Friday, November 11, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT

Selepas di Tareq Rajab Museum for Islamic Calligraphy, seterusnya kami ke muzium Tareq Rajab yang kedua iaitu Tareq Rajab Museum. Muzium ini menempatkan koleksi lebih daripada 30 ribu items yang dikumpul over 50 years. 10 ribu antaranya dipamerkan di muzium ini. 

Dari sejarahnya, ketika Iraqi Invasion, pintu muzium ini telah ditutup dengan dinding batu bata untuk mengelak dari dimasuki dan dirosakkan oleh tentera Iraq. Tangga depan pula diserakkan dengan sampah sarap. Koleksi barang-barang pula disimpan dalam mana-mana kotak yang ada ketika itu. Namun banyak yang tidak dapat disimpan maka diletak dalam sebuah bilik besar dan pintunya ditutup dengan binaan dinding. Muzium ini dibuka semula selepas beberapa bulan setelah pembebasan Kuwait.

Seperti tadinya di Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy, di muzium ini juga saya rasa sangat seronok dan sungguh teruja dengan koleksi yang dipamerkan. 


Muzium ini dibahagikan kepada dua kawasan utama setiap satu memaparkan kumpulan-kumpulan objek indah buatan tangan bermula sejak tahun 250. Merupakan satu koleksi besar emas etnik dan Islam dan barang kemas perak, manuskrip, logam, tekstil, sulaman, pakaian, seramik, senjata dan alat muzik. Terdapat pakaian bersulam yang sangat cantik yang dikumpul daripada beberapa wilayah di seluruh dunia, termasuk Iran, Palestin, Uzbekistan dan Afghanistan. Bahagian perhiasan termasuk perhiasan emas dan perak dari Ethiopia, Thailand, China dan negara-negara lain. 

Tiket masuk ke muzium. Harganya 2KD.

Leaflet Tareq Rajab Museum.




Pintu masuk yang sangat hebat! The Door of Sultan Barquq.
Kalau rajin google lah kisah tentang Sultan Barquq ni. Menarik! :)

Muzium ini walaupun kecil jika dibandingkan dengan muzium lain tapi sangat sarat dengan barangan pameran yang bernilai dan menakjubkan. Ianya sangat teratur dan selesa. Rasanya kalau spend di sini 2 jam pun tak cukup untuk meneliti koleksi etnik yang begitu pelbagai yang datangnya dari beberapa lokasi dunia.  

Jalan turun tangga dari pintu masuk depan.

Memang seronok dapat immerse dalam kehebatan barangan pameran di sini. Seolah-olah seperti dibawa ke zaman lampau.

Kebanyakan bahagian muzium ini didedikasi untuk barang kemas dan pakaian tradisional. Muzium ini dianggap sebagai muzium yang penting kerana memberi tumpuan pada barangan kemas dan perhiasan rakyat yang dibuat dari perak. Ia menempatkan kira-kira 10,000 such items di mana hanya 2,000 dipamerkan.

Rekabentuk perhiasan tangan yang hebat dan sarat. 

Every single items is displayed beautifully in the glass panels. 

Muzium ini juga mempunyai koleksi perhiasan emas yang luar biasa. Di 'Gold Room' ada dipamerkan barangan kemas dan perhiasan zaman seawal pra-Islam yang kebanyakkannya datang dari Timur Tengah. 



Terdapat juga satu bahagian yang mempamerkan barangan perhiasannya Byzantine, Islam dan Roman yang ada hubungan dengan perhiasan Islam. Terdapat juga items yang dikumpul dari Turkmenistan, Kyrgyzstan, India, Tibet, Bhutan, Ethiopia dan bahagian-bahagian lain dunia, serta juga rantau Islam termasuk Kuwait sendiri.




Muzium ini juga mempunyai salah satu koleksi terbesar tenunan, pakaian dan sulaman dari dunia Arab.

Senjata juga ada.

Pelawat boleh melihat alat-alat muzik yang dipamerkan yang datangnya dari Kashmir, Tibet, Afghanistan dan negara-negara teluk.



Terdapat juga sebuah kedai muzium di satu sudut muzium ni, di mana pelawat boleh membeli pelbagai barangan seperti kad dan buku. Saya beli dua kad ini sebab saya suka oil paintings dan subjek matter pun menarik. 

Bila saya balik ke rumah, baru saya perasan yang kedua-dua mereka ni, Sheikh Mijuel dan Lady Jane sebenarnya suami isteri.

Lukisan Lady Jane Digby el Mesreb of Palmyra oleh Carl Haag dari kurun ke 19. 
Jadi bagaimanakah Lady Jane Digby seorang English aristocrat ended up berkahwin dengan seorang Sheikh dari Syria? Kalau rajin google la, interesting read :).

Sebelum beredar, sign dulu register book :).

Memang la best sangat melawat muzium ni. Kalau la ada peluang lagi, sah saya nak ke sini lagi. Dan akan plan nak stay sampai 3 jam. Like, seriously :). Apa-apa pun ni pun dah bersyukur sangat dah dapat lawat muzium ni.  

Jadi kalau berpeluang ke Kuwait pastikan itinerari anda ada lawatan ke Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy dan Tareq Rajab Museum ya. 

Selesai di muzium kami ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Saya memang looking forward for it sebab nak experience solat Jumaat di Kuwait. Rakan saya kata dia akan bawa saya bersolat Jumaat di salah satu dari 2 masjid yang khutbahnya disampaikan dalam bahasa Inggeris. 

Ini Masjid Al-Kabir yang merupakan masjid terbesar di Kuwait. Tapi tak bersolat di sini.

On the way tu ternampak Liberation Tower. 

Kami bersolat Jumaat di sini, Abdulaziz Al Othman mosque at Seif Ad Dawlah St, Kuwait City, Kuwait. Sebelum ke masjid ni tadi kami balik semula ke residence to pick up my friend's brother untuk bersolat Jumaat bersama. Isteri saya pun turut serta kerana tak nak duduk di rumah sorang-sorang.. hehe. Lagi pun ada section untuk jemaah wanita di masjid ni.

Masjid Abdulaziz Al Othman.  

Khutbah Jumaat disampaikan dalam Inggeris.

Pintu masuk ke masjid untuk jemaah lelaki dan wanita.

Ruang solat utama Masjid Abdulaziz Al Othman. 

Tak ramai pak Arab. Ramai expats/foreign workers. Selain jemaah dari negara seperti India, Sri Lanka dan Bangladesh, dari Filipina pun ramai juga saya nampak. 

Di hujung ruang ini, yang berlangsir tu adalah ruang solat wanita.

Alhamdulillah kami selesai menunaikan tanggungjawab bersolat Jumaat. Saya juga bersyukur kerana dapat merasa bersolat Jumaat di Kuwait City ni. 

Selesai solat Jumaat, time for makan! Lapar dah masa ni.. hehehe. Ke manakah agaknya rakan saya nak bawa kami makan? Can't wait lah.. hehehe.

Seperti biasa, dalam perjalanan kami sibuk ambik gambar. Ada fountain ini di Seif Square. Berdekatan ada Seif Palace. 

Bangunan kanan tu ialah Seif Palace. 
Secara rasmi dikenali sebagai Amiri Diwan atau "Al-Diwan Al-Amiri", Seif Palace diiktiraf sebagai lambang kedaulatan Kuwait. Al Seif Palace mempamerkan banyak budaya seni bina Islam dan warisan, dengan penggunaan gerbang dan tradisional arabesque. Keseluruhan struktur telah dibina dengan bahan tempatan yang sedia ada dan masih berdiri kukuh hingga ke hari ini, walaupun selepas perang dan renovation besar.

Ini adalah Kuwait National Assembly building. 
Pada 1962, setahun selepas Kuwait mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, parlimen yang ada sekarang, yang dikenali sebagai National Assembly (Dewan Negara) telah ditubuhkan.

Menurut rakan saya ini adalah bangunan pejabat kerajaan, terletak betul-betul di sebelah Kuwait National Assembly building. Tak nampak macam office building kan? 

Bangunan-bangunan tinggi di Kuwait City. Yang tengah tu ialah Panasonic Tower dan yang kanan tu HSBC Tower. 

Liberation Tower.


Ini adalah Kuwait Water Towers or the 'mushroom towers' yang boleh takung 3,000 cubic meters of water each direka oleh a Swedish engineering companyAir dari facility penyahgaraman dipam naik ke menara-menara ini.

Beberapa shots di sepanjang perjalanan. 






Menuju ke pusat bandar.

Dari jauh dah boleh nampak bangunan tertinggi di Kuwait, Al-Hamra Tower.

Dah sampai restoran. Jom makan! :)

Lunch kami hari tu di Shatea Alwatyia restaurant.

Jom masuk tengok macam mana rupa dalam restoran ni. As much as we wonder about our meal today, which my friend said will be the local dishes, we were also curious about the interior designs of the restaurant. 

Waaa... nice la ambience :). 

After a bit of discussion with my friend, he ordered a few dishes for us to try. Kami tak picky, apa pun kami makan.. hehehe. Cuma our concern was the portion. Kan sini portion makanannya besar. Takut tak habis dan membazir pulak so kami did request not to order too many dishes.. hehe. 

So we ordered mezze. Snek ni ada macam-macam small dishes termasuklah antaranya hummus dan falafel.

My wife and I love soups so she ordered the lentil soup and I ordered the vegetable soup.

As the main dish kami order mutbaq zubeidi. 
Zubeidi atau zubaidi ni ialah Kuwait's national fish. Rupa macam ikan bawal putih. Perkataan zubaidi tu dalam bahasa Arab bermaksud 'butter' sebab isi ikan ni lembut. Soft as butter gitu.. hehe.

We also ordered meat biryani. Yumm... :P

Ok, since tengah ada masa sementara menunggu makanan sampai, kami pun ronda dalam restoran ni. And we just love the surroundings. Very peaceful and inviting.


Macam ada desert feel gitu.

Ruang makan bahagian depan restoran.

Di ruang ni silingnya tinggi. Ada deco radio-radio lama. Awesome lah :).

Ada macam-macam benda boleh dilihat, pelbagai hiasan dinding. 

Juga ada portraits pemerintah Kuwait.

Haaa... sampai ke dapur kami explore..hehehe.. Tapi di tempat bakar roti Arab ni je la :). Baik tukang buat roti ni, tak kisah pun kami ambik gambar. Senyum je dia tengok gelagat kami :).

Oooo... panassss.... :).

Punya la harum bau roti yang baru keluar dari oven tu!

Okeh, balik ke meja. Ni vege soup saya. MasyaAllah, sedapnyaaa :).

Mezze pun sampai. 

Dan roti Arab and one of the mezze dishes. 

Yang ni pun a couple of the mezze dishes. Cuba juga rasa tapi masam! Wrapping tu pakai daun yang dah dijeruk. Tak tau daun jeruk apa tu tapi kalau di Istanbul mereka guna daun pokok anggur. 

Main dishes tak sampai lagi.

Bergambar kenangan :).

Haaa.. sampai dah. Ini meat biryani. Mana dagingnya? Ada bawah nasi biryani tu. Dan ada banyak! Cedok-cedok, berketul-ketul dagingnya. Dan daging tu pulak sungguh tasty dan sangat lembut. 


Mutbaq zubeidi dah sampai. Sedapppp :).

Syukur Alhamdulillah kami dapat sekali lagi menikmati hidangan makanan Kuwait yang sungguh sedap. 

Keluar dari restoran tu ada pemandangan ini. Terus kami ke tepi jalanraya and took a few shots. 

Such beautiful blue sky masa tu.




Lepas tu masuk kereta dan menuju ke destinasi seterusnya. On the way tu ternampak gereja ni, The National Evangelical Church - Kuwait. 

Bersambung....

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. sib baik lah sempat depa sorok dan dindingkan muzium tu!
    kalau tak.. licin dikerja kan oleh Taliban!
    raya sakan kalau Taliban tu dapat masuk Gold Room tu!

    wahh..
    sangat promiscuous dan scandalous Lady Digby!
    the last marriage yang dapat 'jinak'kan dia..
    kesian kuda dia pun kena tanam!!
    apa laaaa....
    isy...

    saya suka hummus
    besarnya porsi nasi tu!
    habis tak?!

    chop..
    1,000KD tu 1 Kuwaiti Dolllar kan?
    konfius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Tak tau apa yg akan dibuat oleh Iraqi kalau mereka dapat barang2 tu. Tapi kan, tau ke mereka appreciate the 'value' of the historic relics, documents etc tu? Kalau yg gold tu faham la, tapi what about other important items tu yg value mereka adalah pada sejarah dan usia?

      Hahahaha.. kan... boleh buat cerita Hollywood.
      Yes, bila Allah dah bagi hidayah...
      Why people dulu2 buat macam tu I will never understand.

      Habis! Alhamdulillah. Makan ber4 boleh habis 2 pinggan tu.
      Oh ya, btw nasi tu bukan sorang sepinggan tu. Share2. Senduk nasi tu ke dalam pinggan sendiri.
      Kalau sorang2 nak habiskan memang tak larat la. Orang local situ boleh la.

      Gini...
      KWD or KD is Kuwaiti Dinar.
      1 KWD is USD3.28
      1 KWD is RM14.00
      Banknotes Kuwait are 1⁄4 dinar,  1⁄2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar dan 20 dinars.
      Yep, mereka ada duit kertas suku dinar.

      Duit siling mereka pulak dipanggil fils.
      1,000 fils is 1 KWD
      Duit siling yg selalu digunakan ialah 5, 10, 20, 50, 100 fils.

      Delete