Friday, October 9, 2015

HARI TU

Lama dah tak buat entry 'Hari tu...' di mana saya kongsi kompilasi my day to day photos shot with my handphone. 

Here is the latest set. Kebanyakkan foto2 ni dah berbulan lamanya dok dalam folder pending posting disebabkan nak mendahulukan cerita dan foto2 program jalan-jalan saya.. hehe..

Hari tu gi Spectrum Mall dekat rumah dan terjumpa ais krim ni. One day nak try. Sedap kot. Harap2 tak cair bawak balik rumah untuk difotografi dulu.. hehehehe...

Hari tu saya lunch makan nasi ni. Sekali sekala sedap gak makan makanan Jepun. Senang nak makan. Ngap sekali gus seketul, kunyah sambil pipi kembung2.. hehehe...

Hari tu saya beli lagi German Cheese Sausage ni :). Mahal tapi, RM2.50 satu!

Hari tu saya balik Batu Gajah naik tren ni. Selesa. Fortunately ada lagi tiket. 


Hari tu saya solat Jumaat di Masjid Batu Gajah yang indah ni. 

So beautiful!

Shot fav saya :).







Hari tu belah petang di Batu Gajah saya dan isteri ke Ekspo Borong Kemboja, di dataran across the road from Pasar Batu Gajah. Husband and wife yang jual pelbagai kacang2 ni sangat la peramahnya! Kelakar dan happy people. Saya rasa sebiji dua kacang kuda rebus mereka. Sedap sungguh. Bila saya macam mana boleh sedap macam ni, the husband said rahsianya ialah masa kacang kuda di atas steamer tu, air mendidih di bawah menggunakan air rebusan kacang kuda tadi. Jimat pun jimat dan tak bazir air, sedap pun sedap, kata the husband.. hehehe... 

Kebanyakkan peniaga jual kain baju. Rows and rows of them. 

Tudung2 berlambak-lambak, main pijak2 je.. hehehe... 



Hari tu, esok paginya di Batu Gajah kami ziarah kubur mak dan ayah isteri saya. Tanah perkuburan ini dijaga begitu elok sekali. 

Bahagian tanah perkuburan yang masih kosong. Saya tinjau ada juga beberapa kubur2 lama.

Sebuah kubur lama. 

Suasana yang tenang dan scenic. 



Hari tu saya noticed 2 things: Satu buat saya sedih. Satu lagi buat saya marah!
1) Ish.. ish... kenapa la pakai seluar pendek tak tutup aurat? Why?
2) Vaping depan buffet!!!! Seriously!!??

Hari tu masa keluar dari lift saya ternampak staff kondo tengah nak gi fogging nyamuk. Elok la, cause Ampang adalah antara kawasan yang banyak kes denggi. Saya pun sembang kejap dengan staff tu dan minta izin ambik gambar dia. Saya dah kenal dia actually dari a couple of jobs di unit saya.  

Bila saya balik dari pergi sarapan, saya notice Maintenance Room terbuka dan staff tadi ada di dalam setelah selesai fogging. Terus saya mintak izin lagi ambik gambar, kali ni ambik gambar mesin fogging ni :).

Hari tu saya pergi Hospital Ampang untuk pemeriksaan mata tahunan. Syukur Alhamdulillah results semua ok. 

Hari tu saya gunting rambut. Ada Aishwarya Rai Bachchan, Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan.. hehehe... Eh, macam mana saya boleh kenal? Sekali sekala layan gak filem Hindustan.. hehehe. Selalunya tgk halfway je sebab panjang sangat... hahaha...  

Hari tu masa jalan2 di GM Klang, terjumpa kedai yang jual lensa2 ni for handphone. Punya la saya excited. Lepas diberi sedikit demo, terus saya beli! Hehehe... For wide, macro dan fisheye lenses, harganya around RM60.00. 

Dah excited sangat nak try, esok paginya terus ke Taman Rimba Ampang to test the cute lenses.. hehehe...

Foto atas ditembak dgn hp tanpa wide angle lens. Yang bawah dengan wide angle lens. Shot from exactly the same spot. Amazing! So wide!

Ni pula shot dengan fisheye lens. Super fun!

Dan yang ni dengan macro lens. Haaa... nak guna macro lens ni sangat mencabar. Kena betul2 dekat dengan subject dan tak boleh goyang langsung! Kalau dah kena dekat sesangat dgn subjek, makanya nak shoot serangga memang susah la. 

More shots from the fisheye lens.

Yang belah kiri tanpa lens. Yang kanan dengan wide angle lens. 

Yang ni shot dengan macro lens. Sangat susah nak dapat sharp image. 


Shot without [left] and with [right] macro lens.


Haaa.. if subjek terletak macam ni senang la nak focus dan dapat imej yang ok tajamnya when shot with the macro lens.

Pretty awesome right! :)

Dengan wide angle lens tu juga boleh dapatkan shot sun flares macam ni :). 

Till the next set of 'Hari tu...' photos... 
Meanwhile, keep shooting ok :).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


4 comments:

  1. saya suka laa entri haritu en syed nih! random. macam macam boleh taruk! macam baca buku bergambar.

    tu eskrem comel-comel tuh... geram nak ngap ngap je saya rasa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks GB! :)
      That's the idea, a compilations of random stuff. Nak bercerita pun macam seronok :).
      Also nak bagi pelbagai sikit blog ni.. hehehe...

      Hahaha... comel2 kan :)

      Delete
  2. er..
    rasa macam mahal lak lenses tu..
    mungkin ikut brand kot..
    hari tu [ heheehee..] saya beli rm 15 je kat GM tu hari tu ..

    masih ada jambatan buruk tu
    ingatkan dah runtuh!!

    we owe you satu taman Rimba Outing kan!!
    taaak jugak sempat-sempat !!

    cantiknya Masjid Batu Gajah tu!

    Ai kenot makan sushi..
    tak kenyang !!
    hahahhaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal ek doc? Entah lah saya pun tak tau mahal ke tak sebab tak tau harga biasa pasaran. Tapi rasanya 3 lenses for RM60 tu kira ok la.

      Yes, masih ada sebab rasanya tu concrete. Kuat lagi tu.. hehehe...

      Hahaha.... harap2 bila jerebu dah betul2 clear...

      Yes, cantik masjid tu tapi saya lupa nak ambik dari luar pulak.. hehehehe...

      Makan le 10 ketul, pasti kenyang!! Hehehehe...

      Delete