Kami nampak kilang teh [that's Tea Castle St. Clair], hindu temple, Forest Creek Craigielea Estate dan terowong. Kami buat kesimpulan yang 'adventure' ke Nuwara Eliya adalah ketika dalam perjalanan kerana selain pemandangan yang indah ada juga macam2 benda lain yang boleh dilihat.
Pada masa ni kami dah sampai ke area pekan Kotagala. Saya perasan ada pokok2 pisang dan hanging decorations seperti thoranam [yang dibuat dari daun kelapa] dipasang pada kedai2 dan rumah2. Saya fikir ni mesti ada Hindu celebrations.
Lagi kami makin dekat ke pekan Kotagala, lagi banyak kedai dan rumah yang kami nampak dihias. Lagi saya excited bila nampak penduduk2 di situ semua berpakaian cantik dan berwarna warni! Wah! Best ni!
Perasan tak mereka dalam gambar ni tak pakai kasut/selipar.
Terrence kata kawasan Kotagala ni majoriti adalah berbangsa Tamil dan pada hari itu adalah perayaan Vel mereka [Adi Vel Festival]. Perayaan Vel ini adalah perayaan paling penting bagi mereka yang beragama Hindu di Sri Lanka ni.
Perayaan Hindu yang terpenting ini adalah satu dedikasi penganut agama Hindu pada Skanda/Kataragama [a guardian deity of Sri Lanka] yang melibatkan perarakan [procession] di mana the deity's chariot and vel (lembing) dibawa/tarik melalui pekan/bandar ke kuil. Dan kuil di Kotagala ni ialah kuil Sri Mutthu Vinayagar Swamy.
Uwahh!! Ada chariot!
Terrence juga beritahu selalunya akan ada coconut smashing selain chariots processions. Terus je saya tanya boleh ke saya keluar dari kereta dan ambil gambar pada Terrence. Tak puas rasanya nak ambik dari dalam kereta sahaja. Lagi pun ada polis jaga lalu lintas tentu sekali mereka tak benarkan kereta saje2 slow down nak tengok procession tu. Boleh kata Terrence. Dia kata dia akan drive slowly dan akan tunggu saya di tepi jalan ahead of the processions. Melompat saya keluar kereta.. hehehe... tak la, hampir melompat je.. hahaha..
Sebuah Vel chariot yang besar.
Masa berjalan nak ke arah the crowd and chariots, saya perasan juga kedai2 yang berhias di tepi2 jalan tu. Tergerak hati nak juga saya ambik gambar kedai, tuan kedai dan offerings mereka. Terus saya buat berani dan approached uncle ni, said 'Good Morning uncle' dengan suara ceria dan senyum lebar2. Uncle tu senyum je. Eh.. tu respond baik tu.. hehehe. Tak tau if he can speak English or not so lepas tu saya pun guna la isyarat tangan minta kebenaran nak ambik gambar dia. Tanpa cakap apa2 terus je uncle tu pose depan meja yang ada offerings ni. Then tiba2 isteri dia keluar dari belakang kedai dan join sekali. Saya tersenyum lebar lah! Hehehe... Sebelum saya pergi saya nak tunjuk la rasa appreciation saya so saya kata la thank you a few times siap dengan goyangan kepala khas orang India tu and salam uncle tu. Dia senyum je dan goyang kepala balik pada saya... hehehe....
Sempat juga saya dapatkan a few shots of their offerings atau persembahan yang diletakkan di atas meja betul2 di depan kedai mereka. Untuk penduduk beragama Hindu di Kotagala ni kuil mereka adalah kuil Sri Mutthu Vinayagar Swamy. Dan devotees yang melawat dan berdoa di kuil ini adalah untuk mendapatkan tuah dalam memulakan sesuatu kerja, menyingkir halangan, memperbaharui tenaga, kejayaan, kebijaksanaan dan produktiviti pertanian yang bagus.
Foto kanan:
- Atas dulang2, ada buah2 kelapa, mangga, nenas, tembikai, pisang, cantaloupe, daun sirih serta buah pinang dan biskut krim cokelat. Pada pisang tu dicucuk incense.
- Ada juga tablet kapur barus [Elephant Brand Camphor] yang selalunya digunakan masa Hindu prayers di kuil atau di rumah. Tablet tu dinyalakan dan api tu dianggap sebagai satu simbol ketuhanan pada penganut agama Hindu.
- Dan di bawah tablet kapur barus tu ada sehelai kertas yang tertulis satu senarai dalam bahasa Sinhalese, agaknya senarai nama2 for the blessings.
- Dan di bawah kertas senarai tu ada sejumlah wang. Mungkin sebagai saguhati kepada sami yang akan datang memberi blessings.
- Ada juga sehelai kain yang cantik dan nampaknya mahal.
Foto kiri:
- Ada Kalasha [metal pot] yang diletakkan di atasnya buah kelapa dan dihias dengan daun pokok mangga dalam bilangan 5, 7 atau 11. Yang ni ada 7, disusun supaya tip of the leafs touches the water inside the metal pot. Ada nampaknya macam sekuntum bunga carnation atas buah kelapa tu.
- The whole offerings, buah kelapa dan kalasha ni dipanggil Purna-Kalasha, diletak atas beras yang diletak pula di atas daun pisang.
- This offering is viewed as a symbol of abundance, wisdom, and immortality.
Okeh, balik kepada the procession. Masa berjalan menuju mereka rasa berdebar juga. Maklum la saya ni dah la orang luar, nak ambik2 gambar pulak. Boleh ke? Apa2 pun, masa tu saya fikir elok saya keep my distance, be respectful dan smile a lot. Don't be intrusive and insensitive!
Penari yang bertopeng monyet [I think it was monyet lah] ni yang first sekali perasan saya. Yang bertopeng ni yang saya suspense sikit ni sebab tak tau dia ok ke, marah ke, senyum ke di sebalik topeng tu. Masa tu musik sedang kedengaran dan dia tengah menari2 dan posing2. Ehh... ok lah kot.. hehehe...
Ehh.. hehe... ada 'cik adik' ni juga la, menari2 bergoyang dengan begitu rancak bertenaga yang hanya boleh diterjemah daya kekuatan dan kekerasan tariannya adalah dari seorang yang dilahirkan sebagai seorang lelaki. Hadoi... susah benor nak describe.. hehehe....
By this time more and more of them had started to notice me. I was looking for any signs that might hint dislike ke atau tak suka ke, tapi tak pulak rasa perasan sebarang negativity. Cool :). In fact, sorang lagi penari bertopeng monyet ni siap bagi satu pose. At first dia tengah menari, bila nampak saya terus dia berhenti dan pose. Saya pun apa lagi terus aimed dan shoot. Lepas tu saya senyum, bagi thumbs up, dia lambai dan terus menari2 balik.. hehehe... That sure put me at ease :).
Haaa.. tu dia... mereka dah nampak saya dah.. hehehe... Truthfully though, mereka ni la subjek yang paling menarik untuk diambil gambar, betul tak? Hehehe... Ehh.. tak pakai kasut! Ok ke nak menari2 atas jalan tar tak berkasut?
Ok, saya zoom kasi nampak jelas sikit kan.. hehehe... The wig, wig accessories, the make up, the jewelries, the bright colored dress and the fur thingy :).
The musicians. Very loud, very upbeat and most definitely very festive! :).
And the festive mood was elevated up a few more notches with these dancers performances, complete with gyrating hips and quite suggestive movements.. hehehe...
Ada belanga atas kepala dia!
Tinggi mamat ni actually.
Ehhh... pointing2 kat I pulak.. hehehe...
Tu diaaaa...... melintuk liuk badan dia....mata melirik2... menggoda sungguh.. hahahaha...
Uwah.. eye contact.. hahahaha...
Musicians ni serious je...
Cantik la sangat ladies ni! Such beautiful sarees. Saya noticed saree mereka ni bukan yang traditional Sri Lanka saree tapi macam saree yang biasa kita nampak di Malaysia.
Elok2 saya minta kebenaran nak ambik gambar mereka. Guna bahasa isyarat le.. hehe.
Baik akak ni dan auntie2 tu. Anak2 akak tu nampak excited saya ambik gambar mereka :). Sebelum saya beredar saya said thanks sambil tapak tangan clasped ke dada dan goyang kepala gaya khas orang India. Senyum je akak tu.. hehehe...
Penduduk2 setempat beragama Hindu sedang beratur memegang tali chariot untuk ditarik lalu pekan Kotagala.
Chariot yang ada patung Ganesh, tuhan yang dipercayai oleh mereka yang beragama hindu sebagai tuhan wisdom, knowledge and new beginnings.
Dan seperti kata Terrence ada juga acara coconut smashings. Tak berani saya nak pergi dekat with all the coconut shell flying all over the place.. hehehe...
Sami atas chariot tu saya perhatikan macam popular dan disukai, revered, oleh penduduk2 di situ.
More coconut smashings. Saya risaukan keselamatan budak kecik tu. He was smashing coconuts too!!
Ok, ni video yang sempat saya rakam. So what do you think? :)
Waktu tu dah ramai dah penduduk pekan Kotagala beratur memegang tali chariot menanti masa untuk mula menarik.
Ini satu lagi chariot.
Masa ni saya dah berjalan ke arah kereta. Sambil jalan ambik la a few more shots.. hehehe...
Dah ternampak adik2 berdua ni pulak bersama offerings mereka. Ambik la gambar mereka juga :).
Another chariot.
Just like all the other chariots, yang ni juga sungguh berwarna warni.
Dan kami pun bergerak ke destinasi seterusnya.
Dalam kereta tak lupa saya berterima kasih pada Terrence sebab beri saya peluang ambik gambar di procession tu.
Seronok rasanya bila dapat pengalaman yang tak ada dalam itinerary :).
Bersambung ke bahagian Day 03 - Part 03.... tea plantations ...
Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:
18) SRI LANKA - GANGARAMAYA TEMPLE - STREET PAINTINGS - DAY 04 - PART 04
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
19) SRI LANKA - MODARA TEMPLE - HAMILTON CANAL - DAY 04 - PART 05
20) SRI LANKA - GOING HOME - DAY 05
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
hahhaahhaaaaaaaaa!!
ReplyDeletehaiyoooooooooo!!
make up kalah perempuan!!
pipi licin !
tuuut pun besar kalah perempuan!!
tau tak macamana depa besarkan tuuut tu..?
ramai yang makan pil perancang setiap hari.. tu yang kulit gebu dan tuuut besar!!
Tu dah 2 dah mereka ngalahkan perempuan. Tak tau apa lagi area yg mereka excel.. hehehe...
DeleteOooo.... pil tu pulak yang mereka dok telan. Pil2 tu boleh mereka beli ya doc?
Terima kasih atas perkongsian yang begitu banyak gambar dan berinformasi.
ReplyDeleteSama-sama Kakmahh...
Delete