Wednesday, October 28, 2015

SRI LANKA - FOOT BRIDGE AND GEMS - DAY 02 - PART 01

Bangun pagi tu di Hotel Earl's Regent Kandy, sebuah hotel di kawasan gunung. Sejuk nyaman. Tambah sejuk bila suasana mendung, berkabus, berangin dan sekali sekala hujan renyai. Feeling le kejap... hehe..

Saya juga noticed ada 2 magazines about Sri Lanka dalam bilik with very interesting info about this beautiful island. Hmm.. I wonder if they are complimentary. Terus saya call front desk kata I love the magazines so much and wonder if I can keep them. Terus je front desk kata, 'Yes, of course Sir, you can keep them'. How awesome lah! So kalau ke Sir Lanka cuba arrange duduk di hotel ni ya. Pemandangan cantik sangat dan hotel staff pun mesra dan cekap. And later I found out the food is also sedap! :). Also hotel ni baru je dibuka pada tahun 2014. 

These are the 2 magazines yang sarat dengan maklumat2 menarik tentang Sri Lanka :).


Subuh masuk pukul 4:45 am, sunrise pukul 6:00 am dan sarapan disediakan seawal pukul 6:30 am. Jadi lepas solat memang ada banyak masa so elok la baca Quran dan doa banyak2 semoga selamat perjalanan. Begitulah seelok2nya jika kita pergi jalan2 ni. Jangan terlalu berseronok sehingga mana ibadah yang sepatutnya sempat kita buat tapi kita tak buat. At least bawak surah Yasin. Tapi jangan bawak je, kena la baca.. hehe... Ok lah, ceremah la pulak kan.. Bukan apa ini semua pun actually adalah nasihat dari someone so saya share kan bersama di sini.

Kami pun turun for breakfast. Elegan dan selese restorannya. So comfy rasa macam nak duduk situ lama2 dan minum bercawan2 teh sedap Sri Lanka. Masa tu pulak tengah hujan... huu... memang nikmat sungguh lepas dah kenyang sarapan dok sipping tea... :).

Macam biasa saya pun round dan ambik gambar.. hehehe...

Our breakfast :). Mee hoon vegetarian tu punya la sedap. Bertambah saya.. hehehe... Dan mini sugared croissant tu!! Hmm.... 

Hujan dah mula turun. Lebat. 

Jom baca sikit keadaan cuaca di Sri Lanka masa bulan September. 

Selesai makan, hujan lebat tadi dan pun berhenti. Renyai2 sikit. Since ada masa sebelum Terrence datang ambik kami, kami pun jalan2 around hotel dan ambik gambar. Ni lobby hotel. Nice!

Pillar depan lobby bentuk gajah putih. Grandiose. 

Earl's Regent Hotel, Kandy, Sri Lanka. 

Ada banyak bunga2 :).


Such beautiful morning scenery!

Masa masuk balik ke lobby, ternampak staff hotel ni yang berpakaian tradisional saree style Sri Lanka. Terus tanya boleh ke ambik gambar dia :). Unik kan saree mereka. 

Di satu sudut hotel ni juga ada display pelbagai jenis teh produced in Sri Lanka. Macam2 jenisnya!! Hebat! 

Lepas tu keluar balik ke bahagian tepi hotel and saya pun do a bit of exploring. 

Views memang la cantik2 sangat. SubhanAllah.... 

Pagi tu Terrence kata dia akan bawa kami singgah ke jambatan gantung ni sekejap sebelum ke destinasi pertama. Nice lah!

Terrence pun sampai dan kami pun bertolak pagi tu ke tempat2 lawatan as per itinerary. Mula2 sekali kami ke Halloluwa Foot Bridge, sebuah jambatan gantung. Err... saya seram sikit jambatan2 gantung ni sebab sure goyang2. Dah la kat area tu angin agak kuat.. hehehe.

Jalan masuk ke jambatan gantung.

Jambatan ini merentasi Sungai Mahaweli, sungai terpanjang di Sri Lanka. 

Terus pasang zoom lens nak dapatkan shot macam ni.. hehehe... 

Masa ni belum lagi jalan atas jambatan tu so ok lagi la.. hahaha... 

Ok, jom kita jalan... 

Uwahh... pemandangan yang sangatlah cantik.. subhanAllah... 

Tak tau nak caption apa for views yang cantik2 macam ni. Kita nikmatilah ya keindahan ciptaanNya.... 

Tak de buaya dalam sungai tu kata Terrence, cuma ada biawak air. 




Video pendek.. :). Perasan tak bunyi angin dan baju dan seluar Terrence yang bergelombang2 ditiup angin. Haaa.... kuat angin masa tu! Hehehe...




Paling tak syok bila kena berselisih dengan pejalan lain... hehehe... 

Ni view jambatan gantung ni dari Earl's Regent hotel...

Dan ini pula view Earl's Regent hotel dari jambatan gantung ni... 


Ramai juga penduduk2 setempat yang lalu lalang di jambatan ni...






Terrence juga cerita di sungai Mahaweli ni lah pengambaran filem Indiana Jones and the Temple of Doom dibuat. He was referring to the bridge scenes. 
Source: link




Ok, that was quite a nice short stop actually. 'Lovely' goyang2 walk [after breakfast somemore.. hehehehe] and awesome views. An absolutely wonderful way to start our day 2 :).

Seterusnya kami ke gem center, Amith Gems. 

Kami dibawa Hemachandra, the center's guide ke video room where we watch the painstakingly difficult process of melombong permata. Ada saya shoot video ni using my camera tapi audio tak begitu bagus dan tak jelas. 

Lepas tu kami ke Gem Museum dan Hemachandra memberi macam2 penerangan tentang jenis2 batu2 permata yang ada di Sri Lanka. Aktiviti perlombongan batu permata di Sri Lanka berpusat di sebuah bandar yang bernama Ratnapura di selatan negara tersebut.

Banyak info yang boleh dibaca pelawat dalam Gem Museum ni. 











Ini pula demo mengilap batu permata. 

Last sekali of course kami dibawa ke bahagian jualan jewelry. Memang la tak de intentions nak beli pun sebab bukannya mampu jadi ambik2 gambar je la. Kesian pulak pada si Hemachandra tu sebab beria2 dia suggested macam2 jenis batu permata dan jewelry designs. Agaknya kalau kami beli mungkin dia dapat commission kot. Sebab tu la. So saya terus terang je la kata kami tak berminat nak beli cuma nak tengok dan ambik foto sahaja. Still dia suggest macam2. So as tak nak buang masa dia dan masa kami, lepas dah ambik2 gambar kami pun beredar. Of course say thanks la pada guide tu. Kesian pulak. 

Antara jewelries yang mahal2 harganya yang ada di galeri Amith Gems ni. Yang ni kalau tak silap berharga berpuluh ribu USD. 



Other jewelers.

Bersambung dengan bahagian Day 02 - Part 02... kraftangan... 

Di bawah ni saya senaraikan kesemua links untuk entries Sri Lanka saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. banyak nya kedai yang si terence bawak ..

    teringat masa belajar geografi dulu.. kandy / sri lanka adalah antara pengeluar batu permata terbesar di dunia

    mesti mahalkan batu batu tu!?
    bagus lah en syed cakap awal awal.. kalau tak lagi banyak dia promote nanti
    dan berharap
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. sorry... actually Terrence bawa kami ke satu jeweler tu je. Yang lagi 4 tu [last photo] saya ambik dari majalah sana saje nak tunjuk ada banyak pengeluar/penjual permata di Sri Lanka.. hehe.. sorry.. :). Kalau betul Terrence nak bawak kami to other jewelers, memang akan kami decline! Satu cukup dah just for experience.. hehehe...

      Betul, wife and I pun sama teringat! :).

      Mahal doc! Tapi yang murah2 pun ada and they look just as beautiful! Macam2 kaler!
      Yes, gitu la tujuan saya bila kami just cut short our visit there. Walau pun saya suka sangat tengok seni jewelries designs tu...

      Delete