Monday, May 16, 2016

YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 01 - MORNING WALK & LI RIVER CRUISE

Jom sambung dengan cerita hari ke 2 di trip Yangshuo/Guilin ni. 

Ini pemandangan dari bilik hotel kami, bandar Yangshuo yang masih pagi sepi. Sini seawal 6:00 pagi dah terang dah. 


Sarapan mula pukul 7:00 pagi. So since dah bangun awal kami turun awal for breakfast dan lepas sarapan bercadang nak jalan-jalan sikit sekitar hotel ni dan ambik gambar suasana. Selalunya begitu la yang kami buat kalau pergi trip macam ni :). 

Masa turun lift ternampak Police's Notice oleh Public Security Bureau of Guilin City kepada pelancong. Hmm.. sounded macam bahaya pulak nak go for a morning walk pagi tu. 

Bagi breakfast kupon dan diberi telur rebus. Selama kami travel tak pernah diberi telur rebus macam 'door gift'.. hehe..... even masa bercuti di bandar lain di China. Agaknya telur mahal di bandar ni. Hotel guests cuma diberi seorang sebijik je. 

Tak de roti atau jem/margerin. Yang ada steamed bread and steamed twisted bread which were really nice and hot. Ada juga preserved egg congee tapi tak confident nak makan. Lagi pun tak biasa makan bubur nasi for breakfast. Ada fried bread stick which is actually cakoi. Also got egg fried rice and fried rice noodle. Kata seorang Chinese lady from Malaysia yang juga melancong dan menginap di hotel ni, these 2 boleh makan sebab dia dah check and these food are vegetarian. She said she is a vegetarian so I should be able to eat them too. Hmmm... tak pe lah, makan roti je la.. hehe. Ada juga vegetables like cucumber, sweet potato and corn. Also got cakes. Saya noticed ahli rombongan lain ada bawak roti gardenia dan serunding. Ada yang makan maggi noodle cup. 

Dari dewan makan hotel ni ada view main road depan hotel. Nice. 

Seperti yang dirancang, lepas breakfast kami terus turun ke lobby untuk pergi for a short morning walk around the hotel area. Berhenti kejap kat lobi ni to check out the touch screen TV yang ada info lengkap and photos of all the attractions di Yangshuo ni. Very nice. 

Di depan pintu dah ada banyak penjual-penjual barangan souvenir. Mereka tidak dibenarkan masuk ke lobi jadi mereka memanggil-manggil dengan kuat dari luar pintu masuk. Mereka ok dan tak pushy. Quite polite actually. 

Tapi kesian saya tengok bila ada yang terdesak dan mula nak masuk ke ruang lobi tapi dijerit dan direntap kasar keluar hotel oleh hotel security guard. But that lady remain unfazed walau dikasari begitu. I guess she had to try hard to sell something for the day kerana mereka orang susah. Dan security guard tu pun cuma melakukan tugas dia menjaga ketenteraman hotel guests supaya jangan diharrassed. Agaknya walau pun dah diberi amaran berkali-kali jangan masuk tapi mereka masuk jugak tu yang buat security guard tu naik darah. Tapi kalau jerit-jerit tu memang mereka begitu. 

2 orang dari penjual tu mula mendekati kami masa kami di luar hotel mengambil gambar. Sorang menjual pelbagai souvenir yang I must say were very nice and beautiful trinkets. Yang sorang lagi tu jual buku foto-foto pemandangan landskap di Guilin. Dia boleh agak saya suka fotografi so tu yang dia tunjuk buku-buku tu.  

Dan saya pun teracun juga akhirnya....hehe. Pertama sebab foto-foto dalam buku-buku ni memanglah tersangat la cantik. Kualiti kertasnya pun bagus. Kedua sebab very convenient beli dari mereka ni sebab malas nak beli masa ke shopping street nanti. Ketiga sebab wanita ni begitu polite minta saya beli. Memang la saya tak faham apa dia kata tapi she was polite. Saya tanya harga, terus di tunjukkan harga offcial buku-buku tu seperti yang tercetak di dalam buku tu. Nampak memang legit la. Jadi saya confident dan terus bayar 70 yuan untuk satu buku which was about RM43.00. Ada yang saya dengar ahli rombongan later-later beli juga buku-buku tu tapi dengan harga yang lebih rendah dari one of the sellers depan pintu hotel ni juga. Tapi pak cik dan mak cik tu beli sampai nak dekat 20 buku! 
Dan yang bestnya buku ni juga ialah kedua-dua buku ni ada sekali DVD of all the beautiful places!

Ok, panjang pulak cerita pasal sellers tu kan.. hehe. Lepas tu kami pun proceeded with our morning walk. Masa tu jalanraya dah mula sibuk. Ni a couple of shots of the city dengan gunung-gunung di backdrop.

Bandar ni serba moden juga ada Pizza Hut dan fast food lain. Cuma kami noticed tak de bangunan-bangunan tinggi. 

Dan mesti la ada a few people shots :).

Kami jalan jauh sikit dan naik sebuah jejantas yang melintas jalanraya depan hotel yang sibuk ni and took a few shots. 

Kenderaan motor-motor di Yangshuo [dan Guilin] kebanyakkannya menggunakan kuasa elektrik. Jadi kalau tak berjaga-jaga, tak akan perasan ada motor yang approach you sebab senyap je motor tu. 

Dari jauh ternampak bangunan lama ni di atas sebuah bukit. Cantik!

Nampak tranquil. 

Isteri saya suka betul ambik gambar candid saya, which I must admit that I like it.. hehehe. Ni masa saya di tepi jalan dan di atas jejantas. Gerimis masa tu. 

Ini shot dari belah opposite side. Yang kiri tu ialah the famous West Street. Tempat shopping. Kami bercadang nak jalan-jalan ke situ later on our own [sebab tak de dalam trip's itinerary] dan sebab dekat je dengan hotel kami. 

China Post ni adalah the official postal service of China.

Cantik pemandangan ni, right! 

Ni saya zoom dekat-dekat lagi :).

Tak lama kami morning walk tu sebab 8:30 kena gather di lobi hotel untuk memulakan lawatan. Sampai je di lobi, tengah penuh dengan group 40 orang peserta dari Andalusia Holidays yang diketuai oleh Ustaz Daud Che Ngah sendiri. Mereka dah check out untuk ke destinasi seterusnya. 

Sementara menunggu ahli rombongan yang lain turun, sempat kami bergambar. Saya dengan Francis our tour guide dan isteri saya bergambar bersama Ting Ting, girlfriend si francis. Francis cerita Ting Ting off day hari tu so she wanted to join Francis and us for the touring. Tambah Francis lagi Ting Ting juga sedang belajar nak jadi tour guide. Ting Ting ni boleh cakap Inggeris sikit-sikit je tapi boleh bertutur dalam bahasa Korea. Orangnya baik dan begitu bersopan santun. Selain Inggeris, Francis juga fasih bercakap bahasa Jepun. 

Hujan yang tadinya gerimis dah mula makin lebat. Tapi tak lah lebat sangat. Kat sana saya notice ada orang tempatan yang pakai sarung plastik kaki macam dalam gambar ni. Very practical and useful sebab kalau berpayung sahaja tentu air hujan terpercik kena kasut dan seluar. But I wonder though, tak licin ke bawah tapak kaki tu? Bila perhati betul-betul rupanya di bahagian tapaknya ada macam tapak getah. Cool. 

Perjalanan kami pagi tu bermula dengan suasana hujan. Kata Francis better to rain now so that later it will be less rain. Agaknya gitu kot keadaan hujan di Yangshuo ni. 

Walau pun hujan dan cermin tingkap bas berbintik air, tetap jugak ambik gambar.. hehee.. 

Di sana penunggang motor kalau tak pakai rain coat akan pasang payung. Bentuk payung motor ni adalah rekaan khas dan tak pernah sekali pun saya nampak payung tu tergerbang ditiup angin walau pun keadaan masa tu berangin dan motor tu bergerak laju. 

Suasana hujan pagi di Yangshuo.

Dan inilah Sungai Li. Cantik 'dihiasi' gunung-gunung karst. 


Kerana pagi tu hujan, suasana pergunungan nampak cantik berkabus memberikan kami suatu pemandangan yang berlainan dari semalam.

Pagi tu lawatan kami bermula dengan Li River Cruise. Ia bermula dari sebuah perkampungan yang dinamakan Xingping yang terletak kira-kira 25 km dari Yangshuo. Sampai je bandar tu kami dengar letupan mercun. Kelihatan serpihan mercun yang sudah meledak di sana sini. 

Kata Francis ikut adat orang cina di situ, mercun dibakar bila ada kematian orang tua di kawasan tu. Letupan mercun dibuat di sepanjang jalan dari rumah si mati hingga ke kubur sebagai iringan ke 'alam lain'. Melihat tinggalan serpihan mercun ni kata Francis si mati adalah very likely seorang yang sangat tua kerana begitu banyak sekali serpihan tu.

Saya juga perasan di rumah-rumah di kawasan tu ada di gantung banner-banner merah dengan tulisan cina di frame pintu. 


Saya juga perasan di kampung Xingping ni ada ramai orang tua. 

Pengangkutan moden dan lama. 

Berapa dah agaknya umur atuk ni? 

Ingat tak kumpulan Andalusia di hotel tadi? Rupanya mereka pun nak ikuti Li River Cruise jugak. Sebab group mereka begitu besar dan Francis tidak mahu kami bersesak dengan mereka, terus dia bawa kami ke jeti Sungai Li tu dengan melalui sebuah perkampungan lama. Bagus si Francis tu! Saya pulak punya la excited dapat lalu kawasan kampung lama tu :).

Pe lagi, saya pun gunakan kesempatan lalu di kampung lama ni dengan mengambil gambar penduduk di kampung ni. 

Kelihatan seorang ibu sedang mengikat gendung anaknya di belakang badan. 

Kebetulan kami juga melalui rumah si mati tadi.  

Saya perasan yang hadir ke rumah si mati ni akan merendam sejenis daun ke dalam air baldi merah tu dan menyapukan daun basah tu ke dahi mereka. Tentunya ini satu adat mereka di situ.

Antara mereka yang melawat rumah si mati. 

Saya juga curious apakah tujuan dan maksud tulisan pada banner-banner ni yang saya nampak digantung di kebanyakkan rumah di situ. 

Jadi saya pun tanya rakan cina saya. Dia kata kalau warna merah ni bagi orang cina lebih kepada good news atau Chinese New Year dan bukan kerana ada kematian. I suppose kematian masa tu adalah satu coincidence dan banner ni tak de kena mengena dengan kematian tu. Kawan saya terjemah tulisan banners ini sebagai:
- Banner yang atas pintu tu bermaksud 'Prosperity'.
- Banner kanan bermaksud 'Rajin seumur hidup tambah prosperity'.
- Banner kiri bermaksud 'Kesejahteraan itu adalah lebih berharga dari emas'.  
Oooo... gitu.

Meneruskan perjalanan ke jeti Sungai Li.

Comel couple muda ni so saya minta toleh dan 'snap'! Hehehehe...

Perkampungan Xingping ini dibina pada zaman pemerintahan Dinasti Ming 500 tahun dahulu. Francis memberitahu perkampungan ini menjadi terkenal kerana pada tahun 1998 former US President, Bill Clinton dan isterinya Hilary pernah berkunjung ke sini sewaktu menyusuri Cruise di Sungai Li.

Tambah Francis lagi, orang Cina percaya sekiranya pemimpin yang hebat membuat persinggahan yang tidak diduga di sesebuah tempat, ia akan mendatangkan tuah kepada tempat tersebut. Disebabkan Bill Clinton pernah singgah mengejut di kampung ini, rakyat China kemudiannya datang berbondong-bondong ke sini untuk menumpang tuah, dan seterusnya menjadikan kampung ini sebuah destinasi pelancongan yang terkenal.

Francis juga bercerita semasa Bill Clinton singgah berjalan di kampung nelayan Xingping tu, dia telah bertemu seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dan bertanya bolehkah dia pergi ke rumah kanak-kanak itu untuk melawat. Budak kecik itu pun membawa beliau ke rumahnya. Setelah melawat, sebelum keluar rumah, Bill Clinton telah mengusap kepala kanak-kanak itu. Kata Francis setelah itu maka ramailah orang Cina yang bukan sahaja dari kampung itu tapi juga dari seluruh China datang untuk mengusap kepala budak kecil itu. Yang lucunya kata Francis, sampai budak tu dah besar dewasa pun masih lagi ada yang cari dia sebab nak usap kepala dia :). 

Seorang auntie sedang berjalan pulang dari kebun membawa cangkul.  

How can I not take a shot of this, right? :)

Memang seronok betul saya rasa masa jalan di lorong-lorong di kampung lama ni. Later I did thank Francis for choosing the route.

Suka how the place look macam untouched by modernization.

Dan kami pun dah nak sampai ke jeti Sungai Li. 

Kata Francis menara ni dan berusia beratus tahun dari zaman pemerintahan maharaja Cina dahulu. 


Sungai Li. Ada rakit-rakit ini untuk cruise Li river ni tapi kami naik bot besar sebab group 22 orang. 

Seorang pengusaha rafting cruise. 

Haaa.. kami kena naik bot besar macam tu. 

Sampai je jeti terus naik. Semua urusan tiket dah settle awal-awal oleh Francis. Sambil melangkah naik bot, sambil membaca doa. Tak lama cruise ni, cuma 1 jam 30 minit je. Just nice lah to me sebab saya ada baca kalau nak round rata-rata sungai Li ni, ada cruise yang 5 jam.  

And off we went for the Li River Cruise.


Dari jauh saya nampak ada orang sedang menyeberang sungai. Nice lah!


Dan ada gembala dan kerbau-kerbau. 


Apparently, cruise bot yang satu lagi tu boleh order makanan sebab ada kitchen. Rasanya bot kami ni pun ada jugak kot. 

Hari tu cuaca sekejap hujan lebat, sekejap gerimis, sekejap tak hujan. Cuaca begini membuatkan suasana cantik berkabus. 

Selama sejam setengah itulah kami berada di open deck di atas walau pun hujan menikmati keindahan alam semulajadi. Kalau lebat kami berteduh la di bawah bumbung di open deck ni. 

Ada pelbagai aktiviti penduduk setempat di tepian sungai.

Masih lagi ada yang menggunakan wood washing paddle untuk membasuh kain baju. Tak rosak koyak ke kain baju kena pukul dengan paddle tu?

Pelancong tempatan ni tadinya duduk di deck bawah mungkin sebab hujan, tiba-tiba beramai-ramai naik ke open deck ni. Riuh rendah la jadinya. Maka bersesi fotolah mereka dengan girang gemirang. 

Lelah dengan pencemaran bunyi dan kesesakan di belakang open deck tu hingga menyebabkan saya hilang kosentrasi menikmati keindahan alami, saya terus ke bahagian depan deck ni. Ini lah Captain cruise boat kami. Wah... lepaknya! Not a very eventful career I'm guessing :).

Memang sungguh indah pemandangan pagi itu. SubhanaAllah.

This beautiful scenery was captured by my lovely wife using her compact camera :). 



Masa hujan yang sekejap sekejap lebat, maka berteduhlah. 

All that was missing were the cormorant birds :).


Dan yang bestnya juga cruise ni, walau pun slow and leisurely, kami dapat lihat banyak pemandangan yang berlainan kerana gunung-gunung karst tu ada banyak dan berlainan saiz dan bentuknya. 

Kami dapat tahu yang di belakang duit 20 Yuan China ada gambar gunung-gunung karst yang boleh dilihat semasa cruise ini. Since kami tak ada note 20 Yuan tu kami pun tanya la Ting Ting. Good thing dia ada :).

Ini lah close up foto belakang note 20 Yuan dan the actual gunung-gunung yang dipanggil Yellow Cloth Shoal. 
Foto Yellow Cloth Shoal ni saya dapat dari DVD dalam buku foto yang saya beli di depan hotel.

Hello Kitty Tam Tam :)

So beautiful. So serene.  

Old building by the river bank.

A floating cafe, I think.

Sure, it'd be awesome kalau hari cerah dengan langit biru. Tapi dalam cuaca macam ni juga tak kurang awesome nya ye tak. Berkabus. Mysterious. Serene.



Dan mesti la akan ada group photo.. hehe... 

Ini antara fav shots :).


Ada juga yang basuh dishes. 

Tak pasti apa yang sedang atuk dan nenek ni tengah cuci. Macam a very long plastic sheet.

Mula-mula auntie-auntie cina tu yang bergaya sambil gerbang-gerbang selendang. Dah akak-akak rombongan pun nak gitu jugak. Langsung mereka pegi pinjam selendang-selendang dari auntie-auntie tadi dan terus berposing.. hehehe... 

Kelihatan satu keluarga nak naik raft cruise. 

The guys and the group photos. 

Kata Francis ini adalah sebuah hotel 5 bintang. Namanya Ancient Panyang Resort. Mahal rate 1 malamnya dan sangat eksklusif tambah Francis. 

Bangunan dan rumah-rumah kediaman di tepi sungai Li. 

Dan sampai semula di jeti Xingping. 


Tak la ramai sangat pelancong mungkin sebab masih awal atau sebab hujan. 

Kata Francis buah-buahan popular di situ ialah water chestnuts, chestnuts, longan dan pelbagai dried fruits yang boleh direbus atau dicampur dalam minuman.  

Ini adalah dried persimmon atau dalam bahasa kita dipanggil pisang kaki. Bentuk asalnya macam tomato. 

Ini pula ialah limau kumquat. Terus teringat my favourite drink Chatime's Kumquat Lemon Juice. 

Aaa... kalau halal ni saya dah beli. Saya suka tofu. Ni bukan yang stinking tofu tu, tapi yang fragrant. Tofu ni diletak dalam talam dengan sedikit minyak dan rempah dipanaskan atas api sampai bubbling. Sedap baunya. Tofu ni dimakan dengan ditabur di atasnya bawang, cili Yangshuo dan pelbagai sayuran jeruk. 

Seterusnya kami melalui satu lorong untuk ke bas yang nampaknya memang dah disusun gerai-gerai untuk pelancong membeli belah dan tentunya untuk menolong locals sellers. Selalunya begitu la di China, especially kalau kita ke government shops mereka, lepas demo mesti kena lalu the 'shopping' area/room/hall. But to me it is ok cause it'll help the locals especially mereka yang di gerai-gerai ni. Dan mereka pun bukan la jenis yang pushy atau grouchy. 
Sebenarnya inilah lorong yang sepatutnya kami lalui untuk ke jeti Xingping masa sampai tadi tapi telah dibawa oleh Francis melalui jalan short cut through the kampung lama tadi. 

Auntie-auntie ni jual water chestnuts dan limau bali.

Auntie ni pula menjual, selain ubi, jagung dan sayur, ada juga jual mugwort cake, that green sticky looking cake. 

Inilah mugwort cake yang dibuat dari herba daun mugwort yang telah dibasuh, rebus dan dimaniskan dan dibalut dengan aduan tepung beras dan tepung pulut, dan distimkan. 
Chinese mugwort adalah herba [daun hijau] yang telah digunakan dalam Perubatan Tradisional Cina sejak berabad yang lalu. Adalah dipercayai untuk membersihkan darah, tetapi wanita hamil dinasihatkan tidak memakannya kecuali di bawah pengawasan perubatan kerana ia juga digunakan pada masa lalu untuk 'mendorong penamatan'. Pada masa dahulu, mugwort telah digunakan sebagai herba ajaib. Ia telah digunakan untuk menghalau serangga, terutamanya rama-rama, dari kebun-kebun dan telah digunakan sebagai ubat terhadap keletihan dan untuk melindungi pengembara terhadap hantu dan haiwan liar. Tentera Rom meletakkan mugwort di dalam kasut untuk melindungi kaki mereka daripada keletihan.

Masa lalu lorong ni, kami ternampak juga beberapa kedai lukisan tapi tak ada tuannya. Teringin jugak nak tengok tapi since no one was there tak jadi la. Saya noticed some of the paintings dah faded due to weather and old age. 

Ramai pelancong yang membeli limau kamquat tu. 

Ada yang menjual madu, water chestnuts, hand painted fan dan paintings dan tentunya silk scarves. 

Pak cik ni menjual wild mountain honey dalam bentul kristal. Rapuh madu ni dan dimakan macam makan gula-gula. Tentunya manis.



Ada barangan tembikar antik, beautiful paintings, old photos dan Chinese Communist Red Army hat.

Pomelos...  

.... dan mangga. 





Di sini kami berhenti beli dried longan. Sedap! Ahli rombongan yang lain juga ada beli di sini.  

Saja saya letak foto-foto ni sebab cara nenek ni mengajar dan mendisiplinkan cucu dia yang masih sangat kecil tu kedengaran begitu tegas sekali. Kesian kami tengok cucu tu kena jerit dan tengking dengan sungguh kuat oleh nenek tu. Kami semua tercengang tengok kejadian ni memikirkan perlu ke nak ditengking herdik anak sekecil itu. Adik comel tu seems unaffected dan terus menyapu dengan begitu teliti dan cermat tidak berkecah-kecah. Kagum saya tengok si cucu membuat kerja dengan begitu rapi dan disiplin. Tapi old school dan sungguh militan cara nenek tu! Takut nak fikir apa yang akan dibuat oleh si nenek jika anak kecil itu buat sebarang kesalahan!

More kedai paintings. 


Pomelos and water chestnuts.

An old and rustic building.


Sebuah sekolah.

Comel dan cantik benor kasut-kasut baby tu. 

Super cute right?

Yes, bandar Yangshuo ni bersih. Tengok la kereta sorong dan peralatan yang digunakan oleh pekerja ini. Tak perlu modern equipment and still can keep city clean. Dan tentunya penduduk bandar ni juga berdisiplin menjaga kebersihan bersama-sama. 
Cart tu penuh dengan serpihan-serpihan kertas dari mercun yang dibakar di sepanjang jalan di kawasan bandar ni. 

Warga tua mereka. 


Dan kami sampai ke tempat parking bas. Sementara menunggu ahli rombongan yang lain, sempat saya ambik gambar Francis dan Mr. Fang our bus driver.   

Bersambung....

Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:
1) YANGSHUO & GUILIN - DAY 01 - DEPARTURE
2) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 01 - MORNING WALK & LI RIVER CRUISE
3) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 02 - BAMBOO UNLIMTED, MOON HILL & BAMBOO RAFTING
4) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 03 - SILVER CAVE
5) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 04 - STAR WORLD FUN WAX MUSEUM & TI KONG ART CENTER
6) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 03 - PART 01 - SHANGRI-LA THEME PARK
7) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 02 - GUILIN CHONGSHAN STREET MOSQUE, SILK HOUSE DAN LIU SAN JIE PARK
8) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 03 - ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET AND SHAKING MAGIC SHOW
9) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 01 - FOUR LAKES TWO RIVERS CRUISE AND HERBS CENTER
10) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 02 - FUBO HILL, RONG LAKE DAN GUILIN NIGHT TOUR
11) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 01 - YAOSHAN SCENIC SPOT
12) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 02 - MULONG PARK AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. nobler?
    pioys ??
    hehhehee.. apakah ituuuuuu !!?

    kelakor lak cerita main usap usap kepala tu!!
    sampai ke tua lah nanti dia di usap!!
    hehehheeeeee..

    saya suka pisang kaki tu.. sedap dan manis!
    kalau kering macamana lah rasanya..
    macam apricot kering lah kot...
    mugwort cake tu macam kura-kra aa!!! hehehheeeee

    pelancong cina dari tanah besar cina selalunya adalah menjengkelkan ...
    tak suka ...

    apesal en syed tak bergambar sambil pegang duit tu berlatarbelakangkan bukit-bukit karst tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... hehehe... ikut sedap diaorang je nak tulis apa. Kot tak kan la tak de yang tahu nak tulis English elok2. Tunggang langgang.. hehehe...

      Hahahaha... gitu la kepercayaan mereka. Tapi sekali usap kena bayar tau. So dah jadi macam income la for him :).

      Tak tau sebab tak rasa pun. Sebab dijual open macam tu so takut tak bersih. Also dok fikir macam mana cara dikeringkan. Terdedah pada habuk dan asap agaknya. So me not taking the risk la.

      Kura2? Hehehe.. may be mmg gitu kot dibuat rupanya :).

      Mereka mmg cam tu. Our tour guide pun tak suka so he always take us away from them. Tapi kami dah faham dah.

      Hehehe.. I thought it be more interesting for Ting Ting, a local, to hold it :).

      Delete
  2. Blog perjalanan yang indah.... Sungai Li amat indah seperti dalam mimpi... Pertunjukannya di Sungai Yangshuo juga amat menarik di sutradarai oleh sutradara terkenal Zhang Yi Mo....... Saya ingin berbagi artikel tentang Pertunjukan Liu Sanjie di http://stenote-berkata.blogspot.hk/2017/12/teater-liu-sanjie-di-yangshuo.html
    Lihatlah juga videonya di Youtube https://youtu.be/LGSdvSa0tg0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih stenote kongsi link blog dan Youtube. Memang sangat dreamy performance tu! Beautiful!

      Delete