Wednesday, June 5, 2024

LABUAN - TANJONG KUBONG LABUAN CHIMNEY WALKING TRAIL - PART 01

Assalamualaikum.
Seterusnya kami berjalan di Labuan Chimney Walking Trail pula. Yang kami paling suka tentang trail ini adalah suasana keindahan alam sekitarnya yang memukau terutama bagi kami yang baru pertama kali berkunjung ke sini.

Inilah peta laluan untuk Labuan Chimney Walking Trail yang disediakan untuk pengunjung. Di sepanjang perjalanan trail ini pengunjung dapat menyaksikan beberapa tempat-tempat peninggalan sejarah dan formasi semulajadi sebuah geo park. 

Ada satu lagi peta.

Unfortunately, peta ini sudah lusuh sangat dah. 

Ini petanya yang tidak lusuh yang saya jumpa di internet. Laluan berwarna hijau itu adalah laluan darat/bukit dan yang biru adalah laluan tepi pantai.

Ok, jom kita mulakan perjalanan. Sebelum itu berdoalah dan bacalah apa-apa yang patut semoga selamat perjalanan. 

Geo-tapak Tanjung Kubong Labuan Chimney Walking Trail adalah merupakan salah satu tarikan pelancong lokal dan dari luar yang ada di Labuan ini. Laluan denai ini tidaklah terlalu jauh. Bergantung pada laluan mana yang kita pilih, ada yang sejauh 2 km atau 4 km. Yang kami pilih adalah laluan di kawasan bukit dan selepas itu berjalan di tepian pantai pula. Bahagian pertama ini saya akan cover laluan denai kami di kawasan bukit dahulu.

Alhamdulillah cuaca pagi itu cukup baik sekali. Sesuai untuk outdoor activities. 


Mestilah berhenti kejap-kejap dan bergambar kenangan πŸ˜„.


Cantik sungguh cahaya pagi ketika itu. SubhanAllah.


Secara keseluruhannya, laluan denai di sini bolehlah kami consider sebagai easy/moderate. Kalau kami bandingkan dengan hiking kami di Teluk Paku Trail di Bako National Park Sarawak yang pada kami sungguh mencabar, trail ini adalah jauh lebih santai dan tidak mencabar. Sebab itu ia dipanggil 'walking trail' dan bukan 'hiking trail' yang melibatkan memanjat bukit/gunung. Trail ini cuma sedikit berbukit sahaja. In fact, trail ini adalah sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga. 

Ada memanjat bukit sikit. Tak curam dan tak jauh.



Tak pasti tapi kelihatannya di sini terdapat tumbuhan open shrubland, mixed dipterocarp and cliff vegetations. Cantik sungguh tumbuh-tumbuhan paku pakis yang ada di sini. Besar pulak tu saiznya.



Di laluan ini juga banyak ditumbuhi dengan, I think, golden hair grass atau weeping lovegrass yang sangat cantik.

Lihatlah betapa cantiknya rumput/lalang ini semua melintuk ke satu arah kerana ditiup angin. 


Laluan putih ini adalah pasir putih yang halus. Adakah satu ketika dahulu bahagian atas bukit ini adalah merupakan kawasan pantai?

Cik Ayu yang bawa kami jalan-jalan di sini memang rajin minta kami berposing.. hihi πŸ˜„.

Landskap di sini terdiri dari antara lain, hutan pantai dan kawasan semak terbuka. 


Saya pusing mana pun, mesti ada pemandangan yang sangat cantik!

In my opinion, waktu pagi adalah masa yang sangat sesuai untuk ke sini. Cahaya paginya cantik sungguh. 

Cantik paku pakis di sini, maka mestilah rakam beberapa foto.. hihi πŸ˜„.

Pakis tanah adalah kategori tumbuhan yang sangat pelbagai yang telah bertahan sejak zaman dinosaur. Ia mudah dikenali dengan dedaunannya yang unik. Kebanyakan pakis sangat tahan lasak dan akan tumbuh di tapak yang teduh atau terbuka, di mana tumbuhan lain gagal untuk berkembang.



Kami bertembung dengan sekumpulan pelajar-pelajar lalu diminta Cik Ayu untuk ambilkan gambar kami bertiga πŸ˜„.





Itu dah nampak laut.

Berposing lagi. Trip kali ini banyak betul kami bergambar, courtesy Cik Ayu lah... hihi πŸ˜„.

Berposing ala tengah immersing.. haha πŸ˜†.





Bergambar lagi πŸ˜„.





Next, sesi bergambar dalam golden hair grass di open area ini pulak πŸ˜„.









Kelihatan Brunei Bay/Laut China Selatan dan Negeri Sabah.



Glorious sky.

Dan kami pun tiba salah satu peninggalan bersejarah yang ada di laluan denai ini iaitu Gedung Ubat atau Ammunition Store.  

Inilah Gedung Ubat. Lokasinya berhampiran dengan satu tebing tinggi menghadap laut iaitu kira-kira 800 meter dari Menara Chimney.

GEDUNG UBAT
πŸ”΄Gedung ubat mendapat nama daripada istilah "ubat" yang dirujuk sebagai peluru atau ubat bedil oleh masyarakat setempat. 
πŸ”΄Monumen ini dipercayai dijadikan stor penyimpanan bahan letupan dan peluru tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua. 
πŸ”΄Bentuk fizikalnya seperti silinder dengan ketinggian kira-kira 3.5 meter dan mempunyai bumbung berbentuk kon. 
πŸ”΄la mempunyai pintu gerbang menghadap laut, berdinding tebal dan mempunyai lubang-lubang kecil untuk pengudaraan.

Gedung Ubat ini mengingatkan saya pada satu lagi binaan tempat menyimpan ammunition iaitu Gunpowder Magazine atau Simpanan Serbuk Senjata Api di dalam Fort Cornwallis, Pulau Pinang. Di bawah adalah foto binaan tersebut yang dibina dengan reka bentuk 'kotak pil'.
πŸ”΄Dibina pada tahun 1814, kawasan simpanan senjata dan peluru yang terletak di antara barat dan utara benteng pertahanan ini digunakan untuk menyimpan bahan letupan. Rekaan bentuk 'kotak pil' dan berdinding tebal adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan sekiranya berlaku letupan.
πŸ”΄Located at the north-west bastion of the fort, a structure of a bunker was built in the shape of a pill box with a thick wall which intended to minimize damages should there be any explosions that may happen. Known as the gunpowder magazine and also functioned as a storage room for explosives during the British administration in anticipation for battle. Strategically located at the spot whereby its ammunitions are surrounded by cannons, especially the legendary Seri Rambai cannon.

Jom kita tengok dalam gedung ini.

Di dalam Gedung Ubat Labuan.

Siling Gedung Ubat.

Bergambar bersama dengan Gedung Ubat Labuan. Kebetulan awan stratus/cirrocumulus ketika itu kelihatan sungguh dramatik sekali.


Pemandangan menghala ke laut.

Ada 2 papan maklumat di sini. Let's have a closer look.

Ada maklumat tentang Labuan Geopark dan Batu Pasir Belait Tanjung Kubong.

LABUAN GEOPARK
πŸ”΄Geopark Labuan suatu ketika dahulu pernah menjadi pusat perlombongan batu arang terawal di Asia Tenggara pada 1847. 
πŸ”΄Labuan juga istimewa kerana singkapan batuan penakung petroleum yang meluas di lepas pantai di Sabah, Brunei dan Sarawak. 
πŸ”΄Batu pasir Formasi Belait (berusia 15-5 juta tahun) dan batuan syal Formasi Temburong (33-15 juta tahun) membentuk sebahagian daripada sistem petroleum tersingkap di pesisiran pantai menghasilkan landskap berpandangan indah. 
πŸ”΄Kepelbagaian habitat pesisir pantai, perbukitan serta habitat bakau menjadi daya tarikan alam tabii. 
πŸ”΄Amalan tradisi seperti membuat perahu kayu dan menangkap hasil laut masih diamalkan oleh komuniti setempat. 
πŸ”΄Bermula dari petempatan kampung air, kini Labuan menjadi hub industri lepas pantai terkemuka negara.

ENAPAN MUARA SUNGAI KUNO
πŸ”΄Sejak 15 juta tahun dahulu kawasan ini berada di sekitaran muara berhampiran pesisir pantai. 
πŸ”΄Kini, kawasan ini telah mengalami pengangkatan dan batuan endapan muara ini menghasilkan tebing pantai berbatu, mempamerkan kepelbagaian struktur dan fitur geologi seperti pelbagai jenis lapisan silang dan lapisan (lipit) batu arang. 
πŸ”΄Hakisan ombak yang ganas menghasilkan rupabumi gua laut, gerbang laut dan pentas hakisan. 
πŸ”΄Sejarah Labuan sebagai pusat melombong batu arang terserlah di tapak ini dengan adanya tinggalan binaan seperti Chimney dan bekas lombong (terowong dan syaf), serta serpihan batu arang yang boleh dilihat dengan banyak di kawasan pantai. 
πŸ”΄Suatu ketika dahulu, tapak Ini menjadi pusat memunggah batu arang ke dalam kapal, dikenali sebagai Pekan Edwardes dibina pada 1850.



Peta Labuan Geopark.

Di sini juga adalah merupakan lokasi 'Titik Pandangan Matahari Terbit' yang telah dikenalpasti melaui program NBOS  (National Blue Ocean Strategy -  Strategi Lautan Biru Kebangsaan) Agensi Kerajaan dan NGOS pada 5 Februari 2017.


Jom kita ke hujung tebing untuk menyaksikan pantai di bawah.

Isteri dan rakan kerja Cik Ayu yang bertugas di Labuan.


Saya berharap akan ada usaha untuk membaik pulih Gedung Ubat ini kerana ia adalah salah satu tinggalan sejarah Labuan yang penting dan ikonik.

Oooiii... gayat pak cik πŸ˜….

Pemandangan pantai di bawah sana kelihatan sangat indah sekali dari atas tebing ini.







Di kejauhan sana kelihatan daratan. Let's zoom-in.

Kelihatan sebuah binaan kelong di tengah laut dan bangunan pangsapuri/kondominium di Sabah sana.










Bergambar lagi sebelum turun ke pantai untuk eksplorasi Tanjung Kubong Labuan Chimney Walking Trail kami yang seterusnya.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment