Friday, May 6, 2016

HARI TU

Entries 'Hari tu...' saya ni adalah kompilasi foto-foto of this and that yang saya buat from time to time. Kira rojak entry la ni, macam-macam ada.... hehe... 

Hari tu makan kat Pizza Hut. What's interesting are the boards of info about Pizza Hut, their history, world wide. Jom baca sikit.


Bagaimana agaknya delivery pizza ke North Pole? Beku le pizza tu. hehe.. 

I'm sure Michelle Obama tak akan order pizza for children since she is promoting ‘Healthy’ School Lunches in an effort to address childhood obesity.

- Makes you wanna become a garlic grower/farmer.. hehehe... 
- Has the 732 seats ever fully occupied at any one time? So confident can get so many customer at one time? Is it during lunch time? Or is it dinner time? Btw, I guess the long walk to the end of the restaurant to that last few empty seats will surely make you hungry... hehehe... 

- I guess it is not a big issue cause in some European countries jumlah lembu adalah lebih banyak dari jumlah penduduk di negara tu :).
- Do you think an all-vegetarian Pizza Hut be successful in Malaysia?


Haaa... restoran Pizza Hut kat China lah yang patut ada 732 seats!

Tak tau apa nak kata bila tengok majlis Aqiqah macam ni. I think if like this, too much la. 

Hari tu jerebu again, but not as bad as the year before. 

Ni cerita lama, tahun lepas, masa ngantar sedara pegi menunaikan ibadah Haji di Kelana Jaya under Tabung Haji. Yang pergi ramai, yang menghantar lagi ramai. Siap disediakan khemah-khemah besar. 

Para jemaah sedang mendaftar dan untuk mendapatkan pack/folder haji yang disediakan oleh Tabung Haji. 


Sebenarnya proses Tabung Haji di sini adalah teratur. Yang kadang kala jadi tak teratur tu sebab ramai sangat yang datang menghantar. 

Amin...

Maka teringat lah masa saya dan isteri menunaikan ibadah haji. Syukur Alhamdulillah kami dapat pergi masa usia muda. Hari tu pegi daftar sekali lagi dengan Tabung Haji tapi diberitahu giliran kami nanti adalah pada tahun 2080!! Tentu la sedih tapi tak la sangat sebab dah pergi. Lagi pun saya rasa happy sangat sebab ramai rakyat Malaysia telah berdaftar nak buat haji! SubhanAllah. Juga saya rasa elok dahulukan mereka yang belum buat haji.  

Memang la sakit hati bila kereta kena calar. Kereta isteri. Calar yang dalam boleh result in karat. So kena di cat. Kosnya RM1,200.00. Adoii... 

Sekali sekala nak la jugak makan makanan berminyak-minyak ni.. hehe. Ok, ok, ni no laughing matter, right. Hari-hari telan pil, tapi makan tak jaga, apa gunanya.  


Hari tu temankan isteri cari beg for her to use masa kami jalan-jalan bercuti. Hmm... saya faham kenapa kena nak ada beg khas untuk gi bercuti sebab handbag yang ada tu, yang selalu dipakai tu, tak begitu sesuai digunakan. Kena cari yang praktikal. Susah sebenarnya nak cari beg yang meet her specifications. Last-last jumpa jugak, kat Sogo ni ha, masa Sale.. hehe. 

Tak sangka tudung winter pun ada dicipta!

Very expensive lunch. To me they were la. RM30++ per plate!

Hari tu penat drive baru balik dari kampung di Perak. So nak cepat sampai rumah nak rehat. Tapi dah nak dekat sangat dah nak sampai rumah jalan jam pulak. Kenapa pulak ni! Rupanya ada diaorang ni! Hadoii... 

This lady was on this road I was on. Another, a man [berjubah dan berlebai] was on the other road nearby. Saya perasan mereka ada di situ masa peak hours, masa traffic jam with long queue dekat traffic light. Also masa hujung bulan time dapat gaji. So I do not see them, like, everyday. 

Suka views ni masa balik dari kampung. 

Seronok bila jerebu dah hilang. Dapatlah ambik foto landskap macam ni :).






Jenuh nak dapatkan dan pastikan reading glucose macam ni! Kena betul-betul jaga makan, macam-macam pantangnya. Apa-apa pun Alhamdulillah.

Jarang sangat saya ke KL so bila nampak budaya food truck dah merebak di KL ni I was pleasantly surprised. 

Sempat saya berbual kejap dengan salah seorang peniaga trak makanan. Dia kata DBKL ada menyediakan tempat khas untuk mereka park trak-trak mereka. Lesen niaga adalah lesen menjaja macam biasa dan tentunya kena ikut rules penjaja makanan yang sedia ada. 

Pada saya apa yang menarik adalah kepelbagaian makanan yang dijual. Kalau beli lunch, boleh beli untuk minum petang sekali sebab kuih muih pun ada dijual. 

Hari tu pegi wedding lagi. Kena pakai baju melayu lengkap sebab yang kawin adalah anak boss my wife. Di Dewan Marina Putrajaya. Kami diduduk di meja makan berhidang. 

Wedding ceremony ni sama je la macam wedding Melayu yang sedia ada sekarang ni. Macam yang tengah trending sekarang ni. Ada kompang, pasangan walks in, duduk kat pelamin, pasang video kisah hidup mereka untuk tontonan jemputan [yang saya nampak paling banyak gambar pengantin lelaki yang bercuti di merata dunia], renjis-renjis, persembahan tarian dan potong kek.   

Tayangan video yang saya rasa hardly anyone yang watch sebab as I looked around, no one was watching or even care about the video as the dewan was riuh dengan orang tengah bersembang. Quite pointless really. I guess may be pengantin tak nak pun buat video ni tapi disebabkan dah dipakejkan sekali dalam the overall wedding package, maka dibuat la jugak video tu. Video tu pun cuma ada foto-foto je. Nampak pun dibuat macam kelam kabut. Kesian pengantin tu. 

The typical pelamin nowadays. 

To me yang paling menarik ialah tengok adik-adik comel ni menari. I was quite dissappointed sebab I saw tak ramai jemputan yang watch pun. Mungkin dah biasa sangat kot. Dah tak adorable dah. 


Sometimes tak de selera nak makan. So order macam ni for lunch :).

Hari tu pegi rumah sedara. Betul-betul depan rumah dia ada taman ni. So nice lah!

Lelaki ni tengah batuk kuat. Dan tengah selsema. Sesekali dia menghembus hingus. Batuk lagi dan bunyi teruk berkahak. Tapi I saw him makan roti canai yang berminyak tu. Minum pulak teh ais. Dan yang paling saya tak faham, in between the coughs and hembus hingus tu, di merokok. Merokok, merokok dan menghisap rokok lagi. Masa saya sarapan tu saya perasan dah 3 batang rokok dia hisap sambil terbatuk-batuk dan berhingusan. Saya pasti bukan dia tak tahu apa yang dia buat tu tak betul. Bukan judging tapi observing. I also do stupid things like doing this rojak entry at 1:30 am padahal dah tau kena bangun awal... hehehe...

Mereka pun nak la jugak berselfie kan.. hehe..

Kerap betul dapat message suruh berjudi ni. Geram betul! How they get my nunber? Call Maxis they said they cannot do anything!

Tak tau pun condo saya ni ada crime rate sendiri! Bagusnya!

Sesekali nak la jugak makan burger food truck :). Bukan apa, pada saya burger ni lagi sedap dari semua burger fast food chains.

Hari tu wife nak berbekam. 

Doa dan certificates.


Bilik berbekam yang simple dan clean. 

Penerangan, consultations dan pre-checks before berbekam.

From the Open International University for Complementary Medicines and Medicina Alternativa Institute, Colombo.

Bekam akan dibuat di point-point tertentu pada badan seperti yang dicatat di carta semasa per-checks tadi. 

Suctions cups used to draw 'dirty' blood. And there were so much blood... :(.

And of course la ada the supplements which costs hundreds of RM.

Setiap pesakit akan ada buku rekod ni. So does it work. According to my wife it certainly did! Alhamdulillah. 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


2 comments:

  1. aqiqah dah macam majlis bertunang pulak!! segala pelamin bagai!over the top lak rasanya kann??

    beli tak supplements tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat over! Ni sebab nak ikut trend la ni. Baik simpan duit tu for the kid's education. Tak kisah la kalau dah kaya pun, simpan duit tu. Now ni students yang dapat excellent results pun susah nak dapat biasiswa.

      Beli tapi tak makan pun.. hehehe...

      Delete