Friday, November 27, 2015

SRI LANKA - GANGARAMAYA TEMPLE - STREET PAINTINGS - DAY 04 - PART 04

Dari Colombo Port Monument kami pun kembali bertuk tuk ke destinasi lawatan seterusnya. 

Dalam perjalanan tu kami nampak bangunan yang tersergam indah ni. Ini adalah Colombo Fort Presidential Secretariat Building. Ia mengadap laut. So it was very windy there.

Dibina pada tahun 1930 ia adalah Parliment Sri Lanka sehingga tahun 1983. Patung2 di depan bangunan ini adalah patung2 former Prime Ministers. 

Dari foto atas nampak tak di sebelah kanan ada bendera. Itulah bendera Sri Lanka. Jom kita baca sikit tentang bendera ni :).

Sebab masa tu hujan dah betul2 berhenti dan dah mula panas maka Shane pun berhenti tepi jalan dan gulung balik plastik penghadang hujan. Very neat!
Kalau tak gulung maka akan kepanasanlah pulak kami nanti dalam tuk tuk tu.. hehehe...

Sebuah hotel mewah di Colombo, the Taj Samudra Colombo, a 5 star hotel.

Itu adalah Colombo Lotus Tower yang sedang dalam pembinaan. Dijangka akan setinggi 350 meter ia akan menjadi tower tertinggi di Asia Selatan. Di bahagian atas akan berbentuk bunga lotus. Ia dibina dengan pembiayaan dari Bank of Peoples' Republic of China. 
The ColomboTower Lotus will handle about 50 television and radio frequencies, and provide facilities and space for about 20 telecommunications services. In addition to technical equipment, the tower will house a museum of telecommunications, a cafeteria and administration offices.
The body of the tower will be a concrete cylinder, with high-speed elevators. The summit of the tower will have eight floors, dedicated to several recreational activities. These include an observation deck, a revolving restaurant and a conference centre with a capacity of one thousand guests. Two floors will be dedicated to a super luxury hotel.
Source: http://www.asianews.it/

Bandingan Colombo Lotus Tower dengan menara2 lain di dunia.

Di Colombo juga terdapat beberapa lagi projek mega lain yang sedang dalam perlaksanaan. 
Dari kiri ke kanan: Lotus Tower, Altair, ITC Colombo, Colombo City Center dan Shangri-La hotel.

Yang berbumbung biru itu adalah sebuah kuil di atas air, Sima Malaka (Seema Malakaya) temple namanya dibina di sebuah tasik buatan iaitu Tasik Beira. Ia adalah sebuah pusat meditasi Buddhist dan merupakan sebahagian dari Gangaramaya Temple yang lokasinya tidak jauh dari situ. Di situ ada banyak patung2 Buddha duduk dengan pelbagai pose yang diderma oleh Buddhists dari Thailand. Di situ ada juga Hindu deities, Pillaiyar dan Murugan. Yang peliknya kos membina kuil Buddha ini dibiayai oleh sepasang suami isteri beragama Islam S.H.Moosajee dan isteri sebagai mengenang anak lelaki mereka. 

Kami kemudian dibawa Shane ke Gangaramaya Temple. 

Sedikti info tentang Gangaramaya temple yang saya jumpa dalam majalah travel Sri Lanka.


Dan kami pun sampai ke Gangaramaya temple ni. Nak masuk kena bukak kasut. 

Kasut boleh ditinggalkan di almari di entrance atau di tempat simpan kasut berbayar, LKR200 sepasang. Bertudung adalah dibenarkan. Shane tak ikut kami masuk dalam sebab tak ada tempat nak parking tuk tuk. So dia kena tunggu tepi jalan.

Gangaramaya adalah sebuah kuil dan pusat pengajian agama Buddha yang terkenal di Sri Lanka. Kami masuk ke bahagian muzium di mana disimpan semua hadiah2 yang diterima oleh kuil ini. 

Kuil ini sudah berusia lebih 120 tahun dan diujudkan oleh salah seorang sami Buddha yang mahsyur iaitu Venerable Hikkaduwe Sri Sumanagala Nayaka Thera, pengasas Vidyodaya Pirivena [originally an institute of oriental learning for monks].

Oh ya, fotografi adalah dibenarkan dalam kuil ni.

Ada bermacam2 artifak dalam muzium ni. 

Di sini juga ada dinding tangga yang ada 300 patung2 Buddha duduk dengan pelbagai gaya tangan yang dibuat dengan batu. Ada juga stupa batu.

Tengok patung2 batu ni mengingatkan saya pada yang di Candi Borobudur. 

Dalam bilik kaca ni ada, tak tau apa bendanya, tapi looks like macam disalut emas. Sesekali kami nampak ada sami buddha yang senior bawa beberapa pengunjung2 ke dalam dan bersembahyang. Must be by special request kot dan kena bayar agaknya for entrance and for prayer such service.

Ada juga loceng2 besar ni. 
Dalam agama Buddha, dipercayai loceng2 ini adalah simbol suara Buddha yang memanggil dan meminta perlindungan dari dewa2. 


Di bahagian luar ini pula ada patung Buddha warna emas dan sebuah stupa putih besar dan juga pokok Bo. 

Ada juga bahagian nyalaan lampu minyak untuk tujuan sembahyang. 

Maka terkeluarlah lens 50mm saya.. hehehe...



Penganut Buddha sedang bersembahyang di depan stupa putih. 

Tetiba kami ternampak seorang sami Buddha ni tengah lalu. Terus la took a few shots. Tak disangka kami ditegur oleh sami ni. 

Sami ni nampak girang bila kami kata kami dari Malaysia sebab dia cerita dia pernah ke Malaysia beberapa tahun yang lalu bertugas di sebuah kuil di Brickfields. Sangat friendly sami ni :). Saya happy sebab bukan sahaja dapat ambik gambar sami ni dari dekat begini secara portrait tapi juga dapat sembang2 dengan dia :). 


Selain dari muzium dan tempat pemujaan dan sembahyang, kuil ini juga ada vocational training institute. Macam2 kelas diadakan dari technical hinggalah ke scretarial, semua secara percuma. 

Kami ternampak pelajar2 sekolah ni dan terus bertegur dengan wanita2 yang mengiringi mereka dan bertanya. Malangnya mereka cuma boleh berbahasa Inggeris sikit2 je. Tapi dari apa yang saya faham pelajar2 ni memang di kuil ini untuk menghadiri kelas yang dianjur oleh pihak kuil. 

Selesai round2 kami pun exit the temple. Ni di tempat simpan kasut. Memang elok la kami simpan di tempat berbayar tadi.

Shane sudah menunggu di tepi jalan, so kami naik balik tuk tuk dan teruskan perjalanan ke Liberty Plaza Arcade to meet Terrence for lunch.

Dalam perjalanan tu kami nampak bangunan Colombo City Hall yang baru ni.  

Juga bangunan Nelum Pokuna Mahinda Rajapaksa Theatre. Ni macam Istana Budaya kita di Malaysia di mana boleh diadakan large scale theatrical productions.

Sri Lanka's National Art Gallery.

Lepas tu kami nampak banyak lukisan2 di tepi jalan untuk dijual. Wah! Besar mata saya! Hehehehe... Cantik2 sungguh lukisan2 ni! Kata Shane yang menjual tu adalah pelajar2 arts yang menjual hasil karya mereka di Art Street ni. 

So beautiful!


Pelukis2 di sini memang sangat berbakat!

Ada lukisan realistik, moden dan portraits. 

Di sinilah satu2nya Art Steet di Sri Lanka di mana orang ramai boleh saksi, belajar dan beli hasil seni lukis. Tempat di mana artis melukis, mempamer dan menjual lukisan mereka.

Kebanyakkan artis2 di sini bukanlah orang2 susah sebenarnya tapi mereka suka berada di situ kerana tempat itu seperti sudah menjadi hub di mana hasil karya mereka boleh dipamer dan jual.   

Kebanyakkan artis2 di sini adalah art teachers. Ada yang dapat jemputan melukis untuk hotel2 dan korporat. Ramai juga menjual lukisan kepada private art galleries or foreign buyers.

Kalau pembeli2 tak jumpa lukisan seperti yang mereka mahu, pembeli2 boleh memilih pelukis mana yang mereka mahu dan lukis lukisan mengikut kehendak dan spesifikasi mereka.  

Lukisan2 di sini adalah lebih murah dibanding dengan lukisan di galeri kerana tiada orang tengah. 

Harga lukisan2 di sini adalah antara Rs 1,000 to Rs 80,000 [RM30.00 ke RM2,400.00].

Kebanyakkan lukisan2 yang in demand adalah lukisan2 yang menggambarkan budaya Sri Lanka.

Ok, jom kita tengok lukisan2 seterusnya. 

Oh, by the way, semua foto2 ini saya ambil dari dalam tuk tuk yang tengah bergerak. Jadi kami minta Shane slow sikit bawak tuk tuk.. hehehe...




Saya suka betul lukisan fishermen on stilts ni. Tapi dari apa yang saya baca, kalau nak ambik gambar nelayan2 sebenar memancing cara ini, nelayan2 tu akan kenakan caj. 


One of my favourite painting!




Another awesome painting!



And then off we went for lunch... :)

Bersambung dengan bahagian Day 04 - Part 05... temple and canal....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. stilt fishing!!!!!

    nanti saya memang nak cari..
    dengarnya kena bayar sikit kat para nelayan tu kalau nak ambik gambar..
    well..
    for that priceless oppurtunity.. why not !!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes please! Itinerary wajib ni! :)
      Betul, rasanya tak mahal kot bayaran tu given the, as you said it, priceless opportunity!

      Delete