Wednesday, June 12, 2024

LABUAN - PONDOK CAHAYA MENTARI

Assalamualaikum.
Lepas selesai lawatan di Muzium Chimney, Cik Ayu bawa kami makan tengahari. Dia nak kami mencuba makanan tradisional Labuan yang dinamakan Ambuyat di sebuah restoran di Tanjung Aru Nelayan Beach. Tak jauh, cuma lebih kurang 7 km atau 12 minit perjalanan. Itu yang best tentang Labuan, pulau yang kecil jadi tak jauh atau ambil masa lama untuk menuju dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Melalui kawasan perkampungan di Labuan.





Merentasi salah satu sungai yang ada di Labuan. Kelihatannya ada banyak pokok-pokok hutan bakau di tebing sungai ini.

Dan kami pun tiba di Tanjung Aru Nelayan Beach.

Pantai ini adalah salah satu tarikan yang ada di Labuan kerana pemandangan indahnya ketika matahari terbit. Dari sini pengunjung juga boleh nampak Gunung Kinabalu. Ia juga adalah merupakan lokasi kaki pancing pesisir pantai.

Di sini ada beberapa restoran dan gerai. Pada hujung minggu pantai ini menjadi tumpuan warga Labuan untuk beriadah bersama keluarga.


Cik Ayu bawa makan di restoran pantai ini. Namanya Pondok Cahaya Mentari - H'ambuyat Samangkuk Agung. 

Bergambar di gerbang masuk ke restoran.

Hidangan istimewa di restoran ini adalah makanan tradisional yang dinamakan Ambuyat. Jom kita cuba 😅.

Suasana di sini cukup mendamaikan. Di bawah teduh pohon-pohon besar, tersedia kerusi meja makan untuk pelanggan. Dengan hembusan angin laut yang nyaman, makan di sini menjadi satu pengalaman yang best sangat pada saya 😀.

Isteri dan Cik Ayu.

Boleh juga pilih untuk duduk di tempat makan beratap seperti ini.

Ok, jom kita lihat suasana di restoran ini.


Saya bayangkan tentu penuh restoran ini dengan pengunjung pada waktu petang dan malam.

Memesan makanan tengahari kami.
Ini menunya.

Lepas order lunch, saya sambung lagi ambil gambar di sini.

Restoran ini diusahakan oleh Nalam family. 

Alhamdulillah, cuaca tengahari itu cukup baik sekali.

Ok, pesanan dah pun sampai.


Ikan pari bakar bersama cecah sambal dan cecah kicap berlada.

Sayur pucuk ubi masak lemak.

Cecah mambangan, cecah untuk ambuyat.

Cecah asam, cecah untuk ikan bakar, juga boleh cecah dengan ambuyat.

Lokan bakar bercili bersama cecah sambal.


Sotong bakar dan cecah sambal.

Air kelapa.

Dan bersama lauk pauk ini mestilah ada ambuyat.

Inilah ambuyat. Ambuyat adalah sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, selain nasi sebagai sajian utama. Since ini first time kami nak makan ambuyat, maka kami pun mintalah tolong pada akak waitress mengajar kami cara yang proper untuk makan makanan tradisional ini. Apatah lagi bila perlu menggunakan sepit yang cuma terbelah di satu hujung.

🔴Hanya dua bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat iaitu tepung sagu dan air panas. Tepung sagu yang dibeli dalam bentuk paket perlu dileraikan atau dihancurkan. Dengan sukatan air panas, tepung sagu berkenaan dikacau hingga menjadi kenyal.
🔴Ia berwarna jernih dan sedikit melekit. Tidak perlu dikunyah dan boleh terus ditelan. Rasanya tawar, namun ia bergantung pada kuah dan lebih sedap jika kuah lebih masam atau pedas.

🔴Kerana bentuknya seperti gam, ambuyat biasanya dimakan menggunakan penyepit kayu seperti chopstick yang dipanggil candas. Tapi boleh saja menggunakan garpu. Cara mengambil/mengaut ambuyat menggunakan candas adalah dengan mencelup candas ke dalam ambuyat dan memintalnya. Lepas itu cecah ke dalam kuah cecah atau makan bersama lauk. 
🔴Kebiasaannya ambuyat dihidangkan dan dimakan beramai-ramai untuk mengerat hubungan silaturrahim antara keluarga dan penduduk kampung ketika dalam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan lain-lain. Hidangan ini juga biasa dibuat apabila berkumpul ramai-ramai bersama keluarga.

Lepas lunch, saya ke tepian pantai pula untuk merakam keindahan Pantai Tanjung Aru Nelayan ini.

Pada bulan Januari 2024 yang lalu, seorang pemancing telah menyelamatkan seekor penyu hijau yang terkandas di bahagian cetek pesisir pantai ini. Kawasan pantai ini telah sejak dulu menjadi tempat persinggahan penyu bertelur sejak dulu. 
Hawksbill sea turtle

🔴Labuan telah lama dianggap sebagai tempat perlindungan untuk reptilia terancam, dengan taman laut Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil menjadi tempat bersarang pilihan mereka.
🔴Taman laut Labuan Pulau Kuraman dan Pulau Rusukan Besar adalah rumah bagi penyu sisik (Eretmochelys Imbricata), penyu-penyu zaitun (Lepidochelys olivacea) dan penyu hijau (Chelonia Mydas).
🔴Pertambahan pendaratan penyu-penyu tidak terhad di Kepulauan Rusukan sahaja, kerana pantai Labuan yang lain turut menerima kehadiran makhluk terancam ini, dan salah satu lokasi yang terkenal ialah pantai Tanjung Aru Nelayan ini.

🔴Tetapi akibat kejadian hakisan pantai penyu-penyu sudah jarang ditemui di kawasan ini. Jadi untuk menangani isu hakisan pantai, RM1 juta telah diperuntukan untuk mengatasi masalah hakisan pantai yang telah berlaku sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 
🔴Masalah hakisan ini bukan sahaja menjejas dan menghindar kedatangan penyu-penyu tetapi juga telah menjejaskan tanah milik penduduk yang tinggal berdekatan kawasan pantai termasuk peniaga kecil-kecilan yang berniaga di pesisir pantai ini.
🔴Walau pun dinding penahan sementara daripada batu dan simen telah dibina oleh penduduk dan peniaga di sini, tetapi malangnya, ia rosak semasa ribut kencang melanda.

Kawasan pantai ini juga menjadi kegemaran pemancing kerana terdapat ikan-ikan besar seperti spesies ‘giant trevally’ atau gerepoh.

Ada sebuah kelong di tengah laut.


Dua orang nelayan di tengah laut.


Saya baca di pesisir pantai ini juga ada juga aktiviti 'mengerakas' yang bermaksud 'mencari kerang'. Aktiviti mengerakas tidaklah susah. Cari lokasi dekat dengan air dan kerang itu ada dalam pasir. Hanya perlu mengorek atau 'mengakai' kata orang Labuan menggunakan gardening hand fork atau garfu. Ada juga kerang yang berada dalam kawasan berair. 

Beberapa lagi nelayan.



Ehhh... tiba-tiba muncul pulak seekor anjing comel ini, happily frolicking and running around  and playing in the water 😊. 







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment