Monday, November 14, 2016

KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ

Jom kita ke pasar ikan pulak :). Saya kalau ke tempat macam tu memang la seronok sangat.. hehe. Saya suka ke pasar tempatan sebab ada peluang nak tahu tentang budaya penduduk, dapat lihat apa yang mereka makan, apa yang high demand, contohnya seperti shrimps, apa yang mereka utamakan dan bagaimana mereka berniaga.

Macam biasa masa dalam perjalanan terus clicking :).

Ini Parlimen Kuwait, the National Assembly Building. Dan bendera Kuwait.
Bendera Kuwait secara rasmi diisytihar pada 7 September 1961. Warna tradisional Pan-Arab hitam, hijau, merah dan putih digunakan pada bendera. Hitam melambangkan kekalahan musuh-musuh negara; hijau melambangkan kesuburan tanah; merah melambangkan darah musuh dan putih melambangkan kesucian.

 Kalau drive di Kuwait mesti pakai sabuk pengaman ya :).

Sebuah masjid di Kuwait City. Di Kuwait ada 70% Sunni dan 30% Syiah.

Barisan bangunan-bangunan tinggi di Kuwait City dengan latarbelakang langit biru. Yang tengah paling belakang tu ialah bangunan tertinggi di Kuwait, the Al Hamra Tower.

Bangunan Kuwait's Ministry of Higher Education.

Bangunan kanan tu ialah the Central Bank of Kuwait (New HQ) dan yang kiri ialah Kuwait Investment Authority (KIA) Tower. 

Dah sampai ke Souq Sharq yang depannya ada Souq Sharq Marina.

Tapi kami later baru ke Souq Sharq. Pergi ke Fish Market dulu :). 

Fish Market. Moden betul pun pasarnya. Fish Market ini letaknya sebelah pusat membeli-belah Souq Sharq tadi. Di sini ada hasil tangkapan laut segar yang ditangkap pada hari yang sama. Juga ada ikan yang diimport. 

Boleh dikatakan Fish Market ini adalah salah satu dari beberapa tempat yang menarik yang boleh dilawati di Kuwait ini. Pasar ikan di Sharq ni adalah yang terbesar di Kuwait, dan dah pun ujud sejak berabad-abad dulu.

Kalau suka makanan laut, memang sini la tempatnya. Di Kuwait ni ikan adalah salah satu elemen diet yang penting pada orang Kuwait. Ada 3 pasar ikan utama di Kuwait iaitu di Shuwaikh, Al-Sharq dan di Al-Fahaheel. Pasar di Al Sharq ni letaknya di tepi laut sebelah Souk Sharq mall. Tempat letak keretanya sungguh besar dan sebab lokasinya di tepi laut, maka pemandangan situ juga cantik. Mesti cantik sangat masa sunset :). 

By the way, pasar ni sangat bersih dan berhawa dingin sepenuhnya. Imagine pasar basah berhawa dingin! Mewahnya orang Kuwait. Tapi saya fikir ini perlu sebab masa musim panas suhu Kuwait boleh sampai 54°C!!

Moh tengok apa ada dalam pasar ni. Ada kedai barangan plastik. 

Ada kedai-kedai runcit. Look, so clean. And no smell. 

Mesti la ada kurma. Macam-macam jenis. 

Ada kedai daging. Tapi nampak dah habis dah since masa ni dah petang.

Ni nampak macam kuih manis orang India, jaleebi. Pekerja dari India memang ramai di Kuwait ni. In fact, mereka adalah the largest expats community di Kuwait. 

Ni sebuah lagi kedai runcit.

Bottled dill (jintan) and lemon grass (serai). Also bottled jus halia, delima, ros water, limau etc. 

Satu pemandangan biasa di sini :).

Kedai telur dan frozen food. 

Kedai ayam hidup pun ada. Di sini busuk, banyak chicken poop so ambik gambar dari jauh.. hehehe. Tapi heran la, tempat lain semua dalam pasar ni bersih, sini tidak. 

Di bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Everything just looked so fresh. 


Wonderful selections!


Aaaa... now sampai bahagian pasar yang saya paling suka. Bahagian pasar basah! :).

Kerja menangkap ikan adalah sebahagian daripada warisan tradisional Kuwait selain daripada penangkapan udang.

Kami perhatikan ada beberapa meja-meja ini dan kelihatan ada ramai orang berkerumun di situ. Urusniaga jual beli ikan rupanya. Dari apa yang diberitahu hasil tangkapan laut yang dibawa ke pasar ini dijual kepada peruncit melalui lelongan. Dan pembeli-pembeli individu pula membeli ikan daripada peruncit-peruncit ikan tadi yang tempat menjual ikan di pasar ini juga. 

Kami juga diberitahu lelongan selalunya berlaku 2 kali sehari, pada waktu pagi dan waktu petang di mana akan kedengaran penjual dan pembeli menjerit bidding for the fish. 

Warga Kuwait memiliki semua kapal-kapal nelayan dan infrastruktur sokongan industri perikanan tetapi hampir semua pekerja adalah dari negara lain seperti Bangladesh, India, Mesir dan Iran.

Ehhhh... sempat pulak ambik gambar dengan penjual-penjual ikan ni :).

Di Kuwait, industri penangkapan udang pula sudah bermula sejak awal 1960-an dan telah berkembang dengan pesat.

Kerajaan Kuwait banyak beri subsidi pada industri penangkapan udang yang telah menyumbang kepada peningkatan hasil tangkapan udang. 

Tengok la tu, punya la banyak udang. Fresh belaka!

Masa menangkap udang menggunakan pukat tunda udang, ikan-ikan juga banyak tertangkap sekali. Ikan-ikan ini sangat menyumbang kepada keuntungan hasil tangkapan keseluruhan. Kadar tangkapan ikannya juga adalah jauh lebih tinggi daripada kadar tangkapan udang.

Di pasar ini udang dijual dengan kepala (whole) tanpa sebarang pemprosesan. Udang yang dieksport dibersihkan dan diproses, dipek dan dibekukan dan dijual dengan kepala atau tanpa kepala.  

Bekalan ikan di pasar ikan Kuwait ini dapat dikekalkan dari industri perikanan tempatan sendiri dan juga dari import. Industri perikanan tempatan Kuwait menyumbang 20% daripada hasil tangkapan harian manakala 80% lagi diimport dari negara-negara seperti Iran, India, Pakistan, Bangladesh dan Thailand.

Berbanding dengan industri minyak, sumbangan industri perikanan kepada ekonomi Kuwait adalah sangat kecil.

Hanya kerja-kerja pembersihan ikan yang biasa sahaja dibenarkan dibuat di pasar ini. Tidak boleh memasak, menggoreng atau memanggang ikan.

Cantik pulak dinding pasar ni dihiasi dengan mozek seramik biru yang indah depiciting hidupan akuatik. 


Di Kuwait ni ada 14 jenis kumpulan spesies ikan komersial dan hasil tangkapannya berbeza ikut musim. Spesies paling utama yang ditangkap ialah ikan zubaidi (ikan bawal putih). Harga ikan zubaidi ini adalah KD12 (RM174.00) sekilogram. Di Malaysia ikan ni lebih kurang RM37.00 sekilo (harga Feb 2016). Wah... bezanya!

Luas, bersih dan fully air-conditioned. Dan makanya kami tak nampak sekor lalat pun.. hehe.


Lepas tu isteri saya mencadangkan kami naik ke atas. Good idea! View dari atas lagi awesome sebab dapat tengok keseluruhan dataran indoor pasar ikan ni!





Nampaknya ikan bersaiz kecil ke sederhana boleh dijual dalam bakul manakala ikan yang lebih besar boleh dijual sebagai ikan keseluruhan atau sebahagian.

Pada 2015, harga udang di sini naik sampai KD90 (RM1,300.00) sebakul dari KD60 (RM871.00) pada permulaan musim penangkapan udang di Kuwait. Salah satu sebab kenaikan harga ini ialah permintaan melebihi bekalan. Demands banyak datang terutamanya dari hotel-hotel dan restoran-restoran. Pembelian secara pukal ini telah menaikkan harga menjadikannya mahal kepada pembeli biasa.

Lepas tu pada 2016 harga udang naik lagi meningkat daripada KD95 (RM1,380.00) sebakul ke antara KD 100 (RM1,453.00) ke KD 110 (RM1,598.00) sebakul.


Sekarang penjualan rubian prawns, udang terkenal Kuwait, telah disekat, hanya boleh dijual masa musim penangkapan sahaja. Ini adalah usaha untuk mengekalkan bekalan udang. Jadi dalam setahun, hanya 6 bulan sahaja (September ke February) boleh tangkap dan jual udang ni.



Pihak Berkuasa Awam Hal Ehwal Pertanian dan Sumber Ikan (The Public Authority for Agricultural Affairs and Fish Resources - PAAAFR) menguruskan musim penangkapan udang supaya dapat memberi udang masa untuk membiak semula.

Penangkapan udang diharamkan antara 15 Januari sehingga pertengahan Ogos. Tetapi udang masih boleh diimport dari India, Iran, Arab Saudi dan sumber-sumber lain di pasaran, walaupun dalam jumlah yang terhad.

Suka pulak tengok pekerja-pekerja ni cuba menimbunkan udang dalam bakul-bakul supaya nampak overflowingly penuh dan generous. Good way to display dan tarik pembeli :). 


Harga udang sekilo mencapai KD6 (RM87.00) untuk udang saiz jumbo dan antara KD3 (RM43.00) ke KD4 (RM58.00) untuk udang bersaiz sederhana di kedua-dua pasar ikan di Mubarakiya dan Souq Sharq. For rough comparison (sebab spesis udang mungkin lain) ,di Malaysia udang putih besar harganya RM38.00 sekilo (harga Feb 2016). 

Huh... memang seronok la berfotografi dalam pasar ikan ni :). Alhamdulillah. It was time to go.

Selesai jalan-jalan dalam Fish Market ni kami pun keluar untuk ke kereta. Wahh... terasa sungguh panasnya sebab dalam pasar tadi berhawa dingin.. hehehe. 

Then kami ternampak ada pelabuhan kecil kapal-kapal nelayan di sebelah Fish Market ni. Ehh.. jom tengok kejap dan ambik gambar. Memang la panas, suhu lebih kurang di Malaysia cuma udaranya kering dan berbahang. So kami tak lama di situ, just took a few shots je.  

Di panggil pelabuhan dhow. Dhow ialah kapal layar tradisional yang banyak digunakan di wilayah Arab. 
Yang kanan tu bangunan Central Bank of Kuwait New HQ (CBK) dan yang kiri ialah Kuwait Investment Authority (KIA) Tower.

Cepat-cepat je bergambar sebab panas.. hehehe... 

Armada bot-bot dhow kayu dan bot-bot laju menangkap ikan di Kuwait.
Yang kiri tu ialah the Grand Mosque.

Dhow-dhow berlabuh di pelabuhan sebelah Fish Market.

Dhow berlabuh berlatarbelakangkan Grand Mosque.


Ok, selesai di Fish Market kami ke Souq Sharq. Tak sabar nak masuk dalam mall tu sebab ada air-con.. hehehe.

Souq Sharq ni actually is a mall. Kami tak la nak shopping, masuk sebab nak tengok macam mana rupa mall mewah di Kuwait ni. Katanya mall ni tempat beli-belah popular for locals and tourists.

Dalam mall ni ada jual barangan yang paling ekslusif ke barangan harga biasa. Ada macam-macam international brand lah. Sampai ada yang kata '... the choice is phenomenal', which really does not mean anything to us... fortunately.. hehe.. 

Rakan saya bawa kami masuk ke mall ni kerana nak bawa kami ke sini. Wah! Amazing view!

Kuwait City cityscape :). Dari arah Souq Sharq Marina. So awesome lah! :).

Di sini saya labelkan nama-nama bangunan yang boleh kami nampak dari Souq Sharq ni.

Pemandangan kiri dan kanan dari tengah Souq Sharq Marina ni. Fish Market tadi adalah di belah kanan.

Kalau tak panas sangat nak saya jalan-jalan di water front ni. Tapi masa tu around pukul 3 petang dan agak terik.

Pemandangan ke arah kanan. 

Nama-nama bangunan yang dapat saya cari :).

Panoramam satu :). Sampai tercantas KIA Tower tu.. hehehehe..

A couple more shots of Souq Sharq Marina dengan cityscape Kuwait City.  


Masuk balik mall.. lega.. hehehe. Ni sebuah jam. Tapi tak reti nak baca pukul berapa.. hehehe.  

Masa untuk ke destinasi seterusnya. Ternampak kereta merah ni di parking lot :). Chevrolet Corvette agaknya. 

Masa dalam perjalanan nampak Kuwait Towers ni. More of this towers later :).



Bersambung....

Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6)  KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ramai jugak penganut syiah kat sana..
    hari tu ..bincang-bincang pasal travel kat iran.
    ada kawan punya pawan travel ke sana
    tumpang solat kat masjid. depa bagi .lepas je solat , depa basuh tempat solat tadi ..

    best aa pasar ada ekon! :)
    dan tak ada lalat.
    dan tak hanyir..

    ikan zubaidi? apa makna zubaidi? en syed ada tanya tak?
    dan harga nya boleh mem-pengsan-kan!!

    berapa degree celsius kat luar masa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... sampai basuh? 'Kotoran' apa yang mereka basuh tu?
      Gitu le kan kesesatan mereka.

      Yep, tak de lalat, tak dek hanyir. Nyaman je :). Tu yg terasa benar hangatnya bila keluar pasar tu.

      Zubaidi datangnya dari perkataan Arab 'zubbah' yang bermaksud 'butter' sebab ikan ni lembut isinya. As soft as butter kata orangputih. Aa... gitu :).
      Kan. Kalau fikir convert to RM memang boleh pengsan 5, 6 kali. Tapi saya rasa kalau ikut standard sana may be dalam category affordable sebab walaupun harganya tinggi tapi masih dalam kawalan, otherwise Kuwaitis akan marah dan penjual akan hilang pendapatan. May be la.

      Masa tu antara 36°C ke 40°C. Lebih kurang Malaysia masa musim tak hujan. Tapi panasnya berbahang sebab udara kering. Kulit boleh cepat kering dan bibir pecah. So memang kena moisturize, sunscreen dan lip balm kan diri.

      Delete