Friday, October 4, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - CHEFCHAOUEN - PART 02 - ALKASABA

Assalamualaikum.
Sambung cerita kami exploring bandar Chefchaouen. 

Penempatan asal bandar Chefchaouen ini adalah sebuah kubu kecil yang kini dikenali sebagai Kasbah Chefchaouen, sebelum ia berkembang menjadi sebuah bandar seperti hari ini. Maka adalah wajar untuk kami pergi melawat kubu itu. Dalam foto di bawah, menara di sebelah kanan itu adalah sebahagian dari kubu tersebut.

Ini Kasbah Chefchaouen, dilihat dari Outa Hammam Square.

Ini pintu masuk ke Kasbah Chefchaouen. Kubu ini juga dikenali sebagai AlKasaba seperti yang tertera di atas pintu masuk ini.

Di tepi pintu masuk ke kubu ini ada plak dengan maklumat ringkas tentang kubu ini.

Naik tangga untuk masuk ke kawasan dalam Kasbah.

Di dinding ada dipamer peta Kasbah ini. Kelihatannya kubu ini mempunyai pelan kepungan kira-kira seperti segi empat tepat dan diapit oleh benteng dan beberapa menara segi empat.  

Tiket masuk; 60 DH for Adult Foreign Visitor. Lebih kurang RM25.

Ok, mula-mula sekali, apakah 'Kasbah' di Maghribi?
🔴Berasal daripada perkataan Arab "qasaba," yang bermaksud "kubu" atau "kubu pertahanan," Kasbah ialah sejenis struktur unik yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina yang signifikan. 
🔴Kebanyakan kasbah yang ada di Maghribi telah dibina bagi pelbagai tujuan sepanjang sejarah, daripada sebagai kubu tentera hingga sebagai kediaman diraja.

Seperti yang saya alami ketika memasuki kasbah lain, seperti Kasbah Oudaya yang kami lawat di Rabat, perkara pertama yang buat saya terpesona sebaik sahaja saya melalui pintu masuk kubu ini ialah terasa seolah-olah saya sedang melangkah masuk ke dunia lain dengan taman-taman indah dengan kolam di tengah yang dikelilingi oleh menara-menara dan elemen-elemen zaman lampau lain yang mengapit dinding.

Baik, seperti biasa, saya pun cari maklumat tentang tempat-tempat yang kami lawat buat tambah ilmu dan pengetahuan. Seronok sebenarnya mencari dan membaca sejarah tempat-tempat bersejarah seperti ini 😃. 

🔴Chefchaouen diasaskan pada tahun 1471 oleh Moulay Ali Ben Rachid. 
🔴Penempatan asal Chefchaouen pada masa itu hanyalah terdiri daripada sebuah kubu kecil, kini dirujuk sebagai Kasbah Chefchaouen.

Pada saya kubu ini tersergam indah dan berkarakter tersendiri. Walau pun kubu ini kecil saiznya berbanding dengan kasbah atau kota-kota berkubu lain yang pernah kami lawat, it has that certain charm and appeal that can only be explained only if you are there to experience the ambiance and atmosphere. Here's hoping we had managed to capture the allure of this beautiful fortress 😅. 

🔴Kubu itu didirikan untuk membantu mempertahankan kawasan itu daripada kemungkinan serangan oleh penceroboh Portugis kerana pada ketika itu Portugal sedang giat melancarkan serangan terhadap bandar-bandar di utara Maghribi.

🔴Menara kubu ini namanya Menara Portugis (Portuguese Tower). Kami ada panjat sampai ke tingkat atas.

🔴Kini, Kasbah Chefchaouen ini adalah bahagian/binaan yang tertua di medina Chefchaouen ini.

🔴Kasbah Chefchaouen ialah monumen bersejarah yang penting di Maghribi, yang telah dipulihkan beberapa kali sejak berabad-abad. 

🔴Kubu ini telah melalui beberapa transformasi, dari permulaannya sebagai benteng tentera, menjadi pusat pentadbiran di bawah naungan, kepada tapak budaya seperti sekarang.

🔴Semasa sepanjang sejarahnya, ia juga telah digunakan sebagai kediaman untuk gabenor, tempat penyimpanan senjata tentera dan sebagai penjara.

Di dalam kubu ini juga ada penjara yang terletak di sebelah kanan pintu masuk. Jom kita masuk tengok. 

🔴Bahagian penjara yang dibuka untuk pelawat ini terletak di lantai bawah dan saiznya tidaklah besar. 
🔴Kerana kubu ini pernah sebahagiannya dijadikan penjara, mungkin ada lagi ruang-ruang lain dalam kubu ini yang juga merupakan sel-sel tahanan tapi tidak dibuka untuk pelawat. 
🔴Saya berandaian begitu kerana saya baca di bawah kubu ini juga telah dijumpai cisterns (tangki air bawah tanah) dan ianya tidak dibuka untuk lawatan seperti cisterns di Turkiye dan di Qaitbay Citadel, Alexandria, Mesir yang pernah kami lawat.

Chefchaouen Kasbah's historical prison.

Ruang di pintu masuk.

Tingkap berpagar besi yang mungkin digunakan oleh pengawal-pengawal penjara untuk memantau tahanan yang dipenjara di dalam sana.

Ruang dalam penjara.

Lorong masuk ke dalam penjara berlantai cobblestone.

Hanya ada tingkap sekecil ini untuk membenarkan cahaya dan udara segar masuk ke ruang dalam penjara yang gelap ini.

Inilah ruang penjara. Kecil dan sempit. Entah berapa orang tahanan dikurung dalam ruang kecil ini pada satu-satu masa.

Tapi saya fikir memandangkan pemerintah ketika itu adalah pemerintah Islam maka adalah berkemungkinan besar para tahanan dilayan dengan baik dan berperikemanusiaan. Jika mereka patuh mengikut peraturan ajaran Islam. Eloklah bersangka baiklah kan.

Melihat pada laluan gerbang melengkung ini, walau pun ianya sebuah penjara, reka bentuk dalamannya turut mempunyai ciri-ciri binaan Andalusia-Maghribi, sama seperti reka bentuk keseluruhan binaan Kasbah ini.


Kagum melihat binaan yang dibina berabad yang lalu kini masih kekal kukuh. 

Terkagum saya melihat tiang kubah dengan teknik struktur yang digunakan untuk membuat bumbung atau siling melengkung atau sfera.

Vandalisme di tempat bersejarah adalah jenayah yang serius. Bayangkan kita yang datang dari jauh hendak menyaksikan warisan sejarah tempat yang dilawat tapi pengalaman itu 'diconteng' begini 😒. 

Cantik sungguh kubah-kubah dalam penjara ini. Susunan batu bata kubah yang dibiar terdedah ini mengingatkan saya pada kubah rumah tradisional Harran yang kami lawat di Şanlıurfa, Turkiye.

Inilah rupa bahagian dalam kubah rumah tradisional Harran.

Pillars supporting multiple arches and dome roofs. 

Digantung pada salah satu tiang dalam penjara ini gari dan rantai besi yang digunakan untuk menggari tahanan.

Medieval handcuffs and chain.

Selesai di penjara, kami naik pula ke menara paling tinggi di dalam kasbah ini, iaitu Portuguese Tower. 
🔴Kasbah ini mempunyai 13 menara dan salah satu menara kubu ini ialah Portuguese Tower yang dinamakan sempena tawanan Portugis yang membinanya. 

Tangganya sempit, jadi jika berselisih dengan orang yang turun, kenalah salah seorang berundur. Mujur tak ramai pelawat masa itu. Tak tinggi menara ini, cuma 3 tingkat sahaja.

Di tingkat pertama ada pameran mengenai Chefchaouen.


Malangnya semua maklumat yang menarik ini adalah dalam bahasa Arab, Perancis dan Sepanyol. Tiada dalam Bahasa Inggeris.

Tapi saya usahakan juga dan buat terjemahan. Lebih kurang la tapi 😅.










Terasa seperti ramai pelawat kerana ruang di tingkat satu ini agak kecil. Tapi selesa je.


Terjemahan seterusnya.




Ini pula di tingkat dua. Juga ada pameran, tentang wanita Jbala.











Yang menarik ada info tentang Al Sayyida Al Horra. 




Pemandangan dari tingkat dua.




Pemandangan Kasbah Chefchaouen dan bandar Chefchaouen.

Kasbah Chefchaouen.





Seterusnya kami naik ke tingkat paling atas, tingkat tiga.

Di tingkat ini ada tingkap-tingkap yang memberikan pelawat pemandangan 360° bandar Chefchaouen. 
🔴Pemandangan dari atas menara ini adalah sangat indah yang menawarkan pemandangan panoramik bandar Chefchaouen dan pergunungan di sekitarnya.   






This is the home of Abdel Karim Baz. Lain macam design rumah ini. Walau pun menggunakan rona warna biru tipikal Chefchaouen, namun reka bentuknya seperti dicampur dengan reka bentuk lain dengan penggunaan gerbang yang berlebihan, mempunyai onion-top turrets dan jubin yang unik.


Bouzafer Mosque. 

This is the Grand Mosque of Chefchaouen.
🔴Grand Mosque of Chefchaouen ialah masjid tertua dan masjid Jumaat bersejarah Chefchaouen, Maghribi. Ia terletak di pusat Place Outa Hammam, berhampiran kasbah bersejarah di bandar ini.
🔴Sejarah masjid ini bermula dari zaman terawal kota itu selepas penubuhannya oleh Moulay 'Ali ibn Rasyid al-Alami, tetapi terdapat sumber berbeza-beza (atau bercanggah antara satu sama lain) dalam menentukan tarikh sebenar penubuhannya: ada yang bertarikh pada 1471 (tarikh asas kota itu), yang lain memetik 1475-76 dan yang lain mencatatkannya pada abad ke-16.  
🔴Menaranya dipercayai dibina dari akhir abad ke-17 kerana menara segi lapannya dan persamaan keseluruhannya dengan gaya menara yang dibina di bawah Ali ibn Abdallah Errifi (gabenor Tangier di bawah Sultan Moulay Isma'il) seperti yang terdapat di Masjid Kasbah di Tangier atau Masjid Besar Asilah.
🔴Masjid ini juga mempunyai madrasah yang secara sejarahnya menawarkan pelajaran dalam ilmu agama seperti fiqh (perundangan Islam) dan juga mempunyai asrama untuk pelajar. 
🔴Sebagai masjid Jumaat utama di bandar ini, ia juga merupakan lokasi di mana pemerintah tempatan atau gabenor Chefchaouen akan berikrar taat setia kepada Sultan Maghribi dan di mana dekri yang terakhir dibacakan secara terbuka.
🔴Masjid ini telah dipulihkan pada abad ke-19 dan sekali lagi pada abad ke-20 (apabila portal semasa pintu masuk utamanya dibina). Ia paling baru dipulihkan pada tahun 2006.




Grand Mosque of Chefchaouen's minaret.




Bumbung Portuguese Tower yang unik.






Pemandangan taman Kasbah Chefchaouen.


Pemandangan pergunungan di Chefchaouen.



ok, jom kita turun.



Seterusnya kami jalan-jalan di taman kasbah ini, namanya Andalucien Garden.


Ok, sambung lagi dengan info tentang kasbah ini.

🔴Kubu tentera ini dibina lengkap dengan tempat tinggal untuk emir, keluarganya dan rakyatnya, serta berek untuk tentera dan sel untuk tahanan, masjid dan ruang kosong yang luas yang akan menjadi pusat pembangunan masa depan kawasan itu (hari ini dikenali sebagai dataran Utta el Hamman).

🔴Kasbah pada asalnya mempunyai dua pintu masuk: satu menghadap ke dataran utama dan pasar, satu lagi berhampiran Masjid Besar. Pintu masuk itu telah ditutup atau digunakan semula dan akses ke dalam kubu ini sekarang adalah melalui pembukaan yang dibuat pada tahun 1930-an. 

🔴Hari ini, Kasbah ini menempatkan Muzium Etnologi, Pusat Penyelidikan dan Kajian Andalusia, sebuah galeri, taman dalaman gaya Andalusia yang indah, air pancut dan patio.

🔴Semasa pemerintahan dinasti Wattasid (AD 15–16) dan seiring dengan kebangkitan Kristian Reconquista al-Andalus, Maghribi menghadapi pelbagai serangan dari Sepanyol dan Portugal. 

🔴Mulay 'Abd al-Salam ibn Mshish telah mengambil inisiatif pada AD 1471 dengan bertindak balas terhadap kelemahan kuasa pusat dengan membina sebuah bandar berkubu untuk mempertahankan dan melindungi kawasan di pergunungan Rif tempat dia dilahirkan. Tahun AD 1471 itu adalah tahun Tangier dan Asilah ditakluk oleh Portugis.

🔴Mulay 'Abd al-Salam ibn Mshish dikatakan adalah dari keturunan dinasti Muslim pertama di Maghribi iaitu dinasti Idrisid - abad ke-8–10 M). Beliau adalah bapa kepada Sharif Mulay Ali ibn Rashid.

🔴Dibina demi jihad, kubu kuat Banu Rasyid ini tidak lama kemudian muncul sebagai hab kerajaan sebenar, memiliki kuasa politik autonomi dan pengaruh yang melangkaui sempadan wilayah Rif. 


🔴Di sebelah barat daya kasbah, sebuah bandar baharu yang dikenali sebagai Chefchaouen ('tanduk' dalam Bahasa Berber, merujuk kepada puncak gunung di kawasan sekitarnya) telah dibina dalam gaya Andalusia–Maghrebia di dalam benteng kukuh yang dikelilingi oleh menara dan diselingi oleh tujuh pintu masuk. 

🔴Ia berkembang maju, memberikan keselamatan kepada gelombang pelarian Yahudi dan Muslim dari al-Andalus yang telah dihalau dari Sepanyol selepas Reconquista Kristian pada tahun 1492. 

🔴Bagi pelarian ini, Chefchaouen adalah ideal kerana ia mampu bertahan dengan sendirinya kerana terdapat sumber air yang berhampiran dan lokasinya yang tersorok dengan baik di kaki bukit Banjaran Atlas.

🔴Kasbah mempunyai dinding yang diapit oleh sebelas menara dan berfungsi sebagai rumah seignorial dan markas tentera berkubu tetap.

🔴Tembok Kasbah asalnya diperkukuh dengan sepuluh menara dengan menara tambahan di sebelah barat. 

🔴Menara terakhir, yang lebih tinggi dan menonjol dari yang lain, dibina pada awal abad ke-16 oleh Moulay Muhammad. Ia mempunyai beberapa bilik di dalamnya dan struktur dan fungsinya kelihatan serupa dengan beberapa menara kediaman seni bina Nasrid di Granada.

🔴Beberapa tangki lama bawah tanah (cisterns) telah ditemui di tapak kubu ini, berkemungkinan berasal dari pembinaan asal Kasbah dan penggunaan awalnya sebagai kediaman.







Seterusnya kami masuk ke Muzium Etnologi Kasbah Chefchaouen (Heritage Interpretation Center) ini. Ia telah dibuat di sayap kiri Kasbah ini dan dirasmikan pada tahun 1985. 

🔴Pameran muzium ini tertumpu kepada objek arkeologi dan etnografi dan ia terletak di tingkat bawah sebuah rumah bersejarah di sudut timur laut kubu ini. Rumah itu mungkin dibina pada akhir abad ke-17 semasa pemerintahan Moulay Ismail, mungkin oleh Ali Errifi, gabenor tempatan.  
🔴 Dalam muzium ini terdapat pameran elemen-elemen utama warisan Maghribi seperti alat muzik tipikal, tembikar, arca, sulaman dan senjata yang digunakan untuk mempertahankan kubu itu.  

Muzium ini juga adalah merupakan Pusat Interpretasi Warisan.

Suasana di dalam muzium.










Mari kita saksikan barangan pameran dalam muzium etnografi ini yang menggambarkan sejarah Chefchaouen dan utara Maghribi.












Maka selesailah lawatan kami di Kasbah Chefchaouen ini. Sangat menarik sekali. Kalau ke Chefchaouen, dan diberi free time to go explore, pastikan melawat kasbah ini. Bukan sahaja kerana ianya sebuah kubu bersejarah tetapi juga kerana ia adalah penempatan pertama di Chefchaouen, sebelum Chefchaouen berkembang seperti sekarang. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment