Bangunan Al Tijaria.

Satu lagi fountain.

Berwarna warni. 

Seterusnya kami ke bahagian Remembrance di Memorial Zone. 

Di sini, pada sebuah dinding panjang yang ada gambar-gambar rakyat Kuwait yang terkorban semasa serangan tentera Iraq.

Tertera pada dinding ini: 'Rahmat Allah Ke Atas Para Syahid Kuwait Dan Berbahagialah Di SyurgaNya'. Semoga Allah merahmati roh semua mereka yang terkorban.

Disenaraikan juga nama-nama para syahid.

Foto-foto mereka yang syahid.


Memanglah kami merasa sangat terharu bila berada di sini. 

Sedih mengenangkan mangsa perang yang juga termasuk wanita dan kanak-kanak. 

The Wall of Martyrs.






Sebenarnya by now, kami dah hampir sampai ke hujung taman ini. We made one round at the end of the park before making our way back to the car park.


Bahagian open theatre tutup masa ni. Juga ada papan tanda rules and regulations di taman ni. 
Actually masa naik ke taman ni dari parking di bawah tanah kami nampak ada beberapa pegawai taman yang bertugas memerhati pelawat-pelawat yang datang. Ada juga yang beg-beg mereka diperiksa. Strict juga mereka memastikan keselamatan di taman ni. 

Di bahagian atas kanan gambar ni adalah trek larian untuk berjogging. 

Ini pula ialah Martyr Monument. Ianya adalah untuk memperingati rakyat Kuwait yang mati syahid sewaktu pencerobohan tentera Iraq. Sempena peringatan inilah taman ini dinamakan Al Shaheed Park. 

Monumen ini adalah setinggi 7 meter dan dibuat dari glass sculpture.
Monumen ini diperbuat daripada kaca untuk melambangkan bagaimana murninya hati orang yang mati syahid yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk Kuwait.

Ada beberapa sculptures di taman ini sebenarnya dan ini adalah satu lagi sculpture dinamakan 'Freedom Sculpture'. 
Sculpture ini direka oleh Bader M. Al Mansour. Sebenarnya dari sudut lain kumpulan burung-burung merpati tu akan membentuk peta negara Kuwait.

Satu lagi shot malam Kuwait City cityscape sebelum kami beredar.

Alhamdulillah, dapat kami lawat satu lagi tempat menarik di Kuwait ni. We were glad that we went there semasa dah lewat petang, membolehkan kami ambik gambar-gambar suasana cantik waktu petang dan malam di taman ini.

Seterusnya kami ke Souq Al Mubarakiya pula. Souq secara amnya ialah sebuah pasar menjual pelbagai barangan tradisional dan juga moden dan merupakan satu tempat yang penting dalam urusan membeli belah. 

Ini adalah Souq Al Mubarakiya, Kuwait City, antara salah satu souq yang tertua di Kuwait, berusia lebih 200 tahun. Ia merupakan pusat perniagaan yang terpenting sebelum discovery of oil. 

Ia telah rosak ketika pencerobohan Iraq pada 1990 dan dah diperbaiki semula. Boleh spend berjam-jam dalam pasaran ni, boleh bargain kalau nak beli barang. Ada banyak barangan warisan seperti permaidani sutera Parsi, barangan antik Arab, minyak wangi seperti kasturi dan oud dan pakaian tradisional. 

Tempat ini sesuai untuk membeli-belah, makan atau untuk bersiar-siar. Dan kawan saya bawa kami ke sini untuk makan malam. Yay! 😋

Kami masuk ke souq ni melalui section jualan daging. 



Memang seronok ambik gambar di sini tapi kena la berhati-hati. 

Most kedai jual kambing je nampaknya.

Yang berjurai tu usus agaknya.


Agaknya harga daging biri-biri ialah 2.5 KD sekilo or RM36.00. Kira mahal ke tu? 



Ada banyak kedai di sini yang menjual pelbagai barangan seperti kurma, madu, rempah, manisan, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan ikan. Juga aksesori, barangan emas dan perhiasan perak.


Ada juga dijual teko kopi Arab lengkap dengan compartment pemanas yang berwarna warni.

Fresh fruits.

Pak cik ni jual mini apples 😊.

Kami pun sampai ke tempat makan style foodcourt. Lapar dah! 

Kawasan restaurant square Al Mubarakiya. Masa kami sampai tu semua meja dah penuh. Fret not, cause tiba-tiba je depan kami 2 meja menjelma siap dengan kerusi-kerusi.. hehehe. 

Malam tu kami makan di Al Shamam restaurant. Boss kot pak Arab tu. Dari signboard tu nampaknya specialty restoran ni ialah masakan ikan.

Kemudian datang staff restoran membentangkan saprah plastik putih ni. My friend said ni memang style sini, mereka makan beralaskan plastik so that lepas makan tak payah nak kemas lap-lap bagai, bungkus dan buang je. 

Dan mestinya ada roti Arab dan hummous. Roti tu pulak tengah panas... harumm... 😋.

Kawan saya orderkan kami fish dish malam tu. 
Makan ikan zubaidi kami malam tu 😋, ikan kebangsaan Kuwait. Zubaidi yang bermaksud butter, like 'soft as butter' sebab ikan ni isinya lembut enak. Tak tau la rempah apa yang dilumur pada ikan panggang ni tapi sedap la sangat. 

My friend also ordered these delicious kebabs, ayam dan daging. 

Juga saffron rice. MasyaAllah sedapnya. Also Arab tea. Pekat pahit teh tu! 

Btw, ini lah duit Kuwait 1/4 dinar. 

Dan ini pula ialah duit syiling Kuwait 100 fils. 

Lepas makan check time, baru pukul 8:06 malam. Leh la sambung jalan-jalan sikit lagi.. hehehe. Lagi pun dah makan kenyang-kenyang ni elok exercise sikit, ye tak? 

Sambung tengok lagi kedai-kedai di Souq Al Mubarakiya ni.

Di section pakaian. Teringat kawan my wife suruh dia beli abaya. Apa abaya tu, saya tanya... hehehe. Sini jubah-jubah wanita semuanya warna hitam belaka. Susah nak nampak warna lain. Teringat masa solat Jumaat di Kuwait ni few days ago, my wife said di ruang solat wanita, she was the only one wearing baju warna biru, lain semua berjubah hitam.

There are rows and rows of these shops.

Di Kuwait sebenarnya kita kena berjaga-jaga kalau ambik gambar especially di tempat ada orang-orang Kuwait. Kalau area tu ramai expats/foreign workers ok sikit. Ni foto seorang lelaki Kuwait typical yang saya curi-curi ambik. Mereka ni gini lah, berjubah putih ke mana pun mereka pergi. Kan tu dah memang pakaian tradisi lelaki Arab. Yang lelaki warna putih dan yang wanita warna hitam.

Di tengah Souq Al Mubarakiya ni ada sebuah dataran kecil. 

Ada seats for shoppers to rest before continuing their shopping 😊.

Di dataran ini juga ada sebuah mini museum, Sheikh Mubarak Kiosk namanya. Ia merupakan sebuah farmasi Islam yang pertama di Kuwait. Boleh dilawat tapi dah tutup masa tu. 

At this time dah sampai ke Souk Al-Jat atau Al-Tanaka. 

Ada lorong-lorong yang luas di souq ini. Selesa shopping walau pun masa ramai orang agaknya. Memang teratur nampaknya.

Nampak tak, semua wanita dalam foto-foto ni berjubah hitam belaka. 

Punya saya excited bila nampak mural ni... hehe. Ye la kan, saya ni selalu cuba nak mempelbagaikan foto-foto yang saya ambil bila pergi bercuti-cuti. Lagi banyak subjek lagi best lah 😃.

Kami dibawa pula ke 'back lanes' di Souq Al Mubarakiya ni. Wah.. ada very nice Paris-like sidewalk cafes. Sangat nice to hang out at night especially after dah berkurung di rumah siangnya sebab cuaca panas. 


Nice! 

Dan tentunya ada ada kedai-kedai jubah lelaki Arab (thawb). Also sekali dengan headscarf (ghuthrain) yang diikat dengan tali hitam (aghal).

Souq Al Mubarakiya ni sangat besar so kalau shopping banyak dan dah letih nak jalan jauh, bolehlah sewa buggy ni 😊.

Dan pastinya juga ada kedai-kedai perfumes dan oud 
Oud adalah salah satu daripada bahan-bahan minyak wangi yang paling mahal di dunia. Kenapa mahal ya?

Oud berasal dari kayu pokok tropika Agar (Aquilaria). Apabila kayu pokok ini dijangkiti kulat, ia bertindak balas dengan menghasilkan resin berharga, gelap warnanya dan sangat harum, yang merupakan minyak wangi ramuan oud (juga dikenali sebagai gaharu).

Oud (dalam 'Oudh' dalam bahasa Arab) adalah amat dihargai oleh perfumers for its sweet, woody, aromatic and complex scent. Ia digunakan dalam bentuk minyak oud (Dehn al oud) atau resin (mubakhar oud). Minyak oud, sama ada diekstrak dari penyulingan kayu atau dengan meleburkan resin, adalah tidak menggatalkan dan boleh digunakan terus pada kulit, atau ditambah dalam komposisi minyak wangi.

Lepas tu kami masuk pula ke dalam mall di souq ini. Saja nak tengok suasana dalam mall di sana. Banyak kedai perfumes. Agaknya suasana sejuk dalam mall adalah sesuai untuk ketahanan minyak wangi.

Dapat satu foto Liberation Tower shot dari Souq Al Mubarakiya pada waktu malam 😊. 

Aaa... ada satu lagi mural! 😍


Dan satu lagi! 😀

Masa nak beredar dari souq ni baru sedar ada peta Souq Al Mubarakiya ni 😄.


Rupanya ada 29 souq di Souq Al Mubarakiya ni! 😮

Ada food sampling pulak di sini. Sedap dan sangaaaaat manis kuih ni! 😋 Kalau tak silap namanya ialah awwameh.

Kami lalu satu lagi souq. 

Ini Souk Al Hareem. 

Okeh, selesai dah jalan-jalan kami di hari ke 3 di Kuwait ni. Kami terus pulang ke residence. 

Sampai residence, terus dapat message ni. Wah... jauhnya saya berjalan hari tu! 😄

Berikut adalah summary jalan-jalan kami pada hari ke 3 di Kuwait City:
1) Radisson Blu Hotel.
2) Kuwait Marine Museum.
3) Radisson Blu Fun Run.
4) Kuwait Tower.
5) Mirror House.
6) Al Shaheed Park.
7) Souq Al Mubarakiya.

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung... 

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantiknya park itu!
    bunga lalang pun boleh jadi cantik kalau kena gayanya!
    saya suka sangat lampu kon tu! tapi wiring mesti susah kan?
    atau guna solar
    ada nampak solar panel dia tak?

    banyaknya sky scrappers!
    macam berlawan-lawan pulak!

    sedihnya nangok gambar-gambar tu!
    lagi sedih bila saya bayangkan ada kaum keluarga yang bawak anak/isteri/suami/cucu/mak/bapak dsatang situ mengingati keluarga mereka

    semua night shots tu guna fon je?
    cantik!
    guna fon lagi senang kan!!??

    saya baru nak tanya oud tu apa.
    ohh..
    gaharu!
    mahal resin gaharu tu!
    sekilo boleh dapat 4 ribu ringgit pun boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kami pun tak sangka parrk tu cantik macam tu. Rasanya akan lagi cantik lagi a few more years lepas pokok-pokok di taman tu dah besar. Lagi rendang dan nyaman la.
      Cantik kan bunga lalang tu. Perasan tak foto skyscrappers yg ada dengan bunga lalang tu sekali. Haaa.. tu idea my friend tu. When he suggested to frame our shots like that, I was so pleasantly surprised. Artistic jugak my friend tu :).
      Me too, suka sangat lampu2 kon tu, nampak cantik sprinkled over the shrubberies.
      I guess the wiring mesti headache tapi rasanya small thing je pada mereka sebab kalau mereka boleh bina bangunan tinggi canggih, wiring lampu2 kon no hal la.. hehe.
      Ye, ada solar panels di taman ni. Dengan cuaca dan bright sun almost all year round, make sense mereka pakai teknologi solar tu kan.

      It was such an awesome sight. Selama ni just tengok dalam foto-foto saja, tapi bia dah berdepan dengan sebaris bangunan2 moden tinggi tu, dengan view yg jelas macam ni, dengan dpt ambik shots siang dan malam, uwahhh... teruja! Syukur Alhamdulillah.

      Memang sedih sayu doc kami rasa bila di situ, tapi begitulah takdir Allah swt.
      Masa tu memang ada as I saw a Kuwaiti guy pointing at one photo to the others with him masa tu, mungkin yang ditunjuk tu ialah ahli keluarga atau saudara.

      Tak semua, some dgn dslr tu menjadi jugak like the skyscrappers tapi cantik dan lebih senang dengan handphone bila shoot fountain tu.. hehehe.

      Betul gaharu. Tapi saya tak tahan bau minyak wangi Arab. Pada saya macam sangat concentrated sampai boleh buat kepala saya pening. I suppose tu sebab I selalunya terhidu yg bau kuat gitu je. I'm sure mesti ada yang lighter smell.
      Sekilo 4 ribu! Mahalnya! Leceh agaknya proses nak dapatkan dan nak harvest gaharu tu.

      Delete