Monday, February 10, 2020

LANGKAWI - DAY 02 - PART 10 - DATARAN LANG

Dari Air Terjun Durian Perangin, kami menuju ke Pekan Kuah untuk ke destinasi terakhir kami pada hari ke 2, iaitu ke Dataran Lang. 

Pulau Langkawi mengandungi jujukan batuan yang paling lengkap, bermula dengan batuan yang paling tua yang pernah ditemui di Malaysia, hinggalah kepada batuan yang muda. Kepulauan Langkawi terbentuk daripada pelbagai batuan iaitu siri batuan sedimen. Batuan sedimen dibahagikan kepada beberapa formasi, daripada tua ke muda iaitu Formasi Machinchang, Formasi Setul, Formasi Singa dan Formasi Chuping. 

Dan di Pekan Kuah ini I think adalah Formasi Singa. Jujukan batuan ini telah terendap di sekitaran laut cetek hingga sederhana dalam pada zaman Devon Lewat hingga Perm Awal (370 juta hingga 280 juta tahun lampau).

Tiba di Pekan Kuah. Ini Maktab Rendah Sains Mara, Langkawi.


Bangunan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri.

Sekolah Kebangsaan Seri Negeri.

Pusat Kegiatan Masyarakat Langkawi.

Pejabat Hutan Daerah Langkawi.

Kompleks HiG Duty Free Mall.


Masjid Al-Qadim. Nampak seperti ada kematian. Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.


Menuju ke Dataran Lang / Eagle Square.

Lembaga Pembangunan Langkawi - LADA.

Langkawi Fair Mall.


Sampai ke Dataran Lang.

Uncle Kent dropped us off at the main entrance to the square. We told him we will not be too long here at the square sebab masa tu pun dah close to 6:00 pm. 

Jalan ke Dataran Lang.

Ada this wonderfully informative board about Langkawi Geopark - Langkawi UNESCO Global Park.

Jom baca.

Peta yang menunjukkan lokasi the Geosites, Biosites, Attractions dan Geopark Info Centers. Juga lokasi-lokasi Taman Georimba: Taman Georimba Kilim Kars, Taman Georimba Kambria Machinchang dan Taman Georimba Marmar Dayang Bunting. 


Juga ada maklumat ini. The achievements.


SDG ialah 'Sustainable Development Goals'.

Langkawi's top geo attractions. 





Okeh. Let go check out that sundial.

Langkawi Sundial ini dibuat oleh pengarca Ramlah Abdullah pada 2018. 

Arca ini mencerap bayangan perjalanan masa mengikut peredaran matahari disamping turut memaparkan petunjuk arah tempat-tempat menarik di Langkawi.



Welcome to Langkawi Geopark.

Ok, let's walk to the square.

The Eagle Square complex. Ada cafe dan kedai-kedai souvenir.




Jauh juga nak jalan ke Lang tu.

Lang dan Gunung Raya.

A fountain in the middle of the Eagle Square.

Kuah Jetty seen from Eagle Square.


Eagle Square Complex.

Jeti Kuah terletak di Pekan Kuah. Sekiranya anda merancang to arrive and leave Langkawi dengan feri atau bot, inilah jetinya. Beberapa cruise ships dari Klang, Singapura, dan negara-negara lain juga datang dan berlabuh di sini. Kuah Jetty adalah terminal feri utama di Langkawi.

Feri-feri di jeti ini datang dari dan pergi ke pelbagai tempat seperti Kuala Perlis (yang merupakan titik paling dekat di pantai barat tanah besar Malaysia), Kuala Kedah, Pulau Pinang, dan juga Satun dan Koh Lipe di Thailand.



"Dataran Lang" adalah lokasi arca besar dalam bentuk helang laut bertengger di atas batu dalam keadaan pra-penerbangan. Patung setinggi 12 meter ini menyambut pelawat yang datang ke Kuah dengan feri ketika mereka naik ke jeti. Burung helang adalah lambang Pulau Langkawi kerana namanya dianggap oleh sesetengahnya berasal dari kata Melayu untuk helang. Dataran ini adalah kawasan landskap dengan kolam, teres dan jambatan, di mana pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat laut.
- Wikipedia







Pemandangan Pekan Kuah dari Dataran Lang.

Gunung Raya juga jelas kelihatan pada petang itu.


Bayview Hotel, hotel penginapan kami juga boleh dilihat dari dataran ini.

Ok je, tak terlalu ramai pelawat masa ni.


Us.


Salah satu anjung di Dataran Lang.



'Lang' and the actual iconic Brahminy Kite.



Tengok patung helang ini mengingatkan saya pada patung-patung burung helang di pintu-pintu kuburan kaum Nabi Saleh, iaitu Kaum Thamud di Madain Saleh, Arab Saudi. Helang di atas portal itu dianggap mewakili dewa Nabataean utama Dushara, "Lord of the Mountain" oleh kaum Thamud.
Kaum Thamud telah ditimpa azab oleh Allah SWT kerana mereka menolak seruan Nabi Saleh a.s untuk mentaati Allah SWT selepas mereka menyembelih unta betina yang telah dihantar kepada mereka sebagai tanda kebesaran Allah SWT. Kaum Thamud dibalas dengan azab yang amat dahsyat iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibril yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Nampak tak lubang-lubang di dinding near where the kepala helang used to be? Kepala helang itu sudah dihancurkan kerana di KSA tidak dibenarkan ada patung berbentuk makhluk hidup. Kesan lubang-lubang peluru yang memusnahkan kepala helang itu sengaja dibiarkan pada dinding agaknya untuk menunjukkan kepada pelawat yang kepala helang itu memang sengaja dimusnahkan dan bukan kerana musnah disebabkan oleh cuaca selepas ribuan tahun. Ya, walau pun kesan sejarah ini sudah begitu lama usianya dan dari segi peninggalan sejarah purba ianya sangat penting, KSA tetap menghancurkan kepala helang itu supaya patung itu tidak cukup sifatnya. Dan kalau kita perhatikan 'sifat' asal patung helang itu as a whole pun tidaklah lengkap kerana 'melekap' pada dinding tapi tetap juga kepalanya dimusnahkan. 

Selesai di Dataran Lang kami berjalan ke pick up point to meet up with Uncle Kent, which was at the same spot we got off earlier.

On the way to Bayview Hotel. Ini Taman Lagenda. 

Ini Masjid Al-Hana. 

Sampai ke Bayview Hotel. We thanked Uncle Kent and to meet up again tomorrow at the hotel's lobby for another day of excursions. 

Kami terus ke Executive Lounge di Tingkat 14 untuk minum petang percuma. Memang kelaparan masa tu.. hehe. 





Sambil minum tengok movie 'Beauty and The Beast' 😊.




Suasana sunset di luar tingkap bilik kami.




Malam tu kami dinner di sebuah restoran Thai just across the road from the hotel. Tak larat dah nak pergi jauh-jauh. Letih berjalan dari pagi. 











Inilah ringkasan jalan-jalan kami pada hari ke 2 di Langkawi.
🌓 Eco Mangrove Tour (Pantai Tanjung Rhu, fish farm, eagle watching, mangrove cruise, monkey watching, Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway, Crocodile Cave, Gua Kelawar dan Bakau Walk. 
🌗 MARDI Agrotechnology Park Langkawi 
🌓 Durian Perangin Waterfall
🌗 Dataran Lang

Ini peta lokasi tempat-tempat yang kami dah lawat pada hari ke 2 kami di Langkawi.

Alhamdulillah.

Bersambung dengan cerita jalan-jalan hari ke 3 di Langkawi dalam entry seterusnya, insyaAllah.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. does the sundial actually tells the time , accurately ?

    yang gambar ke 4 tu , bangunan kuning tu namanya Idaman Suri
    and it live up to its name !
    macam-macam idaman perempuan ada kat dalam tu
    idaman dapur , living room etc

    pernah makan itik ?
    saya suka! :)

    Fair mall tu agak suram jugak lah dalamnya
    first floor banyak kosong
    surau pun celah ceruk mana susah nak cari

    ReplyDelete
    Replies
    1. I have no idea. I suppose it could what's with it being called a 'sundial'.

      'Idaman' gitu. So aptly named... hehe.
      I guess situ le ada dijual pinggan mangkuk berjenama dgn harga terjangkau, kan?

      Pernah makan dulu masa kecik2 sebab mak abah dulu ada bela itik. But I do not remember if I suka or not.
      Dah dewasa ni tak pernah makan.

      Adakah kebanyakkan bangunan perniagaan suram macam deserted di Langkawi?
      According to a taxi driver there, ada one huge building near the hotel we stayed at, dulu adalah full with bazaars and shop of all kind. Now dah tutup.

      Delete