Wednesday, November 16, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 04 - GREEN ISLAND PHOTOWALK

Saya sambung cerita :). Masih di Kuwait.

A few days before bertolak ke Kuwait, my friend via Instagram sent me a message with below poster asking me if I'd be interested. Like, yeah... hehe. Like I replied to him, 'I never would hv thought of such opportunity. I mean, a photo walk with a pro photographer. In Kuwait. And kebetulan happenning masa kami di sana pulak nanti. MasyaAllah'.

And so that was how we were able to join the 'Walk With Legend's' a Friday evening photowalk with a professional photographer Mr. Subodh Shetty, a Dubai based photographer (his website). Photowalk dibuat di Green Island pada 21/10/2016 dari pukul 4 pm hingga ke 6 pm. Just nice, not too long. And a very nice way to end our jalan-jalan pada hari ke 2 kami di Kuwait :). 

Moreover, kami dah merancang kalau ada masa kami memang bercadang nak Green Island tu. Dari apa yang dibaca cantik pulau buatan tu dan view dari sana juga awesome. So bila dapat combine lawatan ke pulau tu dengan a photowalk, terasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. 

Ini adalah jambatan/jalan masuk ke Green Island. Oh ya, rakan saya tidak join kami masa di Green Island ni.


Masa ni nak dekat pukul 4 pm. Hari tu hari Jumaat dan weekend di Kuwait. Later there will be droves of Kuwaitis families coming to this island for some recreational activities and barbeque. Oh and they just love barbequing! :).

Kaunter tiket masuk ke Green Island.

Entrance fee 1 KD. 

Gini la rupa Green Island. Tanah yang ditebus guna, dijadikan sebuah pulau buatan (yang pertama di Persian Gulf) dan disambung ke tanah besar dengan tambak pejalan kaki. Tak la hebat macam The Palm di Dubai tu. Pulau ni lebih kepada diguna oleh rakyat Kuwait untuk berriadah dan berkelah. Ada tasik, roman amphitheatre, tower (boleh nampak seluruh pulau) dan game park for children.  

Kami pun sempat sampai pada pukul 4 pm. The organizer of this photowalk was FotografiaQ8. 

Bersembang dengan a member of FotografiaQ8. Very nice people mereka ni. Kami pun perkenal diri dan bertanya la serba sedikit how the program is and how will the learnings be. Actually simple dan santai je. Great! Lega rasanya cause masa tu dah petang dan kami pun dan dari pagi berjalan. Memang kami nak relaks je di sini. Btw, nak join percuma je. Masa tu dah ada dekat 20 orang peserta. Yang meneman macam isteri saya pun ada juga. 

Peserta mula berkumpul.

Inilah Mr. Subodh Shetty. Very easy going, professional and cool guy. It seemed that he has done this sort of photowalk a lot :).

Masa sepanjang photowalk tu saya banyak bersembang dengan Bishara Mustafa (foto atas, kanan sekali). Baik sangat orangnya. Daughter dia pun ada jugak join the photowalk.  

Ok lah, rasanya tak perlulah saya cerita detail pasal apa yang diajar kan. Well, sebabnya tak de la apa sangat memandangkan peserta sebegitu ramai, maka susah si Subodh tu nak beri perhatian kepada setiap peserta. 

My wife took a shot of me in action.. hehehe. 

Subodh minta kami semua shoot in RAW and in black and white. Nak ajar kami tentang kawalan exposure. 

Salah seorang member FotografiaQ8 jadi subjek. Diminta kami ambik gambar yang kami fikir interesting. 

Subodh asked to see my shots. Showed him this one. He frankly told me that this shot is too normal, anyone can shoot it. Which I agree of course.. hehe. Memang betul pun.

Then I showed him this shot. He said this was much better except I should compose the framing like the one on the right instead of the left.

Then we started climbing up the island's tower. 

Memang dari atas ni boleh nampak area pulau ni. Tu dia, Kuwaitis dah mula berpiknik dah. 

Dan dah tentunya shoot juga views of the city. 



Seterusnya belajar kawalan exposures.


Ramai juga peserta Filipinos.

Di atas menara Green Island menunggu sunset.

Ini adalah view jalan masuk ke Green Island tadi.

Pemandangan sekeliling Green Island. Dah makin ramai Kuwiatis berpiknik dan berbbq.

Views Kuwait City.


Pulau ni banyak ditanam pokok-pokok. Pasir pantai buatan itu dikatakan diimport dari negara lain.

Pemandangan tasik Green Island.

Sesuai dinamakan Green Island. Banyak pokok.


Ada banyak aktiviti pantai.


Boleh nampak Al Hamra Tower dan Kuwait Towers.

Pemandangan laut lepas, Persian Gulf.

Beberapa sunset shots. 

Di tengah tu ialah Liberation Tower.




Sempat juga bergambar dengan Subodh Shetty :).

Beautiful sunset over Kuwait City.


Selesai ambik gambar sunset kami pun berpecah dari group dan jalan-jalan Green Island on our own. 

Ada disediakan surau.

Basikal boleh disewa untuk keliling pulau.

Beautiful and relaxing walk at the water front.

Ada orang jet skiing. 

Ehh.. ambik gambar apa tu? Wave barrier blocks?

Bukan. Ambik gambar kucing... hehehe. Tajamnya renungan :). 

Ada disediakan watercooler. Lelaki Kuwait bert'shirt maroon tu berwuduq di water cooler ni. Saya tanya air tu boleh ke diminum, dia kata boleh. He speaks English fluently. Tapi yang lagi sorang tu tak boleh. 

Ada undang-undang di Kuwait ni regarding berbbq di tempat awam. Hanya boleh berbbq di designated places sahaja. Kalau ditangkap berbbq di tempat yang tidak dibenarkan, akan kena heavy fine. Tak ingat berapa exactly tapi beratus KD. Kalau 100 KD je dah RM1,400.00. Wah!

Ada taman kanak-kanak. Riuh tempat ni masa kami lalu.. hehehe.

Ini di tasik buatan Green Island ni. Airnya disalir dari Persian Gulf.

Hari dah makin senja. Selit satu blue hour shot :).

Mereka tu group photowalk tadi. Tengah diajar cara ambik night shots. Ok la saya tak join sebab tak bawak tripod pun.. hehehe.

Observation tower dan dome. 

Lepas pusing satu pulau, kami sat at one of the benches mengadap ke arah Kuwait City for some night shots. Gini la hasilnya tembak tanpa tripod, letak atas tembok je.. hehehe. 







Selesai di Green Island kami pun ke rendevous point to be picked up by my friend. 

Alhamdulillah, tercapai juga hasrat kami nak jalan-jalan di Green Island, Kuwait. Satu pengalaman yang best dan dapat jugak ambik beberapa cityscape shots. 

Sampai residence, showered and solat terus dinner. MasyaAllah lauk ketam masak lemak pulak malam tu. Dah la tengah lapar.. hehehe. 

Then dapat pulak update ni. Wah! Target tercapai.. hehehe... 

Berikut adalah summary Jalan-Jalan Kuwait kami pada hari ke 2:
1) Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy
2) Tareq Rajab Museum
3) Friday Prayer at Abdulaziz Al Othman mosque
4) Lunch at Shatea Alwatyia restaurant
5) Fish Market
6) Souq Sharq
7) Green Island

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung....

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tukang masak dia memang pekerja dari Malaysia eh?

    cantiknyaaa gambar-gambar sunset tu!
    especially yang matahari nampak bulat macam bola tu!!

    kucing tu macam tengah marah en syed!
    garangnya mata dia
    calico cat kan tu?
    or tortoise shell?
    si Percy saya macam tu, tapi bulu pendek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de tukang masak tapi yg memasak tu mmg orang Malaysia.. hehehe...

      The last time i managed to capture matahari macam tu was masa di ampang, shot from my house dan masa tu tengah 'musim' jerebu. At that time the haze acted like a filter so tu yg dapat capture matahari bulat.
      I think it was the same masa di Kuwait cuma di Kuwait bukan jerebu tapi dah memang suasana panas begitu may be jadi berdebu/berpasir. Sini pasir halus dan masa angin kuat memang terbang pasir. So matahari tu akan dapat dicapture dengan lebih bulat bila dah nak dekat menuju ke horizon i.e as it got lower and lower di ufuk sebab closer to earth maka lagi berdebu.
      Waaa.. panjangnya explanationnnn.. hehehehe...

      Hahaha... I think so sebab kacau dia tengah rehat. I pulak dok tegur2 meow2 kat dia dalam bahasa meow malaysia. Mana la dia nak faham....hehehehe.
      Waaa... you really know cats ya! More like calico cat kot :).

      Hai Percy! :D

      Delete