Catatan jalan-jalan di Kuwait diteruskan. Next kami ke Kuwait Towers yang merupakan salah satu mercu tanda yang paling terkenal Kuwait.
Dalam kereta terus clicking. Ni foto-foto rumah-rumah orang Kuwait. Besar mewah belaka. Kami diberitahu harganya memanglah mencecah berjuta ringgit.
Sebuah villa berukuran 750 meter persegi berharga between KWD 580k to KWD 630k atau antara RM8.2 juta dan RM9 juta. Bergantung pada lokasi, harga sebuah rumah yang sama besarnya boleh mencapai KWD 950k atau RM13 juta.
Banyak juga kami nampak kerja-kerja binaan sedang dijalankan. Look like condominium and apartments.
Di sini sewa sebuah apartment 3 bilik adalah lebih kurang KWD 750 atau RM10,650 sebulan. Kalau nak beli pun boleh juga. 3 bedroom, 2 baths, harganya KWD 95K atau RM1.3 juta. Of course depends on location la.
Kadang kala boleh nampak pantai juga.
Penghuni apartments yang semuanya berkereta mewah belaka. Park di open parking macam ni je.
Ini adalah VIVATelecom Olympia Tower, the HQ for Kuwait's 3rd telecommunication company.
Kami berhenti sekejap di marina ni sebab my friend nak find out about the marina cruise that we could go on.
Tentu kami excited nak naik short cruise ni sebab ia akan memberi pemandangan Kuwait City dari arah marina pula.
Satu keluarga Kuwait sedang menunggu bot untuk naik cruise.
Sementara menunggu tu sempat kami took a few shot of the marina. So beautiful.
Boleh nampak Al Hamra Tower, Kuwait's highest building.
After making the enquiries, kami decided to go for the marina cruise the next day because it was already quite hot masa tu. We also found out that the boat service to Failaka Island telah dihentikan buat sementara waktu, so tak jadilah kami ke sana. My friend pun interested juga nak ke sana kerana dia belum pernah ke pulau bersejarah tu lagi.
Kami pun meneruskan perjalanan. Kelihatan a lot of effort dibuat untuk menghijau Kuwait City. Nice!
Office blocks.
Sebuah masjid.
Sebuah lagi masjid. Dibina pada tahun 1981 di kawasan Ras-Salmiya Kuwait City, Masjid Mohammed Nasser el Sabah (atau Masjid Sheikh Nasser) ini mungkin adalah satu-satunya masjid di dunia berbentuk seperti piramid bertingkat.
Bergambar kenangan dalam kereta semasa di Kuwait City :).
Menuju ke pusat bandar. Yang kanan sekali tu ialah Arraya Tower dan biru kelam tu ialah KIPCO Tower.
Seterusnya kami berhenti sekejap di Kuwait Towers for a bit of photo taking. Kuwait Towers adalah sekumpulan tiga menara di Kuwait City, berdiri di atas tanjung mengadap ke Teluk Parsi. Kuwait Towers dirasmikan pada Mac 1979 dan dianggap sebagai mercu tanda dan simbol Kuwait moden.
Menara utama adalah 187 meter tinggi dan mempunyai dua sfera. Sfera yang di bawah adalah tangki air yang berkapasiti 4,500 meter padu. Sfera atas pula ada sebuah restoran yang boleh muat 90 orang, sebuah kafe, lounge dan dewan. Kedudukan sfera atas ialah setinggi 123 meter di atas paras laut dan melengkapkan satu pusingan penuh setiap 30 minit.
Menara kedua pula setinggi 147 meter tinggi dan berfungsi sebagai menara air. Menara ketiga tidak menyimpan air, tetapi adalah pusat tenaga untuk menerangi kedua-dua menara yang lebih besar.
Kuwait Towers telah direka oleh arkitek Denmark Malene Bjørn sebagai sebahagian daripada projek pengagihan air yang dikendalikan oleh sebuah syarikat kejuruteraan Sweden. |
Tapi kami tak naik menara ni, cukup sekadar ambik gambar di dataran bawah. Moreover, ketika tu dah nak dekat masa for our touring which was done by reservation.
Pantai di tepi Kuwait Towers.
Kira-kira 41,000 cakera keluli meliputi ketiga-tiga sfera dalam lapan jenis warna biru, warna hijau dan warna kelabu, sempena kubah berjubin masjid-masjid bersejarah. Cakera tersebut disusun dalam corak lingkaran mengelilingi sfera-sfera.
Menurut arkitek, kumpulan menara Kuwait ini merujuk kepada cita-cita kemanusiaan dan teknologi, yang dilambangkan oleh bentuk bumi dan roket. |
Pandangan cakera-cakera keluli dengan lebih dekat :).
Nampaknya seperti ada kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan. Bayangkanlah betapa payahnya nak cuci sfera-sfera tu! Tapi I'm sure ada la tu cara yang canggih dan effisen nak cuci beribu cakera tu.
Pada tahun 1980, sistem air Kuwait Towers, termasuk menara-menara Kuwait ini, merupakan penerima sulung Anugerah Aga Khan dalam Seni Bina.
Selesai di Kuwait Towers, kami pun teruskan lagi jalan-jalan. Ini waktu solat di Kuwait City. Pukul 5:10 dah Maghrib. Cepat gelap di sini.
Kiranya segala macam fast food ada di Kuwait ni :).
Cakap pasal makan, dah time for lunch.. hehe. Kami stop di restoran Shaab Al-Hadi ni. Kami tapau.
Hidangan makan tengahari kami ialah chicken briyani. Entah tak tau apa kelebihan ingredient nasi biryani di sini tapi rasanya lagi sedap dari yang pernah saya rasa di Malaysia. Yang di Malaysia tu pun dah memang sedap. Mungkin sebab saya dah kelaparan kot masa tu.... hehehe. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
Lepas makan, rehat, bersolat dan bersiap untuk keluar semula.
Petang hari ke 3 kami di Kuwait City rakan saya mencadangkan supaya kami pergi ke Mirror House ini. Juga dikenali sebagai 'The Khalifa and Lidia Qattan Art Museum'. Saya dah siap google masa di Malaysia lagi tentang rumah yang penuh dengan mozaik cermin ni dan kami memang teruja nak gi tengok :). I mean, just look at pintu dan dinding depan rumah ni! Cantik sangat!
Kami diberitahu yang ramai tak tahu tentang Mirror House ni termasuklah orang Kuwait sendiri sedangkan ia merupakan salah satu tempat yang kaya dengan ekspresi kesenian di Kuwait ni. |
Nak lawat rumah ni tak boleh main datang je. Kena buat appointment dulu. Ini kerana ianya adalah sebuah rumah persendirian. Dan tuan rumah Madam Lidia Al Qattan cuma entertain guests pada dua masa sahaja iaitu pada pagi dan petang. Sekali lawat pun cuma maksimum 10 orang sahaja. Alhamdulillah rakan saya telah pun membuatkan appointment untuk kami.
Macam biasa saya kalau ada phamplet mesti saya share di sini :). Haaa... no high heels ok. Pecah pulak cermin di lantai. Yes, lantai pun ditampal dengan kaca! And they are beautiful!
Mirror House ini dikategorikan sebagai Art Museum kerana ia sarat dengan hasil karya suami isteri Khalifa dan Lidia. |
Lagi satu sebab kenapa saya rajin share phamplets dalam blog saya ni ialah contohnya dalam leaflet ni dah siap ada sejarah tempat ni. Tak payah le saya taip panjang jela.. hehehe. Baca la bahagian 'The History' tu. Menarik!
Masih lagi di dinding luar Mirror House ni. Di depan ni je dah cantik sangat. Macam mana lah agaknya di dalam tu?
Di dinding depan ni juga artwork seperti di foto bawah yang bertajuk 'Allah Light of Skies and Earth'.
Dinding belah kiri pintu masuk pula ada banyak rama-rama. Beautiful!
Pintu masuk ke courtyard Mirror House. How exquisite lah!
Mozaik cermin di pintu ini pula diberi nama 'The Happy Marriage of Husband and Wife'. |
Jom masuk. Ini ialah pintu masuk tadi, shot dari belah dalam. Amazing!
Ada tulisan 'رب رحيم' di pintu ini yang bermaksud 'Allah yang Maha Penyayang'. |
Meet Madam Lidia Al Qattan 😀. A very friendly, vivacious and energetic host! She's all smiles and very welcomey. We immediately felt at ease. We just love her to bits.. hehehe. I mean, just check out her beautiful frock which she designed herself 😊.
She knows my friend quite well, joshing like they are old friends.. hehehe. However, after introducing us, kawan saya left us for us to enjoy the visit. He had been here a few times already. But of course... hehe.
Ramp untuk pelawat berkerusi roda tempat Mdm Lidia sedang berpijak dalam gambar di atas baru sahaja disiapkan oleh Mdm Lidia sendiri pada Jun 2016 lepas. Tengok tu, ramp pun ada mosaik cermin! |
"Bersedia untuk mengalami perjalanan ajaib ke alam dunia fantasi, sains, rangsangan mental dan pencerahan rohani".
Wah!! Begitulah kata-kata aluan kepada pelawat-pelawat Mirror House ni :).
And here was where we started oohing and aahing.. hehehe. I mean, how could we not. Just look at those amazing mirror mosaics!
Wah!! Begitulah kata-kata aluan kepada pelawat-pelawat Mirror House ni :).
And here was where we started oohing and aahing.. hehehe. I mean, how could we not. Just look at those amazing mirror mosaics!
Ada tulisan 'تبارك الله - ماشاء الله' - 'Allah yang berkehendak seperti itu' dan 'Allah berikan kamu barakah' di panel atas koridor masuk ini, yang dibuat dari mozaik cermin. |
Tengok la corridor masuk yang cantik sangat ni!
Dikatakan kira-kira 100 tan simen dan 75 tan cermin diguna untuk buat semua mosaik-mosaik cermin di luar dalam rumah ni. |
Ada kalimah Allah swt pada dinding atas corridor masuk ni.
Koridor ini dinamakan 'Corridor of Nations'.
Foto kanan: Lorong masuk mengadap ke pintu masuk depan.
Foto kanan: Lorong masuk mengadap ke pintu masuk depan.
Foto kiri: Lorong masuk ke ruang tamu.
Selepas tu Mdm Lidia pun menjemput kami masuk ke ruang tamu. Ternganga kami tengok living room dia!
Kami diminta duduk on sofa with animal printed covers dan terus kami dijamu dengan homebake cakes, mini cup cakes and homemade lemonade. She told us that we are all her guests and not 'visitors' or 'customers'. And as guests, maka customary lah kami dihidang dengan makanan. How nice lah :).
Kek tu Mdm Lidia yang bake sendiri. Sedap sangat. So was the cup cakes. Lemonade drinks tu pun delicious! |
Ok, mesti posing satu kat seatings ni...hehe. Just look how amazing the wall behind me is. Got lots of beautiful shimmering fish swimming around :).
Ni adalah salah satu sudut ruang tamu Mirror House yang begitu sarat dekorasinya.
Masa tu kami berada di ruang tamu yang dinamakan oleh Mdm Lidia sebagai 'Planet Earth Hall'. Mdm Lidia tidak terus membawa kami touring the house tapi menceritakan dulu secara serba ringkas sejarah rumah kaca ini. We really do like it sebab bila tahu sejarahnya maka jadi lebih fascinating lah tour kami ni.
Kisah bermula pada 1966 bila anaknya, Jalila terpecahkan cermin. Kepercayaan karut kata tak boleh simpan kaca-kaca pecah tu sebab boleh sebabkan nasib malang pada keluarga tapi dari dibuang Mdm Lidia telah mendapat inspirasi gunakan serpihan kaca-kaca tu untuk buat hasil seni sebagai hadiah untuk suami beliau, Khalifa Al-Qattan. Dan ianya sangat disukai oleh Khalifa. Dan dari sebuah hadiah tu lah jadi titik bermulanya Mdm Lidia makeover seluruh rumah mereka dengan galakkan dari Khalifa.
Masa tengah dengar Mdm Lidia bercerita, saya terperasan tulisan Arab di panel atas pintu masuk ke dapur tu.
Kalau tak silap saya apa yang tertulis di panel tu ialah إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ yang membawa maksud 'Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu'. |
It was quite delightfully dizzying at first trying to figure out all the fantastic and intricate detailing 😅.
Di dinding 'Planet Earth Hall' ini ada Surah Al-'Alaq yang tulisannya dibuat dari mozaik cermin dengan pecahan cermin kecil, mengelilingi ruang tamu ini. Pemilihan ayat-ayat Al Quran untuk Mdm Lidia mozaikkan telah dibuat oleh Khalifa Al Qattan sendiri mengikut tema-tema bilik.
Tengok la betapa kecilnya serpihan cermin yang perlu ditampal satu persatu untuk membentuk keseluruhan ayat-ayat surah Al-'Alaq ini.
Once I was able to make sense of the artistry, saw the exquiste shapes and calligraphies, only then I was able to fully appreciate the beauty and genius of Mdm Lidia's work.
From then on, every which way I turned I was marvelled by the conceptualization and presentation of the ideas, messages and expressions that she is conveying. It was a rather unique experience, one I must say I had never enjoyed quite so much before.
Tu diaaaa.... kipas pun dah penuh ditampal dengan cermin. |
Masa ni Mdm Lidia sambung bercerita bagaimana beliau terpaksa menanggalkan semua kerja kesenian cermin yang dah dibuat kerana rumah mereka diserang anai-anai. Imagine that, after all the hard work! Masa tu semua mozaik cermin tu telah ditampal pada wooden panels. Membuat semula semua mozaik cermin tu was a major project starting dari 1996 hingga 2006 dengan menggunakan teknik baru untuk menampal mozaik-mozaik cermin tu.
Di dinding belakang TV tu lah kerja mozaik cermin pertama kali dibuat oleh Mdm Lidia. |
Lantai juga dihiasi dengan mozaik cermin. So memang patut la tak dibenarkan pakai high heels dalam rumah ni.
Kelihatan di dinding ruang tamu ini lukisan-lukisan oleh suami Mdm Lidia, Allahyarham Khalifa Al-Qattan. When Mdm Lidia talked about her late husband it was with much respect, admirations and adoration, it was so touching and so beautiful.
Sambil makan kek dan minum lemonade, Mdm Lidia juga share with us her photo albums. Ada banyak foto-foto beliau sedang buat kerja menampal cermin pada dinding, lantai, siling, pintu dan perabot-perabot.
Mdm Lidia cuma menggunakan 4 perkakas kerja sahaja iaitu a filer, sudu meja dan 2 jenis pisau pemotong kaca yang dibeli dari kilang cermin Al Bassam di Shuwaikh. Bekalan cermin juga beliau dapat dari kilang tu.
Sedang membuat pembersihan pada 'The Unicorn'. |
Mdm Lidia juga bercerita bagaimana beliau dapatkan cara yang paling baik nak tampal kepingan kaca-kaca tu supaya tahan kuat dan tak tertanggal. Macam-macam bahan beliau campur adukkan, berapa banyak sukatan/kuantiti yang sesuai, masa yang diperlukan untuk setiap proses, semuanya dibuat secara trials and errors. Sampaikan nak test kuat ke tidak tampalan, lepas beliau buat mozaik cermin di dinding luar rumah, beliau minta budak-budak di kawasan rumah tu supaya melastik dan melontar batu ke mozaik cermin tu. Ada cermin yang retak tapi tak satu pun tertanggal. Dengan itu maka perfect la bancuhan simen beliau 😃.
To demonstrate further keindahan hasil seni mozaik cermin beliau, Mdm Lidia mematikan lampu putih dan memasang ambiance lighting. Uwaahhhh.... cantik sungguh. Berkerlipan bercahaya kepingan cermin-cermin tu.
Nak ambik gambar dalam cahaya macam ni adalah sangat mencabar. Entah kenapa most shots yang saya ambik masa ni adalah gelap-gelap underexposed belaka. Padahal suasana suram dan hampir gelap. Setting pun dah set ke AV. I guess the thousands of tiny mirrors were playing tricks on my camera sensors.. hehehe.
I do not think my photos had captured the situation accurately. I guess one had to be there to fully appreciate the beautiful ambience.
Seterusnya kami menjengok dapur Mdm Lidia di mana dia bakar kek sedap yang dia jamu pada kami tu. Ya betul, ini adalah dapur harian Mdm Lidia, a fully functional kitchen dan bukannya show kitchen. Dapur ni Mdm Lidia namakan 'My World Hall' :).
It boggles our minds to think how much time and efforts that were put in into creating this wonderous art. Tu belum lagi cakap pasal tahap kesabaran yang perlu ada pada yang membuatnya.
Ada mirror mosaics epal, terung, yin and yang, lobster dan ketam. |
Mozaik cermin epal yang sangat cantik.
Mozaik ketam dan lobster pun ada 😊.
Kabinet dapur yang juga penuh sarat dengan hiasan mozaik cermin.
Lepas tu Mdm Lidia bawa kami tour the house. Bermula di 'Corridor of Nations'.
Di dinding koridor ini ada tulisan الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ dan mozaik 2 seals swimming. |
Pada bahagian atas koridor ini pula ada petikan ayat Al Quran dari Surah Al Hujurat Ayat 13:
Di koridor in juga ada lukisan-lukisan oleh suami Mdm Lidia, Khalifa Al Qattan.
Seterusnya Mdm Lidia bawa kami ke 'The Zodiac Hall'. Dia bercerita yang dulunya ini adalah bilik anak beliau, Jalila. Pada 1972, her daugther minta la satu bilik for herself supaya boleh ajak kawan datang ke rumah. Jadi Mdm Lidia pun pecahkan dinding dan buatkan satu bilik. Tapi tak lama lepas tu dah berconteng la dinding bilik tu hasil dari kerja kreatif anak dia.. hehe. Bila cuci jadi lagi nampak kotor. So Mdm Lidia pun dapat satu idea penyelesaian kekal tetapi kreatif. Beliau memutuskan untuk melekat cermin kaca pada dinding tu.
Mdm Lidia juga menyelak pemaidani di bilik ini revealing to us a fully mirror mosaic flooring. Amazing!
Seperti di 'Planet Earth Hall' tadi, Mdm Lidia mematikan lampu dan menyalakan ambience lighting. Kami pun 'Uwahhh...' lagi.. hehe. It truly was quite a sight! It was dazzling and calming at the same time :).
Seterusnya while going to the next section of the house, Mdm Lidia showed us her storage room where she stores some of her materials for the mirror mosaic work. Very organized storage.
Ini adalah 'Corridor of Nations' tadi.
Next we were shown the 'Shark Basin'. Look at how beautiful the floor is! Ada macam-macam mirror mosaic hidupan laut di lantai dan dinding di sini.
Ada mozaik shark, dolphins, stingray dan ketam yang dibuat dari cermin pelbagai warna. So beautiful! Lukisan di dinding tu ialah hasil karya Mdm Lidia. |
Next to the 'Shark Basin' is the 'Sea World Hall'. Ini adalah bilik air and it is completely filled with beautiful mirror mosaics.
Sinki, kotak tisu, shower area, kabinets, semua covered with mirror mosaics. |
Toilet bowl pun decorated jugak! Even bakul sampah dan toilet bowl brush holder pun covered dengan mozaik cermin! Waaa... |
Seterusnya kami dibawa ke 'The Universe Hall'. Dalam bilik ini juga ada mozaik cermin serta lukisan-lukisan yang semuanya berkaitan dengan penciptaan alam semesta dan cara untuk menyebarkan keamanan dan kasih sayang.
Di dinding hall ini pula ada tulisan mozaik cermin Surah Al-Fatihah.
اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ - 'Tunjukilah kami jalan yang lurus'. |
Next was 'The Knowledge Hall'. Ianya sebuah library. Ada banyak sungguh buku-buku hasil kumpulan Mdm Lidia dan arwah suaminya.
Siling bilik ini juga dihiasi mozaik cermin. |
Sangat pelbagai genre buku di sini.
Mdm Lidia juga shared with us some of her family photo albums.
Dia juga bercerita lagi tentang serangan anai-anai di rumah tu sambil tunjuk pada kami sebuah buku yang dah teruk dimakan anai-anai.
Lepas tu kami naik ke tingkat atas rumah ni dengan memanjat the 'Stairs to Inspiration'. Punya la cantik tangga ni!
Di tingkat 1 ni ada galeri-galeri lukisan Mdm Lidia dan Khalifa. Kami masuk dulu ke 'The Creation/Evolution Hall'. Bilik ni dipamerkan lukisan Khalifa Al-Qattan, seorang pelukis yang telah mencipta gaya seni baru yang dipanggil 'Circlism' pada tahun 1962 berdasarkan falsafah, sains dan kerohanian.
Ini galeri 'Egg/Creation' Khalifa Al Qattan. |
Antara lukisan Khalifa yang dipamerkan ialah sebuah karya beliau yang menggunakan gaya Circlism bertajuk 'The Bubble. The Beginning. The End. The Source. The Cycle.' - 1981.
Yang ini 'Al Amanah'.
Di galeri ini juga Mdm Lidia menceritakan tentang Woman's Marty's Monument yang direka oleh Khalifa. Yang dipegang tu adalah replika kecil (left photo). The actual monument tu besar la saiznya. Monumen ni siap dibuat dan telah diletakkan di Green Island. Tapi tak lama selepas itu, developments were made to the island and the monument was removed and was not found till today. Masa bercerita tu Mdm Lidia was visible upset.
Ini pula bilik di mana semua anugerah dan trofi yang diterima oleh Khalifa semasa hayatnya disimpan/pamerkan. Ada juga beberapa lukisan diri Khalifa sendiri yang dilukis oleh artis lain yang telah dihadiahkan kepada Mdm Lidia sebagai peringatan.
Ini adalah salah satu lukisan portraiture Khalifa Al Qattan yang dilukis oleh seorang artis bernama Abdulreda Baqer.
Foto kiri adalah foto-foto Khalifa Al Qattan sedang melukis. Foto kanan - Mdm Lidia sedang memegang foto Khalifa semasa mengadakan exhibition di Beijing, China.
Selesai melihat hasil karya Khalifa Al Qattan, kami pun dibawa Mdm Lidia to the next gallery. Tapi sebelum tu dia ajak kami main game kejap.. hehehe.
Lepas tu kami tengok hasil karya seni Mdm Lidia pula. Dia panggil kerja seni dia 'art therapy pieces'. Items seni dia dibuat dari pelbagai barangan kitar semula seperti car parts and other household items.
Mdm Lidia sangat serius pasal kitar semula kerana dia percaya dalam mewujudkan ekonomi yang mampan '... kita perlu mengitar semula segala-galanya yang kita gunakan.'
Setiap karya seni beliau mempunyai mesej tersendiri, seperti tentang kesatuan dalam masyarakat, hak-hak wanita, DNA manusia dan quantum physics.
Kemudian kami masuk pula ke satu lagi bilik yang mempamerkan lukisan Khalifa.
Foto kiri: Lukisan-lukisan dari Exhibition 1978 Khalifa yang bertajuk 'Women I Saw'. Foto kanan: Dari Pameran 1975 bertajuk 'The Apple'. |
Barbara jelas lebih sukakan hasil karya Mdm Lidia. Dia berpendapat kerana Mdm Lidia seorang wanita, maka dalam dunia Kuwait yang pretty much runs by the men, maka karya seni Khalifa lebih disanjung.
Saya on the other hand lebih suka lukisan Khalifa. While I understand (or try to understand) the beauty created by Mdm Lidia, I felt more 'challenged' and 'thought deeper' when scrutinizing Khalifa's oil paintings. I suppose I had a more emotional connection to his work. Oh well, art afterall is subjective, kan :).
Ini karya-karya seni Mdm Lidia.
Ini adalah 'The Swan' oleh Mdm Lidia Al Qattan.
I think she use material like manik, batu dan labuci. |
Yang ni pula dibuat dari butang, manik, metal pieces, batu kerikil among others. |
Seterusnya Mdm Lidia nak kami relak dan experience apa yang dia panggil sebagai 'terapi cahaya dan seni' di Light-Art-Therapy Gallery 😊.
Ini bilik Light-Art-Therapy nya yang terang. |
Ni bila gelap. Haaa.... tu dia. Dok dalam gelap tengok-tengok cahaya berkerlipan sambil mendengar some new age music. |
Masa terang dan masa gelap 😁.
Kemudian kami ke 'Galaxy Hall' pula. Lidia minta kami duduk, ditutupnya lampu dan dipasang muzik New Age. Dalam gelap tu kelihatan sang cakerawala dengan kerlipan bintik-bintik bintang, milkyway dan planet-planet. The room was totally transformed! Dengan latarbelakang new age music tu terasa macam kami were being transported through space and back. It was awesome 😁.
Lukisan di hamparan-hamparan hitam tergantung tu akan 'bercahaya' bila bilik digelapkan. |
Kerana ramai pelawat mahukan suatu sovenir lepas merasa seronok sangat melawat Mirror House ni maka Mdm Lidia pun buat la satu small gift shop ni. Di sini kami diminta Mdm Lidia pilih satu nombor dan jika bola pada roulette wheel stop pada nombor yang kami pilih tu, kami akan dapat cenderahati. Kami tak dapat pun.. hehehe.
Antara hasil seni Mdm Lidia yang boleh dibeli pelawat.
Kemudian kami ke 'The Courtyard' yang cantik dihiasi with beautiful mirror mosaics.
Facade Mirror House. Ada tarikh bila rumah ni siap.
Ada tulisan الله الرحمن الرحيم |
Mdm Lidia juga showed us her work space. To me it was such a treat to be able to see where, bak kata omputih, the 'magic' happens 😀.
Selesai dah tour kami di Mirror House ni. Seriously tak terasa pun dah 2 jam kami touring tu. Kami dibawa semula ke 'Planet Earth Hall' dan dijamu kek dan drinks lagi oleh Mdm Lidia. Kali ni dijamu air halia pulak yang baru dia rebus halianya. Strangely we like air halia tu. Tak pedas dan just nice. Tu air halia plain je tu tanpa tambah gula. Baik untuk kesihatan kata Mdm Lidia.
Kami pun terus bersembang-sembang lagi sehingga kawan saya datang to pick us up. Tapi sempat lagi ke dapur for a few more shots. Bukan apa, terimpress sangat dengan rumah ni.. hehehe.
Before we leave, Mdm Lidia gave us this booklet as souvenirs. Needless to say I was super excited.. hehehe.
Memang tak disangka kami dapat melawat a place this interesting, dan di Kuwait pulak tu. Thanks to my dear friend. Syukur Alhamdulillah.
Bersambung...
Berikut saya senaraikan kesemua entries Kuwait saya for easy reference:
1) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 01 - DEPARTURE AND ARRIVAL
2) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 01 - TAREQ RAJAB MUSEUM OF ISLAMIC CALLIGRAPHY
3) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 02 - TAREQ RAJAB MUSEUM - FRIDAY PRAYER - SHATEA ALWATYIA RESTAURANT
4) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 02 - PART 03 - FISH MARKET AND SOUQ SHARQ
5) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 01 - RADISSON BLU HOTEL - KUWAIT MARINE MUSEUM - RADISSON BLU FUN RUN
6) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 02 - KUWAIT TOWER - MIRROR HOUSE
7) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 03 - PART 03 - ALSHAHEED PARK - SOUQ AL MUBARAKIYA
8) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 01 - SILSAN SEA TOUR - AL QURAIN MARTYRS MUSEUM
9) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 02 - MARINA MALL - FREEJ SWAELEH - EMBASSY OF MALAYSIA
10) KUWAIT & UAE: KUWAIT - DAY 04 - PART 03 - BAIT AL-OTHMAN MUSEUM - ORIENTAL CUISINE - AL MUBARAKIYA
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
siapaaalahhh yang menggantung sfera-sfera tu kan!!
ReplyDeletejenuh !
one crazy lady lidia ni!!
chop..
nak gi kenduri jap
karang sambung lagi
Hehehe... ada la cara teknologi tinggi yg digunakan tu.. hehe...
DeleteCrazy genius if you ask me lah.. hehehe...