Friday, February 15, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 06 - WALKING TOUR

Riverside Walking Tour kami diteruskan dengan misi mencari tempat nak makan tengahari 😊. 

Menyusuri terus tepi sungai Melaka, berpatah balik ke arah jam besar tempat kami mula walking tour tadi. Sebenarnya masa di Jambatan Pasar tadi, kalau kami teruskan walking tour ni, kami akan jumpa lebih banyak lagi beautiful murals tapi cukup la sampai di jambatan Pasar tu. Dah terik benar pun masa tu. 

Dan kami pun sampai di RC Hotel ni. Dulu masa saya jalan-jalan di Melaka, ada saya stop by and check out this boutique hotel. Memang nice hotel ni. Bila check hotel ni ada menyediakan a simple lunch buffet dengan harga yang ok, so kami decided to have our lunch there. 

Suasana di dalam RC Hotel. 

Simple buffet. 


Lunch yang sedap! Air oren pulak boleh keep refilling. Alhamdulillah. 

Lepas makan, kami rehat kejap di lobi hotel ni letting the air-conditioning cool ourselves. Also went for the much needed toilet break. Sambil tu bincang ke mana lagi nak jalan. Since kami dah berada di sebelah sini sungai, kami decided untuk terus saja sambung walking tour kami at the nearby Jonker Street.

Ok, jom sambung walking tour. I was always on the look out for more murals and wall arts 😊. Here's a beautiful painting of a couple of horses di Jalan Hang Kasturi.

Jalan Hang Kasturi.

Then ternampak a few more lukisan di lorong berhampiran Jalan Hang Kasturi ini.

Cute! A cat (most likely a witch's cat) riding a broomstick.. hehe.


Another painting 😊.


Passed by Jalan Kampung Kuli. 

A white building with blue traditional wooden windows. Nice!

Sebenarnya kami tidak la walk aimlessly. Kami menuju ke Makam Hang Jebat ini. 


Di lokasi makam ini ada disediakan banyak maklumat tentang Hang Jebat oleh Perbadanan Muzium Melaka untuk bacaan pelawat-pelawat 👍.

The infamous story tentang pertarungan antara Hang Jebat dan Hang Tuah.




Kawasan perkuburan ini nampaknya dijaga dengan baik. 








Selesai di Makam Hang Jebat, kami teruskan dengan walking tour. Terjumpa beberapa lagi wonderful wall arts.











Boleh tahan ramai juga tourists yang passed by di sini masa kami ada di situ.




The most beautiful wall art yang kami jumpa di Melaka ni. 

Setuju kan? 😊 Lihat sajalah perhatian yang diberikan oleh pelukis pada kain tudung batik tu. Dengan kedutan dan lipatan and the details of the flowers and traditional patterns. To me what made it even more amazing is the 'shine' of the batik cloth itself, menampakkan macam imej ini timbul! Maaf, saya bukan pengkritik seni, just sharing what I see 😊.

And I really love this painting too!








Seterusnya kami masuk ke Jalan Tukang Emas. Di jalan ini ada Masjid Kampung Kling, Kuil Hindu Sri Poyatha Vinaygara Moorthy dan dua buah tokong Cina: San Duo Temple dan Cheng Hoon Teng Temple.

Kami singgah kejap di sebuah kedai souvenir 'Raz Kashmir'. Seperti namanya, kedai ini menjual barangan cenderamata dari Kashmir, India.

Pemilik kedai ini adalah seorang lelaki dari Kashmir bernama Khalid. Baik orangnya. Seronok kami berbual dengan dia. 

Selain menjual souvenirs dari Kashmir, Khalid juga ada sebuah syarikat agensi pelancongan bernama Haifa Travels yang boleh uruskan percutian Malaysians yang ingin melawat Kashmir. Beriya dia promote pada kami supaya datang bercuti ke Kashmir dengan travel agentnya. Dia juga mempunyai sebuah houseboat di Tasik Dal di Srinagar bernama Houseboat Haifa. 

Menurut Khalid lagi sudah ramai Malaysians yang bercuti ke Kashmir yang diurus oleh agensi dia. He went on to describe the itinerary and all the wonderful places in Kashmir. And we were able to imagine those places because we had visited Kashmir albeit 7 years ago. Bersemangat kami dengar si Khalid mempromosi Kashmir sampai we were considering another vacation ke Kashmir... hehe. 

Bergambar bersama Khalid. Kalau anda berminat untuk bercuti ke Kashmir bolehlah hubungi Khalid at 0143283131.

Ok dah, jom sambung jalan-jalan. Ini Kuil Hindu Sri Poyatha Vinaygara Moorthy. 

Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi Temple adalah kuil Hindu yang tertua di Malaysia. Ia dibina oleh komuniti Hindu di Melaka pada tahun 1780-an untuk menghormati dewa berkepala gajah yang bernama Vinayagar ataupun Ganesh. 

Tanah pembinaan kuil ini didermakan oleh seorang Kapitan Melaka yang bernama Thaivanayagam Chitty.

Ini Masjid Kampung Kling yang terletak di antara Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi dan Cheng Hoon Teng di Harmony Street (Jalan Tokong). Ia adalah salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia. Ia dibina pada tahun 1748. Walaupun kawasan ini kini dihuni majoriti penduduk yang berketurunan Cina, kawasan ini pada asalnya dihuni oleh penduduk India Muslim (Kling) yang berasal dari India Selatan yang memberikan kepadanya nama Kampung Kling. 


Masjid Kampung Kling adalah salah satu Warisan Kebangsaan. 

Tentang Masjid Kampung Kling.

Terus saja kami berwuduq dan bersolat di masjid ini.


Ruang Solat di dalam masjid.



Hiasan dalam berjubin bunga timbul yang cantik.

Mihrab dan Mimbar Masjid.

Ukiran pada mimbar masjid ini ada mempunyai pengaruh ukiran orang-orang Hindu dan Cina.

Hiasan bahagian atas tiang yang cantik dicat warna emas.





Terdapat juga hiasan ukiran kayu Melayu di siling masjid ini.


Ada sebuah kolah besar yang dibina sebagai tempat wuduk masjid. Kolah ini dibina dengan berilhamkan bangunan Arab dan dihiasi dengan jubin-jubin seperti yang banyak dilihat di kediaman Cina Peranakan di Melaka.



Ini pula ialah Kuil Cina Cheng Hoon Teng yang dibina mengikut ciri senibina China Selatan menggunakan tukang bina yang dibawa dari  Fujian dan Guangdong.

Cheng Hoon Teng yang bermaksud Temple of Clear Clouds dibina oleh Kapitan Cina yang bernama Tay Hong Yong. 

Selain kuil, bangunan ini juga pernah dijadikan mahkamah oleh kapitan-kapitan Cina ketika itu.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

3 comments:

  1. tau tak untuk apa tiangle kecik kecik dekat dinding makam hang jebat tu ?
    tu untuk letak lilin kecik , untuk menerangi makam .. :)

    saya suka sangat masjid ni
    dan masjid kampung hulu
    sejuk
    nyaman je kat dalam dia
    and the centuries old tiles and carving are so amazing still beautiful..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? That would look very nice i think masa mlm. But then kenapa pulak nak pasang2 lilin di kubur?
      Kan. Love it that they maintain the old features. Sgt important! Masuk dlm masjid tu mcm rasa transported ke era masa masjid ni mula dibina.

      Delete
  2. ehntah lah...kenapa ya..
    ada sebabnya .. saya lupa pulak

    ReplyDelete