Friday, October 2, 2015

JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - JAMBATAN GANTUNG - MEE SG LEMBING - CRYSTAL HOUSE - LOMBONG TIMAH - MI JAWA

Jalan-jalan Sungai Lembing: Jambatan Gantung Kolong Pahat, Mee Sungai Lembing, Crystal House, Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing, Mi Jawa.

Seterusnya Azlan akan bawa saya ke satu jambatan gantung. Hmm... selalunya jambatan gantung ni kuat goyangnya. Dengan nak mengimbang, dengan nak ambik gambar lagi... hehehe... Cause dok fikir sure view cantik when crossing the river...


Kami pun sampai ke jambatan gantung ni. Nama jambatan yang merentasi Sungai Kenau ini ialah Jambatan Gantung Kolong Pahat di Kampung Sungai Rimau.



Selain jambatan gantung ini, ada 3 lagi jambatan gantung yang merentasi sungai ini. 2 di bahagian utara di perkampungan Kampung Kuala Kenau dan Jeram Takar dan di bahagian selatan pula ada di perkampungan Seberang Kolong Pahat. 



ketiga-tiga jambatan-jambatan ini dah berusia lebih 100 tahun. Yang di Kampung Kolong Pahat ni ialah jambatan yang tertua. 



Surely la yang tertua bukan bermakna still ada originals part. Tentunya dah dibaikpulih, parts replaced and upgrades done. Pastinya keselamatan pengguna diutamakan. Oh ya, memang la bergoyang dan terhenjut atas bawah.. hahaha...



Pemandangan cantik macam ni mesti la kena ambik gambar. So tangan kiri pegang net hijau tu dan tangan kanan pegang dan click kamera sambil terumbang ambing... hehehe.. Why goyang? Sebab masa tu tengah ada beberapa orang penduduk tengah lalu jambatan ni.



Memang cantik views di sini.





Sampai di hujung jambatan ada perkampungan.



Azlan kata jom kita pegi tengok kilang buat mee. Pada saya memang menarik sangat tu.. hehe..



Yang disebelah kanan tu lah kilang Mee Sungai Lembing.



Selain dari menjual mee, ada bermacam jenis sneks juga dijual termasuk bahulu dan biskut kelapa yang dikatakan sedap dan popular.



Inilah tuan punya kilang Mee Sungai Lembing. Nama dia ialah En. Chew Kok Heong. Baik sungguh orangnya dan sangat peramah. Saya bertanya adakah mee ni halal? Saya rasa tentulah ini bukan kali pertama soalan ni ditanya pada En. Chew. Dia terus menerangkan yang proses membuat mee di kilang dia menggunakan bahan2 yang bersih dan tidak menggunakan sebarang ramuan tidak halal. Minyak yang digunakan pun minyak masak biasa. In fact, tambah En. Chew lagi salah seorang pekerja wanita dia adalah beragama Islam. Dia tambah lagi tiada sebarang preservative digunakan therefore mee keluaran beliau ni cuma akan tahan seminggu sahaja simpan dalam peti sejuk.



Saya terus minta izin untuk masuk ke dalam kilang kecil ni dan untuk ambik gambar. En. Chew ok je :). Masa tu ada 3 staff tengah bekerja.



Mereka adalah penguli adunan, pembuat uraian mee dan perebus mee.



Okeh, mula-mula sekali di bahagian penguli mee. Tu dia, uli style dulu-dulu. Pakai kayu henjut-henjut atas adunan tepung yang dibalut like in the photos. Seronok betul saya tengok staff ni menghenjut-henjut dan menekan-nekan kayu uli tu pada adunan. Going left to right and repeat a few times sampai adunan tu elok leper sekata. 


Masa dia uli ni, saya kata la pada staff ni kalau saya yang henjut mungkin tak perlu ulang banyak kali henyakan. Jadi saya suruh staff tu makan lebih sikit. Terus dia gelak. Masa tu saya dengar En. Chew pun turut gelak. Tak sedar saya En. Chew pun dengar apa yang saya cakap pada staff dia.. hehehehe
Itu adalah kepingan adunan yang dah siap diuli.


En. Chew kemudian menerangkan proses yang seterusnya. Kepingan adunan yang dah diuli tadi akan dimasukkan ke dalam mesin membuat mee.



Akan terkeluar juraian mee dari noodle maker machine tu. Lalu terus juraian mee tu digumpal dan diletak di atas meja.



Lepas tu staff merebus mi akan mengambil longgokkan mee dan masukkan ke dalam kuali penuh dengan air mendidih. Dapur menggunakan bahan api kayu. Tak lama rebus mee ni. In fact almost macam mencelur je. Masa dalam air mendidih tu, mee tu akan diputar2 sahaja dalam kuali dan tidak diangkat celup. 



Proses merebus/mencelur cuma lebih kurang seminit sahaja. Tak boleh rebus lama untuk elak mee jadi lembik dan mudah hancur. Mee kemudian dikaut dengan senduk penapis dan sesenduk kecil minyak dituangkan ke atas mee like in photos.



Mee kemudian diayak-ayak to get rid of access water dan diserakkan di atas meja.



Kemudian staff akan mengirai2 dan mengaul2 mee supaya mee dan minyak rata bercampur.



Pengirai dilakukan dengan diangkat tinggi seperti dalam gambar. Dah selesai, mee yang dah sejuk akan dibungkus dalam plastik untuk dijual.


Secara keseluruhannya proses membuat mee di kilang Mee Sungai Lembing kepunyaan En. Chew adalah masih menggunakan cara tradisional. Kata En. Chew keluaran harian mee di kilang beliau adalah sebanyak 500 kg sehari. 

Lepas tu kami pun berjalan balik ke seberang menggunakan jambatan gantung tadi.


Seterusnya kami ke Crystal House pula. Hmm... apa yang ada di rumah tu? Crystalline stones?



Kami disambut oleh seorang auntie dengan senyuman :).



Inilah Crystal House yang popular di Sungai Lembing ni. Almost all the touring program for Sungai Lembing area ni mesti ada include a visit to this house. Cantik rumah lama ni dan kemas. Di laman ada deretan pokok-pokok bunga berpasu.



Dan inilah tuan punya Crystal House. Nama dia ialah En. Lee Hon. Isteri beliau ialah auntie yang menyambut kami tadi, Puan Lim Sam Mooi.



Ada banyak koleksi batu-batu kristal yang diletakkan di luar atau dalam almari kaca. Semua batu-batu kristal ni tidak boleh disentuh. Rosak pulak batu-batu kristal ni nanti. Juga ada kolam ikan kecil with benches.



En. Lee juga ada membuat replika terowong lombong bijih timah bawah tanah di belakang rumahnya. Ada 2 lorong.



Saya masuk. Terasa sejuk. Tak jauh ke dalam, cuma beberapa meter sahaja. Elok la cause saya ni claustrophobic.. hehe...



Bagus idea ni sebab ia beri pelawat feel berada dalam terowong lombong bawah tanah.



Batu-batu di sini memang cantik-cantik belaka. Macam-macam kaler. Kata En. Lee masa dia bekerja sebagai pekerja lombong bijih timah bawah tanah, dia sering bawa balik batu-batu berwarna-warni ke rumah sehingga menjadi satu koleksi yang besar. Satu hari seorang geologis datang ke Crystal House ni dan beritahu dia batu-batu itu adalah batu-batu kristal.



En. Lee opens his house for visitations to show his crystals terutama kepada yang berminat. Tiada satu pun batu-batu di situ adalah untuk di jual. So jangan tanya En. Lee kalau boleh dibeli koleksi kristals dia sebab those rocks are his babies, his hobby.. hehehehe....



En. Lee juga menunjukkan 3 ketul logam: Tin ore, copper and iron ore. Fascinating.



Di ruang depan rumah ni penuh dengan tampalan potongan surat khabar dan foto-foto pelawat-pelawat yang datang ke rumah kristal ini over the years. Termasuklah a Certificate of Appreciation [via a program 'Taste Of Malaysia' series] dari internationally renowned Chef Mr. Martin Yan who is a Chinese-born Hong Kong-American chef, food writer and cooking shows host.


Saya tanya En. Lee berapa umur beliau. Dia kata dah 74 tahun. Terus saya kata tipu lah! Dia gelak! Hahahaha... 

Agaknya setelah bekerja sebagai seorang pelombong selama 29 tahun beliau sudah biasa dengan cara penjagaan kesihatan yang rapi dan hidup penuh dengan aktiviti fisikal. Tu yang fit tu. Beliau kata dia selalu membuat pelbagai kerja untuk mencantikkan lagi rumah kristal ni :).

Saya juga ada tanya En. Lee tidakkah isteri dia risau selama dia bekerja di lombong? En. Lee ketawa je dan kata, 'Tak tau. Kena tanya dia lah'... hehehe... 

Berfoto kenangan dengan En. Lee yang sangat peramah dan kelakar :). Seronok sembang dengan dia.. hehehe...


Lepas di Crystal House, kami ke Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing.







Info tentang tempat ini.



Beberapa barangan, peralatan dari kegiatan melombong termasuk sebuah lif. Boleh muat 8 orang dalam lif tu.



Ada patung seorang pekerja lombong. Ini adalah tren yang membawa pengunjung ke dalam terowong lombong yang tidak berapa jauh dalamnya dan lepas tu akan ada guide membuat penerangan dan jalan-jalan di dalam. Ada juga pameran di dalam tu. Saya tak masuk tapi.. hehe. Info di atas tu semua saya tanya dari staff yang jaga tren tu.. hehehe...



Ni terowong tren masuk. Saya berdiri depan lobang tu.. sejukk... :).



Ada Galeri Terowong Lembing.



Seperti di Muzium Sungai Lembing, ada pameran foto-foto lama dan peralatan melombong yang digunakan. 













Sempat saya minta staff-staff ni bergambar :).



Then kami terus beredar. It was time for lunch! Dah lapar dah masa tu! Hehehehe....









Azlan bawa saya ke Kedai Makan Wan Masturah. Kedai ni dekat dengan pintu gerbang pekan Sungai Lembing, dekat dengan tempat Sungai Kenau dan Sungai Kuantan bertembung. Kata Azlan kedai makan ni sangat terkenal dengan hidangan Mi Jawa dan Mi Bandung. Hmmm... :).


Kami makan Mi Jawa. Uwahh! Memang la sedap sangat! Kuahnya cukup perisa. Mi yang digunakan kata Azlan ialah mi lidi. Tak la pernah saya dengar pulak mi tu. Tak kisah la, asal sedap.. hehehe. Yang saya suka sebab ditabur kacang tumbuk! So nice lah. Syukur Alhamdulillah.
Verdict? Sedappp! 2 enthusiastic Thumbs Up! :)
So kalau ke area ni, pastikan singgah makan mi Jawa ni ya :).

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan semua links entries Jalan-jalan Sungai Lembing saya:
01) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - LAO ZI TEMPLE
02) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - MUZIUM SUNGAI LEMBING
03) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - JAMBATAN GANTUNG - MEE SG LEMBING - CRYSTAL HOUSE - LOMBONG TIMAH - MI JAWA
04) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - GUA CHARAS
05) JALAN-JALAN SUNGAI LEMBING - AIR TERJUN SUNGAI PANDAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

14 comments:

  1. En Syed....

    ni mee yang dari kilang En Chew tu ke....? ...

    (itu yang saya komen... hahahahaa)

    yang lain2 mabeles macam selalu lah.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi Jawa tu bukan mee dari kilang tu CPL :).
      Tq :).

      Delete
  2. very informative tuan!!!! saya suka tengok botol coca cola berbagai bentuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks FF. Saya suka catat sebyk relevant info bila bercerita.. hehehe...
      Nice kan botol2 tu. All twisted like that! Unik!

      Delete
  3. pasal mee tu dan jambatan gantung tu .. dan uncle kristal tu..
    ada keluar kat majalah 3 dulu rasanya!
    tu yang saya tahu pasal sungai lembing ni!!

    sungai tu mesti penuh masa banjir besar tahun lepas kan??!!

    seronok nya henjut-henjut adunan tepung macam tu!
    tu mee kuning tu ya?
    yang buat mee goreng tu ya?

    soalan penting ..

    KENAPA TAK NAIK KERETAPI TU MASUK LOMBONG TU!!??

    hehheheeeeeeeee......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat2 tu memang antara yg popular untuk dilawat. Banyak juga info tentang tempat2 tu saya jumpa dalam internet. So bila Doc nak gi jalan2 sana? CPL dah ngajak dah tu... hehehe...

      I suppose so doc. Cannot imagine how deep and deras air masa tu! Sungai tu besar dan lebar! Bahaya!

      Hehehe.... kena pakar tu doc. Mesti training if not silap henjut mau hilang balance.. hehee.. actually I almost wanted to ask to try.. hahaha...
      Yep, tu mee kuning yg buat mee goreng :).

      Hahahaha...
      Sebenarnya... saya... sebenarnya... saya claustrophobic! Dulu, masa pergi Bukittinggi tu, yg masuk Lobang jepang tu kan, sebenarnya saya buat berani je tu. Tapi masa tu ada dgn my wife so jadi berani. Masa kat Sg.Lembing ni saya gi sorang je. Kalau saya panik sapa saya nak peluk??! Hehehe...

      Delete
  4. sesiapa pun boleh lawat ke kilang mee kuning dan rumah cristal tu walaupun tak ambik pakej tour guide tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana ada tour guide, honestly saya tak tahu pun tentang kilang mee tu.

      Kalau saya tak hire tour guide, confirm saya tak akan dapat cover semua 9 tempat yang saya pergi hari tu dalam masa a few hours.

      Delete
  5. macam mana nak ke crystal house tue.. sy google.. dia beri nama kedai di Megamall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba Ned google 'crystal house sungai lembing'.

      Delete
  6. Boleh tau pakej utk semua ni berapa RM? 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak ingat dah. Tapi it was less than RM500 untuk pergi ke 8 tempat2 tu, plus pergi lunch. Itu caj saya bayar seorang. Kalau ada 4 orang boleh divide, so cheaper la.
      Pakej ini termasuk kereta dan tour guide/driver dari pagi sampai petang.

      Delete