Friday, October 11, 2019

KUANTAN - DAY 04 - PART 01 - MORNING WALK

Sudah hari ke 4 kami di Kuantan. My wife still have another whole day of work today so I pun plan la another day's of jalan-jalan program. 

Yes, sarapan dulu lah 😊.


Big breakfast.. me la.. hehehe. Kena isi penuh-penuh sebab plan nak gi jalan-jalan sampai petang. 



Sambil makan sambil ambil gambar 😊.



Good morning Kuantan.

Awal pagi. Orang Kuantan sedang sibuk ke pejabat. Sesak juga Jambatan Jalan Tanjung Lumpur tu. 



Lepas breakfast ke bilik dulu, then we left the hotel going our separate ways for the day's activities. My wife ke pejabat, saya pagi-pagi decided to go for a morning walk.

Jom mulakan morning walk. Pagi tu saya bercadang nak spend the morning walking along this Kuantan waterfront, atau yang dikenali sebagai Taman Esplanade Kuantan. 

View dari Mega View Hotel. Menara Teruntum yang sedang dalam pembinaan, Sungai Kuantan dan the 'KUANTAN' big sign. 

View Bandar Kuantan.

Beautiful landscape. 







Dari tingkat 5 Mega View Hotel ini boleh nampak Masjid Bukit Setongkol, Bukit Setongkol, Kuantan yang jauhnya lebih kurang 4 km dari hotel ini. 

Ok, dari hotel, I walked to Jalan Besar and made a left turn and proceeded towards Menara Teruntum. Alhamdulillah it was a lovely morning. Pagi lagi so still fresh la. Nanti later nak dekat noon time, lencun.. hehehehe.

Mother and son selling newspapers.


Pak cik pekerja majlis perbandaran sedang collect garbage.

Our favourite restaurant, Restoran R&R, for lunch semasa di Kuantan ni. Sedap sungguh lauk-lauknya. 

Menara Teruntum. Mercu tanda ikonik terbaru Kuantan. Juga dikenali buat masa ini sebagai Mercu Teruntum.

180 meter tingginya. Bila dah siap dikatakan ia akan jadi menara yang ke 4 tertinggi di Malaysia lepas Menara KL, Menara Alor Setar dan Menara Taming Sari (Melaka).


Menara Teruntum ini terletak di Laman Teruntum di tepi Sungai Kuantan.

Jalan masuk ke Laman Teruntum.


Ada tempat permainan kanak-kanak di Laman Teruntum ni.

Ada info tentang Laman Teruntum.

Let's read a bit. Asalnya dari pokok Teruntum.

Cantik design base untuk pokok ni. I really do like it.

More information. About Kuantan.


About Pahang.


Ini Galaxy Kompan playground. Reka bentuknya unik, tak seperti permainan yang selalu kita tengok yang typically ada gelongsor dan buaian. 

Reka bentuknya can be enjoyed not only by small children but also teenagers. 


Pemandangan 'KUANTAN' across Sungai Kuantan.

Ada kiosk/gerai. Tapi belum buka sebab masih awal pagi. 

Juga ada this yellow/green park dome. 

I think this park dome gave a nice overall look for this laman. More untuk tempat beriadah. Mungkin juga dome ini tempat for local artists and musicians / buskers showcase their talents.

Reka bentuk dome seperti ini dipanggil Geodesic Dome. 
A geodesic dome is a hemispherical thin-shell structure (lattice-shell) based on a geodesic polyhedron. The triangular elements of the dome are structurally rigid and distribute the structural stress throughout the structure, making geodesic domes able to withstand very heavy loads for their size. - Wikipedia

Foto wide angle satu 😊.

Reka bentuk dome begini juga comes in smaller versions dipanggil Garden Igloo untuk hiasan taman di rumah.

View Menara Teruntum dari Laman Teruntum.


Masuk dalam dome ni, mesti la ambil gambar secara 360° juga 😊.

360° selfie dalam geodesic dome di Laman Teruntum, Kuantan.




Fun berselfie dalam ni when it is empty, tak ada orang lain.. hehe.


Sambung balik dengan morning walk di Kuantan Esplanade / Taman Esplanade.

Taman di waterfront ni nampaknya dijaga dengan baik. There are lots of benches for visitors to lepak and enjoy the scenery. Ada juga tong-tong sampah kitar semula. Ia dilengkapi juga dengan lampu-lampu taman yang membolehkan taman ini dilawat pada waktu malam.  

Buttercup/Golden Trumpet flowers.

Nampaknya memancing juga dibenarkan di sini.

Cloudy sunrise. Cuba juga nak nampakkan sekali Menara Teruntum tu tapi from when I stood, terlindung pulak dengan pokok-pokok kelapa..hehe.

Ada jeti. Nice.

Nyiur melambai.

Pemandangan on the opposite side. I'm heading that way.

Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan.

Itu jeti Shahbandar / Kuantan River Cruise.


Opposite the waterfront ialah jalan besar, Jalan Tanah Putih.

Bangunan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. 
Perkhidmatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bermula pada tahun 1904, sebagai sebuah Hospital Daerah Kuantan yang dikenali sebagai Rumah Sakit Umum Kuantan. Hospital ini telah dinaikkan taraf kepada Hospital Besar pada tahun 1955 setelah bandar Kuantan diistiharkan sebagai ibu negeri Pahang. Bangunan HTAA yang ada sekarang dibina di atas tapak yang sama seluas 40.1 ekar. - Wikipedia


Kompleks Teruntum. Premis perniagaan dan pejabat kerajaan.

Menara Jam Besar di padang MPK.


Berjalan semula di waterfront.


Tempat parkir di Taman Esplanade.










Di Taman Esplanade ini juga ada sebuah public sculpture yang dinamakan 'Mercu Junjung Duli'. 

Mercu Tanda ini dibina sempena memuliakan sambutan 40 tahun pemerintahan DYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Sculpture ini dibuat oleh Pelita Hati Gallery Of Art untuk mempromosikan seni Malaysia.  

'Mercu Junjung Duli' ini direka oleh Raja Shahriman b. Raja Aziddin. Hasil seni beliau boleh dilihat di sini

Arca setinggi lebih 7 meter ini telah disiapkan dan dipasang di taman ini pada 25/11/2014.

Mercu tanda itu dibuat menggunakan bahan keluli tahan karat yang direka bentuk menjadi gading yang unik dengan kos RM500,000. 

Di puncak arca ini ada Jata Negeri Pahang.
Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang.  Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi.  Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini.  Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja.  Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam. - www.pahang.gov.my

Moh sambung lagi jalan-jalan. 

Nyaman dan teduh. Nice.


Di Taman Esplanade ini juga terdapat tapak pemakaman Islam lama yang dipanggil Tapak Perkuburan Cik Timah. 

Di tapak perkuburan ini ada lebih kurang 30 kubur lama yang dipagarkan. Masa saya di situ pagi itu, pintu pagar ini berkunci. Tapi nampaknya kawasan perkuburan ini boleh dimasuk untuk lawatan.

Saya nampak tiada kubur baru di sini meaning tanah perkuburan ini tidak lagi merupakan the current designated Muslim burial ground.

Perkuburan yang dijaga baik dan tenang ini sebenarnya amat penting dalam sejarah Kuantan dan Pahang. Ini adalah kerana tanah perkuburan ini adalah bukti bahawa Kampung Teruntum (nama lama untuk Kuantan) wujud.

Munshi Abdullah, dalam pelayarannya, mengesahkan kewujudan awal Kuantan apabila dia ada menyebut Kuantan dalam tulisannya pada tahun 1851.

Haji senik (tokoh ulamak yang berasal dari Patani di Selatan Thailand), pengasas Kampung Teruntum, dan para pengikutnya menetap di kawasan berhampiran muara sungai Teruntum pada tahun 1850an dengan membuat kerja-kerja seperti memancing, berniaga dan mengusahakan kawasan paya Teruntum yang terletak di tapak hospital sekarang.

Tapak perkuburan ini dinamakan Tapak Perkuburan Cik Timah, kerana Cik Timah, anak kepada Haji Senik, telah dikuburkan di sini. Bila Taman Esplanade dibuat, sebahagian dari kubur-kubur yang ada di sini, termasuk kubur Cik Timah telah dipindahkan. Kubur Cik Timah telah dipindahkan ke Beserah bersebelahan makam ayahnya, Haji Senik.

Dah nak dekat 1 km dah berjalan di waterfront ni with stops here and there with lots of picture taking. Santai je. Ok, these are locations for Mega View Hotel, Menara Teruntum, Kompleks Teruntum, Mercu Junjung Duli, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Tanah Perkuburan Cik Timah.

Sambung lagi morning walk di Kuantan waterfront ini. Dari Taman Esplanade (near the Kuantan River Cruise Jetty) across the Kuantan river ini boleh nampak Perkampungan Peramu ini yang ada banyak bot-bot nelayan. 
Diberitakan pada bulan Mac 2019 yang lalu ada seekor buaya berukuran panjang 1 meter seberat lebih kurang 10 kg telah naik dan melepak di serambi sebuah rumah di Perkampungan Peramu ini. No one was hurt and the crocodile was captured and handed over to the Wildlife Department. 

Kita jalan lagi. View ke depan.

View di belakang.


Jeti Shahbandar / Kuantan River Cruise Jetty. Saya dah naik cruise ni back in 2015 dan blognya boleh dibaca di sini


Info board stating memancing dibenarkan dan dibenarkan di designated areas sahaja.

Peta menunjukkan 'Kawasan Yang Dibenarkan Aktiviti Memancing' dan 'Kawasan Yang Perlu Mandapat Mendapat Kelulusan MPK'. 

McDonald's.

A few more shots near the jetty.



Taman Esplanade, Menara Teruntum, Mega View Hotel dan Sungai Kuantan.

Jeti Shahbandar.

Jeti Shahbandar yang juga merupakan jeti tempat permulaan dan pengakhiran Kuantan River Cruise.

About Kuantan River Cruise. 

Bagus cruise ni, Kalau anda ke sini, please do join them for a lovely and leisurely river cruise. Kalau tak percaya, bacalah blog Kuantan River Cruise saya.. hehe.. 😃.




Jalan lagi sikit. 

Cantik pulak pemandangan dari padang hijau ni. 



Perkampungan Peramu.


Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan.



Ok, sebenarnya saya jalan sampai ke hujung dekat bangunan Majlis Perbandaran ni kerana nak ke Pahang Art Gallery. Berpusing saya cari tapi tak ada pun galeri tu. Dah siap tanya people there, outside and inside the buildings. Even dah tanya staf-staf lama MPK, mereka pun tak tahu pasal galeri tu. Bila saya tunjuk below map, mereka sendiri jadi puzzled. Saya nak ke Pahang Art Gallery tu sebab Pahang Art Museum yang nearer to my hotel tutup for renovations. Oh well.

Dari perkarangan bangunan MPK tu saya nampak bangunan berwarna warni ni. So I went to check it out.

Ini bangunan Perpustakaan Awan Pahang. Lokasinya di hadapan Padang MPK 4. Bernilai RM48 juta, bangunan 4 tingkat ini boleh memuatkan sehingga 1,000 orang at any one time. So far ia adalah public library yang terbesar dan termoden di pantai timur. 

Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Awam Pahang ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada 12 November 2018. Perpustakaan Awam Pahang ini kini dinamakan Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah.
Reka bentuk seni bina luaran perpustakaan ini menggunakan rekaan motif tenun Pahang which is one of Pahang's proud cultural heritage.

Saya tak masuk ke perpustakaan itu sebab nak teruskan lagi dengan my morning walk. Belum pun pukul 10 pagi masa tu.

Berpatah balik ke arah hotel tapi ikut jalan besar, Jalan Tanah Putih. 

Menara Jam Besar di padang MPK, next to Kompleks Teruntum.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment