Friday, August 4, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - FOXTOWN FACTORY STORES

Assalamualaikum.
Selesai jalan-jalan di tepian Lake Como, kami pun naik semula bas dan terus dibawa masuk ke negara Switzerland. 
Train station Como Lago



Bertolak meninggalkan pekan Como tepat pukul 10:00 pagi. 


Kelihatan di lereng bukit sana lebuh raya Autostrada A9. Kami akan lalu di jalan raya di sebelah lebuh raya itu untuk ke Switzerland. 



Kelihatannya agak sibuk juga pekan ini pada pagi itu.

BSI Ltd, a bank in Como.

Carrefour Market.

There are a lot of apartment buildings in Como. 

Kelihatan jambatan kereta api 



Kebetulan masa bas kami sedang lalu di bawah jambatan ini, sebuah kereta api sedang lalu di atas.


Lalu di bawah jambatan.

Pemandu bas kami bawa kami melalui jalan raya lereng bukit namanya Via Nino Bixio dengan pemandangan pekan Como dan Lake Como. 


Sungguh indah sekali! Berpeluang juga kami untuk melihat Lake Como dari atas. 
















Sekali lagi kami berpeluang melihat Lake Como dari atas. Pemandangannya lebih cantik dan lebih jelas kerana kedudukan jalan raya ini yang tinggi. 

What a spectacular view! Isteri kata dia teringin untuk ke Itali lagi dan cover Rom dan selatan Itali pula. InshaAllah, kalau ada rezeki dan kesihatan.

Berapalah agaknya harga rumah/apartments di lereng bukit tepi Lake Como ini?

Saya pun research la sikit. Untuk rumah 4 bilik ke 6 bilik harganya antara €750,000 hingga €850,000 (RM3.7 juta hingga RM4.2 juta). Flat 3 bilik €229,000 (RM1.1 juta).

Di jalan raya ini boleh nampak dengan lebih jelas kawasan perumahan di lereng-lereng bukit bukau Como.

Keadaannya yang mungkin kelihatannya macam padat tapi sebenarnya tidaklah sesak sangat. Dan beginilah color palette bangunan-bangunan di sini. Europe sangat kaler-kalernya.



Kelihatannya deretan rumah-rumah bertingkat di lereng bukit ini mempunyai outdoor funicular lift. Mungkin road access untuk mereka cuma ada di bawah jadi kenalah pasang funikular. Unik!


Sebuah gereja di atas bukit.

Municipality Breggia.


Sungai Breggia. Breggia is a Swiss-Italian river that flows into Lake Como.




Sungai Breggia dan jambatan Ponte sul torrente Breggia.


Switzerland telah tandatangan Perjanjian Schengen jadi tiada pemeriksaan passport masa kami masuk ke Switzerland dari Itali. Itali adalah negara anggota European Union dan Switzerland bukan. 

VAT Claim boleh dibuat di point of exit. Point of exit bagi perjalanan kami adalah Zurich Airport di Switzerland kelak. Tapi barang-barang yang dibeli di Itali mesti dapatkan pengesahan dari Kastam Italy dulu sebelum masuk ke Switzerland. Bagi tujuan ini, bas kami membuat perhentian di Pejabat Kastam di sempadan Italy-Switzerland berhampiran Como. 

Kami diberitahu syarat untuk membuat VAT Claim di Italy ialah pembelian mestilah sekurang-kurangnya bernilai Euro 180 (RM 887) dalam satu resit. Masa buat claim itu mesti juga bawa barangan yang dibeli untuk ditunjuk pada Kastam sebagai bukti belian. Oleh itu Amar, our tour guide sudah siap-siap beritahu supaya jangan dimasukkan barang-barang itu dalam beg besar.

Kami berdua duduk tunggu dalam bas saja sebab tak de beli apa-apa pun.. hihi.

Ok, sudah pun masuk ke negara Switzerland.

Bangunan unik ini ialah Parcheggio Centro Ovale - sebuah Public covered parking space. It has 180 stalls.

Ok, first stop kami di Switzerland ialah ke shopping center namanya FoxTown Factory Stores yang terletak di bandar Mendrisio, berhampiran Lugano. We ourselves tak lah shopping but most of our group members were very much looking forward for it. 










Ok, jom kita masuk.

foxtown.com: On 4th November 1995, the first phase of the current Shopping Center was inaugurated and 25 years later FoxTown Factory Stores Mendrisio has 160 stores, over 250 prestigious brands, more than 1,200 jobs and 30,000 square metres of sales area. There are bars, restaurants, a play area and even a Casino.

Kami 'window shopping' je la 😄.

Kalau di Itali harga mahal, di sini lagilah mahal walaupun di outlet begini yang dikatakan tempat paling murah nak beli branded items di Switzerland.

Di dalamnya macam typical shopping mall. 




Mencari money changer.

Casino. 

Money changer dekat sebelah casino. Fyi, Switzerland tak pakai Euro, tapi duit dia sendiri iaitu Swiss Franc (CHF) yang nilainya lebih tinggi berbanding Euro. Duit kertas Euro diterima tapi duit syiling cannot. 

Buaya depan kedai Lacoste.

The atrium. 

Lunch.












Lepas lunch, jalan-jalan lagi.





Guess.

Tommy Hilfiger. 








Jimmy Choo shoes. Jimmy Choo | Blended Fabrics Plain Pin Heels Party Style With Jewels: Euro 1,400 (RM 6,900) selepas diskaun.

Kami diberi masa 3 jam di sini, sampai 2 kali kami pusing outlet ini. Penat berjalan, jom ais krim.



 Pistachio dan Mango.


Dah tak ada apa nak buat, saya pun mengkartunkan foto... hihi 😄.

Pada pukul 2.30 petang, semua ahli kumpulan kami berkumpul di luar Fox Town untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. Syok sekali berjalan2 di luar negara. Saya masih belum sampai lagi ke Switzerland. Tidak tahu pula Switzerland bukan sebahagian EU. Mungkin sebab currency dia lebih tinggi. Kalau pergi mall negara macam ni dapat cuci mata sahajalah. Kalau ada factory outlet mungkin boleh dapat murah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Switzerland bukan EU sebab tradisi berkecualinya.
      Hihihi.. betul tu... cuci mata je la :). Tapi seriously, pada kami memanglah mahal. Ada juga jumpa pants yang saya suka, tapi lepas tengok harganya dan convert, langsung tak jadi :D.

      Delete
  2. Best nya baca trip ni. Cantik semua foto.

    ReplyDelete