Monday, July 2, 2018

PENANG - DAY 03 - PART 03 - FORT CORNWALLIS

Selepas jalan-jalan di Bukit Bendera, seterusnya kami nak ke Fort Cornwallis pula. Tapi sebelum itu nak lunch dulu. Lapar dah. 

Seperti biasa kami terus ambil gambar dari dalam bas. Ini Penjara Reman Pulau Pinang, di Jalan Penjara. 

Dari dalam bas sempat juga snap street art mural ini. Lukisan seorang budak perempuan sedang memegang tali belon yang dibuat dari botol-botol plastik.  Mural ni dekat kawasan Kampung Kolam. May be message mural ini ada kena mengena dengan environmental issues like excessive use of plastic products/non biodegradable products. Perhaps the girl represent the future generations, and with their creativity will be able to convert trash into something useful, recycling. Or may be I'm just putting too much into this mural.. hehehehe..

Masa lalu di Lebuh Chulia ini kami nampak 2 lagi wrought iron sculptures.

Sculpture ini bertajuk 'The Main Street' oleh Lefty. 
"Chulia Street was one of the main streets laid out by Captain Francis Light. Today it is known as 'Backpackers' main street". 

Yang ini pula bertajuk 'Double Role' oleh Tang Mun Kian. Sehingga 1909, anggota polis mempunyai dua peranan, juga sebagai ahli bomba pada masa yang diperlukan.

Ini 'Property' Sculpture oleh Lefty.
Sculpture ini memperingati pelanjutan garis pantai dari Beach Street ke Weld Quay, yang mewujudkan ruang tambahan pembinaan gudang, kedai dan harta komersil yang lain. Ia juga berfungsi sebagai peringatan bahawa penambakan tanah telah ada di Pulau Pinang sejak akhir abad ke-19. Salah satu sebab untuk penambakan tanah ialah kapal pelayaran sedang dimansuhkan pada masa itu dengan mulanya pengunaan kapal stim yang memerlukan pelabuhan yang lebih dalam.

Kami turun dari bas HOHO di perhentian Cruise yang terletak di Lebuh Pantai. Lebuh Pantai yang nama asalnya Beach Street adalah kawasan gudang pelabuhan di zaman kolonial. Walaupun sebahagian besar bangunan di sini digunakan sebagai bank-bank perdagangan pada hari ini, ciri-ciri gudang pada bangunan masih dikekalkan.

Sejarah Lebuh Pantai.


Peta bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang Lebuh Pantai. 



Sebahagian besar bangunan di Lebuh Pantai kini digunakan oleh bank-bank perdagangan.

Berjalan menuju ke Padang Kota. 
Sebuah menara jam lama yang didirikan pada zaman British dulu. Menara jam ini dinamakan Queen Victoria Memorial Clock Tower yang dibina oleh seorang kaya bernama Cheah Chen Eok pada tahun 1897 untuk memperingati Jubli Intan (60 tahun) pemerintahan Queen Victoria pada ketika itu. Menara ini dibina setinggi 60 kaki, setiap satu kaki sempena setahun pemerintahan baginda.

Fort Cornwallis.

Kami memang merancang nak masuk jalan-jalan dalam kubu British ni tapi now nak pergi makan dulu. 

Kami makan tenghari di Pusat Makanan di Padang Kota yang dinamakan Esplanade Park. Ia terletak betul-betul di sebelah Fort Cornwallis.

Memikirkan apa nak makan dan di gerai mana.


Last sekali kami makan di gerai ini. Kami perlu makan nasi for energy sebab lepas ni ada beberapa lagi tempat nak explore. Also gerai ni tengah tak ramai customers. So we hope orders kami cepat sampai lah.

Kami makan Nasi Goreng Udang dan Nasi Ayam. Punya la sedap. Alhamdulillah.

So kenapa tak makan mee sotong yang popular tu? Sebab masa first day sampai saya dah makan dah mee sotong tu. Kedua sebab gerai tu tengah ada queue panjang. 

Selesai makan, kami pun ke Fort Conrwallis. Sebahagian Fort Cornwallis yang bersebelahan dengan Esplanade Park ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.

Pada dinding sementara di bahagian pemuliharaan ini ada dipamer sejarah Fort Cornwallis. As you know, saya kalau info macam memang la suka sangat. Tambah lagi kalau maklumat begini adalah dari sumber yang betul. Contohnya Evolusi Kota ini adalah dari Fort Cornwallis Conservation Management Plan (2016).

Bukan senang kami nak dapat peluang tengok an actual archaeological site.  

Sejarah Fort Cornwallis.




Di dinding kepungan tapak arkeologi ini juga beberapa foto-foto bersejarah yang pada saya sangat menarik.








Pada dinding yang mengepung dan menutup Tapak Arkeologi ini dibuatkan tingkap supaya pengunjung dapat melihat sendiri tapak penggalian. 




Pada masa dulu, Fort Cornwallis dikelilingi parit besar (moat). Over time, parit tu dah tertimbus. Usaha kini sedang dibuat untuk mengembalikan parit-parit ini seperti asal. Oleh yang demikian, sebahagian Fort Cornwallis ditutup untuk kerja-kerja pemuliharaan.

Maklumat tentang kerja penggalian semula parit Fort Cornwallis. 




Disebabkan pintu masuk ke Fort Cornwallis yang berdekatan dengan Esplanade Park ditutup, kami terpaksa berjalan mengelilingi separuh kota untuk masuk menerusi pintu yang sebuah lagi. Mujur jugalah Fort Cornwallis ini tak sebesar mana. Tapi jenuh jugalah berjalan di tepi laut dalam cuaca panas terik menuju ke pintu itu.

Meriam-meriam bersusun di Fort Corwallis.


Actually bagus juga kami berjalan keliling Fort Corwallis ini sebab dapat kami lihat fort ini dari luar. 




Dari luar Fort Cornwallis ini juga boleh nampak Rumah Api Fort Cornwallis yang dibina oleh British.

Tangga masuk ke Fort Cornwallis.

Maklumat tentang Rumah Api Fort Cornwallis.



Ok, now jom kita masuk ke dalam Fort Cornwallis.

Tiket masuk dikenakan untuk melawat ke Fort Cornwallis. Harga tiket adalah RM10.00 seorang bagi pengunjung dewasa warga Malaysia. 

Pengawal Fort Cornwallis memakai pakaian askar British zaman dulu, sama seperti pengawal di Fort Santiago di Intramuros, Manila yang memakai pakaian seragam tentera Spanish zaman dulu-dulu.

Ini adalah guards at Fort Santiago, Manila, Philippines. Fort ini kami lawat pada tahun 2016. Boleh kalau nak baca blog kami ke Philippines di sini

Di pintu gerbang masuk ke dalam Fort Cornwallis. Juga di entrance ini ada peta kubu ini.

Di bahagian tengah fort ini ada stage dan amphitheatre. 

Fort Cornwallis dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan hanya menggunakan batang pokok nibong tanpa binaan kekal. Ia didirikan pada tahun 1786 dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral British di India pada ketika itu - Charles Earl Cornwallis. 

Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa Kolonel R.T. Farquhar berkhidmat sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810. Ia bertujuan mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis.

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan Artileri Diraja, sejarah menunjukkan ia lebih berfungsi sebagai pusat pentadbiran berbanding pertahanan. 

Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. 

Selain digunakan oleh pasukan Artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini, ia merupakan salah sebuah tarikan pelancongan utama Pulau Pinang.


Sejarah Rumah Api Fort Cornwallis.


Bahagian kota yang menghadap ke laut dibina lebih tinggi berbanding bahagian lain. Di sini masih terdapat meriam-meriam lama yang dikekalkan di tempat mereka. 

Sebahagian meriam Fort Cornwallis masih dikekalkan di tempat asal.

Ini di bahagian Streets of Cannon. Pemandangan meriam menghala ke laut.


Rumah Api Fort Cornwallis.

Pengunjung boleh bergambar pada cut out of British soldiers dengan meletakkan muka di bahagian kepala cut outs.

Meriam-meriam yang ada di sini adalah meriam-meriam yang asal.

Posisi meriam Fort Cornwallis yang menghala ke arah laut.

Papan keterangan mengenai meriam-meriam Fort Cornwallis.

Salah sebuah meriam yang terkenal di Fort Cornwallis ialah sebuah meriam Belanda yang diberi nama Seri Rambai. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor sebagai balasan untuk konsesi perdagangan sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan yang lain akibat peperangan. Sehingga kini, jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai.

Sejarah Meriam Sri Rambai. Ada kisah serangan lanun, meriam ini timbul dari laut, jampi anak raja dan legenda rakyat.

Meriam Sri Rambai.

Details pada Meriam Sri Rambai yang sangat menarik. Ada dua dolphin handles. 
  
🔵 The base ring is incised with the gunsmith's signature and date of manufacture.
🔵 It had the Dutch East India Company symbol and dated 1613.
🔵 Between the handles and the Dutch East India Company's seal is a Jawi inscription, inlaid with silver, celebrating the gun's capture in 1613.
🔵 In front of the dolphin handles is a decorative band featuring three pairs of heraldic lions with long, spiralling tails. Each pair faces a vase containing flowers.
- Wikipedia


Next kami melawat pula ke Gedung Peluru (Gunpowder Magazine) Fort Cornwallis. Bangunan ini dibina dengan dinding yang sangat tebal untuk menahan dari kemusnahan jika berlaku letupan.

Maklumat tentang Kawasan Simpanan Serbuk Senjata Api.



Rekaan bentuk 'kotak pil' dan berdinding tebal adalah untuk mengurangkan kesan kerosakan sekiranya berlaku letupan.


Jom masuk dalam bangunan ini.



Seterusnya kami ke bahagian lain pula.

Ini bahagian 'The Pinang Trees'. 


Kereta sorong lama.
Pintu belakang Fort Cornwallis ditutup kepada pengunjung kerana kerja-kerja restorasi parit (moat) sedang dilaksanakan di belakangnya.


Ini di bahagian Sir Francis Light Memorial. 

Sejarah pembinaan Fort Cornwallis. 

More info and a cannon.

Maklumat Fort Cornwallis oleh Tourism Malaysia.

Patung Sir Francis Light. Captain Francis Light dilahirkan di Suffolk, England dan merupakan bekas kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763. Mulai tahun 1765, dia bekerja sebagai seorang pedagang untuk Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Persaingan dengan Perancis ekoran Perang Napoleon di Eropah menyebabkan British terpaksa mencari sebuah pangkalan baru bagi menyaingi Perancis di Asia Tenggara. Setelah mendapati Pulau Pinang sesuai sebagai pelabuhan baru British, mereka menghantar Francis Light ke Kedah untuk mendapat persetujuan Sultan Kedah untuk menubuhkan sebuah pangkalan di Pulau Pinang. Kapten Light berjaya memujuk Sultan Kedah untuk menyerahkan Pulau Pinang. Sebagai balasannya, Francis Light berjanji bahawa British akan memberi bantuan pertahanan kepada tentera Kedah sungguhpun dia mengetahui bahawa dia tidak berkuasa untuk berbuat sedemikian.

Francis Light memungkiri janjinya bila Kedah meminta bantuan British untuk menentang Siam setelah British menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786. Keengganan Francis Light membantu Kedah menyebabkan Kedah menyerang British di Pulau Pinang. Malang sekali Kedah kalah dan terpaksa menyerahkan tanah di seberang Pulau Pinang kepada British pada tahun 1791. British menamakan kawasan tersebut sebagai Province Wellesley (Seberang Perai). Seberang Perai diperlukan oleh British sebagai sumber bekalan makanan dan minuman. Selain itu, Seberang Perai juga turut berfungsi sebagai penampan pertahanan Pulau Pinang dari serangan Sultan Kedah.

Untuk memajukan petempatan baru ini, Captain Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang yang menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang. Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ. Francis Light diangkat sebagai pengasas Pulau Pinang moden. Oleh kerana itu, British mendirikan sebuah patung peringatan Francis Light. Salah seorang anak Francis Light yang bernama William Light menjadi pengasas bandaraya Adelaide di Australia.



Kami ditunjukkan sebuah terowong lama oleh seorang petugas di Fort Cornwallis. Terowong ini berfungsi sebagai laluan untuk memindahkan barang-barang dari dalam kapal masuk ke dalam kota.





Earlier lepas lunch tadi kami nak solat dulu sebelum masuk ke Fort Cornwallis ni. Tapi lepas tanya orang di Esplanade Park tu, masjidnya jauh di seberang sana Padang Kota. Jadi kami rancang akan cari surau di Plaza Gurney later on.

Tapi alangkah gembiranya kami bila terjumpa sebuah surau kecil di dalam Fort Cornwallis ini! Ada tempat berwuduq terbuka tapi tak jadi masalah pada isteri saya sebab masa tu tak ada orang.  

Walaupun kecil suraunya, tapi selesa. Yang penting dapat bersolat. Alhamdulillah. Lega sungguh kami rasa bila dah selesai solat. 

Di bahagian wanita ada disediakan telekung. 

Selesai solat kami pun beredar dari Fort Cornwallis ini. Pada kami, lawatan ke sini memang menyeronokkan kerana sejarahnya. Pada saya personally, kepelbagaian dalam program jalan-jalan kami adalah penting dan lawatan ke kubu bersejarah ini did just that. 

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. cantiknya header !!! nice collection!!
    banyak hotel bajet and boutique hotel di Lebuh Chulia tu.. cantik-cantik.. sebab dalam rumah kedai lama..
    En Syed tak nak belajar guna drone? mesti cantik kan kalau dapat birds' eye view kubu tu..
    saya ada drone .. yang simple je .. tak pandai-pandai lagi terbangkan dengan jaya hingga sekarang.
    jatuh tergolek dengan jayanya amatlah pandai tapi !! :))

    hopefully bila dah siap moat tu , ada lah airnya nanti
    baru nampak real !
    baru lah saya tahu kenapa dipanggil pill box
    ada banyak pill boxes ni sepanjang jalan dari Kota Tinggi ke Mersing
    saya tanya orang , depa kata pill box .. tapi tak tahu untuk apa dan kenapa panggil pill box

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. thanks. Jenuh fikir header apa nak letak for these Penang entries. Tgh fikir tu tiba2 Tam Tam lompat atas meja. Terus decide letak gambar2 kucing.. hehe.

      Oii... mmg la teringin sgt nak drone. Dlm instagram tgk drone videos semua dahsyat2!! Tapi lepas tgk harga, langsung terkedu.. hehe. Doc teruskan usaha kerana ianya tangga kejayaan! :)

      Indeed. They should! Penuh dgn air baru la nostalgic!
      Saya baru la ni tau istilah 'pillbox'. Masa baca info board tu dan tgk bangunan tu, haaa.. mmg la nampak macam kotak ubat.. hehe.

      Delete