Alhamdulillah kami kali ini dapat bercuti di Yangshuo and Guilin. Kerana keindahan semulajadinya.
Apa-apa pun kena arrange dulu penginapan si comel ni :)
Gini le peel dia setiap kali bila kami tengah packing :). |
Tak macam biasa, kali ni Tam Tam bergelut protes tak nak masuk dalam carrier dia ni. Agaknya dia tau kot nak kena tinggal lagi :(. |
Cam biasa menginaplah dia di kedai Alan ni. |
Amboii... masuk je terus gi cuit-cuit kucing sangkar sebelah :). |
Kali ni kami pilih POTO Travel and Tours pula. Gitu le bila dah usia macam saya ni, senang kalau ikut pakej je. Semua dah diuruskan, so ikut je program. Thus, boleh le enjoy the trip fully.
So di mana Guilin ni? Jom tengok peta. Ooo... situ.
Jadual penerbangan kami. Transit di Hong Kong selama sejam. Haaa... 1 jam je? Wah... tak kelam kabut ke? Airport tu kan besar giler. Buatnya Gate kapal terbang nak Guilin tu jauh...
Macam biasa, kena la tukar sikit duit.
Subuh-subuh dah nunggu teksi. Kena gather di airport pukul 5:55 am. So book teksi pukul 4:30 am. Elok sampai awal so that boleh le solat subuh di sana nanti. Btw, kami suka naik Airport Limo. Punctual dan selesa.
Tak sibuk lagi masa tu.
Solat subuh dulu. Lepas tu terus ke Kaunter H, berkumpul di situ. Wakil POTO Travel dan Tours dah sedia menunggu. Bagi passport, bagi bag dan kami pergi duduk. Tak perlu beratur sebab group check-in dibuatkan oleh wakil travel agent. Ada 24 orang dalam group.
Lepas tu diberi semula passport bersama boarding pass. Tempat duduk berselerak tapi tour guide dah re-arrange.
Ada taklimat sedikit dari wakil travel agent berserta bacaan doa. Semoga perjalanan kami selamat pergi/balik dan selama di sana.
Macam biasa bangun awal pagi ni cepat lapar. Malas nak jalan jauh kami makan je di sini.
Sunrise di KLIA. Looks like macam berjerebu.
Flight ke Hong Kong pukul 8:55 pagi bersama Cathay Pacific.
Flight paths dari KLIA ke Hong Kong International Airport. Lepas tu ke Guilin Liangjiang International Airport.
Dalam kapal terbang Cathay Pacific. Ramai rakyat dari China. Suasana masa boarding sungguh bising dan kecoh. Ada passenger yang duduk depan menjerit-jerit bercakap dengan kawan dia yang duduk di belakang. Even dengan kawan-kawan mereka yang duduk just across the aisle or a few seats away pun sembang menjerit-jerit diselang seli dengan deraian gelak ketawa. Tu la bila dengar mereka sembang ingatkan tengah bergaduh tapi tak actually. Fortunately, 'kekecohan' cuma semasa boarding je.
Wide-body Airbus A330. |
Alhamdulillah, it was a smooth flight except for a few turbulences.
Macam biasa saya mesti selit foto-foto meals ni. I had noodles with chicken and wife had omelette with chicken sausage. Dia tak habis, saya tolong habiskan... hehe.
Satu lagi kebiasaan mereka, kalau makan mesti slurp, slurp dan sedut sedut. Kuat betul sedutannya pun sampai saya rasa saya kekurangan oksigen. Hehehe.. tak la gitu. Tapi the slurpings were so loud. Only him je, yang lain tak pulak.
Gi toilet kejap. Sambil bawak kamera kecik. Masa menunggu depan toilet tu ambik shots ni.. hehe...
Lepas 3 jam 20 minit, sampai dah ke Hong Kong pukul 12:40 tengahari, lewat 10 minit. Alhamdulillah.
Hong Kong International Airport yang mostly adalah reclaimed land.
Suasana di Gate ketibaan.
That lady, the head stewardess yang beruniform hitam Cathay Pacific tu ialah seorang Malay lady sedang beri taklimat pendek dan thanking her crew. |
Kami cuma ada 1 jam 30 minit saja nak ke gate perlepasan ke Guilin. Dari gate ketibaan kami di Gate 69 nak ke Gate 503. Jauhnya. Pe lagi, jalan pun bukan main laju lagi. Terpaksa trolleykan beg camera 5 kg saya..... hehehe...
Kami perlu naik bas untuk ke terminal domestik ke Gate 503. Bas ni ada setiap 4 minit. |
Sampai je Gate 503, penumpang dah sedang beratur nak masuk. Jadi memang la tak de masa nak lepak.. hehe..
Penerbangan ke Guilin naik Dragonair, anak syarikat Cathay Pacific. Cuma 1 jam 10 minit sahaja.
Pesawat ke Guilin naik this narrow-body single-aisle aircraft.
Pesawat pun bergerak ke landasan.
Tiba-tiba Tour Leader kami memanggil pramugari. Ada kecemasan! Salah seorang ahli rombongan kami sedang sakit dan memerlukan rawatan segera!
Lebih kurang sejam selepas itu, kami pun berlepas ke Guilin.
Snek yang dihidangkan. Sedap jugak Oolong Tea Cookies tu :).
Alhamdulillah dan sampai Guilin. Wah.. tengok tu bentuk mukabuminya yang sangat unik!
Terpacak-pacak!
Terbang atas kawasan pertanian.
Kalau kawan-kawan ke Guilin, cuba la dapatkan seat tingkap. Viewnya sangat la awesome!
Jangan tidur pulak nanti terlepas pemandangan macam ni!
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Guilin Liangjiang International Airport jam 4:30 petang.
Kecik je Guilin Liangjiang International Airport ni.
Kapal terbang Dragonair yang kami naiki tadi.
Sementara menunggu ahli rombongan yang lain, sempat saya berkenalan dengan tour guide kami di Yangshuo/Guilin ni. Nama dia Francis. Speaks good English dia ni. One thing I immediately noticed was dia ni kalau bercakap ada guna 'la' macam orang Malaysia. Later we found out itu sebab dia dah selalu jadi guide untuk rombongan dari Malaysia :).
Memandangkan kami perlu bersolat lalu Francis pun mencari tempat yang sesuai untuk kami menunaikan solat sebab airport ni tak ada prayer room dan masa di perjalanan nak ke Yangshuo nanti tak ada masjid. Francis terus berurusan dengan pegawai airport dan kami bersolat di ruang tempat simpan trolley ni. Alhamdulillah.
Selesai solat kami pun bertolak ke Yangshuo. Francis pun memperkenalkan diri dan cerita serba ringkas tentang Guilin dan Yangshuo.
Perjalanan ke Yangshuo dari airport Guilin ambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit.
Sebuah plaza tol.
Guilin dan Yangshuo sebenarnya terletak di utara Guangxi Province, sebuah wilayah di selatan negara China. Ibukota bagi Wilayah Guangxi adalah Nanning yang terletak 380 km ke selatan Guilin. Guilin adalah kota ketiga terbesar di Wilayah Guangxi, selepas kota Nanning dan Liuzhou.
Guilin yang indah dan terkenal dengan keindahan bentuk mukabumi yang megagumkan. Ini lah my first ever shot of Guilin's beautiful landscape. Tembak dari dalam bas.. hehehe...
Dan satu lagi shot. Betul la kata Francis, mana je yang akan kami lalu mesti ada pemandangan yang cantik macam ni.
Hilang dah semua rasa letih disebabkan hampir seharian dalam perjalanan dengan bertolak dari rumah pukul 4:30 pagi tadinya. Pemandangan macam ni mesti la nak dirakam :).
SubhanAllah, sangat indah ciptaanNya.
Saya rasa kalau saya pejam mata sekejap pun mesti akan terlepas awesome views macam ni.
Antara pemandangan yang saya target nak dapatkan. Tak sangka tak sampai sejam tiba di Guilin ni dah dapat shots macam ni. Ni baru tembak dari dalam bas je ni. Syukur Alhamdulillah.
Kebetulan tengah ada pulak seorang petani sedang lalu di batas sawah padi :).
View sawah yang besar dengan pemandangan gunung as the backdrop, reflection gunung, petani di tapak semaian dan sawah yang hijau. Cannot help but say 'SubhanAllah'.
Di sini highway signboards semua dalam bahasa China.
Kawasan kebun dengan backdrop gunung berbalam-balam.
Almost sunset :).
Kata Francis, majoriti besar penduduk Wilayah Guangxi terdiri dari suku kaum Zhuang (disebut: Chuang) yang merupakan etnik minoriti yang terbesar di negara China selepas suku kaum Han yang membentuk 90% dari keseluruhan rakyat China. Francis juga berasal dari etnik Zhuang.
Di tol plaza lagi.
Dah agak dah, mesti ada lori oink oink.. hehe...
Ada projek pembesaran jalanraya oleh kerajaan China bagi lebuhraya Guilin/Yangshuo masa tu. So jalanraya adakalanya sesak juga.
Guilin Tourism University.
Kata Francis, tidak seperti Beijing dan Shanghai, Guangxi adalah sebuah kawasan miskin di negara China yang bergantung kepada pertanian.
Seperti biasa saya selitkan beberapa people shots :). Ini seperti di pasar tani.
Kawan saya terjemahkan yang ni, 'lo mai kai' atau 'nasi pulut'. Ooo.. auntie ni jual nasi pulut :).
Kenderaan ni yang paling banyak saya nampak sepanjang masa trip ni.
Tiba je di Yangshuo, kami terus dibawa ke New West Street International Hotel untuk makan malam. Kata Francis, ni hotel terbesar di Yangshuo.
Kata Francis, di Yangshuo ni ada 2 restoran Muslim dan salah satu restoran tu lah yang menyediakan dinner kami malam tu. Restoran tu malam ni tak dapat nak have us for dinner at the restaurant for some reasons, so the owner sewakan sebuah bilik di hotel New West Street International ni untuk kami have our dinner.
Malam pertama kami menginap di Starway Hotel Xin Fu An yang terletak di tengah bandar Yangshuo tidak jauh dari West Street yang merupakan sebuah Shopping Street yang terkenal di bandar ini.
Turun dari bas terus check-in. Kami akan di sini selama 2 malam.
Starway Hotel Xin Fu An ni ada WiFi tapi cuma boleh pakai antara lain seperti WhatsApp dan WeChat. Facebook dan Instagram contohnya tak boleh access sebab disekat oleh Kerajaan China.
Alhamdulillah kami selamat sampai. Bilik hotel pun cukup selesa dengan pemandangan bandar Yangshuo. Tak sabar nak tengok gunung-gunung belakang bangunan tu esok paginya. |
Bersambung.....
Di bawah adalah links untuk semua entries Yangshuo dan Guilin saya:
1) YANGSHUO & GUILIN - DAY 01 - DEPARTURE
2) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 01 - MORNING WALK & LI RIVER CRUISE
3) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 02 - BAMBOO UNLIMTED, MOON HILL & BAMBOO RAFTING
4) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 03 - SILVER CAVE
5) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 02 - PART 04 - STAR WORLD FUN WAX MUSEUM & TI KONG ART CENTER
6) YANGSHUO & GUILIN: YANGSHUO - DAY 03 - PART 01 - SHANGRI-LA THEME PARK
7) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 02 - GUILIN CHONGSHAN STREET MOSQUE, SILK HOUSE DAN LIU SAN JIE PARK
8) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 03 - PART 03 - ZHENGYANG PEDESTRIAN STREET AND SHAKING MAGIC SHOW
9) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 01 - FOUR LAKES TWO RIVERS CRUISE AND HERBS CENTER
10) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 04 - PART 02 - FUBO HILL, RONG LAKE DAN GUILIN NIGHT TOUR
11) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 01 - YAOSHAN SCENIC SPOT
12) YANGSHUO & GUILIN: GUILIN - DAY 05 - PART 02 - MULONG PARK AND GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
cina tanah besar memang annoying!!!! hahhahaaaaaaaaa
ReplyDeleteabis tu.. apa cerita yang kena mild stroke tu?
ada tanya tak?
kalau tak ambik travel insurans .. parah poket tu!!
Kan. Nak avoid boleh tapi kena bayar. Macam tu pulak. Tak adil betul!
DeleteHe is ok, Alhamdulillah. In fact, he joined us di Hong Kong untuk perjalanan balik ke KL.
And yes, he has insurance :).
alaensyedniiiiiambikpakejlaagiiiiiii... hehheee
ReplyDeleteHehehehe.... pakej is good la doc.. hehehe.. senang, semua dah diatur. Lagi pun dah umur macam saya ni, ambik pakej je la... :).
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBunyi makan mee yang slurp slurp ! hahahahaha annoying org dlm flight
ReplyDeleteAda fb tak tuan
ReplyDeleteAda tapi dah tak aktif dah.
Delete