Monday, June 22, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 03 - PART 05 - KE KOTA PADANG



Sumber: kkmm_gov

Sumber: pkk_kemkes ~ Pusat Krisis Kesehatan Republik Indonesia

Next cerita perjalanan kami menuju ke Kota Padang. Meaning our vacation about to end since esok dah nak balik KL. 

Perjalanan dari Kota Bukittinggi ke Kota Padang adalah sejauh 89 km dan ambil masa lebih 2 jam. 

Istana Bung Hatta.
๐ŸŒ“Istana Bung Hatta atau Gedung Negara Tri Arga adalah gedung bekas kediaman Wakil Presiden Indonesia Mohammad Hatta yang terletak di pusat Kota Bukittinggi, Sumatra Barat.
๐ŸŒ—Bangunan yang berdiri saat ini adalah hasil renovasi pada tahun 1960-an setelah bangunan asli dibumihanguskan sewaktu Agresi II Militer Belanda.
๐ŸŒ“Nama gedung mengambil simbol pemandangan sekelilingnya yang dikelilingi tiga gunung: Gunung Singgalang, Gunung Marapi, dan Gunung Sago.
๐ŸŒ—Pada masa kolonial Belanda, Istana Bung Hatta digunakan sebagai kantor Residen Padangse Bovenlanden dan Asisten Residen Agam.
๐ŸŒ“Kemudian pada masa pendudukan Jepang difungsikan sebagai rumah Panglima Pertahanan Jepang (Seiko Seikikan Kakka).
๐ŸŒ—Kemudian setelah Indonesia merdeka, gedung ini dikenal dengan nama Rumah Tamu Agung dan pernah dijadikan sebagai tempat tinggal dan kantor wakil presiden Bung Hatta selama bertugas di Bukittinggi pada tahun 1947-1948.


Dewan Perwakilan Rakyat Daerah.


Telkom Indonesia.




Ada pelbagai street food. Pasti sedap agaknya. Pada trip ini kami tidak berpeluang mencuba makanan dari gerai dan warung begini sebab kalau ke Sumbar ini, selalunya kami ambil pakej, jadi meals sudah included and makannya most times di Rumah Makan Nasi Padang. 


Tetapi semasa saya ke Sumbar pada 2016 dan 2017, saya berpeluang makan pelbagai makanan selain Nasi Padang. Alhamdulillah. Ok, saya share di sini all the delicious food.

Saya mulakan dengan cerita makan-makan Sumbar 2016 dulu. 

Mie Surabaya Mas Bud, Bukittinggi. Mee gorengnya nampak sinple, tapi sedapnya tak cukup makan sebungkus! ๐Ÿ˜‹

Sarapan pagi lontong di sebuah warung di tepi jalan di Tabek Patah. Seriously, tak pernah saya makan lontong sesedap ini. Lebih istimewa bila pada masa itu sambil sarapan saya menikmati keindahan pemandangan Gunung Sago dan Perkampungan Situjuah Limo Nagari yang dilitupi awan dan kabus pagi.

Ketika itu sudah tiba waktu makan malam tapi perjalanan ke penginapan masih jauh. Maka berhenti dulu di Rumah Makan Bofet Kubang Mulia di Padang. Saya ingat lagi mee gorengnya sangat pedas sampai berpeluh kepala tapi sedap habis saya makan.. hehe. Malam itu saya take away juga martabak in case tengah malam rasa lapar.. hehe. 

Sarapan pagi di Penginapan Danau Diatas, Alahan Panjang. Sedap sangat nasi goreng ini sampai rasa tak cukup. Tapi malu pula nak pergi ke dapur minta tambah... hehe. Fyi, sarapan saya ini dihantar ke bilik.

Es Durian Ganti Nan Lamo, Kota Padang. Sedapnya macam rasa nak pengsan.. hehehe.  Like, seriously ๐Ÿ˜„. Kalau anda ke Padang pastikan ke restoran ini ya.

Masa tu baru lepas melawat ke Puncak Mandeh (cantik sangat pemandangan dari puncak ini) dan stop makan tengahari di Rumah Makan Uniang, Ampang Pulai, Koto XI Tarusan, Kabupaten Pesisir Selatan, Sumatera Barat.  Di sini spesifiknya Gulai Ikan Karang. Verdict? 2 Thumbs Up.. way UP! 

Pada masa itu saya baru sahaja lepas melawat Danau Tarusan Kamang. Bila nampak pasar ini, terus minta stop untuk jalan-jalan ambil gambar. Ini Pasar Sore Nagari Koto Berapak, Kecamatan Bayang. Risoles tu sedap sangat!

Sudah 2 kali saya menginap di Abdi Homestay, Lembah Harau. Masakan Buk Noni adalah paling sedap. Apa saja yang dia masak, mesti saya tanpa segan silu minta tambah. And she fed me sampai saya kekenyangan. Semoga Buk Noni dan Pak Ikbal suami isteri dimurahkan rezeki sentiasa oleh Allah SWT.

Semasa saya di Lembah Harau saya berpeluang jalan-jalan di sebuah kampung di situ. Saya dibawa singgah ke rumah/kedai Buk Yet yang sangat peramah dan very talkative. Seronok betul bersembang dengan dia ๐Ÿ˜Š. Hidangan rempeyek kacang ikan bilisnya sedap dan rangup. Kena pula dengan kopi! Fyi, Buk Yet ada business buat rempeyek dan jajan lain. 

Masa tu saya dalam perjalanan dari Kelok 9 nak ke Bukittinggi. Ternampak signboard ni dan stop sekejap. Cucur jagungnya sedap sangat sampai saya ingat ke hari ini. So kalau anda dalam perjalanan dan ternampak signboard Jagung Super Manis F1 Aina ini, maka segera menjerit 'STOP !!'.. hehe. Lokasinya di Batuhampar, Akabiluru, Lima Puluh Kota Regency, West Sumatra.

Masa tu dalam perjalanan nak ke Padang Panjang sebab nak ambil gambar di sawah-sawah padi yang indah. Cari punya cari jumpa la Rumah Makan & Ampera Mak Aciak Anugerah, Kelok Popan Kubu Karambia Batipuh ini yang letaknya betul-betul di tepian sawah padi yang luas terbentang. Lepas jalan-jalan di sawah, saya pun lunch di rumah makan ini. Mee goreng ~ sedap! Mee sup ~ sedap! Ayam goreng ~ sedap! Teh tu pun sedap! ๐Ÿ˜„ View masa makan di sini memang tak boleh lawan mana-mana tempat lah ๐Ÿ˜Š

Siangnya saya berpeluang menyaksikan acara pacu jawi yang diadakan di hamparan Sawah Talimun, Nagari Parambahan, Kecamatan Limo Kaum, Tanahdatar, Sumatera Barat. Lokasinya terletak di kaki Gunung Marapi. It was such an amazing experience for me and one I will not soon forget. After all the day's excitement and the long journey on the road balik ke Bukittinggi I was feeling famished! Malam itu saya dibawa makan di Rumah Makan Mieso Pak Sariman. Kuah supnya sangat sedap dan berperisa. Mee pula campur mee kuning dan mee hoon. Ada pula bebola daging. Boleh tambah cili kalau nak pedas. Huii... enough said! ๐Ÿ˜‹

Breakfast included masa saya menginap di Hello Guest House, Bukittinggi. Sarapannya lontong yang sudah siap prepacked in case ada guests yang nak take away. Sedap lontongnya tapi saya malu nak ambil lagi satu bungkus.. hehe. 

Sebelum ke airport, saya makan tengahari di Soto Angkasa, di Jl Bandara Internasional Minangkabau. Tak pernah saya makan soto sebegini sedap. Kepingan daging tu sungguh berperisa dan rangup. Supnya saya hirup sampai habis! Kalau anda on the way nak ke Bandara Internasional Minangkabau, kalau ada masa, silalah berhenti di restoran mak cik ni. Like, seriously. Check-out awal dari hotel supaya boleh singgah di sini. 

Next all the delicious food masa percutian Sumbar 2017.

Makan tengahari di Jophira Tintin Homestay, yang lokasinya terletak di sebuah teluk, di kawasan Bungus Teluk Kabung. Lauk pauknya semua sedap! Homestay ini pula di tepi pantai, lagi rasa berselera makan... hehe.

Kerepek jering. Surprisingly sedap rasanya. Ada rasa lemak-lemak. Kalau jering mentah memang saya tak lalu makan. I'm more a petai guy.. hehe.

Minum kopi Kawa di Puncak Kawa, Jorong Guguak, Tanah Datar. Not really my 'cup-of-tea' ๐Ÿ˜ƒ. Campur lebih sikit gula baru boleh minum.. hehe. 

Ini pula ialah Lamang Tapai dibeli di sebuah gerai di tepi jalan di Jorong Tabek, Nagari Tabek, Kecamatan Pariangan, Kab. Tanah Datar. Ada kuahnya. 

Ini Pisang karamel dibeli di Parit Rantang Koto Nan IV Kecamatan Payakumbuh Barat. Huiii... pisang + caramel = super manis! 

Makan malam masakan Buk Noni di Abdi Homestay, Lembah Harau. Using fresh ingredients made the dishes exceptional. Simple saja bahan-bahan dan cara masakannya. Memang bertambah nasi.. hehe.

Di Lembah Harau juga berpeluang makan durian dan minum air kelapa. Right by the road side ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‹.

Di Padang Mengatas ada ladang lembu yang besar dengan pemandangan yang sangat indah. Di situ kami berpeluang minum susu lembu segar di Ren's Milk. Lokasi ladang ini adalah di Balai Pembibitan Ternak Unggul Hijauan Pakan Ternak (BPTUHPT) Jl. Padang Mangatas, Mungo, Luak, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat.

Masa on the way nak ke Tarusan Kamang, stop kejap tepi jalan untuk beli pelbagai kuih-kuih di Koto Panjang Kamang Hilir. 

Makan malam istimewa di rumah Tour Guide kami di Bukittinggi. Rasa hidangan lebih sedap when you are with friends ๐Ÿ˜Š.

Bika Bakar, Bukittinggi. Kuih ikonik Sumatera Barat. Garing di luar, lembut di dalam. Sedap makan masa panas-panas. Manis tapi.

Soto di Bukittinggi. Kenapa kat Malaysia ni saya tak jumpa soto sedap macam ni? ๐Ÿ˜„

Ok, dah macam entry Jalan-Jalan Cari Makan di Sumbar pulak kan.. heheh. I digressed... ๐Ÿ˜ƒ .

Baik, saya sambung semula cerita perjalanan kami ke Kota Padang dari Bukittinggi.

Ehh.. tu bukan Rossa ke tu?
Rossa, nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, juga dikenali sebagai Teteh Ocha oleh peminatnya di Indonesia. Di Malaysia beliau adalah Datuk Seri Rossa selepas menerima anugerah Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP). 

Ini adalah iklan Oleh Oleh Minangkabau, Minang Mande Cake
Minang Mande Cake Merupakan Brand Oleh-oleh Asli Minang Karena dibuat dan DiKreasikan oleh Urang Minang dan hanya bisa didapat Ekslusif di Sumatra Barat. 
Note: Mande / Mandeh bermaksud 'ibu'.
Kue Oleh Oleh Minang Terlezat ala Mande

Kue Oleh oleh Pertama dan Satu-satunya di Indonesia hanya Tersedia di Padang
“Seperti Pelukan Mande Kepada Anaknya, Begitulah Minang Mande Cake Dibuat dan Diciptakan. Kue Ini dirajut dan Diracik dengan penuh Cinta dan Kasih Sayang hanya untuk melihat anda Tersenyum saat Menyantap dan Menikmatinya.
-Onde Mande Lamak Bana-

Calon Gubernur Kito.
Satu kerja Nyata Lebih Baik Dari Seribu Janji

Menjual buah-buahan di belakang trak di tepi jalan.


Pasar.

Lontong Mande. 


gojek. 







Kedai/workshop membuat kubah masjid.

Masjid Taqwa.



Traffic jam.



Ada kemalangan rupanya. 


Sulaman Putri Minang adalah popular di kalangan pelancong dari Malaysia.

Kata Cut Putri Arianie, Direktur Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Tidak Menular (P2PTM), Kementerian Kesehatan Republik Indonesia, Indonesia sekarang memiliki sebutan negara baby smokers countries, kerana pengkonsumsi rokok oleh perokok muda sampai saat ini, terus meningkat, Riskesdas 2013 dari 7,2% tiap tahun terus naik sampai sekarang ini 9,1%.
Riskesdas = Riset Kesehatan Dasar.


Motorsikal yang sudah diolah menjadi 3 roda with addition of a passenger compartment.

Menuju ke Kota Padang.

Bushels of cabbage.


Traffic jam tapi bergerak.

Yang Maha Mengetahui.


Hujan.


Kota Serambi Mekah.


Lebat hujannya.



Air Terjun Lembah Anai. 

Melalui kawasan yang tidak hujan. 


Hujan lebat di hujung sana. 

Sawah padi nan hijau indah berlatarbelakangkan dramatic sky.


Tebalnya asap! Mujurlah tidak menghalang pandangan pemandu di di jalanraya.

Besar juga kerja-kerja pembakaran ini. 


Berhenti solat di Masjid Al-Muttaqin Kayu Tanam. 


Alhamdulillah. Lega rasanya setelah dapat menunaikan kewajiban. 



Pembakaran terbuka di tepi jalan.

Menyalip maksudnya 'overtake'.


Every once in a while we passed by gerai jual durian. Musim agaknya.

Kantor Camat. 

Tapak cadangan pembinaan lebuhraya baru kalau tak silap. 

Panjang queue kenderaan di belakang lori besar ini. Nak menyalip pun susah kerana on our side of the road pun sibuk juga.

I wonder if this train track is still in use ๐Ÿ˜.



Mesti sedap instant noodle ni! ๐Ÿ˜‹

Bakal calon-calon Bupati Padang Pariaman. 

๐ŸŒ“Walaupun Indonesia adalah negara ketiga terbesar yang menghasilkan beras terbanyak di dunia, Indonesia masih perlu mengimport beras hampir setiap tahun. 
๐ŸŒ—Keadaan ini disebabkan oleh petani menggunakan teknik pertanian sub-optimum ditambah dengan penggunaan padi per kapita yang besar (oleh populasi yang besar). 
๐ŸŒ“Sebenarnya, Indonesia mempunyai salah satu penggunaan beras per kapita terbesar di seluruh dunia. Penggunaan beras per kapita di Indonesia dicatat hampir 150 kilogram (beras, per orang, setahun) pada tahun 2017. 
๐ŸŒ—Hanya Myanmar, Vietnam dan Bangladesh yang memiliki penggunaan beras per kapita lebih tinggi daripada Indonesia.
Sumber: indonesia-investments.com

๐ŸŒ“Pengeluaran beras di Indonesia dikuasai oleh petani kecil, bukan oleh perusahaan swasta atau negeri yang besar. 
๐ŸŒ—Petani kecil menyumbang sekitar 90% daripada jumlah pengeluaran padi di Indonesia. 
๐ŸŒ“Setiap petani mempunyai keluasan tanah seluas kurang dari 0.8 hektar.
Wilayah Indonesia yang merupakan pengeluar padi terbesar adalah:
1. Sumatra Selatan
2. Jawa Barat
3. Jawa Tengah
4. Jawa Timur
5. Sulawesi Selatan

A man and his dog.


Zona Selamat Sekolah.

Di Jalan Lintas Padang Bukittingi.



Billboard iklan rokok LA Bold keluaran terbaru Djarum.

Selamat Datang ke Asam Jawa, Nagari Lubuk Alung



Design telekung di Indonesia ada hiasan bunga-bunga.

Gerai keropok dan jagung bakar. 


Dalam perjalanan ke Padang ini kami dapat melihat landasan keretapi yang dibina untuk membawa arang batu dari Sawahlunto ke Teluk Bayur. 

Landasan keretapi ini kini walau bagaimanapun tidak lagi digunakan kerana kos operasinya tidak lagi memberikan pulangan ekonomi.








Alhamdulillah kami selamat tiba di kota Padang pada pukul 5 petang. Pak Ino terus bawa kami membuat City Tour.

Ini satu contoh kenderaan roda 3 atau tricycle with one-wheeled compartment attached to a motorcycle. The attached is also called a sidecar. Saya risau melihat tayar motor ini yang nampaknya condong kerana dibebani oleh sidecar yang ketika itu diduduki oleh 2 orang dewasa. Condong kerana motorsikal itu asalnya direka as a 2 wheeled 2 seaters vehicle tanpa sebarang beban attached to it.


I think that's a train stop.

Kripik Balado Christine Hakim. 
"Dibuat dengan bahan-bahan terbaik yg selalu menjamin kelezatan dan kerenyahan kripik balado Christine Hakim selalu jadi pilihan nomor 1."





Di Jalan Adinegoro yang sibuk ketika itu.

Stasiun Tabing (TAB) adalah stasiun kereta api kelas II.


Universitas Negeri Padang dan Batalyon Infanteri 133/YS. 

Movie 'Kuntilanak: Mangkujiwo' tengah showing di pawagam-pawagam Padang masa tu.

Halte DPRD 1. 

Hiasan pasu-pasu bunga yang diletakkan di sepanjang jalan utama di kota ini.



Salamaik Datang.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. lupa dah apa kita makan masa 2017 tu ..
    sib baik ada enrty makanannnnnnn ni..
    kerepek jering macam pekik tapi sedap
    bika neraka .. sedap..
    masakan buk noni .. sedap..
    masakan isteri pa'unchu .. sedap..
    pisang karamel .. pehh ... sedap!
    semua lah ....

    next ke Sumbar saya nak pergi untuk makaaaaannn je..
    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau nak buat entry khas pasal makan2 di Sumbar, mmg lazat la :).

      Jommmmm... !!
      p/s - saya kena pastikan tak lupa bawak ubat-ubatan :).

      Delete