Monday, November 6, 2017

HARI TU..

Siri 'Hari tu..' saya ni adalah 'filler' entries in between my jalan-jalan entries 😊. About this and that.. nothing terribly exciting I'm afraid.. hehe.

Hari tu pergi kedai runcit dekat rumah and saw these wonderful array of Indian subcontinent spices. Macam-macam mix yang ada untuk pelbagai jenis masakan seperti fish masala, Lahori fish, chicken tandoori dan macam-macam jenis briyani. Btw, produk Tooba ni ialah 'Product of Pakistan'. 

Bila baca cara masak pada belakang kotak-kotak spices ni,... ehhh... macam senang je. Like seriously senang. Dan yang paling best spices semua dah siap mix. Tuang je dalam periuk. 

So, dari pelbagai pilihan ni, saya pun beli la mix yang paling senang nak masak which was this Chicken Masala. Or 'Chicken in Spicy Yogurt Curry'. Macam sedap bunyinya. Cer tengok 'Method' tu. Senang kan. Main campur-campur je.  Step 1 tu buat bawang goreng actually.

Dalam satu kotak ni ada 2 paket rempah. Satu paket boleh serve 12 orang untuk 1kg ayam. So saya guna kurang sikit dari separuh.  

Ni senarai semua jenis spice mixes yang ada under Tooba brand ni. Waaa... 'Malay Biryani Spice Mix' pun ada la 😊.

Dalam kotak ni juga ada instructions memasak dalam Arabic, Bangali dan Hindi. Produk Tooba ni dah ada di UK, USA, Canada, Saudi Arabia, UAE, Kuwait, Malaysia, Singapore, South Africa, Europe and Australia.

Ok ni semua ingredients yang saya prepared. Tak lama nak prepare ni semua, ada la dalam 15 to 20 minutes. Dan saya suka masakan ni pakai yogurt dan bukan santan. Tapi kalau nak pakai santan pun boleh juga gantikan yogurt tu tapi mungkin tak jadi Chicken Masala la kot.. hehe. But then who cares kan, asal sedap.. hehe.

Step 1, buat bawang goreng. Tapi sebab api besar sangat dan minyak dah terlalu panas maka bawang goreng saya hangus sikit.. hehe. Tapi sempat diselamatkan dan masih boleh digunakan. Sebenarnya kalau tak nak buat bawang goreng ni pun boleh. Tapi, again, may be if no bawang goreng, dah bukan chicken masala la kot 😊. Atau boleh je guna bawang goreng yang ada siap dijual tu. Tapi mungkin rasanya kurang sikit sebab 'ready made' vs 'freshly fried' obviously ada la bezanya.   

Then ikut je Step 2, masukkan semua ingredients accordingly. 

Et Voila! Hehe... hmm... sedap baunya! Macam bau masakan authentic Pakistan. Bukan sebab saya ni pandai masak tapi obviously disebabkan oleh Tooba's wonderful spice mix ni.    
Suggestion pada kotak rempah ni stated hidangan dimakan dengan naan/roti dan salad. Kita orang Melayu makan dengan nasi la kan. Oh ya, last minute saya masukkan kentang sebab malas nak masak sayur so kentang tu kiranya ganti lauk sayur le 😁.

Overall, saya memang recommend spices mix ni. 
πŸ”· Convenient sangat. Dan cara masak pun sangat simple. 
πŸ”· Also kalau kita sendiri masak, it'll be home cooked meal and 'freshly' prepared. 
πŸ”· Dan menjimatkan tak perlulah keluar makan di restoran tapi still can enjoy nice Indian subcontinent dishes. 
πŸ”· Also masakan macam ni sesuai la kalau datang time busy and cannot spend too much time cooking. 
πŸ”· Sesuai juga kirim pada your sons and daughters/family/relatives abroad. 
πŸ”· Boleh je ubahsuai ingredient dan cara masak. Guna santan instead of yogurt. Buat berkuah instead of kering. Tambah kentang macam yang saya buat. Boleh masuk carrots or mix vege. Boleh guna ayam, daging atau mutton.

Ok, cukup la tu cerita memasak.. ni bukan blog masak memasak.. hehe.  

Menyambut kehadiran hari baru dengan keindahan sunrise. SubhanAllah. Dan syukur Alhamdulillah dipanjang umur oleh Allah swt.

Dah bayar Cukai Pintu? 

'Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana Engkau terus menerus menerangi bumi dengan matahari Mu'.

Beautiful.

I wonder though sometimes, which he likes best? 
NCIS Los Angeles or .... 

.... watching a cat playing the piano? 😊

Handphone Samsung Galaxy Note 3 saya dah berusia lebih 3 tahun dan dah mula meragam. Lots of 'blackouts' and 'refusing to follow commands'. So ganti la dengan Samsung Galaxy J7 Prime ni. Ni la yang termurah dalam range yang saya cari. Pada saya yang penting foto-foto yang diambil dengan phone ni mesti la at least decent. 

Ok, quality adalah memuaskan.


Perbandingan antara compact camera Canon XS720 HS, Samsung Galaxy J7 Prime dan guna wide angle lens.

Ok, pada saya mencukupi untuk kegunaan harian dan especially masa pergi bercuti tanpa perlu bawa camera DSLR. Alhamdulillah.

Also masa beli phone baru tu, ternampak pulak this 360° camera, the Insta360° Air. Ada pernah saya tengok foto-foto shot with this camera dan masa tu dah memang suka la tapi tak pernah seriously consider nak beli. 

Tapi lepas di try-try, maka terpaksa la beli.. hehe. 

Opening the Insta360° Air box. Cute! Hehehe.. macam mini robot.


Cara pasang Insta360° Air camera pada handphone.


Trying out Insta360° Air camera di Taman Rimba Ampang.

Still tak pandai lagi cara nak ambik gambar dengan betul.. hehe.



Lunch! πŸ˜ŠπŸ˜‹


Saw these iklan di kedai Ayamas. Jom cuba.

Try Nasi Pilaf Ayam Mentega. Take out from freezer, lubangkan top dan terus masuk dalam microwave oven for 5 minutes.

Careful masa nak peel off the cover. It is super hot!! 

πŸ”΅Bau: Harum sedap.
πŸ”΅Looks: Ok la.
πŸ”΄Portion nasi: Sangat enough
πŸ”΄Rasa nasi: Hmm.. boleh la. The rice was nicely fluff but needs just a bit more flavour. The raisins were the stars! 😊
πŸ”΅Portion lauk ayam: Mula-mula nampak macam sikit tapi sebenarnya cukup. 
πŸ”΅Rasa lauk ayam: Sedap
πŸ”΄Portion pajeri nenas: Enough
πŸ”΄Rasa pajeri nenas: Sedap
Would I recommend to others?: Yes, tapi jangan selalu. 

Blackout pulak...

Dah dalam gelap tak tau nak buat apa so tengok la #cat #cats... hehe.

Frozen food lagi. Saje suka try-try 😊.

Dan chicken sausage.

They are surprisingly good! Indeed they are! Sometimes saya suka makan hotdogs/sausages tapi lepas dah cuba macam-macam brands still tak jumpa one to my liking. Till I tried this one! 😊

Pergi restoran dan order roti canai. Tetiba ditanya nak try roti tampal? I know now ni ada macam-macam jenis variety roti canai. Saya cuma suka yg biasa dan roti telur. So bila di offer roti tampal jadi curious terus said ok.

Oooo... rupanya telur goreng tampal pada roti canai... hehe. Now only I know cause never order before lah. Do I like it? Nay.. 

Ada photographers bila time hari merdeka akan keluar ke events di ibu kota dan ambik gambar. Saya dulu rajin la. Now malas. Kebetulan sekolah sebelah rumah ada buat sambutan hari merdeka. So ambik gambar mereka je lah.. hehe.


Rasanya yang bermotor tu adalah cikgu-cikgu. 


Hari tu saya dan isteri pergi melawat family di KPJ Kajang Specialist Hospital. Kami naik MRT. Luas gerabak MRT ni. 


Brand spanking new. 




















Alhamdulillah dah ada kemudahan macam ni.

Glorious mornings.


Sarapan.



Check glucose level.

Gorgeous sunrise.



Aaa... heartwarming betul tengok sekarang orang naik bas beratur. Saya dulu masa sekolah rendah naik bas berebut, kena tolak terjatuh terlentang dalam longkang! Sampai sekarang masih ingat lagi kejadian tu.. hehe.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. apesal banyak cerita makan dan makanan ni.... :)

    saya cari kot kot lah jumpa rempah2 pakistan gitu kat goant..
    tak ada lah ...
    kat mana nak cari eh .. kann.. nengok!! kan saya dah tergoda!!
    kat jalan masjid india kot ada.. haniffa tu..
    serius nampak sedap.. dan mudah ..

    dan yang spageti tu .. dan yang roti bakar gula menjejes-jejes kat tepi tu ...
    dan telor separuh matang tu ..dan masi pilaf tu ..

    dan surprising nya random blood sugarnya 4.3 je.. tahniah!! :) berjaya kawal ..

    camera 360 tu nanti kita cucuk kat fon .. dan fon letak kat selfir stick eh?
    saya tak suka selfir stick .. hahhaha anti !
    kalau pegang je tinggi tinggi fon , ok tak gambar ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. kan.. dah tu asyik makan je.. hehe

      Saya beli di kedai runcit dekat my house. Cuba cari di kedai runcit India/Mamak.
      Yes doc, mudah nak prepare dan sedap!

      Hehe.. saya memang suka cuba-cuba. Most times, saya cuba sekali tu je unless terjumpa yg betul2 sedap baru beli lagi :).

      Selalu lepas makan macam tu, saya akan abstain for at least 4 hours. Just plain water je. Plus buat senam pagi. Also tak miss makan ubat. Alhamdulillah, it seemed to work.

      Yes boleh pakai selfie stick dan you can capture your whole body when the phone is position far from you. Like you saya tak berapa suka guna stick tu. Bukan apa sebab tak berapa reti sgt.. hehe. Jadi boleh je pegang dengan tangan dan position tinggi-tinggi betul2 directly atas kepala so that you will not be in the photo. Well, you will be in the photo but you will not be obstructing the view.

      Delete