Pada hari ke 3 ni, lepas sarapan kami bertolak dari Yangshuo ke Guilin. Hujan lebat masa tu. Kata Francis ramalan cuaca di situ akan hujan dalam 2 hari ni. Jadinya kata Francis kemungkinan besar beberapa walking tours kami di parks tidak dapat dibuat. Kami faham sebab dah tahu lebih awal yang cuaca akan begitu sebelum ke sini.
Then, yang bestnya, Francis beritahu kami, disebabkan keadaan cuaca tu, agensi pelancongan di Guilin ni telah memberi kami free upgrade. Dari itinerary kami yang asalnya walking tours, tour kami akan diupgrade kepada lake/river cruises dalam 'Four Lakes and Two Rivers Cruise' yang juga akan membawa kami ke destinasi-destinasi sama seperti dalam itinerary walking tours tersebut menggunakan bot cruise tanpa sebarang bayaran tambahan. Alhamdulillah.
On the way ke Gulin tu, kami singgah ke park yang cantik sangat ni iaitu Shangri-la Themed Park yang terletak di jalan Guilin-Yangshuo [49 km dari Guilin dan 16 km dari Yangshuo], dalam Yangshuo County, Guilin City.
Since semua ahli rombongan dah memang expect akan hujan, maka terkeluarlah payung, baju hujan dan disposable rain coats.. hehehe.
Sebelum start touring taman ni, Francis tanya siapa nak ke toilet. Bagusnya.. hehehe. Apa-apa pun kena gi toilet dulu. Lama nak di taman ni. Lagi la sejuk dan hujan masa tu. Toilet adalah bersih. Cuma tak de paip so bawak la botol ya.
Dipanggil "Shi Wai Tao Yuan" dalam bahasa Cina, secara literal ia bermaksud 'land of peach blossoms', Guilin Shangri-La adalah sebuah taman tema etnik. Shangri-La means the ideal living place in Chinese, equaling to the Elysium or heaven in the West.
The name of "Shangri-La" has become famous thanks to the English writer James Hilton who wrote in 1933 about a paradise on earth and an ideal living place characterized by vast grasslands, lush vegetation, idyllic lakes and splendid gorges in his novel "Last horizon". Link. |
Taman tema etnik ini memaparkan landskap yang menarik dengan pemandangan semulajadinya yang sungguh indah. Lokasinya berhampiran dengan sungai yang terkenal iaitu Sungai Li dan telah dinilai sebagai 4A [AAAA] oleh National Tourist Attraction Guilin.
Ada 2 tema utama yang Shangri-La ni. Pertama adalah budaya pertanian tradisional Cina dan yang ke 2 adalah budaya kumpulan minoriti dari utara Guangxi seperti Miao, Dong, Zhuang dan Yao.
Pemuzik kaum Zhuang bermain muzik tradisional. Ni sebelum kami nak naik boat cruise.
Ok, jom naik bot yang merupakan salah satu cara untuk tengok taman ini. Kalau tak, boleh juga jalan kaki.
Kata Francis naik bot ni adalah cara terbaik untuk menikmati keindahan dan memberi overview umum taman ini. Cara ini memberikan pelancong gambaran pemandangan asal masa it was discovered beratus-ratus tahun yang lalu.
Dari anak sungai terbesar Sungai Yulong yang berhampiran, terbentuklah tasik cetek ini yang terbahagikan kepada 3 bahagian iaitu Inner Lake, Outer Lake dan Back Lake dengan air jernah dan sekitar pemandangan yang subur.
Memang la cantik sangat pemandangan di sini.
Pemandangan tasik yang berlatarbelakangkan gunung-gunung karst.
Nampak macam lukisan.
Bangunan-bangunan di taman ini adalah terutamanya bangunan kaum Miao dan Dong, 2 minoriti yang kebanyakannya tinggal di kawasan lebih ke utara dari kawasan ini.
Dan bila bot-bot sampai di rumah-rumah di tasik ni, persembahan tarian atau nyanyian akan dibuat oleh kaum-kaum etnik minoriti Zhuang, Dong, Miao dan Yao di rumah-rumah kaum masing-masing. Kalau tak silap ni kaum Miao.
Berselisih dengan bot lain. Hari tu tenang je sebab tak berapa banyak tourists.
Ini rumah dan tarian persembahan kaum etnik Zhuang.
Kaum etnik Zhuang ni terkenal dengan bola sutera mereka. Tu yang dok bergantungan tu.
Melalui di kawasan di mana ada tempat tinggal penduduk sekitar.
Bot kami dan bot mereka. Memang tak ada disediakan/diwajibkan memakai life vests.
Memang puas hati ambik gambar di sini. Scenic sangat!
Penduduk-penduduk setempat sedang mencuci pakaian dalam hujan.
Belok sini scenic. Pusing sana pun scenic. Kalau ke sini harus naik bot cruise ni. Kalau jalan kaki pusing-pusing taman boleh juga tapi rasanya tak dapat la views macam ni.
Then bot masuk ke lorong ni.
Kami diingatkan tentang signboard pada bot ni.
Ke mana kah?
Ooooo... masuk gua.
Besar juga gua ni.
Di dalam totally gelap. So ni je foto-foto yang dapat ambik.. hehe.
Keluar dari gua.
Ada pula bot layar tradisional ni. Nice lah !
Lepas tu dari jauh dah nampak pokok yang bunganya warna pink tu.
Waaaa... cantiknya. Tapi real ke?
Tidak, kata Francis. Pokok-pokok Peach Blossom tiruan ni dibuat dari plastik. Tujuannya supaya pelawat dapatlah temgok pemandangan kecantikan peach blossom tak kira musim.
Pelayaran diteruskan.
Seterusnya kami dapat lihat rumah kaum etnik Yao yang rumahnya dibuat dari buluh.
Tidak seperti kaum-kaum etnik minoroti lain yang tinggal di tepi kawasan sungai, kaum Yao tinggal di kawasan pergunungan. Jadi kebudayaan mereka agak primitif jika dibanding dengan kaum-kaum lain.
Persembahan oleh kaum etnik Yao.
Adik kaum Yao ini sedang menyanyikan lagu tradisional mereka masa kami lalu. Tapi pakai pembesar suara pun tapi tetap kami dapat dengar dengan jelas. Actually yang buat persembahan-persembahan di park ni saya perasan orang-orang muda je kecuali beberapa pemuzik tua.
Maka gitu la bot cruise nya. Time untuk berlayar ke jeti, bukan jeti tadi, jeti lain.
Sambil tu ambik lagi foto :).
Ambik gambar suasana di jeti.
Dan semestinya ada group foto.. hehe.
Di jeti ni kami terus masuk ke rumah kaum etnik Dong. Francis kata tu rice wine so do not drink la.
Ada sekumpulan penyanyi mempersembahkan sebuah lagu tradisional kaum etnik Dong yang dilakukan tanpa iringan alat muzik. Lagunya adalah berkait rapat dengan semua aspek budaya Dong, dari perkara penting hingga kepada yang paling biasa. Secara tradisinya kaedah kaum Dong menyalurkan budaya mereka ke generasi seterusnya adalah dengan nyanyian 'cerita' budaya Dong yang merangkumi aspek-aspek cerita-cerita penciptaan, cerita kebaikan, keikhlasan, persahabatan, kasih sayang, keharmonian sosial, menghormati alam semula jadi dan menghormati nenek moyang.
Seterusnya dalam rumah kaum etnik Dong ni ada maklumat gaya hidup kaum tersebut. Pada saya ini sangat la menarik. Jom tengok dengan lebih dekat.
Gambar-gambar ini menunjukkan cara-cara bagaimana wanita kaum etnik Dong mengendong anak kecil mereka di belakang badan.
Terus saya teringat foto-foto di bawah ni yang sempat saya ambil semasa dalam perjalanan nak ke Li River Cruise pada hari ke 2 di Yangshuo. Jelas cara gendong anak begini masih lagi diamalkan.
Beberapa lagi style kain dan pemakaian kain gendong kaum etnik di sana.
Kain gendong juga punya bermacam jenis sulaman yang sangat la cantik.
Tentu sulaman atau embroidery ini bukan saja dibuat untuk kain gendong anak kecil. Pastinya juga untuk pakaian atau seperti di pameran ini disulam juga pada coat atau jubah.
Jenis-jenis sulaman dari kaum-kaum etnik Zhuang, Dong, Miao dan Yao.
Di luar rumah ada beberapa patung wanita kaum etnik melakukan kerja-kerja harian sambil mengendong anak dibelakang mereka.
Lakaran dan patung.
Lepas tu Francis bawa kami ke rumah sebelah iaitu rumah kaum etnik Miao pula.
Ada pemuzik. Saya suka :).
Di rumah ni pelawat-pelawat diajak menari. Simple je tarianya. Since dah ahli rombongan ramai mak-mak maka jadi riuh rendah le.... hehehe... Saya tak join sebab sibuk ambik gambar, alasan paling kerap digunakan as always.. hehehe...
Then ke rumah Zhuang pulak. Si Francis yang asalnya memang dari keturunan Zhuang terus menyanyi kuat memanggil penghuni rumah di tingkat atas tu. Kaum ni memang suka nyanyi. Dari sejak kecil lagi mereka dah mula bernyanyi.
Dan muncul lah gadis berpakaian tradisonal Zhuang ni tersenyum and welcomed us. Tetiba dia memusing-musing bola sutera melempar bola tu to the crowd. Beberapa bijik jugak la dia lontar. Tujuannya adalah untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat dari jauh.
Berebut-rebut pelawat-pelawat cuba menangkap bola tu. Tanpa berebut-rebut, my wife pun dapat satu yang kebetulan dilemparkan betul-betul ke arah dia.. hehehe...
Bola sutera bersulam itu sebenarnya dianggap sebagai simbol kasih sayang oleh kaum etnik Zhuang. Dalam komuniti mereka, apabila seorang wanita jatuh cinta dengan lelaki, dia akan memberikan bola sutera berwarna-warna itu sebagai tanda cintanya.
Then saya terperasan papan amaran ini. Jom baca.
New vocabulary: vesons, becavefull, sickone, pl ease.
Ini la bola sutera tu. Atau xiuqiu or embroidery ball, a Chinese traditional token of love.
Seterusnya kami masuk ke bahagian barangan kraf kaum etnik. Got so many beautiful well crafted things.
Ada demo menenun.
Kehalusan dan kecantikan hasil sulaman mereka yang mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan.
Menenun juga dibuat oleh kaum lelaki.
Saya suka mak cik ni.. hehehe... ♡ ♥ (>‿◠)
Di luar, ambik lagi a few more shots.
Since ada masa lagi kami pun masuk ke dalam bangunan Pusat Kesenian Pertukangan ni.
Ada beberapa bangunan di taman ni. Tak pasti yang mana kami dah masuk. Main jalan je.. hehehe.
Rice wine pun ada.
Ada taman-taman kecil yang cantik.
Peralatan membuat rice wine.
Kesenian ukiran buluh.
Ukiran kayu.
Taman lagi. So tranquil.
Pemandangan kebun.
Barangan gelang batu-batu permata seperti chinese health beads bracelets.
Barangan kraf dari tanduk kerbau pun ada.
Tanduk-tanduk kerbau.
Selesai di pusat seni pertukangan tu kami ke Wind Rain Bridge untuk berkumpul semula dengan ahli rombongan lain.
Jambatan ini dibina mengikut senibina Kaum Dong tanpa menggunakan paku.
Pemandangan dari Wind Rain Bridge.
Tiang Totem tu adalah simbolik kepada kumpulan etnik. Ia mewakili agama primitif tempatan dan budaya yang masih diamalkan oleh orang-orang minoriti di kawasan itu. Ia juga berbentuk tanduk kerbau. Kerbau dianggap sebagai penyambung nyawa kerana binatang ini banyak membantu dalam penanaman padi.
Secara keseluruhannya, memang best park ni. Elok sangat kalau ke Guilin supaya masukkan/pastikan sekali park ni sebagai salah satu destinasi lawatan.
Syukur Alhamdulillah.
Dan sesungguhnya tiada pencipta yang sempurna melainkanNya.
Bersambung....
Syukur Alhamdulillah.
Dan sesungguhnya tiada pencipta yang sempurna melainkanNya.
Bersambung....
Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:
8) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 03 - ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET AND SHAKING MAGIC SHOW
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
toilet bersih??!!
ReplyDeletesesuatu yang pelik kalau di China .. hehehhe
toiket khas untuk pelancong kot!
siap ada tissue?
kiranya sungai ni memang lalu kat kampung orang?
sebab ada yang basuh basuh baju gitu tu..
en syed beli apa kat situ?
Bersih doc. Surprising kan. Yes, definitely sebab ni tempat ramai tourist. Ada cleaner siap menunggu especially since ramai yg keluar masuk. Yes, ada tissue dalam cubicles. Nak dry hands pakai hand dryer blowers. Also kena la bersih sebab nak maintain entah berapa A grading tempat ni kan.. hehehe.
DeleteYep, tapi masa tu kami tak nampak sangat kampung2 tu sebab berkabus. Mostly rumah2 batu. Tapi memang kategori area kampung. Yes, masa other cruise pun nampak orang cuci kain baju tepi sungai.
Tak beli apa2 doc. Cukup le wife dpt bola sutera tu buat kenangan.. hehehe..