Friday, November 6, 2020

SEKINCHAN & KUALA SELANGOR - PART 07 - EAGLE FEEDING, FIREFLIES & BLUE TEARS WATCHING

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Lepas lawatan ke Bukit Malawati kami proceeded with the next program, yang kami berdua really look forward to; eagle feeding, fireflies and blue tears watching. 

Menyeberang Sungai Selangor melalui Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Kami nak menuju ke bot pink tu.

Dari jeti di bot pink ini kami akan naik bot ke spots along the Selangor river for the eagle feeding/fireflies and blue tears watching.

Untuk ke jeti tu kami lalu dalam Restoran Makanan Laut Bagan ini, milik syarikat Mr. Yap. Dia kata company dia sering bawa pelancong group besar dari China makan di sini sebelum start bot cruise. Convenient kata dia, tak perlu bawa mereka ke restoran lain. Lepas makan terus ke jeti naik bot.

Ini peta lokasi-lokasi jeti (di Restoran Makanan Laut Bagan), eagle feeding dan fireflies/blue tears watching di Sungai Selangor. Mula-mula kami akan naik bot downstream untuk melihat burung helang dan lepas tu upstream ke lokasi fireflies/blue tears watching pula.

Berjalan ke jeti. 

Pemandangan sunset di jeti. Tak tahu apa nama jeti ni so kami panggil saja Jeti Bagan.

Pelancong akan berkumpul di pink boat ini untuk naik bot-bot ikut pakej-pakej yang didaftar. Nak ambil pakej mana, boleh pilih. Boleh kalau nak satu saja, for example nak Eagle Feeding saja. Nak combine pun boleh. Kami ambil ketiga-tiga.

Turun ke bawah untuk ke pink boat.

Mr. Yap beritahu kami sebelum pandemic COVID-19, tour untuk pakej eagle feeding / fireflies & blue tears watching ini adalah sangat sibuk hampir setiap hari terutamanya dengan kedatangan groups besar dari China, Jepun dan Hong Kong. Sekarang ramai dengan pelancong domestik yang rata-rata adalah weekend tourists. 

Moh naik.


Di dalam pink boat.


Dah pukul 6:30 petang masa ni.

Itu Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang kamu lalui tadi.

Di sinilah nanti kami akan turun ke bawah untuk naik bot. Lega tengok saiz botnya yang besar begini dan berbumbung 😃. Kalau saiz sampan suspen juga especially pelayaran kami adalah dalam kegelapan malam. Kan nak tengok kelip-kelip dan blue tears, so mesti dalam keadaan pitch-black. 

Sementara menunggu masa nak naik bot, kita ambil gambar dan bergambar dulu 😄. 




Lepas ambil gambar, duduk di dalam tunggu dipanggil naik bot.

Tak ramai orang masa tu eventhough it was a long Merdeka Day weekend. Tak la bersesak. I think management river cruises ini ada buat crowd control due to PKP. Meaning those yang trips mereka after ours were waiting at other waiting area. Fyi, bot trips di sini berlepas pada waktu-waktu berlainan i.e ikut pakej. 


Ok jom, trip pakej kami sudah dipanggil. Yes, semua penumpang dimestikan memakai life jackets.

Beautiful sunset. Then saya terfikir, kalau dah low light macam ni, macam mana la nak dapat tangkap gambar helang terbang sana sini tanpa blur-blur.. hehe 😅.

Cantik sungguh pemandangan lewat petang di sini. 

Di seberang Sungai Selangor ini ada sebuah lagi jeti yang cantik dipasang lampu-lampu. 

Ini adalah Sky Mirror Jetty milik syarikat Sky Mirror World, company Mr. Yap. 

Haa.. bot kami dah pun sampai. Aii.. warna pink jugak.. hehe 😄.

Penumpang-penumpang semua sudah beratur dan siap memakai life jackets. Kami paling depan sekali.. hehe. 

Since kami masuk dulu dapat la kami duduk di belakang sekali yang tempat duduknya mengadap ke depan dan bukan mengiring. Tak la rasa pening-pening pula nanti.. hehe. Oppss... jangan lupa baca doa ya. 

Bot seterusnya sedang menunggu.

Bot ini katanya boleh muat 30 orang. Tapi group kami tak ramai, so selesalah. 

Bot meluncur dengan laju sekali, Kami duduk di belakang, dekat dengan injin bot. So kalau cakap dengan wife terpaksalah guna bahasa isyarat.. hehe 😄.

Indah sungguh ciptaan Allah SWT.

Leaving the pink boat.

Oppss... cap kena tanggal dan simpan!! Kalau tak bye-bye la melayang.. hehe. Btw, tak merecek ke? Ada la sikit.. 😄.

Di setiap bot tour ini diiring oleh seorang guide yang tugasnya menyemak daftar penumpang, susunkan tempat duduk penumpang supaya bot seimbang, beri taklimat keselamatan dan menerangkan tentang tour. Unfortunately kami tak berapa dengar sebab duduk dekat dengan injin.. hehe.

Ada berderet restoran-restoran makanan laut dan jeti-jeti di tepi Sungai Selangor di kawasan Pasir Penambang berhampiran Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini.

Berlayar towards muara Sungai Selangor.

Kami pun tiba ke tempat melihat burung helang makan. Cantik sungguh dapat ambil gambar helang dengan sunset backdrop. Hopefully tak le blur teruk sangat.. hehe 😅.

Ini peta pelayaran bot yang kami naiki dari jeti Restoran Makanan Laut Bagan ke lokasi Eagle Feeding di muara Sungai Selangor.

Keindahan matahari terbenam di muara Sungai Selangor.

Berada di sini mengingatkan kami pada Eagle Watching di Langkawi. 

Beautiful majestic bird of prey. SubhanAllah. 

Banyak gambar yang diambil, but most blur-blur.. hehe 😅. As mentioned earlier, susah saya nak dapat sharp images due to the low light. Moreover kami berdua cuma pakai compact camera je.. hehe 😄.

Dua spesis helang yang kelihatan di sini ialah the White-bellied Fish Eagle and the Brahminy Kite. 

Helang Brahminy Kite yang mempunyai wing span sehingga 1.2 meter, boleh melihat sasaran seperti ikan dari jarak 1 hingga 3 km. Masa menjunam, ia boleh terbang pada kelajuan 200 km/sejam. Seekor Helang dewasa mampu mencengkam dan menerbangkan mangsa seberat hingga 6 kg.

Kalau di Langkawi, tour begini dipanggil Eagle Watching dan tidak seperti di Kuala Selangor ni yang dipanggil Eagle Feeding. Ini kerana di Langkawi ianya dikategori sebagai Eco Tour dan memberi makan (seperti kulit ayam) pada burung-burung helang liar adalah dilarang. Jika tidak dipatuhi mungkin Langkawi akan kehilangan status Geopark yang diberi oleh UNESCO.

Sebenarnya memberi burung helang makanan kulit ayam adalah satu practice yang tidak elok. Ini kerana kulit ayam yang memiliki banyak lemak serta mempunyai bahan kimia seperti antibiotik dan hormon, kemungkinan akan memberi kesan negatif kepada kesihatan helang.

Tidak semestinya nak increase the chances of seeing the eagles adalah dengan menggunakan cara memberi mereka makanan. Ini kerana mereka sudah ada habit mencari dan menangkap ikan pada waktu-waktu tertentu. Jadi pada waktu-waktu itulah bot-bot boleh datang bawa pelancong.

Burung helang memerlukan makanan yang kaya dengan protein dan kalsium. Ini diperolehi dengan menangkap ikan di kawasan habitat mereka seperti di kawasan ini. 



Cantik pulak dapat ambil gambar silhouette burung helang tengah terbang against the sunset.



Tak sengaja dapat shot burung helang dan matahari hampir nak completely alligned.. hehe 😄.


Semoga struktur ekosistem di kawasan ini dan di sepanjang Sungai Selangor terpelihara dan terus mempunyai sumber makanan yang tinggi untuk helang-helang ini supaya burung ini dapat terus hidup sihat dan membiak. Burung helang dan burung-burung lain yang ada di sini memerlukan habitat yang bersih (tiada pencemaran) dan tidak terganggu untuk membiak, bersarang dan hinggap.

Selesai tengok eagle feeding, kami dibawa balik semula ke pink boat di jeti Restoran Makanan Laut Bagan. Hari gelap dah.



Tiba di pink boat.

Di jeti ini penumpang yang ambil hanya pakej Eagle Feeding naik ke jeti dan penumpang yang ambil pakej Fireflies/Blue Tears masuk ke bot. Lepas check daftar guests, the guide sekali lagi memberi penerangan, kali ini tentang kelip-kelip dan blue tears pula. 

Pelayaran diteruskan dalam gelap kali ini arah upstream Sungai Selangor ke lokasi nak tengok kelip-kelip dan blue tears.

Lalu di bawah Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Lama juga nak sampai, rasanya lebih 20 minit juga la. Akhirnya kami sampai di lokasi tengok kelip-kelip. The blue tears' location is about a few minutes boat ride from the fireflies' location.


Truth be told that we were not able to capture any photo at all... hehe 😅. Jenuh ketik-ketik kamera, gelap semuanya foto-foto kami 😄. I did however took a video and did a composite of the tiny flickering lights as below. Lebih kurang beginilah yang kami nampak. 

Sememangnya suatu pengalaman yang sungguh indah sekali. SubhanAllah. 
Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang.
Specis jenis 'Pteroptyx tener' adalah spesis yang terbanyak di Kuala Selangor ini.
Kelipan cahaya yang dibuat oleh serangga ini adalah serentak pada setiap masa iaitu pada kadar 3 kelipan sesaat.
Kelip-kelip berukuran cuma 6mm panjang.
Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding yang betina untuk tujuan menarik perhatian kelip-kelip betina.
Jangka hayat kelip-kelip ialah selama 2 hingga 3 bulan.
Kelip-kelip memerlukan cuaca lembap dan persekitaran berpaya untuk hidup dan membiak.
Pada waktu siang, kelip-kelip tidak aktif dan berehat di bawah daun pokok berembang, sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing Sungai Selangor. 

Sangat susah nak ambil gambar bukan sahaja sebab gelap gelita, tapi juga angin kuat membuatkan dahan dan daun bergoyang. Di samping itu bot kami pula terumbang ambing kerana ombak. Lagi la mencabar bagi kami yang cuma menggunakan compact camera 😄. Our guide kata certain Samsung and Huawei handphone models boleh ambil gambar kelip-kelip ini. Tapi kata dia kalau ada yang guna iphone, baik simpan saja... savage guide tu... hehe 😄. 

Guide kami kemudian memasang sekejap (just for a quick second or two) lampu yang berkelip-kelip untuk memikat kelip-kelip naik ke bot kami. Ada 2, 3 ekor kelip-kelip terbang datang ke bot kami. Semua penumpang bot ber'Oooohhh' dan ber'Aaaahhh'.. hehe. Walau bagaimanapun kami diingatkan supaya tak menangkap kelip-kelip ini untuk dibawa balik kerana ia adalah haiwan yang dilindungi. Kita boleh didenda RM 50,000 bagi setiap seekor kelip-kelip yang dibawa balik. 
Knowing that we did not get even a single photo (as expected lah 😄), Mr. Yap dengan baik hatinya shared a few of his photos with us. So nice of him. Dia beritahu memang sangat susah nak ambil gambar kelip-kelip tu walaupun oleh orang yang pandai fotografi menggunakan kamera yang canggih.


Seterusnya kami dibawa pergi ke lokasi blue tears pula. Again, it was near impossible for us to capture any photos due to the darkness. Jadi saya letak la sini satu photo dari KLOOK. Indeed, air sungai glowing masa bot lalu di kawasan ini. 

💦The blue streaks are produced by bioluminescent phytoplankton or light-producing bacteria, which is microorganism called dinoflagellate.
💦The best time to witness this phenomenon is at every beginning and end of a lunar month.
💦Best seen during high tide and dark skies.
💦Rain would hamper the appearance. 
💦Also called the fireflies of the sea.

Penumpang boleh menggunakan alat ini untuk mengocak permukaan sungai. The distubance on the water surface make the plankton glow. 

SubhanAllah. Cantik sungguh! 
Photo courtesy Mr. Yap.

Photo courtesy Mr. Yap.

Blue tears atau juga dikenali sebagai sea sparkles juga boleh didapati di tepi pantai. 


Organisma yang menghasilkan cahaya biru begini mengingatkan kami pada glow worms yang kami saksikan di siling gua di Waitomo Glowworm Caves, New Zealand.

Also teringat dulu-dulu masa saya mula berminat dalam fotografi, macam-macam so-called experiments saya buat. Termasuk la buat self portrait guna jaluran glow cahaya... hehe 😄.

Selesai tengok blue tears kami pun dibawa balik ke jeti.



Leaving the jetty. 


Mr. Yap drove us home. Sampai rumah lebih kurang pukul 10:30 malam. Ooii.. letih berjalan seharian tapi syukur Alhamdulillah puas hati. 

Begitulah ceritanya day tour KLOOK kami ke Sekinchan dan Kuala Selangor. Alhamdulillah selamat semua perjalanan-perjalanan kami dan dapat melawat beberapa tempat-tempat menarik dan melihat kelip-kelip dan blue tears. 

Till the next entry, meanwhile please take good care of yourself and your family, especially during this pandemic time. May we always be in Allah's protection. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

5 comments:

  1. Blue tears ni baru ' in '
    ada beberapa tempat je yang boleh nampak blue tears ni
    kita orang plan nak ke Miri . tapi asyik pospone je
    ke sini je lah nanti kot ...
    murah pun murah.. rm 20 je .. hehehhe .. nak ke Pantai Tusan kat Miri kena terbang

    ada satu pulau ket Perak pun ada . Pulau Sembilan.
    pun nak pergi . tapi closed for pelawat sebab ramai datang kotorkan pulau tu..
    nak lagi cantik..
    Maldives ... hahahhahaha.... [ gelak Covid ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ya di Miri? I saw the photos di internet. Cantik sangat!

      Covid oh covid...

      Delete
  2. bagi saya gambar2 kelip2 yang Encik ambil dah cantik daaaa cuma tak dapat seketul2 gambar binatangnya. but they are really nice untuk orang yang tak penah tngk kelip2 macam saya. and the blueeeee river tu subhanallah..
    too magical..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Siti. Foto-foto kelip-kelip tu adalah not from a single shot tapi dari beberapa video images yang saya jadikan composite guna photo editing program. Begitu je cara yang saya tahu nak buat :). Jadi la buat kenangan.

      I did read a bit about the blue tears before going tapi bila nampak sendiri macam I cannot wrap my head around it!

      Delete
  3. Ada kemudahan surau tak? since the eagle feeding and kelip2 tour bersambung, muslim need to pray maghrib kan

    ReplyDelete