Monday, September 3, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 04 - PART 02 - CITY TOUR

Selepas our morning walk, kami balik semula ke hotel to get ready nak bertolak pulang ke Malaysia. Kemas-kemas, minum teh dan mandi. 

All packed and ready  to go. 

Moh..

Masa menunggu di lobi hotel, baca la kejap suratkhabar Tribun Manado.

Ada pelbagai local news.

Ada liputan Bupati jamu tetamu sempena sambutan Hari Kesyukuran mereka.

Tetamu dihidangkan dodol dan lemang serta bebek, ragey (sate babi) dan ikan mujair bakar. Ada temubual seorang warga Tondano yang menyediakan hidangan lauk daging ular dan kelawar. Juga laporan kesesakan jalanraya kerana ramai yang pulang ke kampung sempena Hari Kesyukuran. 

Tetamu beragama Islam dijamu hidangan halal.


Cerita penggemar daging ular hitam yang katanya rasa seperti ayam.

Ada juga warga seperti di Langowan yang menyediakan sajian lauk babi hutan, tikus, tikus ekor putih, kelawar, anjing dan ular sawa.

Pak Tommy pun sampai dan kami terus bertolak. Since ada masa lagi dan airport pun tak jauh cuma 40 minit dari hotel, Pak Tommy akan bawa kami for a short city tour, pergi shopping sikit dan makan before sending us to the airport. 

Penjual suratkhabar di jalanraya.


Pak Tommy bawa kami pusing menyusuri Jalan 17 Agustus, salah satu jalan yang penting di bandar Manado, satu kawasan pentadbiran pemerintah di Manado. Ini bangunan Kejaksaan Tinggi Sulawesi Utara. 

Ini Kantor Gubernur Pemerintah Provinsi Sulawesi Utara.

Jalan 17 Agustus, jalan yang dinamakan sempena tarikh Hari Kemerdekaan Indonesia. Ada banyak bangunan pusat pentadbiran Sulawesi Utara berlokasi di sini. 

Ini KODAM XIII, singkatan untuk Komando Daerah Militer XIII/Merdeka.

Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat, Komando Daerah Militer XIII/Merdeka.

Kiri: Robert Wolter Monginsidi Army Hospital. 
Kanan: KOREM 131/Santiago - Komando Resort Militer 131/Santiago.

Ini Siloam Hospitals Manado, one of the top hospitals in Manado.  Pusat perubatan swasta yang terbesar di Manado. Bangunan Hospital Siloam dibina berkembar dengan Hotel Aryaduta yang merupakan sebuah hotel mewah di Manado.

Kiri: Kementerian Agama, Kantor Kota Manado.
Kanan: Majlis Ulama Indonesia, Provinsi Sulawesi Utara. 

Ini SMP Negeri 1 Manado, sekolah paling top di Manado. Susah nak masuk sekolah ni kata Pak Tommy. Pada hari pendaftaran, ramai parents yang beratur nak daftar anak mereka sejak pukul 12 malam. Pada tahun ini yang mendaftar sampai lebih 1 ribu pelajar sedangkan kuota cuma ada 384 sahaja. 2 orang anak Pak Tommy belajar di sekolah ini.

Bila kami cerita kami tak dapat beli Klappertaart pada Pak Tommy, dia terus bawa kami stop di sebuah kedai souvenir yang bernama Miens Souvenir. Dia kata ada Klappertaart sedap dijual di sini.

Klappertaart ni mesti disimpan dalam fridge. 

Ada saiz berlainan.

Selain Klappertaart ada macam-macam produk/jajan lain di kedai ni termasuk dodol. Kue Koa nampak macam kuih putu kacang. The other one tu macam kuih bangkit.

Sejenis kuih dibuat dari tepung sagu.


Sambal.

Rasa macam nak try semua, tapi takut tak kena dengan tekak. Langsung tak bermakan nanti. 


Pelbagai jenis chips.

Halua, makron dan bangket.

Selain makanan, pakaian juga ada di kedai ni.

Ada banyak kain tenunan asli / songket Sulawesi Utara di sini. Very nice designs.

Let's have a closer look at the intricate motifs. 







Kalau nak beli pakaian tradisional pahlawan Minahasa juga ada di sini.

Kedai ini besar dan selesa. Kami notice harganya juga terjangkau, seperti kata orang di sana.

Pakaian lelaki dan wanita juga ada.

Souvenir patung Tarsius yang dibuat dari kayu. Tarsius adalah spesies monyet terkecil di dunia yang terdapat di Sulawesi.

Inilah monyet Tarsius yang super cute! Unfortunately kami tidak berkesempatan nak tengok monyet ini dalam trip ini.


Tarsius dan manguni. Monyet dan burung hantu.

Juga ada patung Maengket Manado. Tarian maengket adalah seni tarian rakyat Minahasa yang dipersembahkan dengan iringan nyanyian dan gendang.

Kerajinan dari kayu utuh. 

Salah satu brand hasil rekaan tradisional yang ada di sini ialah COFO, brand yang merevitalisasi kain koffo asal Nusa Utara. 


Info tentang kain koffo. Dibuat dari serat pisang liar. 


Jewelries by local designer.

Satu lagi brand produk Sulawesi yang dikomersilkan ialah Wale Batik Minahasa. 

And there are racks upon racks of wonderful souvenirs. 

Miniature Rumah Panggung Bongkar Pasang Asli Minahasa pun ada.

Baju batik dan t'shirts. 

T'shirts with cheeky words dalam bahasa sana. 

Kedai Miens Souvenir ni juga ada lounge area untuk pengunjung minum kopi. 

Ada coffee bar. Kedai ini ada jual pelbagai jenis kopi dan boleh rasa sample di sini agaknya.


Jenis-jenis kopi.

So many selections. Mujur la kami bukan peminat kopi.



Tengah ambil gambar tu tetiba kami terdengar keriuhan di jalanraya depan kedai ni. 

Macam ada perarakan with loud music coming from huge speakers at the back of lorries and trucks. 

Big group ni. Banyak lori dan traknya.


Saya pun keluar dari kedai dan ke tepi jalan. 

Meriah je nampaknya.


Then I was joined by Miens Souvenir's staff. Dia beritahu group ini adalah para nelayan Sulawesi Utara. 

Nelayan-nelayan ini semua sedang dalam perjalanan nak buat demonstrasi di depan Pejabat Gabenor. 

Ada banyak banners dipasang pada lori dan trucks yang ditujukan kepada Presiden Jokowi, Gubernur Sulut Olly Dondokambey dan Menteri Kelautan Perikanan Susi Pudjiastuti. 

Para nelayan meminta Gubernur Olly Dondokambey dan Wakil Gubernur Steven Kandouw untuk melihat secara langsung kesejahteraan para nelayan saat ini. 

Demonstrasi mereka juga ada kaitan dengan peraturan Kementerian Kelautan Perikanan (KKP) mendapatkan kebenaran operasi kapal nelayan di atas 30 Gross Ton.

"Mereka menggelar aksi atas peraturan baru terkait pengajuan izin, saat ini pengajuan izin operasi kapal di batas 30 Gross Ton dan di bawah 30 Gross Ton sudah harus lewat online atau Sistem Online Single Submission (OSS)". - manado.tribunnews.com

"Lucky Sariowan, Ketua Asneko Sulut mengatakan, aturan sudah dikeluarkan, tapi website OSS belum siap bahkan badan yang dibentuk untuk mengelola semua perizinan usaha itu belum ada". - manado.tribunnews.com

Dikatakan lebih 1,500 orang nelayan di Sulawesi Utara (Sulut) were affected by this issue.   

Tunjuk perasaan dilakukan secara aman di depan kantor Gubernur Provinsi Sulut. 

Nelayan-nelayan ini adalah anggota Asosiasi Nelayan Pajeko (ASNEKO) Sulut. 'Pajeko' - kapal kateogri guna pukat cincin/jerut. 

Nampak tu berkotak-kotak speaker besar diikat di belakang truck ni, blasting super loud dangdut music. 

Fyi, kalau nelayan di sana ditangkap di laut tanpa ada dokumen izin, mereka akan dipenjara 6 tahun dan denda Rp 3 juta. Kalau tertinggal dokumen izin itu di rumah pun dikenakan hukuman dan denda yang sama.

Surat Ijin Penangkapan Ikan (SIPI) bagi 60 pengguna kapal Pajeko (nelayan kapal pajeko yang guna pukat cincin/jerut) di Kota Manado belum dikeluarkan. Jadi basically mereka ni nak minta lesen tangkap ikan mereka diperbaharui segera. 


Then masuk balik kedai dan pay up our purchases... hehe.  

Tak banyak jajan yang kami beli. Fast forward, tried them at home, sedap pulak. Should have bought more lah.. hehe.

Sambung semula perjalanan menuju ke Airport. Tapi sebelum itu, seperti yang dijanjikan, Pak Tommy nak bawa kami makan tengahari. Disebabkan masih awal nak makan nasi, Pak Tommy plan bawa kami cuba Coto Makassar.

Restoran Minang dengan masakan Padang. Murtabak Mesir pun ada.

Tugu Toar dan Lumimuut, leluhur Orang Minahasa yang berasal dari Mongolia.

Tugu Kuda Panorama. Panorama adalah kuda milik Presiden Suharto yang banyak memenangi perlumbaan. Kuda ini berasal dari kawasan Manado.

Holland Bakery. Bakeri ni ada banyak outlet di Indonesia. Kincir angin tu ialah signature bakeri ni.

Churches. Kiri: Gereja Kanaan. Kanan: Gereja Jemaat Filadelfia Paniki.

Sekolah dan Carrefour.

Grand Kawanua CityWalk.

Iklan oleh sebuah gereja.

Kami pun sampai ke gerai makan di mana Pak Tommy nak kami cuba makanan tradisional, namanya Coto Makassar. Masa turun kereta ternampak pulak keropok ni. Sedap keropok ni. 

Ingatkan makan di rumah makan ini.

Kami makan di sini. Restoran Coto Makassar yang kami singgah bernama Rumah Makan Coto Unyil.  

Kata Pak Tommy, ada beza Coto Makassar yang dihidang di Manado dengan yang dihidang di Makassar. Di Manado, hanya lembu digunakan untuk membuat Coto Makassar. Kalau di Makassar pula, Coto Makassar ada pilihan lembu, kerbau dan kuda.

Ada decorations ketupat reben la, macam di Malaysia.

Suasana dalam Rumah Makan Coto Unyil.

Coto Makassar tu lebih kurang macam lontong di sini. Coto Makassar dimakan dengan ketupat nasi.

Penambah rasa Coto Makassar.

Menunya. Tak tahu la yang mana satu yang Pak Tommy pilih untuk hidangan kami. 

Aaa... dah nak balik baru nak minum teh botol ni.. hehe.

Haaa... inilah Coto Makassar!

Macam-macam ada dalam sup ini. Kami fikir mesti Pak Tommy order Coto Makassar Istimewa i.e yang ada semua bahagian yang ada dalam list menu. Termasuk la lidah! 

Sungguh generous! Tapi bila kami hirup kuahnya... laaa... tawar! Memang ada rasa rempahnya tapi kenapa la tawar. Agaknya kena tambah garam/kicap kot. 

Then saya ternampak pak cik yang duduk di meja depan saya. Dia asyik perah limau ke dalam mangkok dia. Banyak dia perah. So agaknya mesti gitu kot. Pak Tommy pulak entah ke mana masa tu. So tak dapat la tanya dia. 

Maka kami pun perah la. Uwaahhh!! Baru la sedap perisa marvelous! Baru bangkit rasa segala rempah bumbu yang digunakan. Saya juga perhatikan pak cik tu gigit ketupat, hirup kuah Coto Makassar dan kunyah. Kami pun follow la, cuma ketupat tu kami rendam dalam kuah dan suap politely dengan sudu la.. hehe.  

Dan semua parts dalam Coto Makassar ini lembut dan empuk. Tinggal lalu tak lalu je la nak makan.. hehe. 

Moh ke airport.

Ke Sam Ratulangi Airport. Dari Rumah Makan Coto Unyil hanya kira-kira 10 minit.

Foto kanan: Masjid Al-Azhim yang kami singgah bersolat masa mula-mula sampai di Manado.

Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. klau semua part ada dalam satu mangkuk tu, namanya coto campur en. Syed.
    kicap, garam, sambal, cuka dan limau untuk pelanggan tambah dalam kuah mengikut kesesuaian mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Coto Campur rupanya. Saya refer pada menu pada dinding restoran ni, ingatkan Coto Istimewa. Kalau Coto Istimewa to macam mana pulak?

      Delete
  2. ramainya yang berpiket!
    sure terkejut kan!! dan panik masa mula-mula tu ..

    scarf tu dalam rm 80
    satin
    mahal lah jugak tu
    kalau sutera ok..

    tahu tak?
    watak Yoda tu , diambil inspirasinya dari si monyet kecik tarsius tu ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sana saya diberitahu, kalau nak tunjuk perasaan ke apa ke kena ikut undang2. Kalau tak akan terus ditembak masa tu jugak. Sgt tegas!

      Sutera kot. Tak check pulak.

      Really? Fascinating! Yoda and Tarsuis.. I never would have guessed.

      Delete