Berselisih dengan pemandu tuk tuk ni. He gave us the thumbs up.. hehehe...
Pastinya suasana dalam perjalanan dimanfaatkan dengan street photography :).
Shane bawa kami ke Colombo Old Town Hall yang terletak di hujung Main Street, Pettah. Tak kelihatan caretaker bangunan lama ni masa kami tiba jadi Shane pun pergi cari dia.
Town Hall ni dibina pada tahun 1873 bila Colombo dijadikan municipal council pada 1866 oleh kerajaan penjajah British dan dirasmikan oleh gabenor Ceylon ketika itu Sir William Gregory. Keadaan bangunan bersejarah ini sekarang nampak sangat perlukan baikpulih. Hopefully there'll be some preservation works done soon.
Usia bangunan ini dah lebih 140 tahun, 2 tingkat dan ada minaret kecil seperti masjid. Ada ukiran kayu 1800an yang menghiasi tingkap, pintu dan siling. Kayu2 yang digunakan ialah kayu jati yang diimpot dari Burma. Di tingkat bawah ada office dan ruang menunggu. Lepas tu kami dibawa caretaker ke tingkat atas. Masa naik tangga2 ni berbunyi berkeriak keriuk.... hehe..
Kami dibawa masuk ke sebuah bilik mesyuarat yang digunakan oleh council members pada masa dulu. Caretaker pun tunjuk pada kami foto yang diambil oleh tahun 1906.
W. Shakespeare?
Dan dari foto tadi telah dibuat sebagai pameran patung2 lilin of all the 16 council members. They are quite lifelike but disintegrating wax effigies can be quite creepy too.
Surely not the 'William Shakespeare' lah...
Also ada beberapa koleksi mesin-mesin taip dan mesin penghantaran Kod Morse lama. Ni dulu2 kira peralatan pejabat canggih ni.
Di tingkat atas ni caretaker juga tunjuk pada kami tingkap2. Apa yang istimewanya tingkap2 ni? Ada dua lapis. Dari slot pada bawah tingkap, caretaker tu tarik satu lapis ke atas iaitu tingkap kayu. Kemudian satu lagi tingkap kaca. Digunakan kedua2 tingkap mengikut kesesuaian keadaan.
Kami juga dibawa ke balkoni dengan pemandangan kawasan Pettah.
Caretaker bangunan menunjukkan kedudukan Old Town Hall pada peta bandar Colombo tahun 1785.
Dulu bilik ini digunakan sebagai mahkamah. Bila seorang pembunuh dijatuhkan hukuman bunuh di sini, sebuah loceng di hujung Main Street akan dibunyikan.
Gambar lama Old Town Hall. Belah kanan tu ialah loceng yang dibunyikan jika ada yang dijatuhkan hukuman mati.
Lepas tu caretaker tu bawa kami ke satu tingkap untuk lihat sesuatu yang menarik kata dia. Oh, rupanya dari this one window boleh nampak satu patung besar putih Buddha.
Seperti yang kami agak, masa kami nak beredar, caretaker tu minta tips. Jadi saya pun berilah. Caretaker tu nampak tak puas hati dengan jumlah yang saya beri. May I add that we could not understand his English and Shane had to help interpret. Which means, I do not think he was an officially appointed guide. More like just taking care of the building and its content.
Tetiba datang seorang lagi lelaki tanpa beritahu siapa dia, juga minta tips dari kami! Saya tanya dia siapa. Dia kata dia officer caretaker tu. Huh....? Memikirkan yang probably this so-called officer may take the tips I gave the caretaker, saya pun bagi la juga tips pada dia. Tak banyak pun tips yang saya bagi to both of them. Tak pe la. Actually, rasa kesian pun ada juga pada mereka sebab mereka nampak macam orang susah pun ada jugak.
Okeh, jom naik balik tut tuk... :)
As Shane sped through Colombo, I took a few more street shots.
Haaa... inilah loceng yang dulu2 dibunyikan jika seseorang dijatuhkan hukuman mati di Old Town Hall. Ia dipanggil Kayman’s gate belltower.
Foto lama dan baru Kayman’s gate belltower. Kayman asalnya dari perkataan 'Kaaiman' yang bermaksud buaya. Sebabnya dulu di situ ada banyak buaya yang datangnya dari tasik Biera melalui sungai St.John sebab nak makan sampah sarap yang dibuang oleh penduduk bandar.
Di kawasan ini ada ramai orang Islam.
Sebuah pasar terbuka.
King Coconut yang cukup popular di Sri Lanka.
2 menara moden tu ialah the World Trade Centre. Di situlah letaknya Bursa Saham Colombo. Yang merah tu ialah bangunan zaman British kepunyaan Cargills [Ceylon] Limited [a public listed company in Sri Lanka].
Seterusnya kami berhenti di bangunan kecik ni. Eh.. apa ni? Lokasinya pulak dalam kawasan parking bangunan pejabat sebuah syarikat insuran Sri Lanka, Ceylinco.
Rupanya ia adalah sebuah penjara. Keciknya penjara. Ya betul, sebesar lebih kurang 10' x 10'. Ini adalah penjara King Sri Vikrama Rajasinhe, king terakhir Sri Lanka.
Bila King Sri Vikrama Rajasinghe digulingkan and British menjajah, King Rajasinghe dan isteri dia were deported to India (where he died). Sementara nak di deport tu King ni dipenjara dalam cell ini selama 10 hari.
Portrait King and Queen, King Sri Vikrama Rajasingha dengan permaisurinya, Queen Venkata Rengammal. Gambar ini diambil melalui iron bars.
Di atas tu gambar2 tentang kejayaan King Rajasinghe. Yang kiri ialah gambar Temple Of The Tooth. King Rajasinghe tak bina temple tu tapi dia bina parit di situ. Yang kanan ialah gambar tasik buatan Kandy yang dibina oleh beliau.
Ini portrait Prime Minister Pilimatalava yang bantu King Rajasinghe jadi the next Sri Lanka king pada masa itu semasa King Rajasinghe masih berumur 18 tahun.
Gabenor Ceylon yang menguling King Rajasinghe.
Tetiba masa tu turun hujan dengan lebatnya dan angin kuat. Habis payung yang diberi Shane flipped over dek angin yang kuat tu.. hehehe.. Despite the heavy rain, we were giggling and laughing while Shane sibuk menutup tuk tuk dengan penghadang hujan transparent.
Shane pasang penghadang hujan, siap berzip :). Seronok pulak naik tuk tuk dalam hujan.. hehehe...
Seterusnya kami ke Colombo Port Monument. Masa tu hujan dah berhenti. Memang hujan di Sri Lanka ni nampaknya sekejap2 je.
Ada light house di monument ni. Dan kelihatan di sebelah kanan satu stupa besar yang dibina oleh gereja Wolvendaal ceritanya seperti yang saya catat dalam entry sebelum ini.
Dari monumen ini dapat dilihat Pelabuhan Colombo, antara pelabuhan yang tersibuk di Asia Selatan dan yang ke 35 paling sibuk di dunia.
Ada perancangan untuk membesarkan pelabuhan ini tapi terpaksa diberhentikan kerana terdapat kesan negatif pada alam sekitar. Kerja pembesaran pelabuhan ini cuma akan dimulakan semula setelah isu2 kesan pada alam sekitar dapat dielak dan diatasi.
Crane2 merah tu kami dapat lihat dari pantai Prithipura di Pegasus Reef hotel di mana kami menginap.
Bersetentangan dengan monumen ini ada sebuah hotel yang berbentuk kapal.
Meriam2 ini cuma digunakan ketika menyambut hari kemerdekaan Sri Lanka di mana 3 das tembakan dilepas untuk setiap meriam dari 7 meriam ini.
Bersambung dengan bahagian Day 04 - Part 04... temple and paintings... :).
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:
18) SRI LANKA - GANGARAMAYA TEMPLE - STREET PAINTINGS - DAY 04 - PART 04
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
hishhh..
ReplyDeletemintak tips manjang!!
yes..
nampak menakutkan patung-patung wax tu!!
dah lah gelap..
ada toilet tak penjara tu?
ada try tak king coconut tu?
Haaa.. kalau ke sana bersedialah dgn permintaan2 tips ni doc. Especially bila kita minta bantuan. They will not tell you that they'll be charging / asked for tips. Dah selesai baru dia minta. It was as if macam kita dah mesti sedia tahu. Tapi tak semua tempat macam tu. Macam kat hotel2 yg kami menginap, tak perlu bagi tips. Nak bagi boleh tapi tak compulsory.
DeleteHehehe... it felt eerie. Dan bau pun hapak dan tempat tu berhabuk. Mmg neglected tempat tu.
Tak de doc. Kesian kan. Macam bilik kecik, bilik store je. And he was the king.
Minum air straight dari kelapa tu tak de. Tapi saya beli yg dah pack yg dijual di kedai sebab nak make certain tak sakit perut... hehehe... Mmg sgt sedap. Susah nak describe. Lain sikit dari rasa air kelapa kat M'sia ni,